vorteks 2011 bkground edit2

36
BULETIN TAHUNAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH 2011 Corporate Social Responsibility (CSR) ILP IPOH Prihatin Kg Chalil, Gua Musang Pelancaran 5S peringkat ILP Ipoh m/s 8 Karnival Kerjaya di ILP Ipoh m/s 8 Sukan ILJTM Se-Malaysia m/s 11 VORTEKS VOICE OF RADICALLY TRANSFORM, TECHNICAL ENABLED AND SKILLFULL YOUTH SUARA GENERASI MAHIR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

Upload: vankien

Post on 30-Dec-2016

310 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: vorteks 2011 bkground edit2

BULETIN TAHUNAN INSTITUT LATIHAN

PERINDUSTRIAN IPOH

2011

Corporate Social Responsibility (CSR) ILP IPOH Prihatin Kg Chalil, Gua Musang

Pelancaran 5S peringkat ILP Ipoh

m/s 8

Karnival Kerjaya di ILP Ipoh

m/s 8

Sukan ILJTM Se-Malaysia

m/s 11

VORTEKS VOICE OF RADICALLY TRANSFORM, TECHNICAL ENABLED AND SKILLFULL YOUTH

SUARA GENERASI MAHIR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

Page 2: vorteks 2011 bkground edit2

Prakata

KELAB REDAKSI DAN FOTOGRAFI EN. MOHD FAIZI B. ZAKARIA ( Ketua )

CIK MAZURA BINTI MOHD ADNAN ( Penolong Ketua )

CIK SITI NAIMAH BINTI CHE YUP ( Setiausaha )

EN. ADIB BIN SULTAN ( Bendahari )

UNIT BERITA EN.MOHAMAD SHAFIQ EFFENDI BIN SAHARIN EN.MUHAMAD RASHID BIN MUHD MURAD EN.MUHAMAD SHAHIRMAN BIN YANG BUDIMAN CIK NOOR AZIZAH BINTI RAMLAN CIK NOR SAHIRA BINTI AHMAD POAD CIK SALINA BINTI MD ESA CIK THAVAMALAR A/P DEVADAS CIK NORAZLEANA BT AHMAD IDRUS CIK NOOR AIN BT NILA BANGSAWAN CIK NURUL ASFIQAH BT ROSLAN CIK MAZENAH BT OSMAN CIK IZZATI BT JALALUDIN EN. MUHAMAD ANAS BIN MOHD NASIR EN. MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MOHD NOR EN. SHUKUR BIN ZAKARIA EN. MUHAMAD SHAHRUL AZHAR BIN ZAKARIA EN. MOHD NOOR SALAM BIN ABD RAHIM CIK YAMALATTA A/P R.NADARAJA CIK MELVINA LOURDES MARY

BILIK GERAKAN SUARA MAHIR MAKMAL PUSAT SUMBER

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KAWASAN PERINDUSTRIAN TAMAN MERU

30020, IPOH PERAK DARUL RIDZUAN 05-5277777 TEL 05-5270702 FAX

www.ilpipoh.gov.my

Suara Generasi Mahir Assalammualaikum dan

Salam Sejahtera.

Alhamdul i l lah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya, s a y a d i b e r i p e l u a n g u n t u k menghasilkan majalah bulletin ini bagi pihak ILP Ipoh.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya Sidang Redaksi yang bertungkus lumus menyiapkan majalah bulletin ini.

Pengerusi Kelab Redaksi Dan

Fotografi ILP Ipoh

Kemahiran Teras Kecemerlangan

PENAUNG : EN.JAMIL BIN YAHYA PENGARAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

PENASIHAT: EN. MOHD RADZI BIN MASKUR TIMBALAN PENGARAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH EN.HAMIDOM BIN NGAH PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN SUMBER INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

PENYELARAS:

EN MOHD NASIR BIN TAIB (PENGERUSI)

EN.MOHD ZUKHAIRI BIN DZIYAUDDIN ( S/USAHA)

EN.MOHD HARIS BIN SALLEH

EN.ISMAZAIDI BIN ISMAIL

EN. MOHD RIZAL BIN SULAIMAN

EN.MOHD SHAZWAN BIN MUHIYUDDIN

Mukasurat 2

VORTEKS VOICE OF RADICALLY TRANSFORM, TECHNICAL ENABLED AND SKILLFULL YOUTH

SUARA GENERASI MAHIR INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

Page 3: vorteks 2011 bkground edit2

ASSALAMUALAIKUM...wbr

Segala puji bagi Allah S.W.T. serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kerana limpah kurnia-Nya dapat kita bersama dalam penerbitan buletin ini.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan siding redaksi yang telah bekerja keras merealisasikan impian menerbitkan buletin Vorteks ini. Buletin ini tidak akan terhasil tanpa kerjasama dan komitmen yang tinggi dari semua yang terlibat. Usaha sebegini secara tidak langsung dapat menyerlahkan betapa pentingnya konsep permuafakatan bagi menjulang kejayaan.

Pihak ILP Ipoh sentiasa berharap dan menggalakkkan para pelajarnya menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum sebagai pelengkap kepada pengetahuan dan kemahiran profesionalisme yang diperolehi melalui program kemahiran. Penglibatan secara tidak langsung dapat memperkayakan ilmu dan pengalaman pelajar. Ini penting memandangkan pelajar semua adalah bakal pemimpin dan tenaga penggerak yang akan memacu kejayaan Negara bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada barisan siding redaksi buletin Vorteks pada sesi ini diatas segala usaha bagi menyiapkan buletin rasmi ILP Ipoh ini. Diharapkan buletin ini akan menjadi lebih mantap dan dapat mengekalkan kecemerlangannya pada masa akan datang.

Sekian , terima kasih.

JAMIL BIN YAHYA

PENGARAH ILP IPOH.

s a y a d i b e r i p e l u a n g u n t u k

Kata-kata aluan.

Mukasurat 3

Page 4: vorteks 2011 bkground edit2

4

Pengambilan pelajar baru sessi 1/2011 telah bermula pada 3 Januari, dimana Minggu Sillaturrahim (MSR) telah dijalankan selama seminggu. MSR dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar baru tentang perjalanan pembelajaran yang diadakan di ILP Ipoh. Program ini juga bertujuan untuk memupuk jatidiri pelajar, semangat setiakawan, kerja berpasukan dan disiplin yang baik.

