dalam mahkamah tinggi di shah alam dalam negeri … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan...

33
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO. BA-24-430-04/2017 Dalam Perkara Seksyen 52(1), 24(4), 53(B) (1) & (2) dan 85(3) Akta Kebankrapan 1967; DAN Dalam Perkara Kaedah 263 Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969 DAN Dalam Perkara Seksyen 349 Kanun Tanah Negara 1965 DAN Dalam Perkara Aturan 7 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ANTARA

Upload: vuongtuong

Post on 18-Jul-2019

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

1

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

SAMAN PEMULA NO. BA-24-430-04/2017

Dalam Perkara Seksyen 52(1),

24(4), 53(B) (1) & (2) dan 85(3)

Akta Kebankrapan 1967;

DAN Dalam Perkara Kaedah 263

Kaedah-Kaedah Kebankrapan

1969

DAN Dalam Perkara Seksyen 349

Kanun Tanah Negara 1965

DAN Dalam Perkara Aturan 7 Kaedah 2

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

ANTARA

Page 2: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

2

MURUGAN A/L K.MUNUSAMY (NO. K/P: 720114-08-5387/ A2153089) … PLAINTIF

DAN

SOMY A/L SEETHIAH (NO. K/P: 600314-08-5449) ... DEFENDAN

ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 4)

A. PENGENALAN

[1] Kandungan 4 ini adalah permohonan Defendan untuk membatalkan

Saman Pemula (Kandungan 1) Plaintif menurut Aturan 18 kaedah 19

(1)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).

[2] Plaintif di dalam kes adalah seorang individu bernama Murugan a/l

Munusamy. Defendan juga adalah seorang individu bernama Somy

a/l Seethiah.

[3] Plaintif telah memfailkan Saman Pemula (Kandungan 1) pada

17.4.2017 untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:

Page 3: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

3

i. satu deklarasi bagi membatalkan pindahmilik yang telah

dilaksanakan oleh Pentadbir Tanah pada 9.11.2004 ke atas

hartanah-hartanah di dalam GM 427, Lot 2953, Mukim Batang

Padang, Daerah Batang Padang, Tapah, Perak (Lot 2953) dan

GM 654, Lot 2974, Mukim Batang Padang Daerah Batang

Padang, Tapah, Perak (Lot 2974) (kedua-dua hartanah

tersebut) kepada Defendan (Somy a/l Seethiah).

ii. satu perintah untuk melarang/menahan Defendan daripada

melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara

pun sehingga pelupusan tindakan ini.

(perintah-perintah tersebut)

[4] Bersandarkan intitulemen (intitulement) yang tertera di saman

pemulanya, Plaintif telah memohon mendapatkan perintah-perintah

tersebut bersandarkan kepada seksyen-seksyen 52(1), 24(4), 53(B)

(1) & (2) dan 85(3) Akta Kebankrapan 1967 (AK 1967) dan Kaedah

263 Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969.

Page 4: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

4

B. LATAR BELAKANG KES

[5] Sebelum menimbangkan serta menentukan merit permohonan

Defendan, untuk mudah kefahaman molek kiranya Mahkamah ini

terlebih dahulu menggariskan dengan ringkas kes Plaintif.

5.1 Plaintif telah mendakwa bahawa kedua-dua hartanah tersebut

telah dilelong oleh pihak bank melalui lelongan awam di

perkarangan Pejabat Tanah Daerah Batang Padang, Tapah,

Perak masing-masing pada 09.06.2004 (Lot 2974) dan

29.07.2004 (Lot 2953).

5.2 Pada kedua-dua tarikh lelongan tersebut, Plaintif adalah

merupakan pembida yang berjaya membeli kedua-dua

hartanah tersebut pada harga-harga berikut:

a. Lot 2974 - RM55,000.00; dan

b. Lot 2953 - RM50,000.00.

5.3 Plaintif telah mendakwa bahawa deposit bagi pembelian kedua-

dua hartanah tersebut telah dibayar oleh beliau sendiri

daripada wang simpanannya. Manakala baki bayaran harga

Page 5: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

5

belian bagi kedua-dua hartanah tersebut akan dibayar beliau

melalui pinjaman bank.

5.4 Namun, Plaintif mendakwa beliau telah tidak berjaya

mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank

berlesen. Plaintif kemudiannya telah dirujuk kepada Defendan

oleh seorang kawan di mana dikatakan Defendan sudi memberi

pinjaman kepadanya.

