documentx

Upload: kira5729

Post on 13-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Penghargaan 3 Pengenalan 4 Penerangan konsep komunikasi dalam ibadah dari aspek hablun min Allah 4-6dan hablun min annas

Hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi sosial 6-8dalam kehidupan.

Mengenalpasti kesan ibadah yang sempurna terhadap komunikasi 8-12sesama manusia. Kesimpulan 12 Rujukan 12-13

Penghargaan

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T. Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus, Komunikasi Pendekatan Islam dalam tajuk Uqubah dalam fiqh jinayat Islam tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Saya berasa gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang saya sanjungi iaitu Ustaz Mohammad Junady Bin Kantor . Saya amat menghargai bantuan beliau yang banyak memberi saya input dan informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya dengan bantuan beliau saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang saya sayangi yang sentiasa memberikan saya sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan kos kerja kursus saya ini. Hal ini menyuntik semangat saya dalam melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran saya untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung penghargaan juga diucapkan buat rakan-rakan yang menyumbangkan buah fikiran sehingga saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhirnya, saya berharap usaha yang saya lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat meningkatkan keimanan saya terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi termampu.

Pengenalan

ABSC3103 Komunikasi Pendekatan Islam adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia. Dalam tugasan ini saya akan menjelaskan dan menghuraian pemahaman saya tentang konsep komunikasi dalam ibadah yang meliputi hubungan pada Allah dan hubungan sesama manusia.

Selain itu, dalam tugasan kali ini dapatlah memberi pengetahuan yang lebih mantap tentang apa hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi social dalam kehidupan seharian kita bukan sahaja pada diri saya tetapi juga pada sahabat-sahabat perbincangan saya. Dalam tugasan ini juga saya dapat mengenalpasti beberapa impak ibadah yang sempurna yang dilakukan terhadap komunikasi sesama manusia. Melalui rujukan dalam internet dan bacaan buku ilmiah serta pertanyaan kepada tutor dapatlah saya menyiapkan tugasan.

Penerangan konsep komunikasi dalam ibadah dari aspek hablun min Allah dan hablun min annas

Komuniskasi dari segi bahasa berasal dari perkataan "Communicare" yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Oleh yang demikian, perkataan komunikasi menekankan perbuatan atau kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial dan komunikator merupakan individu atau kelompok yang berusaha mengadakan komunikasi dengan individu ata kelompok.

Oleh kerana perkataan komunikasi lebih merujuk kepada bahasa Inggeris, kita perlu melihat kepada beberapa kaitan yang behubung dengan komunikasi. Dalam perkara ini dapat dilihat pada perkataan "Wasola" dalam bahasa arab yang terkandung dalam al-Quran. Perkataan tersebut dari segi bahasa membawa makna 'sampaikan'. Dalam al-Quran pada dasarnya menyentuh hal ini yang menyatakan " Demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman (al-Quran) kepada mereka agar mereka beroleh peringatan". Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam al-Quran yang menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi. Antaranya ialah yang membawa erti 'Bacalah'(al-Alaq),khabarkanlah'(al-Nisa'), 'Katakanlah' (al-Mukmin), 'Berpesan-pesan' ( al-Ars), 'Dengarkanlah' (al-Maidah), dan lain-lain lagi.

Dari pandangan agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya agar berterusan menyampaikan dan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan Muslim ataupun kepada yang bukan muslim. Setiap individu Muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar kemampuan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah suatu tugas yang penting malah diperlihatkan oleh Rasulallah s.a.w yang menggesa setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat" . Simbolik kepada satu ayat menunjukkan pentingnya kebenaran ajaran agama disampaikan secara berkesan berdasarkan prinsip-prinsip komunikasi tertentu yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Beberapa prinsip komunikasi Islam yang terkandung dalam al-Quran antaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima)..." dan ayat lain pula menyebut "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar)...".

Sebagai sumber tertinggi kepada umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah dianggap membekalkan prinsip dan kaedah komunikasi secara menegak atau vertikal iaitu dengan Allah, dan berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya terdapat dua bentuk hubungan komunikasi dalam ajaran Islam iaitu Hablu min Allah ( hubungan dengan Allah) dan hablu min An-nas (hubungan sesama manusia). Penegasan kepada penting dan perlunya mewujudkan komunikasi dengan Allah dibentuk melalui ibadah-ibadah fardhu seperti menunaikan solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Tujuan utama membentuk komunikasi dengan Allah adalah untuk membentuk dan melahirkan taqwa iaitu sifat yang sentiasa menguasai perilaku indvidu agar bersikap soleh sepanjang masa.

