usahawan pilihan- tony fernandes -nursyafiqah (individu)

6
NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR SX130202CSRS03 IT Entrepreneurship SCD4763/SCM4223/UCD3763/UCSD2762/(SCSD3762+SCSD3761) USAHAWAN PILIHAN : TAN SRI TONY FERNANDES PENERANGAN TENTANG SERVIS/PRODUK Seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas “Tune Air Sdn Bhd”, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya “Now Everyone Can Fly”. Beliau mencapai kemasyuhran sewaktu dia memulikan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada syarikat awam yang cemerlang.

Upload: mutiara-technology

Post on 25-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Usahawan Pilihan

TRANSCRIPT

NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR

SX130202CSRS03

IT Entrepreneurship

SCD4763/SCM4223/UCD3763/UCSD2762/(SCSD3762+SCSD3761)

USAHAWAN PILIHAN : TAN SRI TONY FERNANDES

PENERANGAN TENTANG SERVIS/PRODUK

Seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas Tune Air Sdn Bhd, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya Now Everyone Can Fly. Beliau mencapai kemasyuhran sewaktu dia memulikan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada syarikat awam yang cemerlang.

BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?

Beliau mendapati selepas 11 September, leasing cost menurun kepada 40% dan lambakkan pekerja berpengalaman dalam industri ini meningkat. Pada waktu ini beliau dapat melihat dari pelbagai sudut dan aspek bagi mengurangkan harga kos penerbangan dan menawarkan harga yang menarik kepada pelanggan. Perancangannya berjaya dan Air Asia berjaya menarik hati orang yang pertama kali menaiki pesawat penerbangan dan ia menjadi hebahan dan kegilaan tentang tiket tambang murah ini.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT

Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27 tahun, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Pada masaTime Warner Inc. bergabung dengan American Online, Fernendes meninggalkan syarikatnya bagi mengejar impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Permohonan lesen untuk membuka syarikat penerbangannya ditolak pada waktu itu. Beliau tidak berputus asa dan segalanya bermula apabila peluang yang dibuka oleh Datuk Pahimin A.Rejab, bekas secretary-general of the Malaysia Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry yang membawa beliau bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang perancangan beliau membeli Air Asia pada waktu itu. Keadaan Air Asia yang merupakan syarikat kolomerat milik kerajaan Malaysia dan DRB Hicom sangat kritikal. Dengan hutang yang menimbun sekitar USD11juta, tony menawarkan diri untuk membeli syarikat ini beserta hutangnya sekali. Pembentangannya tentang wawasan dan pelan pemasaran yang akhirnya membuka hati Tun Dr Mahathir untuk memberikan kepercayaan kepada beliau tidak dipersia-siakan. Beliau bergolok gadai untuk membeli pesawat bagi menjalankan operasi syarikat dan keadaan pada waktu itu semakin parah memandangkan kejadian 11 September 2011 yang membuatkan orang ramai takut untuk menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan. Namun hasil usaha beliau membuahkan hasil membuatkan nama Air Asia gah sehingga sekarang.

STRATEGI PERNIAGAAN BELIAU

Secara amnya,Air Asiaberjaya mencatat kejayaan demi kejayaan kerana pihak pengurusan dibawah pimpinan Tony Fernandes mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan.Air Asiapada awalnya memulakan operasinya dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat MAS. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada kapal terbang yang baru. Ini adalah strategi awal. Setelah syarikat sudah mencatat keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal ini diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.

Air Asiabertindak ketika syarikat lain mengalami tempoh perniagaan yang sukar. Banyak syarikat penerbangan lain memecat juruterbang-juruterbang mereka akibat peristiwa 11 September 2001. Selepas kejadian tersebut, banyak syarikat penerbangan tidak dapat menanggung kos operasi kerana ramai orang tidak berani untuk membuat perjalanan menaiki kapal terbang kecuali segelintir sahaja atas sebab terpaksa atau kecemasan. Banyak syarikat penerbangan yang lain terpaksa memberhentikan laluan penerbangan yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Oleh sebab itu, ramai juruterbang hilang punca pendapatan akibat dibuang atau kurang melakukan penerbangan.Air Asiamengambil peluang ini dan menawarkan peluang kerja kepada juruterbang-juruterbang yang telah dipecat ini untuk berkhidmat dengan mereka. Akan tetapiAir Asiamempunyai kuasa yang lebih pada waktu itu kerana skim atau pakej penggajian yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada syarikat penerbangan pesaing. Juruterbang yang terdesak untuk bekerja akan menerima tawaranAir Asiawalaupun pakej penggajian tidak begitu menarik.