5.5 Defendan dikatakan telah memberi Plaintif pinjaman wang

sebanyak RM100,000.00. Untuk itu, dua perjanjian telah

ditandatangani oleh kedua mereka. Adalah menjadi dakwaan

Plaintif juga bahawa salah satu daripada perjanjian tersebut

adalah Perjanjian Pilihan Untuk Membeli (Option to Purchase).

5.6 Bagi Option to Purchase tersebut, terdapat persetujuan di

antara Plaintif dan Defendan bahawa sekiranya Plaintif gagal

membayar balik pinjaman tersebut dalam jangkamasa dua

belas (12) bulan atas kadar RM5,000.00 sebulan, maka kedua-

dua hartanah tersebut akan dipindahmilik kepada Defendan.

Page 6: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

6

5.7 Selang lebih kurang dua minggu dari tarikh Option to Purchase

itu ditandatangani, satu Perjanjian Jual Beli (SPA) telah

dimasuki pula oleh Plaintif dan Defendan pada 2.9.2004.

5.8 Plaintif telah mendakwa bahawa Defendan telah memaklumkan

kepadanya bahawa SPA tersebut ditandatangani hanya

sebagai memenuhi syarat pinjaman tersebut.

5.9 Plaintif juga mendakwa bahawa peguamcara beliau telah

meminta beliau menandatangani Borang-Borang Pindah Milik

14A, KTN bagi kedua-dua hartanah tersebut.

5.10 Pinjaman yang diterima daripada Defendan tersebut telah

digunakan oleh Plaintif untuk membuat pembayaran penuh

bagi baki harga belian kedua-dua hartanah tersebut.

5.11 Selepas daripada itu, Pentadbir Tanah telah mengeluarkan

Perakuan Jual di dalam Borang 16 I KTN bagi Lot 2974

pada 6.9.2004 dan bagi Lot 2953 pada 21.9.2004 kepada

Page 7: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

7

peguamcara Plaintif (Tetuan C.K. Leong & Co) telah

memindahmilk kedua-dua hartanah tersebut atas Plaintif.

5.12 Plaintif walau bagaimanapun telah gagal membuat bayaran

semula pinjaman yang diiperoleh daripada Defendan dalam

tempoh yang ditetapkan dan telah memohon jasa baik

Defendan untuk satu perlanjutan masa akan tetapi Defendan

enggan memberikan perlanjutan masa kepada Plaintif.

5.13 Memandangkan kedudukan kewangan Plaintif yang tidak baik,

Plaintif gagal melangsaikan pinjaman yang diperolehinya

daripada Defendan.

5.14 Dalam pada itu MBF Finance Berhad (MBF) telah memperoleh

suatu Penghakiman lngkar pada 01.03.1999 terhadap Plaintif,

5.15 Plaintif kemudiannya telah dijadikan bankrap pada 11.05.2005

melalui Petisyen Kebankrapan yang difailkan Mahkamah Tinggi

Shah Alam.

Page 8: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

8

5.16 Plaintif telah mendakwa bahawa beliau tidak mengetahui

bahawa dirinya telah dijadikan bankrap sehinggalah tahun

2010. Beliau hanya mengetahui beliau adalah seorang bankrap

apabila permohonannya untuk membuka akaun semasa pada

tahun 2010 ditolak bank atas alasan bahawa beliau seorang

bankrap.

5.17 Kemudian itu, Plaintif telah menghubungi Pejabat lnsolvensi

dan telah mengemukakan Penyataan Hal Ehwal Kewangan

(PHEK) nya ke Pejabat Insolvensi.

5.18 Pada tahun 2011, Plaintif telah dipanggil sebagai saksi di

Mahkamah Tinggi lpoh untuk satu tuntutan sivil yang telah

dibawa oleh Defendan terhadap satu syarikat pihak ketiga.

5.19 Apabila berjumpa Defendan, Plaintif mendakwa beliau telah

memaklumkan kepada Defendan beliau adalah seorang

bankrap mulai 11.05.2005.

5.20 Namun, atas carian persendirian yang dibuat terhadap kedua-

dua hartanah tersebut pada 11.10.2013, Plaintif telah

Page 9: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

9

mendapati bahawa kedua-dua hartanah tersebut telah

dipindahmilik kepada Defendan pada 9.11.2004.