Selain menjaga dan mengawasi perilaku dengan Allah, Islam menekankan agar hubungan sesama manusia perlu diwujudkan agar membentuk hubungan sosial yang disebut sebagai muamalat. Hubungan sesama manusia berlaku melalui pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, seni dan sebagainya. Kedua-dua bentuk hubungan ini perlu ada supaya setiap individu Muslim boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan seimbang atau sepadu dari segi rohani dan jasmani.

Hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi sosial dalam kehidupan.

Dalam al-Quran al-Karim Allah swt telah berfirman: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat: 10). Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. Maka kita dituntut untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan dan perbalahan umat.

Persaudaraan dalam sudut pandangan Islam dibina atas dasar Iman dan taqwa kepada Allah swt. Sebagai hamba-hamba yang beriman kita harus sedar bahawa kita semua adalah bersaudara. Sabda Rasulullah saw: Seseorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Maka janganlah menzaliminya dan juga janganlah membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang menunaikan kehendak saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menunaikan kehendaknya. Sesiapa yang membantu meringankan penderitaan saudaranya maka Allah swt meringankan penderitaan-penderitaannya. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak. (Hadith riwayat al-Bukhari).

Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang ganjaran bagi mereka yang memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim. Dengan menjaga hubungan persaudaraan ini Allah swt memelihara segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Contohnya apabila kita membantu saudara kita dengan rasa ikhlas kerana Allah swt maka Allah akan menunaikan segala hajat yang kita pinta kepada-Nya. Begitulah juga kita disuruh agar memberi bantuan kepada saudara kita dengan meringankan kesedihan ataupun penderitaannya kerana Allah akan mengurangkan dan meringankan segala penderitaan kita ketika bertemu-Nya di akhirat kelak. Daripada hadith ini juga kita diminta untuk menjaga dan menutup keaiban dan apa sahaja kecelaan yang terdapat pada manusia lain kerana apabila kita menutup dan menjaga keaiban mereka maka Allah akan menutup segala keaiban kita.

Seterusnya persaudaraan dalam Islam perlu melalui tiga proses yang utama. Pertamanya adalah al-Taaruf iaitu proses perkenalan. Pada peringkat ini akan berlaku hubungan suai kenal seperti mengetahui nama, asal, tempat tinggal, perkerjaan dan sebagainya. Setelah beberapa lama proses al-Taaruf itu berlaku maka akan sampai kepada proses kedua iaitu al-Tafahum iaitu proses untuk saling memahami antara sesama muslim. Pada waktu ini kita akan mengenali rakan kita dengan lebih mendalam. Kita akan lebih faham tentang peribadi-peribadinya dengan lebih dekat. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang disukai mahupun dibencinya. Setelah melalui proses al-Tafahum ini maka akan terbentuk pula proses yang ketiga iaitu al-Takaful atau al-Takamul iaitu proses lengkap melengkapi antara sesama muslim. Apabila sampai ke peringkat ini maka seseorang muslim itu akan cuba membantu dan melengkapi kehidupan sahabatnya yang lain. Malah kemungkinan akan sampai kepada peringkat al-Ithar iaitu mendahulukan saudara mahupun sahabatnya berbanding dirinya sendiri.

Apabila menyentuh tentang persaudaraan sesama muslim maka ianya melibatkan hubungan kita bersama ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Persaudaraan paling utama dan penting yang perlu dititik beratkan ialah hubungan silatul rahim sesama ahli keluarga iaitu mereka yang ada hubungan kerabat. Contoh yang paling dekat ialah seseorang anak itu perlu menghormati kedua ibubapanya dengan menjalankan dan mengikut segala perintah mereka berdua selagimana ianya tidak bertentangan dengan hukum syara. Begitulah juga dengan menjaga hubungan silatulrahim sesama ahli keluarga yang lain. Amat menyedihkan apabila ada dikalangan masyarakat kita yang tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga malah ada yang sanggup memutuskan tali silatul rahim yang telah terjalin sejak sekian lama.

Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah swt. Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah ra, Rasulullah saw telah bersabda: Sesungguhnya hubungan silatul rahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata : Sesiapa yang menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia. (Hadith Muttafaq Alaih). Pemahaman saya daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga baik dan kukuh ikatan silatul rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia ini sehinggalah bertemu-Nya.

