assignment krb 3013 (10 nov 13)

34
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK NORIS BINTI KASSIM D20102045539 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 11 MERANCANG DAN MELAKSANAKAN SATU SESI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN SATU TEKNIK PENGAJARAN BACAAN. PEMARKAHAN

Upload: skeltz

Post on 20-May-2017

256 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

NORIS BINTI KASSIM D20102045539

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 11

NAMA TUTOR E-LEARNING : ROSMA BINTI OSMAN

TARIKH SERAH : 10 NOVEMBER 2013

MERANCANG DAN MELAKSANAKAN SATU SESI PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN SATU TEKNIK PENGAJARAN

BACAAN.

PEMARKAHAN

Page 2: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

1.0 PENGENALAN

Membaca bermula dengan makna dan berakhir dengan makna.Membaca membawa erti

memahami apa-apa yang terkandung dalam teks.Membaca merupakan satu kemahiran. Tanpa

memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap sudah mencapai kemahiran.Kemahiran

membaca dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid ( Dr. Koh

Boh Boon ).

Membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi membolehkan

seseorang itu memperolehi pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan

terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh setiap

pelajar si peringkat awal lagi. Oleh itu, minat membaca perlu dipupuk sejak awal lagi supaya

terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang

berterusan. Peringkat prasekolah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina asas

membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul

masalah kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara

formal. Membaca juga merupakan tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang

Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah (2009).

Page 3: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/hari : 28 Oktober 2013/Isnin

Tahun : 2 Potensi

Bil. Murid : 25 Orang

Masa : 1130-1230 (60 Minit)

Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Tajuk : Mengenal huruf-huruf vokal a, e, i, o, u.

Membunyikan Suku Kata dan Menyebut Perkataan

Hasil Pembelajaran:

Standard Kandungan:

2.1 Mengenal dan membunyikan huruf vokal a, e, i, o, u dengan sebutan yang betul.

2.2 Menyesuaikan bunyi vokal dan perkataan dengan gambar.

Standard Pembelajaran:

2.1.2 Memilih huruf vokal dengan gambar yang sesuai.

2.2.2 Membunyikan suku kata dan perkataan berdasarkan gambar,

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,murid-murid dapat:-

i. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul.

ii. Membunyikan huruf vokal dan suku kata dengan sebutan bunyi yang betul.

iii. Memilih huruf vokal dan perkataan berdasarkan gambar dengan betul.

Kemahiran Bahasa: Lisan dan membaca.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah melihat huruf vokal dalam senarai abjad.

Pengisian Kurikulum: Ilmu: Sains

Penerapan Nilai: Rajin, berdikari, kasih-sayang, bekerjasama.

Sistem Bahasa:

i. Pemahaman (Menjawab soalan dari petikan yang diberikan)

Kemahiran Berfikir Bernilai Tambah: KBKK menjawab soalan yang diberikan oleh guru

(menganalisis)

Page 4: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

Bahan Bantu Mengajar:

1) Komputer riba

2) LCD

3) Rakaman lagu “Mari Mengenal huruf vokal”

4) Kad manila

5) Kad huruf vocal

6) Buku BACEPAT

7) Gambar

8) Lembaran kerja

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Set Induksi

( 5 Minit )

Beberapa bunyi

haiwan dimainkan

oleh guru. Antaranya

ialah:

- bunyi kucing

-bunyi ayam

-bunyi kuda

-bunyi burung

Murid meneka

beberapa bunyi haiwan

yang dimainkan oleh

guru.

BBM:

Bunyi binatang.

KBT:

Kemahiran

berfikir.

Kaedah :

Fonik/bunyi

Langkah 1

(10 minit)

Menerangkan tentang

huruf vokal.

a, e, i, o, u.

Guru menayangkan

huruf vokal berserta

gambar.

Guru memilih murid

untuk membunyikan

huruf vokal di hadapan

kelas.

Guru membimbing

murid dengan

BBM:

Komputer Riba

LCD

Nilai:

yakin diri,

rajin.

Page 5: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

Bacaan huruf

vokal dengan

jelas dan sebutan

yang betul di

antara guru dan

murid.

membunyikan huruf

vokal berserta gambar.

Kesemua murid

dikehendaki membaca

satu persatu tentang

huruf vokal.

Guru membimbing

murid.

Kaedah :

Abjad

Suku Kata

BBM :

Buku

BACEPAT

Langkah 2

(15 minit)

Soal jawab

mengenai huruf

vokal.