C. KES DEFENDAN

[6] Defendan walau bagaimanapun telah menentang keras permohonan

Plaintif dan di dalam afidavit-afidavit jawapan dan balasannya,

Defendan telah membangkitkan pengataan-pengataan yang versinya

adalah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Plaintif.

[7] Di dalam afidavit jawapan 1nya juga, Defendan telah membuat

penyataan bahawa afidavit jawapan yang telah difailkannya ini tidak

akan menjejaskan hak beliau untuk memfailkan suatu permohonan

untuk membatalkan saman pemula Plaintif atas alasan-alasan

bahawa tindakan saman pemula Plaintif ini adalah dihalang oleh had

masa kerana pindakmilik kedua-dua hartanah tersebut telah

dilaksanakan pada tahun 2004 dan Plaintif adalah terikat dengan

keputusan di dalam kes Saman Pemula No.24-538-04/2015 (SP

538).

[8] Versi Defendan pula adalah seperti berikut:

Page 10: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

10

8.1 Seorang broker bernama Mohan telah memaklumkan kepada

beliau bahawa terdapat dua keping tanah untuk dijual. Bagi

menguruskan dua keping tanah tersebut, Defendan telah

membayar RM3,000.00 kepada Mohan.

8.2 Defendan kemudiannya telah melantik Tetuan C.K. Leong & Co

untuk mewakilinya bagi menguruskan pembelian kedua-dua

hartanah tersebut.

8.3 Carian rasmi yang dibuat oleh Tetuan C.K. Leong & Co pada

27.8.2004 telah mendapati bahawa pemilik Lot 2953 adalah

Kalaivanan a/l Letchumanan, manakala pemilik Lot 2974

adalah Kumarasamy a/l Gopal.

8.4 Berdasarkan salinan suratan hakmilik kedua-dua hartanah

tersebut status kedua-dua hartanah tersebut pada 27.8.2004

menunjukkan bahawa pemilik Lot 2953 telah mencagar

hartanahnya kepada Bank Pertanian Malaysia, manakala

pemilik Lot 2974 telah mencagar hartanahnya kepada Bank

Pertanian Malaysia.

Page 11: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

11

8.5 Tetuan C.K. Leong & Co telah memaklumkan kepada

Defendan bahawa Plaintif adalah pembida yang berjaya di

dalam lelongan-lelongan yang dijalankan dan telah membayar

10% harga lelong untuk kedua-dua hartanah tersebut.

8.6 Memandangkan Plaintif tidak dapat menjelaskan baki harga

belian untuk kedua-dua hartanah tersebut dalam tempoh 120

hari, Plaintif telah menjual kedua-dua hartanah tersebut kepada

Defendan. Jumlah wang yang diterima daripada Defendan

akan dijelaskan kepada Pejabat Tanah supaya kedua-dua

hartanah berkenaan dapat dipindahmilk kepada Defendan.

8.7 Plaintif telah meminta Defendan untuk menjelaskan bayaran

kepadanya sebanyak RM113,000.00. Jumlah RM113,000.00

adalah untuk bayaran-bayaran berikut:-

i. RM2,000.00 dibayar tunai kepada Plaintif.

ii. RM16,500.00 dibayar atas nama Intensiftek (M) Sdn Bhd;

dan

Page 12: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

12

iii. RM94,500.00 dibayar ke atas nama Tetuan C.K Leong &

Co bagi menjelaskan baki bayaran kepada Pejabat

Tanah.

8.8 Defendan telah mendakwa beliau telah membayar wang tunai

sebanyak RM2,000.00 kepada Plaintif. Manakala bayaran

kepada Intensiftek (M) Sdn Bhd sebanyak RM16,500.00 telah

dibuat melalui demand draft dan demand draft tersebut telah

diserahkan kepada Plaintif. Defendan juga telah mengisu satu

Bankers cheque untuk jumlah RM99,245.00 atas nama Tetuan

C.K.Leong & Co untuk bayaran baki belian kedua-dua hartanah

tersebut dan fi guaman.

8.9 Atas bayaran penuh sebanyak RM113,000.00 yang telah dibuat

oleh Defendan, satu perjanjian jual beli (SPA) telah

dilaksanakan di antara beliau dan Plaintif pada 2.9.2004.

8.10 Tetuan C.K. Leong & Co kemudiannya telah mengemukakan

bayaran-bayaran berjumlah RM94,500.00 kepada Pejabat

Tanah untuk kedua-dua hartanah tersebut.