Minggu Sillaturrahim 1/2011

2

6

Januari 2011

1

5 7

3

8

Gambar 1. Pendaftaran pelajar 2. Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 3. Ceramah (Bomba) 4. Sukaneka 5. Gotong Royong 6. Kembara 7. Persembahan 8. Penutup MSR

Kursus Aluminum Casting & Alloy telah diadakan dibengkel Foundri Ilp Ipoh selama 3 minggu bermula 24 Januari.

Kursus ini dibawah Program Malaysia & Japan Automotive Industry Co-operation (MAJAICO) yang mana pengajar adalah Pakar dalam bidang foundri dan juga pakar dari ki lang Nissan dari Jepun.

Peserta kursus ini terdiri dari Penyelia Proton Casting, Pengajar Adtec S. Alam dan Pengajar ILP Ipoh.

Setelah tamat kursus selama 3 minggu, peserta dibawa melawat ke ki l ang Proton Cast i ng di G l enm ar i e S hah A l am dan penutup serta penyampaian sijil diadakan di Adtec Shah Alam.

Kursus Aluminium Casting

Mukasurat 4

Page 5: vorteks 2011 bkground edit2

Mukasurat 5

Kursus ini telah diadakan di ILP Ipoh dibawah anjuran Kelab Redaksi dan Fotografi bagi memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang dunia fotografi dan juga aplikasi adobe photoshop.

Kursus ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3 & 4 Feb untuk siri pertama dan siri kedua pada 3 & 4 Mac.

Peserta diberi tunjuk ajar tentang penggunaan kamera DSLR , teknik-teknik pengambilan gambar yang bermutu dan juga penyuntingan gambar dengan menggunakan aplikasi adobe photoshop.

Pada kursus kal i ini , peserta diajar teknik pengcahayaan didalam studio yang diadakan di m akm al c om put e r I LP I poh dan t ek n i k pengcahayaan bagi situasi malam diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Februari 2011 Kursus Asas Fotografi

Page 6: vorteks 2011 bkground edit2

Mukasurat 6

Kursus ini dijalankan pada bermula 14 Mac dan dihadiri oleh peserta dari Jabatan Kerja Raya cawangan Ipoh Perak. Kursus ini dijalankan selama seminggu dengan nama Modul Penyamanan Udara Komersial dan disambung dengan Modul Penyamanan Udara Kereta selama seminggu pada minggu berikutnya. Seramai 15 orang peserta yang terlibat dalam kursus ini. Dalam modul pertama, peserta mempelajari teknik-teknik pemasangan penghawa dingin jenis ‘split unit’. Bagi modul Penyamanan Udara Kereta peserta didedahkan dengan komponen penghawa dingin kereta, kerja –kerja pemasangan komponen penghawa dingin pada kereta. Sebanyak 5 buah kereta disediakan bagi modul ini yang terdiri dari kereta Proton Waja dan juga Proton Wira.

Mac 2011 Kursus Penyamanan Udara

Pelbagai acara telah di jalankan sempena sambutan Maulidur Rasul pada ka l i i n i . Sem ua bengkel mengambil bahagian pada sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

Banyak acara yang dipertandingkan antaranya Nasyid berkumpulan, tulisan Khat, Tilawah Al-quran dan juga kain rentang.

Sambutan ini dibuat bukan untuk memenuhi masa lapang dan juga sebagai hiburan. Ia diadakan bagi mengingatkan semua pelajar dan juga kakitangan dengan keperibadian terpuji nabi junjungan Muhammad S.A.W. dan berpegang serta yakin dengan sunnah yang ditinggalkan oleh Beliau.

Sambutan Maulidur Rasul

Page 7: vorteks 2011 bkground edit2

Mukasurat 7

April 2011

Karnival Sukan Pelajar ILP Ipoh telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, En. Jamil Bin Yahya pada 22 April 2011. Pada karnival kali ini terdapat beberapa acara yang dipertandingkan seperti Bolasepak 9 sebelah, Badminton, Sepaktakraw, Bola Jaring, Bola Tampar (lelaki&perempuan), Ping-Pong, Tarik tali, Carrom dan juga Dart. Karnival pada kali ini berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang ada pada pelajar dan berjalan dalam semangat kesukanan yang baik. Ia juga sebagai persediaan ke Karnival Kecemerlangan Ko-Kurikulum ILJTM Se-Malaysia ke-11.

Karnival Sukan Pelajar Sessi 1/2011

Perhimpunan bulanan kakitangan yang pertama diadakan pada tahun ini dikelolakan oleh bengkel Mekanik Industri. Dalam perhimpunan ini, kakitangan akan diberi taklimat ataupun penerangan dari Tuan Pengarah dan pengumuman pekerja cemerlang bulanan serta meraikan kakitangan-kakitangan institut yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Januari hingga April.

Perhimpunan Mesra Bulanan Kakitangan

Page 8: vorteks 2011 bkground edit2

Mei 2011

Pada 4hb Mei, ILP Ipoh telah mengadakan Karnival Kerjaya. Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengarah ILP Ipoh, En. Jamil Bin Yahya. Terdapat — kilang dan syarikat telah mengambil bahagian dalam karnival ini. Pelbagai jawatan kosong ditawarkan pada karnival kali ini seperti kerani, pekerja am, operator, technician, penyelia, welder dan banyak lagi. Karnival ini Berjaya menarik graduan-graduan dan orang ramai yang mempunyai pelbagai kelulusan datang mencari kerja. Dianggarkan seramai 780 orang telah menghadiri karnival pada kali ini.

Karnival Kerjaya

Perlancaran 5S peringkat ILP Ipoh Pada 26 Mei 2011 yang lalu, Pengarah ILP Ipoh En. Jamil bin Yahya telah merasmikan pelancaran Amalan 5S peringkat ILP Ipoh. Semua kakitangan dan pelajar disarankan mengamalkan amalan 5S ini yang terdiri daripada amalan sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal. Ini bertujuan memastikan persekitaran kerja yang bersih dan kompetitif. Selamat maju jaya untuk ILP Ipoh.

Mukasurat 8

Page 9: vorteks 2011 bkground edit2

Mei 2011

Tanggal 6hb - 8hb Mei, Jabatan Pertahanan Awam ILP Ipoh telah mengadakan perkhemahan tahunan bertempat di Teluk Duyung, Taman Negara Pulau Pinang. Perkhemahan ini melibatkan 80 orang pelajar ILP Ipoh yang melibatkan beberapa kursus. Kesemua AJK Penyelaras Ko-Kurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM ILP Ipoh) yang diketuai pengerusinya En. Fakhrul Anuar Bin Saadon telah turut serta pada program kali ini. Pelbagai aktiviti dilakukan oleh peserta seperti campfire, pertolongan cemas, menyelamat dihutan dan dilaut, bina keyakinan diri dan juga barbeque.