Merujuk buku

BACEPAT

Murid menjawab

soalan-soalan yang

disediakan oleh

guru.

Guru bersoal jawab

dengan murid tentang

huruf vokal.

Guru meminta murid

membunyikan suku kata

dalam buku.

Guru membimbing

murid.

BBM:

Komputer riba

Teknik:

Soal jawab

Nilai: Berani

Kaedah :

Pandang Sebut

Langkah 3

(10 Minit)

Mencipta suku kata.

Membuat aktiviti

suai padan.

Memadankan gambar

dan perkataan yang

bermula dengan

huruf vokal betul.

Guru memberi

bimbingan dan

memantau aktiviti

murid.

Murid perlu mencipta

suku kata daripada huruf

vokal dan konsonan yang

di berikan.

Murid dikehendaki untuk

memadankan gambar

dengan perkataan yang

betul.

Guru menunjuk cara dan

membimbing murid.

Teknik:

Sumbang saran

Nilai:

Bertolak ansur dan

bekerjasama

Kaedah :

Pandang sebut.

BBB:

Kad huruf vokal,

gambar.

Buku BACEPAT

Page 6: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

Langkah 4

(5 minit)

Guru mengajar

murid-murid menyanyi

lagu “Mari Mengenal

Huruf Vokal”.

Murid dikehendaki

mengikut guru

bernyanyi sambil

menunjukkan gaya.

Murid menyanyi

mengikut lirik.

Guru menunjuk cara

dan membimbing

murid-murid untuk

menyanyi dan menyebut

huruf-huruf vokal

dengan betul.

Teknik: Simulasi

Nilai: bekerjasama,

rajin.

Kaedah :

Pandang sebut

Langkah 5

(10 Minit)

Mengedarkan

lembaran kerja

(Rujuk lampiran)

Murid dikehendaki

menyiapkan lembaran

kerja yang diedarkan oleh

guru.

Lembaran kerja

beradasarkan tajuk yang

dipelajari.

Teknik:

Latih tubi.

Nilai:

Yakin diri,

amanah.

Kaedah :

Pandang sebut

BBB: Lembaran kerja.

Penutup

(5 Minit)

Guru membuat

rumusan hasil

daripada

pembelajaran.

Bersoal jawab

bersama murid.

Sosial: Pujian atas

usaha dan kejayaan.

Guru membimbing

murid mengaitkan nilai-

nilai murni berdasarkan

pengajaran tersebut.

Guru membuat soal

jawab bersama murid.

Murid menyanyikan lagu

yang telah disediakan

bersama-sama guru.

Nilai Murni:

Ingat huruf-huruf

vokal.

Teknik:

Imbas kembali.

KBT

Muzik

Page 7: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

2.1 Kaedah

Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang kemahiran membaca. Setiap

kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca

ialah.

a) Kaedah abjad

b) Kaedah fonik /bunyi

c) Kaedah suku kata

d) Kaedah pandang sebut

e) Kaedah ayat

Kaedah yang saya guna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kaedah gabungjalin

di mana saya telah menggabungkan tiga kaedah prabacaan iaitu;

Kaedah yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran

Saya menggunakan kaedah gabungjalin berdasarkan tahap pencapaian dan kemampuan murid

belajar. Kaedah ini menekankan murid agar mengenali huruf / lambang dan bunyinya serta

disampaikan agar bermakna. Melalui kaedah gabung jalin, guru boleh mempelbagaikan

strategi pengajarannya agar kebosanan dapat menghindari murid. Antaranya ialah:

a) Kaedah Abjad

Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru. Kaedah ini juga dikenali dengan nama

kaedah huruf atau mengeja.Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan 26 huruf

iaitu huruf a hingga z. Kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan hurf-huruf vokal a,

e, i, o, u dan huruf-huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf. Untuk membolehkan murid-

murid membaca perkataan-perkataan, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad. Dalam

sistem bahasa Melayu huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan

huruf konsonan. Contohnya, ‘ba’, ‘be’, ‘bi’, ‘bo’, dan’bu’. Manakala gabungan ‘ai’, ‘au’ dan

‘oi’ pula membentuk diftong.