Page 13: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

13

8.11 Selepas bayaran-bayaran tersebut dibuat oleh Tetuan C.K.

Leong & Co kepada Pejabat Tanah, Pejabat Tanah telah

mengeluarkan Borang 16 I KTN bagi kedua-dua hartanah

tersebut.

8.12 Plaintif kemudiannya telah menandatangani borang-borang

pindahmilik bagi kedua-dua hartanah tersebut untuk

memindahmilik kedua-dua hartanah kepada Defendan.

D. UNDANG-UNDANG MENGENAI PERMOHONAN DI BAWAH ATURAN 18 KAEDAH 19 KKM 2012

[9] Undang-undang mengenai kuasa budi bicara mahkamah di dalam

pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (A.18 k.19)

KKM 2012 adalah jitu dan mantap. Terlalu banyak otoriti yang telah

membincangkan dan memutuskan prinsip-prinsip pemakaian kuasa

budi bicara mahkamah di bawah A.18 k.19 ini. Memadai sekiranya

Mahkamah ini merujuk kepada beberapa kes sebagai panduan dan

rujukan.

Page 14: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

14

[10] Di dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan

Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7, prinsip-prinsip undang-

undang mengenai kuasa budi bicara mahkamah di bawah A.18 k.19

ini telah diterangkan dengan begitu jelas oleh Mohamed Dzaiddin

HMA (YAA pada ketika itu) seperti berikut:

“It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary

process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson,

Heywood & Clark Ltd), and this summary procedure can only be adopted when it

clearly seen that a claim or answer is on the face of it “obviously unsustainable”

(see AG of Duchy of Lancaster v L & NWRly & Co). It cannot be exercised by a

minute examination of the documents and facts of the case, in order to see

whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v Moloney &

Ors). The authorities further show that if there is a point of law which requires

serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point

set down for argument under Order 33 r 3 (which is in pari material with our Order

33 r 2 of the RHC)(see Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson, Heywood & Clark Ltd).

The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the

claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.”

[11] Manakala Vincent Ng H (YA ketika itu) dalam kes Suppuletchemi v

Palmco Bina Sdn Bhd [1994] 2 AMR 1191, di muka surat 1205

penghakimannya telah berkata:

Page 15: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

15

“But in an application under Order 18 r 19 or Order 14, it is still incumbent upon

the court to determine whether issues could more appropriately have been

decided, without the expence of a full trial with a witnesses and expenditure of the

court’s invaluable time. No party in a proceeding is entitled to require the court to

accord them valuable time of several days open court viva voce trial only upon

mere or bare assertions in their affidavits.

The crucial question the court would have to ask itself in applications under Order

14 or Order 18 r 19(1)-(d) is first, whether the piece or pieces of evidence essential

to make out the reasonable prima facie cause of action or a prima facie triable

issue of fact are of the nature such that they are adduceable by affidavit evidence;

and secondly – if the answer to this question is in the positive – whether such

essential prima facie evidence had been so adduced in the supporting affidavits.

Such affidavits ought not to contain bare averments but must condescend or

come definitely into particulars fro serious argument such that they are sufficient

to satisfy the court that there is a reasonable prima facie cause of action or triable

issue or issue of fact or law in the defence as the case may be.

…the court must and ought to look at the whole situation and ask itself whether

the plaintiff (in an application to strike off a claim) has satisfied the court that he

has a bona fide or prima facie cause of action,…”

Page 16: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

16

[12] Di dalam kes Mooney & Ors v Peat Marwick Mitchell & Co & Anor

[1967] 1 MLJ 87 Raja Azlan Shah J (DYMM pada ketika itu) di muka

surat 88 telah menyatakan seperti berikut:

“It is firmly established that the power exercisable under r. 4 “is only appropriate

in cases which are plain and obvious so that a judge can say at once that a

statement of claim as it stands is insufficient, even if proved, to entitle the plaintiff

to the relief of which he ask for”: See the judgment of Lindley MR in Hubbuck &

Sons v Wilkinsons Heywood & Clark Ltd.(1) Where the situation arises, the

pleadings and particulars alone shall be considered and all the allegations in it

shall be presumed to be true, and it is only on that assumption that any statable

case can be made for this application: see Peck v Russell.(2) The court cannot and

indeed is not empowered to look behind the pleadings and particulars if it

discloses a reasonable cause of action. So long as the statement of claim

discloses some ground of action, the mere fact that the plaintiff is not likely to

succeed on it at trial is no ground for it to be struck out: see Boaler v Holder.(3) A

recent exposition of the law is afforded by the judgment of Danckwerts LJ in

Wenlock v Moloney.(4):

“Under the rule (ie. O. 25 r. 4) it had to appear on the face of the plaintiff’s

pleadings that the action could not succeed or was objectionable for some other

reason. Not evidence could be filed… But, as the procedure was of a summary

nature the party was not to be deprived of his right to have his case tried by a

proper trial unless the matter was clear.’’