Tujuan perkhemahan ini adalah melatih pelajar menjadi anggota Pertahanan Awam yang terlatih dan juga sebagai tempat untuk menilai sejauh mana ketrampilan peserta dengan ilmu yang telah diajar pada setiap minggu di ILP Ipoh sebelum ini. Diharapkan juga pelajar yang mengambil bahagian akan menjadi tulang belakang kepada JPAM sebagai sukarelawan dalam memberi sumbangan kepada Negara kelak.

Perkhemahan Tahunan JPA ILP Ipoh

Mukasurat 9

Page 10: vorteks 2011 bkground edit2

Jun 2011

Majlis Malam Akhir sesi 1/2011 telah berlangsung pada 1 Jun 2011 jam 9.00 malam di Dewan Sri Kledang. Majlis ini diadakan bagi meraikan Majlis Perwakilan Pelatih yang telah bertugas sepanjang sessi 1/2011 dan juga meraikan pelajar semester akhir yang akan menjalani Latihan Industri bagi melengkapkan portfolio pembelajaran masing-masing.

Aktiviti majlis diserikan dengan beberapa persembahan seperti kugiran, nyanyian, persembahan teater dan juga kugiran jemputan yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar ILP Ipoh. Disamping itu juga penyampaian cenderahati dan sijil kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan juga hadiah cabutan bertuah.

Majlis Malam Akhir 1/2011 ILP Ipoh

Mukasurat 10

Page 11: vorteks 2011 bkground edit2

Jun 2011

Pada 19hb hingga 23hb Jun yang lalu, telah berlamgsung Sukan ILJTM Se-Malaysia , dimana ILP Pedas telah dilantik menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang kali ke-11 ini. Pada kali ini, venue pertandingan telah diadakan di ILP Pedas, Adtec Melaka dan juga UniKL Micet.

Kejohanan kali ini dimeriahkan lagi dengan adanya wakil ILJTM dari wilayah Boneo dalam acara bolasepak, bola jaring dan juga tenis. Banyak acara yang dipertandingkan pada kali ini seperti bolasepak, bola jarring, sepaktakraw, bola tampar, pingpong, badminton dan dua acara dipertandingkan bagi kategori kakitangan iaitu tenis dan bowling.

Pada kejohanan kali ini, ILP Ipoh telah berjaya membawa pulang pingat perak untuk acara Tenis (kategori staff) dan pingat gangsa bagi acara Sepaktakraw (pelajar).

Sukan ILJTM Se-Malaysia @ ILP Pedas

Mukasurat 11

Page 12: vorteks 2011 bkground edit2

5

3

4

7

Minggu Sillaturrahim 2/2011 Pengambilan pelajar baru sessi 2/2011 telah bermula pada 4 Julai, dimana Minggu Sillaturrahim (MSR) telah dijalankan selama seminggu.MSR dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar baru tentang perjalanan pembelajaran yang diadakan di ILP Ipoh.Program ini juga bertujuan untuk memupuk jatidiri pelajar, semangat setiakawan, kerja berpasukan dan disiplin yang baik.

5

2

Gambar

1. Pendaftaran pelajar

2. T a k l i m a t u n t u k IbuBapa

3. Ceramah (AADK)

4. A k t i v i t i L a t i h a n Da la m Ku mp u lan (LDK)

5. Sukaneka

6. Gotong Royong

7. Kembara

8. Persembahan

9. Penutup MSR

Julai 2011

6

8

7

9

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU 2/2011

Mukasurat 12

Page 13: vorteks 2011 bkground edit2

Memasak Bubur Lambuk— Ramadhan 1432 Pada 16 Ogos bersamaan 16 Ramadhan yang lalu, Majlis Perwakilan Pelatih telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi memasak Bubur Lambuk bertempat di perkarangan Surau As-Sajadah ILP Ipoh.

Program anjuran Biro Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar ini disertai oleh kakitangan dan pelajar.

Program yang bermula pada pukul 11.00 pagi ini dimulai dengan penyediaan peralatan oleh pelajar yang diselia oleh kakitangan institut. Aktiviti ini merupakan acara tahunan bagi meningkatkan semangat kerjasama antara pelajar. Dijangka pada masa hadapan akan ada pertambahan bilangan periuk.

Bubur Lambuk yang dimasak telah diagihkan kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan institut.

Ogos 2011 Mukasurat 13

Page 14: vorteks 2011 bkground edit2

Sambutan Hari Raya — anjuran MPP 22 September merupakan hari yang gembira bagi pelajar-pelajar ILP Ipoh kerana satu majlis Hari Raya telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar.

Pihak MPP juga telah bertungkus lumus membakar lemang sebanyak 120 batang bagi memeriahkan lagi majlis ini. Aktiviti membakar lemang dimulakan sejak pukul 8.00 malam diperkarangan Suarau As-Sajadah ILP Ipoh.

Pelbagai juadah hidangan telah disediakan seperti sate, lemang, rendang, kuih muih, nasi tomato dan juga mee g o r e n g . P r o g r a m i n i b e r j a y a d i l a k s a n a k a n memandangkan kesemua hadirin berpuashati dengan hidangan yang disajikan.

September 2011 Mukasurat 14

Page 15: vorteks 2011 bkground edit2

Pada 27 September yang lalu, Pertubuhan Sukan dan Kebajikan Kakitangan ILP Ipoh telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bertempat di Dewan Sri Kledang ILP Ipoh.

Pada majlis ini keluarga ahli PSKK diraikan, selain jamuan yang diadakan majlis juga diserikan dengan acara karaoke oleh ahli PSKK dan juga keluarga.

Terdapat sebanyak 45 hadiah cabutan bertuah, diantara hadiah-hadiah yang ditawarkan seperti LCD TV, 3 buah basikal pelbagai saiz , barangan elektrikal dan juga kelengkapan rumah. Hadiah juga diberikan kepada kanank-kanak comel serta hadiah misteri.

Tahniah diucapkan kepada penerima hadiah dan juga ‘Prince’ dan Princess pada malam itu, iaitu En. Zuraini dan Pn. Normah.