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw turut bersabda: Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim. (Hadith riwayat al-Bukhari). Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.

Di samping itu kita juga diwajibkan menjaga hubungan persaudaraan dengan manusia yang paling hampir dengan kita iaitu jiran. Malah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah saw telah meletakkan kecintaan kepada jiran sebagai salah satu daripada ciri-ciri mereka yang beriman kepada Allah swt. Dalam hadith yang lain dengan riwayat yang sama Rasulullah saw telah menyatakan bahawa memuliakan jiran tetangga terdiri daripada sifat-sifat orang yang beriman.

Namun sesuatu yang amat menyedihkan apabila kemesraan sesama jiran tetangga ini dipandang remeh oleh masyarakat kita pada hari ini terutama di kawasan bandar. Malah ada di kalangan kita yang mungkin tidak selesa dengan kemesraan jiran walaupun hanya untuk bertegur sapa. Ingatlah bahawa jiran adalah insan yang paling hampir dengan kita. Tiada manusia lain yang lebih pantas untuk membantu kita di kala susah melainkan jiran yang berada di sebelah rumah kita. Maka muliakanlah jiran dan jangan sekali-kali menyakita hatinya kerana menyakiti hati jiran termasuk daripada dosa-dosa besar di sisi Allah swt.

Mengenalpasti kesan ibadah yang sempurna terhadap komunikasi sesama manusia.

Ibadah yang sempurna yang kita lakukan dalam kehidupan seharian mampu memberi kesan yang positif terhadap komunikasi sesama manusia. Konsep ibadah dalam Islam sangat luas untuk dibincangkan. Walau bagaimanapun perbincangan secara ringkas dalam keterbatasan ruang ini akan menyentuh tentang kesan ibadah terhadap komunikasi sesama manusia.

Ibadat adalah kata-katayang disertai dengan perbuatan yang memberi kesan kepada jiwa dan menjadi suatu keperluan bagi manusia. Setiap amal ibadat mempunyai fungsi sama ada berbentuk kemasyarakatan atau pun amali. Fungsi ibadat tidak boleh diteliti dari satu sudut semata-mata. Kita dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir sehingga dapat melihat segala hikmah bagi setiap rahsia yang terkandung dalam setiap amalan kita. Sama-sama kita soroti hikmah dan pendidikan yang terdapat dalam setiap ibadat yang kita lakukan sama ada dalam ibadat khusus atau pun ibadat umum.

Solat merupakan ibadat yang menghubungkan seorang hamba dengan Allah S.W.T. bagi membuktikan ketaatan dan kepatuhan kepadaNya. Solat merupakan tiang agama. Tidak diterima sesuatu amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang manusia melainkan dia mengerjakan solat. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

, , .Maksudnya:Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa meruntuhkan solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. lagi:

, .Maksudnya:Bahawasanya permulaan amalan yang diperhatikan (pada hari kiamat) ialah solat. Maka jika betul urusan solatnya, dilihatlah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak betul urusan olatnya, tidaklah dilihat lagi kepadanya amalan-amalannya yang lain.

Daripada keterangan di atas, jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya ibadat solat dalam kehidupan kita seharian dan juga komunikasi sesama manusia.

Solat boleh melengkapkan diri manusia dengan sifat-sifat yang terpuji, dan bagi orang yang mengerjakan solat mereka mendapat petunjuk daripada Allh Taala serta mereka beroleh kejayaan. Firman Allah Taala yang bermaksud:Alif laam miin. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang Telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.(Surah al-Baqarah :1-5)

Selain daripada itu, solat juga boleh memberi kesan terhadap pembersihan diri serta jiwa dan mengawalnya daripada terjerumus ke lembah kehinaan. Solat juga boleh membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Sebagaimana firman Allah, maksudnya:Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.Sebaliknya orang yang meninggalkan sembahyang digelar orang yang tenggelam dalam hawa nafsu yang bakal menjadi ahli neraka. Firman Allah S.W.T.yang bermaksud:Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan.

Solat juga dapat mengajar manusia tentang disiplin. Orang yang melakukan solat dengan baik dan khusyuk akan mengekalkan disiplin kebersihan pada dirinya menjadi bersih tubuh badan, pakaian mahu pun tempat tinggalnya. Hal itu membuatkan dirinya sihat. Selain itu solat juga mengajar tentang disiplin waktu. Setiap kali mendengar laungan azan untuk solat dia akan segera untuk mendirikan solat sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Hal sedemikian secara beransur-ansur akan membina disiplin waktu dalam diri pengamalnya.