Page 17: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

17

After stating that the former rules are now incorporated in the revised Rules of the

Supreme Court, O. 18 r. 19, he continues:

“But this summary jurisdiction of the court was never intended to be

exercised by a minute and protracted examination of the documents and facts of

the case in order to see whether the plaintiff really has a cause of action. To do

that is to usurp the position of the trial judge.” …”

[13] Berbalik kepada permohonan di hadapan Mahkamah ini, benarkah

seperti yang dihujahkan oleh peguam bagi pihak Defendan bahawa

kes ini adalah suatu kes yang sesuai dan patut bagi Mahkamah ini

menggunakan kuasa budi bicaranya di bawah A.18 k.19 (1)(b) KKM

2012 untuk membatalkan tuntutan Plaintif atas alasan bahawa

Kandungan 1 Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses

mahkamah.

[14] Bagi menyokong permohonannya di Kandungan 4, Defendan telah

memfailkan afidavit sokongan yang diikrarkannya pada 5.5.2017

(Kandungan 5). Permohonan Defendan ini juga disokong oleh afidavit

balasan Defendan bertarikh 13.6.2017 yang membalas afidavit

jawapan Plaintif menentang Kandungan 4.

Page 18: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

18

[15] Defendan telah memohon Mahkamah ini membatalkan tuntutan

Plaintif terhadap Defendan atas alasan-alasan berikut:

i. Saman Pemula Plaintif adalah tidak sah dan terikat kepada

prinsip res judicata dan estoppels kerana Jabatan Insolvensi

telahpun memfailkan Saman Pemula terhadap Defendan atas

peruntukan-peruntukan undang-undang yang sama yang

disandarkan oleh Plaintif di dalam Saman Pemulanya ini.

Saman Pemula yang telah difailkan oleh Jabatan Insolvensi

telahpun ditarikbalik oleh Jabatan Insolvensi tanpa kebebasan

memfailkan semula dan tanpa kos.

ii. Afidavit Sokongan Plaintif mengandungi semua dokumen yang

sama seperti Saman Pemula yang difailkan oleh Jabatan

Insolvensi.

iii. Tindakan Plaintif adalah dihalang oleh had masa.

Alasan i & Alasan ii

Page 19: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

19

[16] Sebelum Plaintif memfailkan tindakan ini, pada 30.4.2015 Jabatan

Insolvensi (MDi) atas nama Ketua Pengarah Insolvensi telah

memulakan suatu tindakan saman pemula terhadap Defendan

melalui Saman Pemula 24-538-04/2015 (SP 538).

[17] Intitulement SP 538 adalah seperti berikut:

Dalam Perkara Seksyen 52(1), 24(4), 53(B) (1) & (2) dan 85(3) Akta Kebankrapan 1967; DAN

Dalam Perkara Kaedah 263 Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969

DAN

Dalam Perkara Seksyen 349 Kanun Tanah Negara 1965

DAN

Dalam Perkara Aturan 7 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

[18] Relif yang dipohon oleh Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dalam SP

538 adalah:

“Membatalkan pindahmilik yang telah didaftarkan pada 9.11.2004

oleh Pentadbir Tanah ke atas ke atas hartanah Murugan a/l

Page 20: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

20

Munusamy iaitu GM 654, Lot 2974, Mukim Batang Padang Daerah

Batang Padang, Tanjung Lemboh, Perak dan GM 427, Lot 2953,

Mukim Batang Padang, Daerah Batang Padang, Tanjung Lemboh

Perak mengikut peruntukan di bawah Seksyen 52(1) Akta

Kebankrapan 1967.”

[19] Defendan telah menentang SP 538 ini dengan memfailkan Afidavit

Jawapan (1) bertarikh 2.6.2015.

[20] Walau bagaimanapun, selepas pemfailan afidavit jawapan oleh

Defendan, KPI pada 24.6.2015 telah menarikbalik SP 538 tanpa

kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa kos. Justeru itu,

suatu perintah pembatalan SP 538 tanpa kebebasan untuk

memfailkan semula dan tanpa kos telahpun direkodkan oleh

Mahkamah.