Sambutan Hari Raya — anjuran PSKK September 2011

Mukasurat 15

Page 16: vorteks 2011 bkground edit2

Oktober 2011 Kursus Asas Fotografi & Adobe Photoshop Kursus ini telah diadakan di ILP Ipoh dibawah anjuran Kelab Redaksi dan Fotograf i bagi m em beri pendedahan kepada ahli kelab tentang dunia fotografi dan juga aplikasi adobe photoshop.

Kursus ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8 & 9 Okt untuk seri pertama dan seri kedua pada 22 & 23 Oktober.

Peserta diberi tunjuk ajar tentang penggunaan kamera DSLR , teknik-teknik pengambilan gambar yang bermutu dan juga penyuntingan gambar dengan menggunakan aplikasi adobe photoshop.

Mukasurat 16

Page 17: vorteks 2011 bkground edit2

Oktober 2011 Perkhemahan Pengakap Kelana ILP Ipoh

Mukasurat 17

Bermula 7hb hingga 9hb Oktober, Pengakap Kelana ILP Ipoh telah mengadakan perkhemahan tahunan bagi anggotanya seramai 95 orang bertempat di The Lereng Adventure Camp & Resort Ulu Chepor, Perak. Pelbagai aktiviti dijalankan selama berada disana antaranya pembinaan menara, jungle trekking, menyelamat di air, membina keyakinan diri, ikhtiar hidup dan barbeque sebagai penutup aktiviti. Dalam aktiviti keyakinan diri, pelatih diuji dengan cara ditinggalkan didalam sebuah rumah tinggal pada waktu awal pagi bermula jam 1.00 pagi secara berseorangan. Syukur diucapkan kehadrat Ilahi kerana tiada apa-apa kejadian yang tidak dingini berlaku dan semua aktiviti yang dijalankan dapat ditamatkan dengan jayanya.

Page 18: vorteks 2011 bkground edit2

Disember 2011 Mukasurat 18

Program ILP IPOH Prihatin dibawah konsep Corporate Social Responsibility (CSR) telah dijalankan pada 17 hingga 24 Disember 2011 bertempat di Kampung Chalil, Gua Musang Kelantan. Program ini merupakan satu tanggungjawab sosial warga ILP Ipoh kepada masyarakat disamping sebagai strategi mempromosikan ILP Ipoh kepada penduduk tempatan terutama golongan belia lepasan sekolah. Seramai 26 orang pelajar dan 3 orang pengajar terlibat dalam menjayakan program ini dan sebanyak 33 buah rumah telah dibuat pendawaian oleh pelajar.

Program yang diadakan ini dikhususkan kepada kerja-kerja pendawaian elektrikal dirumah penduduk. Ia bertujuan mendidik penduduk tentang pentingnya pendawaian yang sempurna bagi menjamin keselamatan isirumah.

Program ini membabitkan pelajar Bidang Teknologi Elektrikal bertujuan memberi peluang pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajari di institut serta mendedahkan pelajar dengan hubungan sosial bersama masyarakat umum.

Page 19: vorteks 2011 bkground edit2

Disember 2011 Perhimpunan Mesra Bulanan Kakitangan Nov - Dis 2011

Mukasurat 19

Perhimpunan bulanan kakitangan pada kali ini dikelolakan oleh bengkel Elektrik. Dalam perhimpunan ini, kakitangan diberi taklimat tentang SBPA serta penurunan tandatangan borang opsyen SBPA secara beramai-ramai dan pengumuman pekerja cemerlang bulanan serta meraikan kakitangan-kakitangan institut yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan November dan Disember.

Seramai 19 kakitangan institut yang lahir pada bulan November dan Disember diraikan dalam majlis ini. Sementara Pekerja Cemerlang bagi bulan November dianugerahkan kepada En. Asri bin Ali dan Pekerja Cemerlang bagi bulan Disember dianugerahkan kepada En. Zamri Affendi.

Page 20: vorteks 2011 bkground edit2

Kursus Aluminium Casting—Majaico B

Kursus ini dibawah Program Malaysia & Japan Automotive Industry Co-operation (MAJAICO) yang mana pengajar adalah Pakar dalam bidang foundri dan juga pakar dari kilang Nissan dari Jepun. Kursus Aluminum Casting & Alloy telah diadakan dibengkel Foundri Ilp Ipoh sebanyak 4 siri .

I. Elementary Casting Course—Aluminium & Iron part 1 (24 January 2011—10 February 2011) II. Elementary Casting Course—Aluminium & Iron part 2 (13 July 2011—22 July 2011) III. Intermediate Casting Course—Aluminium (12 September 2011—4 Oktober 2011) IV. Advanced Casting Course—Aluminium (24 Oktober 2011—15 November 2011)

Peserta kursus ini terdiri dari 6 orang Penyelia Proton Casting, seorang Pengajar Adtec S. Alam dan Pengajar ILP Ipoh. Peserta kursus ini diberi latihan bagi melahirkan ‘master trainer’ yang berketrampilan dalam bidang aluminium casting. Peserta juga diberi ujian dengan mengadakan kelas kepada pelajar bidang Teknologi Foundri ILP Ipoh bagi menguji kefahaman peserta dan kelangsungan ilmu yang diperolehi diajar kepada pelajar baru. Seramai 15 orang pelajar Teknologi Foundri terlibat dalam kursus ini dan dianugerahkan sijil sehingga tahap pertengahan.

Mukasurat 20

Page 21: vorteks 2011 bkground edit2

Pertandingan Laman Sesawang ILJTM

ILP Ipoh telah menghantar satu pasukan bagi menyertai Pertandingan Laman Web Terbaik Peringkat ILJTM. Pasukan tersebut terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Pn. Norsuhaila bt Kasah selaku Ketua Pasukan, En. Ismazaidi bin Ismail, En. Mohd Shazwan bin Muhaiyuddin dan En. Mohd Rizal bin Sulaiman.

Pada peringkat awal, sebanyak 32 institut menyertai peringkat saringan pertandingan tersebut. Sesi penilaian secara ‘online’ Laman Web ILJTM telah dijalankan oleh pihak MAMPU mulai 22 hingga 25 Ogos 2011 bagi penentuan ke peringkat akhir.

ILP Ipoh telah berjaya melangkah setapak lagi iaitu ke peringkat akhir Pertandingan Laman Web Terbaik ILJTM 2011. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 24-25 September 2011 di Adtec Batu Pahat bersama-sama 9 lagi institut iaitu Adtec Kulim, ILP Kuala Terengganu, ILP Ledang, ILP Mersing, ILP Perai, ILP Kuala Langat, ILP Jitra, ILP Miri dan Adtec Kemaman.