Kaedah gabung jalin

Kaedah pandang sebut

Kaedah suku kata

Kaedah abjad

Page 8: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

b) Kaedah Suku Kata

Kaedah ini menekankan bunyi suku kata. Murid-murid didedahkan dengan beberapa huruf

konsonan dan vokal. Huruf konsonan dan vokal digabungkan untuk menghasilkan bunyi suku

kata. Suku kata yang perlu diperkenalkan terlebih dahulu ialah suku kata terbuka dan diikuti

dengan suku kata tertutup.Murid-murid bermain dengan suku kata iaitu mencipta seberapa

banyak perkataan dengan menggunakan suku kata yang dibentuk.

Kaedah suku kata ini dijalankan di mana setelah murid menghafal nama semua huruf

dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku

kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu. Perkataan daripada suku

kata itu dibentuk perkataan baba, baca papa, lulu, koko, susu, kuku. Latih tubi mengeja

perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada

sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

c) Kaedah Pandang Sebut

Kaedah pandang sebut juga dikenali dengan kaedah seluruh perkataan. Mengikut kaedah ini,

pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu

persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan

gambar. Kaedah ini telah digunakan di mana pengajaran selepas murid dapat mengikut

kaedah abjad dan suku kata murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai

dengan gambar seperti dalam buku BACEPAT muka surat 10 ( gambar dalam rajah 5 ).

Contohnya murid telah ditunjukkan gambar dan murid-murid diminta untuk menyebut

perkataan berdasarkan gambar.Setelah murid dapat menyebut perkataan seperti ‘dada’,

‘papa’, ‘papa’, barulah diperkenalkan huruf-huruf atau abjad yang membentuk perkataan.

Page 9: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

2.2 Pendekatan

Pada peringkat awal membaca, murid-murid diajar secara mekanisma untuk menyebut huruf

dan kata dengan suara yang kuat. Bacaan bersuara seperti ini adalah bacaan mekanis yang

menyuarakan tulisan dengan menggerakan alat-alat pertuturan untuk sebutan yang jelas dan

terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca dengan betul. Bacaan bersuara

biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya

ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak pra sekolah khususnya dapat membunyikan

bunyi-bunyi sebutan dengan latihan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

a) Pendekatan Berformatkan KBSR

Dalam KBSR, pendekatan-pendekatan mengajar membaca awal yang disarankan di peringkat

awal persekolahan disebut sebagai pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C dan

pendekatan D. ( merujuk modul UPSI KRB 3013 Prinsip Pengajaran Bacaan )

Menerusi buku BACEPAT dapat dilihat lebih kepada pendekatan A, C dan D.Pendekatan C

biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi kata. Pendekatan ini berdasarkan sistem ejaan

bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik. Suku katanya adalah jelas dan mudah.

Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui

maknanya oleh kebanyakan murid. Buku bacaan awal kanak-kanak ini ( BACEPAT ) telah

lebih menjurus kepada pendekatan ini kerana murid-murid telah diperkenalkan dengan bunyi

beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan

perkataan-perkataan yang bermakna. Sebagai contoh, pada permulaannya buku ini telah

memperkenalkan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u ( buku 1 ) dan huruf konsonan ( buku 2 ).

Kemudian penulis menggabungkan bunyi konsonan dan vokal. Gabungan ini telah ditandai

dengan warna yang berlainan. Kemudian mencantumkan suku kata menjadi perkataan dan

seterusnya ayat. Contoh boleh dilihat seperti rajah di bawah.

Buku ini menggunakan pendekatan D iaitu pendekatan berdasarkan prinsip sintesis

atau membina, iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang

terkandung dalam pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi

huruf dan kaedah suku kata. Buku BACEPAT juga menggunakan pendekatan A. Dalam

pendekatan ini kegiatan pra membaca dilakukan pada peringkat awal. Ia melibatkan tugas

mengenal hruf-huruf telebih dahulu dan kemudian dilatih mengenal bunyi huruf-huruf

Page 10: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

tersebut. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan

selepas bunyi dikuasai. Pendekatan ini juga menekankan kepada kaedah pandang dan sebut

dan dibantu oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi.

Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) merupakan salah satu kaedah awal bacaan yang

melalui beberapa pendekatan yang sesuai dalam prinsip pengajaran bacaan.

2.3 Teori

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan

pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam

pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah – kaedah lama semakin

jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun  kita masih terikat dengan model-

model pengajaran dan  teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan.

Menurut Griffith W. Williams  psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku

manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah

berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai

untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu

teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan.

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.

Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan

untuk menjalinkan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

a) Teori Behaviorisme

Untuk analisi teori , saya akan mengaitkan teori pembelajaran tingkah laku ( Behaviorisme ).

Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang

sebanyak mungkin sesuat kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin.

Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut ransangan

dan gerak balas.

Prinsip teori bahaviorisme ialah;

a. Bahasa yang diutamakan ialah lisan. Tulisan kedua penting.

b. Bahasa adalah tabiat atau kebiasan

c. Pengukuhan penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

d. Latihan bahasa perlu diperkukuhkan

e. Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan.

f. Wujud unsur ransangan dan tindakbalas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 11: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

Kaedah yang digunakan dalam teori bahaviorisme ini ialah terus, dengar dan sebut. Dalam

teori ini bahasa diutamakan. Ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa pengajaran

bahasa mesti didahulukan dengan bahasa lisan. Daripada pendapat ini, guru haruslah

berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa terlebih dahulu dan

kemudiannya meneruskan kepada pengajaran membaca. Teori tingkahlaku atau behaviorisme

menyatakan murid-murid akan memahami sesuatu pengajaran apabila membaca secara

berulang-ulang. Menerusi buku pendidikan awal kanak-kanak ini, teori ini dapat

diaplikasikan di mana guru akan meminta murid menyebut huruf-huruf atau abjad secara

berulang-ulang.

Menerusi buku bacaan awal kanak-kanak BACEPAT 1dan 2 terdapat suku kata

terbuka dan tertutup. Guru boleh meminta murid mengeja dan menyebut berulang kali supaya

murid dapat mengeja dan menyebut perkataan tersebut dengan lancar. Dalam kedua-dua buku

ini juga terdapat perkataan, frasa dan seterusnya ayat. Guru boleh mengajar murid supaya

mengeja dan membaca ayat tersebut secara berulang-ulang supaya pembacaan murid akan

menjadi lancar.

b) Teori Kognitif

Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-

aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan

masalah dan sebagainya. Menurut Piaget, perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak

adalah mengikut siri urutan yang berperingkat. Peringkat perkembangan tersebut ialah;

Peringkat deria motor ( 0 – 2 tahun )

Peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun )

Peringkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun )

Peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas )

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa pada peringkat awal, kanak-kanak seperti

di kelas prasekolah atau tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri

daripada objek-objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Hal yang demikian, pada

pendapat saya buku bacaan awal kanak-kanak yang dipilih iaitu BACEPAT buku 1 dan 2

sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan awal kanak-kanak. Buku ini mempunyai huruf-

huruf yang besar yang senang dilihat dan menarik perhatian murid-murid kerana buku bacaan

ini mempunyai gambar yang besar dan berwarna warni, yang mana setiap suku kata dan

Page 12: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

perkataan diwarnakan untuk menarik perhatian murid untuk melihat dan seterusnya membaca

buku tersebut.

Murid-murid di peringkat sekolah rendah juga masih belum bersedia menyelesaikan

masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogy

diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Isi pelajaran dan

aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif

murid-murid. Sekiranya tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan

membosankan murid-murid atau terlalu sukar untuk mereka. Jadi, buku bacaan awal kanak-

kanak BACEPAT memenuhi kriteria ini kerana buku ini telah ditulis dengan tulisan yang

besar dan berwarna-warni. Gambar yang jelas dan besar untuk memudahkan murid-murid

untuk melihat serta susunan ayat dan teks yang pendek. Buku ini juga dihiasi dengan gambar

dan perkataan yang berwarna warni bagi menarik perhatian dan memudahkan kanak-kanak

menguasai kemahiran membaca. Perkataan-perkataannya diwarnakan mengikut suku kata

bagi memudahkan kanak-kanak mengeja atau mengenal sesuatu perkataan.Perkataan dalam

teks diwarnakan mengikut suku katanya bagi memudahkan kanak-kanak mengenalinya.

Selain itu, Teori memindahkan maklumat iaitu teori yang berasaskan pandangan La Berge

dan Samuel ( 1985 dan gough ( 1985 ) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan

bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan

maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai satu proses mengenali huruf demi huruf

dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks

dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada

pemikirannya.Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang

membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut. Teori ini berpendapat, aktiviti

membaca bertujuan membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat

daripada teks.