[21] Adalah dihujahkan seterusnya oleh peguam Defendan bahawa

Plaintif di dalam saman pemulanya ini telah bersandarkan kepada

peruntukan-peruntukan undang-undang sama seperti di dalam

tindakan KPI terhadap Defendan. Menurut peguam Defendan lagi,

apabila KPI menarikbalik SP 538 tanpa kebebasan untuk memfailkan

Page 21: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

21

semula dan tanpa kos dan Mahkamah telah membuat perintah

bahawa SP 538 dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan

semula dan tanpa kos. Memandangkan perintah ini tidak diketepikan

/ diakas dan tiada rayuan difailkan terhadapnya, maka perintah yang

direkodkan oleh Mahkamah ini adalah satu keputusan yang

muktamad.

[22] Peguam Defendan telah seterusnya menghujahkan bahawa di dalam

menyokong saman pemulanya, Plaintif juga telah bersandarkan

kepada dokumen-dokumen yang sama disandarkan oleh MDi di

dalam memfailkan SP 538.

[23] Oleh itu, adalah menjadi hujahan peguam Defendan bahawa Plaintif

dengan ini adalah dihalang atau diestop dari memfailkan tindakannya

kerana terikat kepada prinsip-prinsip estopel dan res judicata.

[24] Mahkamah ini telah meneliti afidavit sokongan yang difailkan MDi di

dalam menyokong SP 538 mereka. Mahkamah ini bersetuju dengan

peguam Defendan bahawa MDi telah membawa SP 538 terhadap

Defendan menurut seksyen-seksyen yang tertera pada intitulement

Page 22: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

22

SP 538 dengan bersandarkan kepada pengataan-pengataan Plaintif

di dalam Penyataaan Hal Ehwal Plaintif (PHEKP) bahawa kedua-dua

hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Defendan pada

9.11.2004 tanpa pengetahuannya (Plaintif).

[25] Perenggan-perenggan relevan di dalam afidavit sokongan MDi yang

diikrarkan oleh Noorhidayah binti Shamsuddin pada 28.4.2015

tersebut adalah seperti berikut:

4. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa pada 21.9.2010 bankrap

telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal. Pada 22.10.2013 bankrap

telah memfailkan sekali lagi Pernyataan Hal Ehwalnya. Sesalinan,

Pernyataan Hal Ehwal bertarikh 21.9.2010 dan 22.10.2013 ditandakan

secara kolektif sebagai eksibit “NS-2” dan “NS-3”.

5. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa pada 14.10.2013 Murugan

a/l Munusamy (selepas ini akan disebut sebagai bankrap) telah

membuat aduan kepada Ketua Pengarah Insolvensi melalui surat

bertarikh 14.10.2013 berkenaan hartanah beliau yang telah dipindah

milik kepada pemilik baru. Sesalinan surat bertarikh 14.10.2013 dan

Laporan Polis bertarikh 11.10.2013 ditandakan secara kolektif

sebagai eksibit “NS-4” dan “NS-5”.

Page 23: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

23

6. Selanjutnya, merujuk kepada surat bankrap hartanah beliau yang

dikenalpasti sebagai GM654, Lot 2974, Mukim Batang Padang,

Tanjung Lemboh, Perak dan GM427, Lot 2953, Mukim Batang

Padang, Tanjung Lemboh, Perak yang telah dipindahmilik kepada

Somy a/l Seethiah di Pejabat Tanah Daerah Batang Padang, Tapah,

Perak di luar pengetahuan beliau pada 9.11.2004. Sesalinan carian

rasmi hartanah dan Borang 14A untuk Pindahmilik Tanah, Bahagian

atau pajakan ditandakan secara kolektif sebagai eksibit “NS-6” dan

“NS-7”.

7. Saya sesungguhnya menyatakan bahawa menurut rekod jabatan ini,

pindahmilik tersebut berlaku enam bulan sebelum perintah

penerimaan dan perintah penghukuman dibuat terhadap bankrap.

Oleh yang demikian pindahmilik ini adalah terbatal terhadap Ketua

Pengarah Insolvensi dan Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai hak

untuk mendaftar hartanah tersebut ke atas nama Ketua Pengarah

Insolvensi bagi tujuan penghasilan. Hasil daripada jualan tersebut

akan dimajukan ke estet bankrap untuk tujuan pembahagian kepada

pemiutang-pemiutang yang telah memfailkan tuntutan di dalam kes

kebankrapan ini.