Secara keseluruhannya Laman Web ILP Ipoh telah mendapat tempat ke 5 daripada 32 institut yang bertanding serta mendapat perkadaran bintang sebanyak 4 bintang.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Laman Web ILP Ipoh.

Pn. Norsuhaila bt. Kasah

En. Mohd Shazwan bin Muhaiyuddin

En. Ismazaidi bin Ismail

En. Mohd Rizal bin Sulaiman

Mukasurat 21

Page 22: vorteks 2011 bkground edit2

En. Fahim Akhbar bin Ghazali Pn. Lailaton Azwa Bt. Waid En. Haris bin Salleh

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Mukasurat 22

En.Balasupramaniam

A/L Thangavelo

En.Mohd Syazwan

Bin Muhiyuddin En.Hafizul bin Eidan En.Mohd Helmi Bin Yaakob En.Ismazaidi bin Ismail

Pn. Sakinah bin Zainol Aripin En.Azuril Azrak Bin Ramli En.Ahmad Faizal Bin Sharif

Page 23: vorteks 2011 bkground edit2

Anugerah Cemerlang Bulanan 2011

Pn. Siti Fauziah Pn. Hasna Masitah

Mac

Mei

April

Jun

Februari

Januari

Pn. Zarina Mohd Hani

En. Jamaudin Pn. Latha En. Firdaus Asrani

Ogos Sept

Julai

En. Asraf Johar En. Md. Nor En. Dzukhairi

Pn. Suhaila

Oktober

Encik Asri bin Ali Encik Zamri Affendi

November

Disember

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah kakitangan cemerlang bulanan, diharap dengan penerimaan anugerah ini akan menambah lagi kecekapan dalam perkhidmatan dan seterusnya mencapai Anugerah Pekerja Cemerlang untuk tahun ini.

Mukasurat 23

Page 24: vorteks 2011 bkground edit2

Pertukaran Kakitangan

SENARAI PEGAWAI BERTUKAR KELUAR DARI ILP IPOH

SENARAI PEGAWAI BERTUKAR MASUK KE ILP IPOH

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKH BERTUKAR

CATATAN

1. Mohd. Azrul bin Muhd. Idrus PPLV J17 16.5.2011 Sek. Tunas Bakti, Taiping

2. Nurul Huda binti Mohamad

PLV J41 15.7.2011 IKBN Wakaf Tapai

3. Nor Samida binti Yaacob

PLV J41 3.10.2011 ILP Nibong Tebal

4. Mohd. Farry Farhas bin Abu Hassan Juruteknik Komp. FT17

17.10.2011 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

5. Meor Shahurin bin Meor Sulaiman

PPLV J29 25.10.2011 JMTI

6. Mior Asri bin Mior Yunus

PPLV J22 25.10.2011 IKBN Jitra

7. Mohamad Dzulhazmi bin Abu Hassan

PPLVJ22 25.10.2011 ILP Kota Kinabalu

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN TARIKH BERTUKAR

TEMPAT LAMA

1. Vidhya Mol a/p Yesodharan

DG41 1.3.2011 ADTEC Kulim

2. Mohd. Irwan bin Nordin

PPLV J17 15.7.2011 ILP K. Lumpur

3. Mohd. Norhisham bin Mohamed Ali

PPLV J17 15.7.2011 ILP Muar

4. Mohd. Najib bin Hasan

Pemandu R3 15.7.2011 Pusat Perubatan Universiti Malaya

5. Sompong a/l Boon Liang

PLV J41 25.7.2011 IKBN Terengganu

6. Devega a/p Ramanthan Chettiar

PLV J41 3.10.2011 ILP Nibong Tebal

7. Saiful Buhari bin Ali Muslim Juruteknik Komp. FT17

17.10.2011 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Mukasurat 24

Page 25: vorteks 2011 bkground edit2

PERTUKARAN DALAMAN

PPPS = Penolong Pengarah Pengurusan Sumber

PPPHEP = Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

BKKL = Bahagian Kawalan Kualiti Latihan

BPPL = Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan

BPPA = Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset

KJM(P) = Ketua Jabatan Mekanikal (Pengeluaran)

PPU = Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN PENEMPATAN BARU

1 Hamidom bin Ngah PLV J44 KJ Mekanikal (P)

2 Rhoma Erma bin Zaini PLV J44 PPPS

3 Roslina binti Azizuddin PLV J44 PPPHEP

4 Mohd Haiqal Karim bin Nordin PLV J41 BKKL

5 Abd Aziz bin Miad PPLV J38 Unit Promosi Komersil

6 Baharuddin bin Abdullah PpLV J38 Mould

7 Abdul Wahab bin Abdul Aziz PPLV J38 Fabrikasi Logam

8 Asri bin Ali PPLV J38 Press Tool

9 Azhar bin Abdul Rahim PPLV J36 Kimpalan

10 Haidil Mustafa bin Marsat PPLV J36 BPPA

11 Munifa Nor bt Ismail PPLV J36 Tek. Komputer Sistem

12 Zarina bt Mohd Hani PPLV J29 PPU

13 Azril Khairi b. Ab Razak PPLV J29 BPPA

14 Mohd Firdaus bin Asrani PPLV J29 BKKL

15 Mohd Firdaus bin Md Udin PPLV J29 BPPL

16 Mohd Andri bin Samat PPLV J22 Elektrikal

17 Izam Yusri b. Ahmad Kamal PPLV J17 Mekanik Industri

PENEMPATAN ASAL

PPPS

BKKL

BPPL

Press Tool

PPU

BPPA

Press Tool

Fabrikasi

Mekanik Industri

Mould

BPPL

Seramik

Mould

Kimpalan

CESS

PPU

BPPA

Mukasurat 25

Page 26: vorteks 2011 bkground edit2

Inovasi Sistem Keselamatan dan Pensuisan Tanpa Wayar (WISS) merupakan sistem yang dibina untuk

memberi makluman kepada pemilik premis jika berlaku sebarang pencerobohan menggunakan sistem selular di samping pemilik juga dapat mengawal peranti elektrik yang terdapat di dalam premis tersebut. Dengan itu, jika rumah diceroboh, penderia akan mengaktifkan sistem penggera keselamatan dan terus menghantar pesanan ringkas kepada pemilik premis memaklumkan bahawa zon tertentu telah diceroboh. Di samping itu, pemilik premis juga boleh mengawal peranti elektrik yang ada, contohnya pintu pagar automatik, lampu atau kipas dan sebagainya.