Kos penjualan tiket merupakan satu lagi komponen kos yang amat dititik beratkan oleh pihakAir Asia. Di zaman teknologi maklumat yang canggih, hampir setiap orang terlibat dengan kemajuan internet. Masing-masing teruja dan menganggap sesiapa yang tidak arif tentang penggunaan internet merupakan golongan yang tertinggal. Merebut peluang ini,Air Asiamengambil langkah untuk menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian. Tindakan ini adalah untuk mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya. DenganAir Asia, pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan secara atas talian. Pelanggan juga sebenarnya tidak dibebani dengan kos-kos seperti kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebih ramai yang menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini menambahkan jualan dan seterusnya prestasi perniagaanAir Asia. Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kos untuk menerbangkan sebuah kapal terbang dan membuat pendaratan di sesebuah lapangan terbang adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Jika syarikat MAS menawarkan laluan penerbangan dan mendarat kapal terbangnya terus ke Hong Kong,Air Asiapula menerbangkan kapal terbangnya ke Macau. Kos yang dikenakan untuk penerbangan dan mendaratkan kapal terbang ke Hong Kong dan Macau sangat berbeza. Jurang kos yang amat besar. Dengan kos penerbangan dan mendarat kapal terbang yang rendah,Air Asiadapat menurunkan harga tiket untuk menarik ramai orang membeli daripada Air Asia. Pelanggan masih boleh ke Hong Kong tetapi berbelanja dengan lebih jimat.

Penjenamaan adalah juga merupakan satu komponen yang dititik beratkan oleh Tony Fernandes untuk membawaAir Asia ke tahap yang tinggi serta mampu bersaing dengan syarikat penerbangan gergasi yang lain.Air Asiamengamalkan kaedah kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu terbang denganAir Asia. Ianya bermula dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00 untuk menarik perhatian ramai. Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan. Jika anda membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar anda akan dapat membeli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan yang lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket.

Kaedah penjualan tiket yang tidak serata dari segi harga dan sebagainya membolehkanAir Asiamemastikan hampir setiap penerbangan adalah dengan kapasiti penumpang yang penuh. Produk makanan dan lain-lain pula disediakan kepada sesiapa yang membuat pembelian sahaja. Dengan cara ini,Air Asiaakan hanya membuat tempahan mengikut pembelian oleh pelanggan. Tiada pembaziran berlaku! Pengurusan pembaziran yang cekap adalah satu strategi yang bijak untuk merekodkan kejayaanAir Asia.

Dari segi penjenamaan pula, Tony Fernandes bijak menggunakan pengalaman beliau untuk membuat pemasaran yang strategik dan bekerjasama dengan orang kuatVirginiaitu Sir Richard Branson.Air Asia Xdimulakan hasil kerjasama denganVirgin.Kesinambungan kerjasama ini dapat dilihat dengan kejayaanAir Asiamenawarkan penerbangan ke negara-negara Eropah sepertiUnited Kingdom,Perancis dan lain-lain. Bermula sebagai jaguh kampung dan menerbangkan pelanggan sekitar destinasi domestik,Air Asiasekali lagi mengambil peluang untuk maju dalam penerbangan ke destinasi di luar negara. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk membuahkan hasil, segala usaha yang dibuat untuk penjenamaan adalah atas berkat kesabaran Tony Fernandes.

PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU

Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum beliau memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, beliau mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Fernandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:

Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki olehSingapore Airlines;

Penggabungan syarikatValuairdari Singapura, denganJetStaryang dimiliki olehQantas AirwaysdariAustralia

Nok Air, sebuah syarikat Thailand

Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.

Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:

"Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) olehInternational Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;

"Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember,2003 sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia olehAmerican ExpressdanBusiness Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;

"Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;

"25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) olehBusiness Weekpada tahun 2005.

KUNCI UTAMA KEJAYAAN TONY FERNANDES

Kerja kuat. Ini bukan rahsia sebab dalam apa-apa pun kita kena kerja kuat sekiranya kita hendak berjaya. Bagi saya tidak ada jalan pintas untuk seseorang munuju kejayaan.

Itu adalah rahsia kejayaan Tony Fernandes yang bukan lagi dianggap rahsia dalam falsafah seorang usahawan. Kejayaan bukan dating bergolek dalam tangan kita, kita tidak boleh mengharapkan kejayaan tanpa berusaha, berpenat lelah siang dan malam.

Rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes

http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/

http://rahsia8jutawanterbongkar.blogspot.com/2014/06/kisah-jutawan-tan-sri-tony-fernandes.html