[26] Plaintif di dalam PHEKP telah menyatakan berikut:

G Harta

Page 24: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

24

Penuh mengenai tiap-tiap jenis harta dalam milik dan perkembalian yang

tidak termasuk dalam mana-mana senarai lain hendak ditunjukkan dalam

senarai ini.

Butir-butir Pernyataan penuh dan jenis harta.

1) Pada 09-11-2004 jam 09:46:25 melalui no: perserahan: 1308/2004

pindahmilik tanah seluas 3 ekar kelapa sawit atas geran no: GM

427 LOT 2953 adalah milik saya.

2) Pada 09-11-2004 jam 09:46:25 melalui no: perserahan: 1305/2004

pindahmilik tanah seluas 3 ekar kelapa sawit atas geran no: GM

654 LOT 2974 adalah milik saya.

Saya dapat tahu melalui satu carian resmi pada 11-1-2013, bahawa kedua-

dua harta tanah saya tersebut di atas bukan milik saya dan saya tidak lagi

dan saya tidak tahu bagaimana tanah itu tukar milik dari nama saya semasa

saya dalam Perintah Penghakiman dan Perintah Penerimaan Kebankrapan.

[27] Di dalam membuat keputusan memfailkan atau membawa SP 538

terhadap Defendan, MDi telah mempercayai bahawa pindahmilik

kedua-dua hartanah tersebut telah dilaksanakan oleh Defendan

tanpa pengetahuan Plaintif dan memandangkan pindahmilik itu

berlaku pada tahun 9.11.2004 dan Plaintif telah dijadikan seorang

bankrap pada 11.5.2005, makanya MDi telah berpandangan bahawa

pindahmilik kedua-dua hartanah telah dilaksanakan enam bulan

Page 25: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

25

sebelum tarikh perintah penerimaan dan perintah penghukuman

dikeluarkan terhadap Plaintif.

[28] Namun, apabila fakta sebenar telah dinyatakan oleh Defendan di

dalam afidavit balasannya menentang saman pemula MDi, MDi telah

menarikbalik saman pemulanya tanpa kebebasan untuk pemfailan

semula.

[29] Peguam Plaintif telah cuba menghujahkan bahawa keputusan MDi

menarikbalik saman pemulanya tanpa kebebasan pemfailan semula

tidak mengikat Plaintif kerana saman pemula tersebut telah

dimulakan oleh MDi dan bukan diri Plaintif secara individu. Di

samping itu, menurut Plaintif, MDi di dalam kes ini telah memberikan

sanksi bertarikh 11.4.2017 kepada Plaintif untuk Plaintif memulakan

tindakan terhadap Defendan.

[30] Mahkamah ini perlu menegaskan bahawa peruntukan undang-

undang yang disandarkan oleh MDi dan Plaintif di dalam memfailkan

saman pemula adalah peruntukan-peruntukan yang sama dan tidak

ada langsung yang berbeza.

Page 26: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

26

[31] Relif yang sama telah dipohon oleh MDi dan Plaintif di dalam saman

pemula masing-masing.

[32] MDi telah memulakan tindakan terhadap Defendan atas PHEKP dan

kini Plaintif telah mengulangi pengataan-pengataan dan dakwaan-

dakwaan yang sama. Walaupun SP 538 dimulakan oleh MDi dan

saman pemula ini difailkan oleh Plaintif, hakikat yang tidak boleh

dipertikaikan adalah peruntukan-peruntukan undang-undang yang

digunakan oleh Plaintif adalah sama dengan MDi. Relif yang sama

dan sandaran pengataan-pengataan dan dokumen-dokumen yang

sama. Maka, pihak yang berbeza yang memfailkan tindakan tidaklah

bermakna menghalang penggunaan prinsip-prinsip estoppel dan res

judicata oleh Defendan.

[33] Plaintif tidaklah boleh menghujahkan tindakan yang diambil oleh MDI

adalah tindakan yang berbeza semata-mata dengan penyataan

bahawa MDI dan beliau adalah pihak yang berbeza. Hakikatnya relif

yang cuba diperoleh oleh MDi dan Plaintif adalah menurut seksyen-

seksyen 52(1) dan 53 AK 1967.