2.4 Model

Model bacaan adalah teori yang melibatkan idea atau pandangan dalam proses membaca

yang digunakan oleh pembaca yang berbeza. Model-model yang utama dalam membaca

adalah dalam proses pembacaan. Terdapat beberapa model atau teori yang berkaitan dengan

membaca yang dikemukakan.Konsep model membaca adalah berlaitan dengan cara yang

dilakukan oleh seseorang pembaca semasa membaca dalam usaha mendapatkan makna

daripada teks yang dibaca. Saya telah menggunakan keadah gabung jalin melalui buku

bacaan awal kanak-kanak yang dipilih iaitu BACEPAT. Di sini, saya akan kaitkan kaedah ini

Page 13: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

dengan model bacaan iaitu Model Membaca Interaktif. Model ini merupakan kombinasi

antara pemahaman model Top-Down atau model membaca atas bawah dan model Bottom-Up

atau model membaca bawah atas.

Dalam model interaktif, pengapditasian pendekatan model membaca atas bawah

untuk memprediksi makna, kemudian beralih kepada pendekatan model membaca bawah

atas. Pemprosesan membaca bergerak secara linear, iaitu dimulai dengan mengecap huruf,

menekodkan pada tahap fonem, mengecam perkataan-perkataan dan akhirnya sintaksis dan

semantik. Ini bermakna maklumat baru diterima sebelum itu ditranformasikan dan

direkodkan selanjutnya. Daripada pendekatan mengajar model ini, murid-murid perlu;

a) Mengenal pasti huruf. Permulaannya, huruf-huruf yang perlu diketahui oleh murid-

murid iaitu huruf A hingga Z. Murid juga dikenalkan dengan huruf besar dan huruf kecil.

b) Menghubungkan ciri ini bagi memilih huruf di mana buku ini juga menerangkan

huruf vokal dan huruf konsonan.

c) Menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan. Pola ejaan juga ditunjukkan iaitu

bacaan suku kata.

d) Menghubungkan pola ejaan bagi memilih perkataan. Selain itu, suku kata terbuka dan

tertutup telah diperkenalkan dan cantuman suku kata tersebut juga ditunjukkn untuk membina

perkataan.

e) Menimbulkan proses membina ayat. Daripada suku kata tersebut ayat telah dibina

berdasarkan gambar.

Model bawah-ke-atas juga telah menggunakan kaedah abjad, kaedah suku kata dan kaedah

fonik. Ketiga-tiga kaedah ini turut ditunjukkan dalam buku BACEPAT.

Suku kata yang digunakan daripada Buku BACEPAT juga menggunakan Model interaktif.

Model interktif melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat

tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud pada kedua-dua tahap atas-ke-bawah dan bawah-

ke-atas secara serentak. Tahap membaca pemahaman teks dihuraikan dengan sejauh mana

pemboleh ubah pembaca seperti tahap minat ke atas teks, tujuan membaca teks, pengetahuan

berkenaan topic, kecekapan bahasa, kesedaran proses membaca. Model interaktif

mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat

daripada semua sumber makna seperti grafem, fonemik, morfem, sintaksis dan semantik.

Pembaca pada masa yang sama menggunakan semua peringkat proses membaca. Model ini

juga menggunakan cetakan teks sebagai input dan makna sebagai output.

Page 14: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SERTA PENAMBAHBAIKAN

PENGAJARAN YANG DIJALANKAN.

i) Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara

simbol (huruf) dan ‘bunyi’ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat

membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak

diajar nama-nama huruf, diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan

dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa…’, ‘t’ – ‘tah’, ‘s’ –‘ss’. ‘u’ – ‘uu…’, ‘z’ –

‘zz…’, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku

kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagainya. Kemudian baru

digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan – ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’,

dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang

menggunakan perkataan-perkataan ini.

Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu ada

hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan oleh sebab suku kata

kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan

untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya

kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan

Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. Kelemahannya ialah kaedah ini masih

memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya.

Biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan

suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.

ii) Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say)

Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh

Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan

yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal

‘nama setiap huruf itu’. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja, pensel dan

sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna

daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Oleh yang demikian, kaedah Pandang dan Sebut (atau

Page 15: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali

ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang

dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah, perkataan

pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan

gambar dan perkataan. Oleh itu, dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan

lambang-lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh

‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-

tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.

Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun)

kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli

pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk

mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang

sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-

ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna

untuk mengajar permulaan membaca. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun

kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula kerana didapati ramai murid biasa (terutama di

Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. Kemahiran murid-murid ‘mengenal’

perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. Bahkan ramai yang menghafal

‘perkataan-perkataan’ berdasarkan gambar daripada ‘mengenal’ perkataan-perkataan, dan

murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang ‘baru’. Oleh hal demikian, baru-

baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah

fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar

permulaan membaca bahasa Inggeris.

Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-bahasa

yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan

bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya (satu morfem) dengan

satu perkataan. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf

boleh dikatakan melambang satu ‘bunyi’ – lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan

bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini

digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-

murid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai

kemahiran membaca bahasa Melayu.

Page 16: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

iii) Kaedah abjad

Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang

digunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c…hingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-nama

huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan

huruf-huruf sebagai liriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf

vokal: a,e,i,o,u. Selepas itu dibina suku-suku kata “ba – tu”, “ka – ki” dan sebagainya, dan

diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca

ayat-ayat yang pendek. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau

lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat.

Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang

bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan

pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh

membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang

sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.

Page 17: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

3.0 KESIMPULAN

Membaca adalah kemahiran penting yang perlu diajar oleh semua guru di peringkat

prasekolah dan juga sekolah rendah. Ini kerana membaca merupakan intipati dalam

pembelajaran. Tanpa kemahiran asas ini, pembelajaran tidak dapat berlaku dengan sempurna.

Kemahiran asas dalam bacaan bukan sahaja menguasai kemahiran mengenal abjad, mengeja

suku kata dan membaca perkataan tetapi kemahiran ini perlu dipertingkatkan dengan

penguasaan kelancaran dan kefahaman supaya proses membaca lebih berkesan. Di samping

itu, pendidikan awal memainkan peranan yang penting dalam membentuk modal insan yang

berkaliber kerana di peringkat inilah potensi yang ada pada kanak-kanak boleh dipupuk untuk

berkembang dan berjaya kualiti yang diharapkan. Pintu yang membuka kejayaan ini bermula

dari kemahiran asas bacaan dalam kalangan kanak-kanak. Kemahiran murid dalam awal

bacaan di peringkat prasekolah banyak bergantung kepada persekitaran pembelajaran di

rumah dan di sekolah. Perkara ini amat penting diketahui oleh ibu bapa di rumah dan guru-

guru di kelas-kelas prasekolah.

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru

hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu, guru hendaklah

memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan

tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu

mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan

akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak

berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya

guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan

langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-

langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka

guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Harus diingat bahawa tidak semestinya anak-anak yang tidak boleh membaca itu

berpunca daripada ibu bapa yang buta huruf atau anak yang mahir membaca datang dari

keluarga yang sosio ekonominya tinggi. Masalah tidak celik literasi membaca akan terus

berlaku sekiranya ibu bapa hanya mengharap anaknya diajar membaca apabila berada di

kelas prasekolah.Ibu bapa harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai untuk permulaan

bacaan kanak-kanak. Bahan bacaan tersebut mestilah sesuai dengan peringkat umur kanak-

kanak seperti huruf yang besar dan jelas, berwarna-warni serta menggunakan kaedah bacaan

Page 18: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Selain itu, persekitaran yang sesuai yang

disediakan di rumah dan sekolah untuk merangsang kanak-kanak supaya suka membaca akan

membantu menerus dan memperkukuhkan minat murid terhadap bacaan. Kerjasama guru dan

ibu bapa akan menjayakan persediaan modal insane yang diharapkan akan terus menjadi

harapan masyarakat dan ummah seluruhnya.

Page 19: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

LAMPIRAN 1

Arahan: Padankan gambar dengan huruf vokal yang betul.

oi

eua

Page 20: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

LAMPIRAN 2Arahan: Warnakan huruf-huruf vokal.

a

ei

o

us

j

k

m

d

q

t

Page 21: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

LAMPIRAN 3

Rajah 5

Contoh kaedah suku kata yang digunakan

Page 22: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

Rajah 6: Pendekatan C yang digunakan di dalam buku BACEPAT

Contoh kaedah pandang sebut yang digunakan

Page 23: Assignment Krb 3013 (10 Nov 13)

RUJUKAN

1. Abdul Aziz Abd. Talib, 2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.

Kuala Lumpur: Utusan Publications.

2. Khairuddin Mohamad, 2011. Siri Pendidikan Guru: Literasi Bahasa Melayu.Shah

Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

3. Siti Hajar Abdul Azizi, 2009. Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Shah

Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4. Mahzan Arshad,2003. Pendekatan Literasi Bahasa Melayu: satu pendekatan

bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

5. Kamarudin Hj Husin,, 1998. Pedagogi Bahasa.Petalaing Jaya: Logman Malaysia Sdn.

Bhd.

6. http://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-membaca.html