Daripada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa solat dapat mendidik kita dengan sifat-sifat yang terpuji, dengan mengerjakan solat juga kita mendapat petunjuk daripada Allah.

2. Solat dan Fungsi Kemasyarakatan.

Solat berperanan mendisiplinkan tingkah laku manusia, mengeratkan hubungan silaturrahim sesama muslim. Orang mukmin yang berada dalam satu barisan dalam masjid yang sama, sebanyak lima kali sehari, siang dan malam tidak kira kaya atau pun miskin, mereka berhimpun dan berjemaah di masjid atau surau untuk membuka jalan dan mendalamkan semangat persaudaraan sesama Islam. Mereka yang kuat dan yang lemah berada dalam satu binaan yang kukug dan teguh itu dan saling memahami setiap keperluan dan urusan sesama mereka.

Selain daripada solat lima waktu sehari semalam, Allah juga mewajibkan ke atas umat Islam supaya melakukan solat Jumaat sekali seminggu. Pada hari dan waktu itulah mereka berkumpul untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. dan pada waktu yang sama juga mereka dapat berkenal-kenalan serta mendengar nasihat, peringatan tentang perpaduan daripada khutbah yang dibaca oleh khatib yang bertugas demi mencapai keredhaan Allah Taala.

Di samping itu juga, Allah mengambil berat tentang perhimpunan yang lebih ramai dan lebih luas sebanyak dua kali setahun. Iaitu solat Idil Fitri dan Idil Adha dengan tujuan untuk memperdalamkan lagi hikmat-hikmat di atas, di samping mensyukuri nikmat Allah Taala terhadap dua peristiwa yang besar iaitu hari raya untuk umat Islam.

Demikianlah Islam telah menyusun semangat kesedaran dalam ibadat solat yang berbagai-bagai corak demi kebajikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri. Demikian juga Allah telah mendidik kita dan seluruh umat Islam tentang solat dari segi kebajikan kepada diri sediri dan juga sesama masyarakat.

Kesimpulan

Kominikasi dalam Islam membawa matlamat untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia dengan menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang berkesan. Dengan konmunikasi manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan mudah dan komunikasi yang menyeluruh contohnya menggunakan teori komunikasi barat yang digandingkan dengan ajaran Islam yang dapat membawa kesan baik kepada perubahan pembangunan masyarakat dalam melaksanakan kewajipan sebagai khalifah. Akhbar contohnya merupakan medium komunikasi yang mudah mempengaruhi dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

Komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari. Ibadah dapat membentuk komunikasi yang terbaik seperti ibadah puasa, haji, dan zakat haruslah diterapkan dalam diri setiap Muslim dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Rujukan

1.Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad,November 2010,Pengajian Islam,Open University Malaysia.2. http://www.icu.gov.my/pdf/artikel/book_review_komunikasi_islam.pdf3. http://omartahfiz.blogspot.com/2011/06/kaunseling-pendekatan-islam.html4. https://sujarwohart.wordpress.com/2010/01/31/ibadah-shalat-hikmah-dan-fungsinya-bagi-umat-islam/5. http://lppkk-umpalangkaraya.blogspot.com/2014/09/materi-i-pengertian-hakikat-dan-hikmah.html6. http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/08/hadith-mengenai-solat.html#axzz3V5nbShwj7. http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2010/11/adab-adab-berjiran-jiran-dikhususkan.html8. http://fisabilillahallah.blogspot.com/2014/03/hadis-35-hubungan-sesama-islam-dan-hak.html9. http://www.islamituindah.my/tag/adab-dengan-ibu-bapa10. http://fatimahzahra2011.blogspot.com/2012/02/adab-bergaul-dengan-keluarga.html

Bilangan perkataan2611 perkataan13 | Page

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER 10/JANUARI 2015

ABSC 3103

KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM

NO. MATRIKULASI : 910126126737 001

NO. KAD PENGNELAN : 910126126737

NO. TELEFON : 01125246797

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU SABAH

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Penghargaan Pengenalan Konsep hukuman taazir menurut syarak

Empat bentuk hukuman taazir dalam Islam

Dua aspek keselarasan hukuman di Malaysia dengan prinsip uqubahdalam Islam

Kesimpulan Rujukan

Pengenalan