Projek ini telah dibina bagi menyertai pertandingan inovasi diperingkat ILJTM yang berlangsung di Adtec Batu Pahat, Johor. Kakitangan ILP Ipoh yang terlibat secara langsung dalam projek ini adalah En Rhoma Erma bin Zaini, En. Zukhairi bin Dzyauddin, En. Ahmad Basher bin Mohamed Rasul dan En. Abdul Razak bin Mat Deris.

Mukasurat 26

Page 27: vorteks 2011 bkground edit2

Everyone who knows even a little bit of English should know that the article 'a' is used before words that do not start with a vowel. For example: a loaf of bread. However, when the word starts with a vowel (a, e, i, o or u), the arti-cle 'a' becomes 'an'. For example: an apple. Simple, is it not? Well, no. English can never be this simple. There are always exceptions to the rules. Always. So for words that do start with a vowel but somehow pronounced like they start with a consonant(letters which are not vowels) , the article used is 'a'. For example: a uniform Because uniform is pronounced you-nee-form. How about words that start with a consonant, but the consonant is silent? Like that of the word 'hour'. In this case, we use 'an' instead of 'a'. For example: an hour. So these are the rules and exceptions that determine the usage of aand an in English. If I were to ask you, which article would you use for the word'history'? According to what we just learnt, it should be 'a', right? As in, 'a history'. But why, oh why do we still see people use 'an history' in writings? I am aware of the fact that people used to write it that way. The keywords here are 'used to'. Not 'we still do' but 'used to'. When old people write 'an history', I am probably okay with that but when people who are just as young as I am write 'an his-tory', that is just being pretentious.

Mukasurat 27

English on you.

dalam projek ini adalah En Rhoma Erma bin Zaini, En. Zukhairi bin Dzyauddin,

Page 28: vorteks 2011 bkground edit2

AGAMA ISLAM DAN ANDA

MAKNA BACAAN DIDALAM SEMBAHYANG Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Mukasurat 28

Page 29: vorteks 2011 bkground edit2

Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Mukasurat 29

Page 30: vorteks 2011 bkground edit2

Jenis nombor Nombor boleh dikelaskan kepada set yang dipanggil sistem nombor. Untuk kaedah-kaedah menyatakan nombor dengan simbol, sila lihat sistem angka.

Nombor asli Nombor-nombor yang paling biasa digunakan ialah nombor asli. Bagi sesetengah orang, nombor asli bermaksud integer bukan negatif, manakala untuk orang yang lain, istilah itu bermakna integer positif. Integer-integer bukan negatif dirujuk sebagai nombor bulat, manakala integer positif dirujuk sebagai nombor pembilang.

Dalam sistem penomboran asas sepuluh yang digunakan di hampir seluruh dunia, simbol-simbol untuk nombor asli ditulis dengan menggunakan sepuluh digit, iaitu 0 hingga 9. Suatu sistem nilai tempat tersirat yang bertambah dengan kuasa sepuluh digunakan untuk nombor yang lebih besar daripada sembilan. Oleh itu, nombor yang lebih besar daripada sembilan mempunyai angka yang dibentuk daripada dua or lebih digit. Simbol untuk set yang merangkumi semua nombor asli ialah

Integer Nombor negatif ialah nombor yang nilainya adalah kurang daripada sifar. Nombor ini biasa ditulis dengan menggunakan tanda negatif di hadapan nombor positif yang sepadan untuk menandakan lawannya. Umpamanya, jika satu nombor positif digunakan untuk menandakan jarak di sebelah kanan titik tetap, nombor negatif akan digunakan untuk menandakan jarak di sebelah kiri. Serupa juga, jika satu nombor positif menandakan simpanan bank, jadi nombor negatif merujuk kepada pengeluaran wang daripada akaun bank itu. Apabila nombor bulat negatif dicantumkan dengan

nombor bulat positif atau nombor sifar, seseorang akan mendapat integer (bahasa Jerman: Zahl, bentuk jamak Zahlen). Nombor nisbah Nombor nisbah ialah nombor yang boleh diungkapkan sebagai pecahan yang terdiri

daripada pengangka integer serta penyebut nombor asli yang bukan sifar. Pecahan mewakili kuantiti yang diperoleh apabila sesuatu benda dibahagikan kepada n ba-hagian yang sama. Dua pecahan yang berbeza boleh mempunyai nilai yang sama

dengan satu nombor nisbah; umpamanya dan adalah sama. Jika nilai mutlak untuk m adalah lebih besar daripada n, nilai mutlak untuk pecahan itu adalah lebih be-sar daripada satu. Pecahan boleh mempunyai nilai positif, negatif, atau sifar. Set untuk semua pecahan merangkumi semua integer kerana setiap integer boleh ditulis seba-gai satu pecahan dengan penyebut 1. Simbol untuk nombor nisbah ialah huruf tebal

(untuk quotient dalam bahasa Inggeris, iaitu hasil bahagi).

Mukasurat 30

Matematik dan Anda

Page 31: vorteks 2011 bkground edit2

Nombor nyata Dengan kurang tepat, nombor-nombor nyata boleh dianggap sebagai sama sahaja dengan titik-titik pada garis selanjar. Semua nombor nisbahadalah nombor nyata dan seperti dengan nombor nisbah, nombor nyata boleh dikelaskan, baik sebagai positif, sifar, mahupun negatif. Nombor nyata boleh dicirikan dengan unik melalui sifat matematiknya: nombor ini adalah medan tertib lengkap yang tunggal. Bagaimanapun, nombor nyata bukannya suatu medan tertutup algebra.

Angka-angka perpuluhan adalah lagi satu cara untuk mengungkapkan nombor. Dalam sistem nombor asas sepuluh, nombor ini ditulis sebagai rentetan angka, dengan satu titik (titik perpuluhan) (umpamanya di Amerika Syarikat dan United Kingdom) atau dengan satu koma (umpamanya di benua Eropah) di sebelah kanan tempat nilai-nilai satu; nombor nyata negatif ditulis dengan tanda minus di hadapan. Sesuatu angka perpuluhan yang mentakrifkan nombor rasional boleh berulang-ulang atau tamat (walaupun seberapa banyak nombor sifar boleh ditambah), walaupun sifar ialah nombor nyata yang tunggal yang tidak boleh ditakrifkan

melalui angka perpuluhan yang berulang-ulang. Umpamanya, pecahan boleh ditulis sebagai angka perpuluhan 1.25 yang tamat, atau sebagai angka perpuluhan 1.24999... (angka-angka

sembilan yang berterusan) yang berulang-ulang. Pecahan hanya boleh ditulis dengan 0.3333... (angka-angka tiga yang berterusan) yang berulang-ulang. Semua angka perpuluhan yang berulang-ulang atau tamat mentakrifkan nombor nyata yang juga boleh ditulis sebagai

pecahan; 1.25 = dan 0.3333... = . Sebaliknya, angka-angka yang tidak berulang-ulang atau tidak tamat mewakili nombor bukan nisbah, iaitu nombor-nombor yang tidak boleh ditulis sebagai pecahan. Umpamanya pemalar-pemalar matematik yang terkenal seperti π (pi) dan

, punca kuasa dua 2, adalah nisbah; serupa juga dengan nombor nyata yang diungkapkan oleh angka perpuluhan 0.101001000100001... kerana ungkapan ini tidak berulang atau tamat.

Nombor-nombor nyata terdiri daripada semua nombor yang boleh diungkapkan melalui angka perpuluhan, baik nombor nisbah mahupun nisbah. Simbol untuk nombor nyata ialah Nom-bor-nombor nyata telah dipergunakan untuk mewakili ukuran, dan adalah sama dengan titik-titik pada garis nombor. Oleh sebab ukuran-ukuran hanya dibuat pada tahap ketepatan yang tertentu, jidar selisih selalu wujud apabila nombor nyata digunakan untuk mewakilinya. Ini sering diolahkan dengan menentukan bilangan angka bererti yang sesuai.

Nombor kompleks Beralih ke tahap pengabstrakan yang lebih tinggi, nombor-nombor nyata boleh diperluas supaya merangkumi nombor-nombor kompleks Dari segi sejarah, set nombor muncul daripada soalan bolehkah nombor negatif mempunyai punca kuasa dua. Daripada masalah ini, satu nombor baru telah ditemui: punca kuasa dua negatif satu. Nombor ini ditandakan dengan simbol i yang diberikan oleh Leonhard Euler.

Nombor-nombor kompleks terdiri daripada semua nombor dengan bentuk a + bi, dengan a dan b merupakan nombor-nombor nyata. Jika a ialah sifar, maka a + bi dipanggil nombor khayalan. Serupa juga, jika b ialah sifar, maka a + bi ialah nombor nyata kerana tidak adanya komponen khayalan. Sesuatu nombor kompleks yang mempunyai a dan b sebagai integer dipanggil integer Gaussan. Nombor-nombor kompleks merupakan medan tertutup algebra, iaitu setiap polinomial dengan koefisien kompleks boleh difaktorkan menjadi faktor-faktor linear yang mempunyai koefisien-koefisien kompleks. Nombor-nombor kompleks adalah sepadan dengan titik-titik pada satah kompleks.

Setiap sistem nombor yang disebut di atas adalah subset bagi sistem nombor yang berikut.

Secara simbol, ini diwakili sebagai:

Mukasurat 31

Page 32: vorteks 2011 bkground edit2

Kursus yang ditawarkan di ILP Ipoh Kursus Sepenuh Masa

Bidang kursus yang ditawarkan di ILP Ipoh memberi tumpuan terhadap pelbagai jenis industri yang terdapat di Negeri Perak. Justeru itu bidang kursus yang dijalankan adalah memenuhi keperluan industri tempatan.

Penggal Latihan

Latihan sepenuh masa dijalankan selama 1 tahun di institut dan semua pelajar perlu menjalani latihan industri selama 6 bulan di industri.

Kod Bidang

Kemahiran

Kursus Sepenuh Masa

Keterangan Kursus Tempoh Latihan

Tahap Kemahiran

A01 Teknologi Mekanik Industri

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan diajar menggunakan alat-alat tangan bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, penggunaan mesin pneumatic dan hidraulik.

A04 Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Press Tool)

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan diajar mengendali, menyelenggara peralatan dan menggunakan pelbagai jenis mesin ‘conventional’, mesin kawalan berangka (CNC) serta mesin kuasa pemampat untuk membuat dan membaiki komponen-komponen acuan mengikut spesifikasi yang ditetapkan supaya acuan selamat untuk digunakan.

A05 Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Mould)

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan dibimbing untuk menghasil dan membentuk pelbagai jenis acuan bagi menghasilkan produk yang diperbuat dari plastic. Pelajar akan diajar untuk menyediakan dan mengoperasi pelbagai jenis mesin konvensional dan pelbagai jenis mesin kawalan berangka (CNC) untuk merekabentuk acuan suntikan plastic dua plat. Disamping itu juga pelajar akan dilatih untuk memasang, menguji dan mengenalpasti masalah pada acuan.

A06 Teknologi Foundri

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan diajar mengenai asas logam, logam feros, bukan feros, sifat-sifat logam, penggunaan relau, rawatan haba, analisa kasting, pembuatan acuan, peleburan logam, jenis-jenis corak, bahan corak, kaedah merancang pembuatan dan pembinaan corak, membaca dan melukis lay-out (blueprint), alatan membuat corak dan sebagainya. Disamping itu pelajar juga akan dilatih untuk melakukan kemasan dan ujian akhir pada produk siap. Kursus penyeliaan (supervisor) juga akan diberikan kepada para pelajar.

A08 Teknologi Kimpalan Arka & Gas

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan ke atas logam, membaca symbol dan lukisan blueprint dan menguji sambungan kimpalan.

A09 Tek. Fabrikasi Logam

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan diajar mengenai membuat, merekabentuk, memasang dan memperbaiki barangan atau logam berangka dengan cara mengimpal, memotong, melipat dan menggulung.

A15 Tek. CADD Mekanikal

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan diajar menyediakan pelan sesuatu komponen mekanikal, lukisan pemasangan dan butiran, merangka lukisan mengikut skala dan piawaian tertentu sesuatu objek.

B01 Tek. Elektrik 1 Fasa

30 Bulan. Tahap 1-3

PW2

Pelajar akan diajar cara-cara pendawaian, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa, mencari, mengesan, membaiki kerosakan alat-alat elektrik serta mengawal, membaik pulih alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industry mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).

B02 Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

30 Bulan. .

Tahap 1-3

Pelajar akan diajar mengenai system pemampatan dan pemeluwapan, memasang dan menyambung system paip penyejukkan, menganalisa teknik-teknik pemulihan dan membaiki system elektrikal dan mekanikal serta memilih penyaman udara mengikut keperluan.

B08 Tek. Elektrik 3 Fasa

12 Bulan. PW4 Pelajar akan diajar kaedah dan cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pepasangan pendawaian dan peralatan elektrik 3 fasa dan semua aspek keselamatan berkaitan pepasangan berkenaan berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik, Suruhanjaya Tenaga dan undang-undang lain yang berkaitan.

Mukasurat 32

Page 33: vorteks 2011 bkground edit2

E02 Teknologi Seramik

30 Bulan. Tahap 1-3

Pelajar akan diajar mengenai asas-asas bahan seramik, pengadunan untuk dijadikan produk separa siap dan produk siap, belajar proses membentuk, mengering, membakar serta menjalankan ujian kualiti terhadap produk.

F01 Teknologi Komputer (Sistem)

24 Bulan. Tahap 2-3

Pelajar akan diajar mengenai pemasangan, penyelenggaraan, mengesan kerosakan, membaiki sistem rangkaian komputer serta merekabentuk rangkaian sistem komputer.

Aktiviti Ko-Kurikulum

•Pertahanan Awam

•Persatuan Bulan Sabit Merah

•Pengakap Kelana

•Taekwando

•Sidang Redaksi dan Fotografi

Kemudahan •Asrama dan makanan disediakan secara percuma

•Bengkel yang lengkap, Perpustakaan

•Elaun saku

•Pelbagai kemudahan sukan

•ICT—rangkaian maklumat dan komunikasi

Kelayakan •Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 30 tahun

•Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus Bahasa Melayu

•Sihat tubuh badan

Pembiayaan • Kursus sepenuh masa tidak dikenakan

bayaran (tertakluk pada pindaan) kecuali ditaja oleh syarikat swasta.

Pengiktirafan Sijil • Jabatan pembangunan Kemahiran (JPK) SKM Tahap 1, 2, dan 3

• Suruhanjaya Tenaga (ST)

• Jabatan Tenaga Manusia (Sijil Juruteknik Perindustrian)

Kemasukan 1. Pengambilan untuk kursus sepenuh masa dibuat pada bulan Januari dan Julai. 2. Iklan akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan (dua kali setahun) pada bulan Mac dan September. 3. Permohonan secara online di laman web: http://www.jtm.gov.my 4. Permohonan dari industri untuk menganjurkan latihan sepenuh masa bagi pekerja boleh dibuat terus ke Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Manusia

dengan menggunakan boring yang sama. 5. Isi boring permohonan dengan lengkap dan kemukakan borang bersama salinan sijil dan kad pengenalan kepada:- PENGARAH, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA KAWASAN PERINDUSTRIAN TAMAN MERU 30020 IPOH, PERAK TEL: 05-527 7777 FAKS: 05-527 0702 E-mail:[email protected]

Mukasurat 33

Kursus Separuh Masa Kursus separuh masa atau customized yang dikendalikan, memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran pekerja-pekerja industri. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Waktu latihan dijalankan kebiasaannya pada hujung minggu tertakluk kepada jadual yang dipersetujui bersama industri dan ILP Ipoh. Bayaran berdasarkan kepada jumlah jam dan bahan latihan yang digunakan.

•Teknologi Elektrik - Pendawaian Satu Fasa (PW2) - Pendawaian Tiga Fasa (PW4)

•Teknologi Kimpalan - Basic Arc Welding Arka & Gas - 6G/6R Welding - Basic Tungsten Inert Gas Welding

•Tek. Fabrikasi Logam - ‘Fabrication of Steel Structure’ (1-4)

•Tek. CADD-Mekanikal - AutoCADD & Inventor

•Tek. Mekanik Industri - Programmable Logical Control (PLC)

•Tek. Penyejukbekuan - Service Aircond & Chiller System & Penyamanan Udara

•Teknologi Foundri - Investment Casting, Sand Casting - Pattern Making

•Teknologi Seramik - Model Making (Plaster of Paris) - Mould Making (Plaster of Paris) - Slip Casting

•Tek. Pembuat Acuan - Progressive Die & Master CAM Pembentuk & Alat Pemotong

•Tek. Komputer Sistem - PC Maintanance & Assembly

Page 34: vorteks 2011 bkground edit2

Bangunan Pentadbiran

Kemudahan-kemudahan di ILP Ipoh

Dewan Kuliah Utama

Bengkel Latihan Bengkel Latihan

Bilik Kuliah Pusat Sumber

Dewan Kuliah Utama

Mukasurat 34

Page 35: vorteks 2011 bkground edit2

Dewan Serbaguna Surau

Dewan Makan Kafeteria

Asrama Puteri Asrama Putera

Padang Bola Gelanggang Sukan

Mukasurat 35

Page 36: vorteks 2011 bkground edit2

Pengalaman Kemahiran dan Anda

Penulis ingin berkongsi pengalaman dengan pelatih yang baru memulakan penghidupan sebagai pelatih kemahiran di institut ini. Penulis juga bermula sebagai pelatih diILJTM pada tahun 1996 walaupun dalam usia agak sedikit lewat.

Kita berbalik kepada pengalaman pada peringkat awal penerimaan latihan kemahiran. Jelas sekali pada waktu itu perbezaan individu amat natal dalam persekitaran latihan.

Sesetengah pelatih adalah pelajar yang cepat, sesetengahnya agak lambat sedikit, sesetengahnya bermula dalam keadaan permulaan yang amat tinggi daripada yang lain, sesetengahnya meningkat sedikit sahaja walaupun melakukan praktis yang berterusan.

Namun demikian janganlah pelatih bimbang kerana ia adalah sesuatu yang normal. Kita dilahirkan dengan keistimewaan yang berbeza. Penulis juga berada dalam kategori pelajar yang lembab tetapi hasil dari kesabaran serta latih tubi yang berulang kali kita mampu menghasilkan kerja yang terbaik.

Kelainan dalam corak penerimaan pembelajaran ini adalah hasil dari pebezaan kemampuan dan motivasi dikalangan pelatih. Pengalaman permulaan seseorang bakal pekerja (pelatih) boleh ditentu dengan memberikan sesuatu bentuk latihan, jika berjaya ia akan memberikan kesan positif terhadap masa hadapan pelatih berkenaan.

Bekas pelatih Teknologi Foundri