Page 27: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

27

[34] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes yang dikemukakan

oleh peguam Defendan iaitu kes Dato Sivanathan a/l Shanmugam

v. Artisan Fokus Sdn Bhd [2015] 3 AMR 104. Di dalam kes Dato

Sivanathan a/l Shanmugam telah diputuskan antara lain bahawa:

“The fact that the parties to this suit are different from HTF suit does not

disentitle the appellant from invoking the doctrine of issue estoppels to bar

the respondent from relitigating a specific issue that had been decided in

the prior separate action. The doctrine also applies to a non-party.”

[35] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tindakan yang

dimulakan oleh Plaintif ini adalah tindakan yang sama dengan SP

538 dan malahan saman pemula Plaintif adalah merupakan tindakan

ulangan (repetitive action) terhadap Defendan.

[36] Justeru, Mahkamah ini tidak boleh membiarkan mana-mana pihak

untuk memfailkan tindakan ulangan terhadap pihak yang sama untuk

relif-relif yang sama walhal tindakan yang pertama telahpun

ditarikbalik tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Page 28: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

28

[37] Pemfailan tindakan yang sama untuk relif yang sama atas fakta-fakta

yang sama adalah merupakan suatu penyalahgunaan proses

mahkamah dan sewajarnya tidak boleh dibenarkan.

[38] Atas alasan ini sahaja tindakan Plaintif hendaklah dibatalkan menurut

Aturan 18 kaedah 19(1)(b) KKM 2012.

Alasan iii [39] Persoalan mengenai halangan had masa bukanlah suatu isu perlu

diputuskan oleh Mahkamah ini kerana Plaintif bukanlah memfailkan

satu tindakan terhadap Defendan yang mempersoalkan kesahan

transaksi-transaksi (dealings) antara Plaintif dan Defendan sama ada

terdapatnya frod, terdapatnya salahnyataan, samada terdapat

pinjaman wang, sama ada Plaintif hanya menggunakan wang

Defendan untuk membeli kedua-dua hartanah tersebut atau

disebaliknya, sama ada pindahmilik kedua-dua hartanah itu adalah

transaksi yang sah atau tidak. Sekiranya isu-isu timbul baharulah

tersebut isu had masa timbul dan perlu diputuskan.

Page 29: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

29

[40] AKAN TETAPI saman pemula Plaintif adalah semata-mata

bersandarkan kepada seksyen 52 dan seksyen 53B AK 1967.

Seksyen 52 telah memperuntukkan berkenaan pengelakkan

penyelesaian sukarela.

[41] Seksyen 52 (1) AK 1967 memperuntukkan:

Avoidance of voluntary settlement

52. (1) Any settlement of property, not being a settlement made before and

in consideration of marriage or a settlement made in favour of a purchaser

or incumbrancer in good faith and for valuable consideration, or a

settlement made on or for the wife or children of the settlor of property

which has accrued to the settlor after marriage in right of his wife, shall, if

the settlor becomes bankrupt within two years after the date of the

settlement, be absolutely void against the Director General of Insolvency,

and shall, if the settlor becomes bankrupt any subsequent time within five

years after the date of the settlement, be void against the Director General

of Insolvency, unless the parties claiming under the settlement can prove

that the settlor was at the time of making the settlement able to pay all his

debts without the aid of the property comprised in the settlement, and that

the interest of the settlor in such property had passed to the trustee of

such settlement on the execution thereof.

Page 30: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

30

[42] Seksyen 52 ini memperuntukkan bahawa mana-mana penyelesaian

harta (si bankrap) yang telah dilaksanakan yang bukan suatu

penyelesaian yang dibuat sebelum dan sebagai balasan kepada

perkahwinan atau suatu penyelesaian yang dibuat yang memihak

kepada pembeli atau penyandang dengan suci hati dan untuk suatu

balasan berharga, atau suatu penyelesaian yang dibuat pada atau

bagi isteri atau anak-anak penyelesai harta yang terakru ke atas

penyelesai setelah berkahwin yang isterinya adalah berhak, jika

penyelesai (si bankrap) menjadi bankrap dalam tempoh dua tahun

selepas tarikh penyelesaian, menjadi tidak sah secara mutlak

terhadap Ketua Pengarah Insolvensi, dan hendaklah, jika

penyelesai menjadi bankrap pada bila-bila masa yang berikutnya

dalam tempoh lima tahun selepas tarikh penyelesaian, menjadi

tidak sah terhadap Ketua Pengarah Insolvensi, …….

pelaksanaannya.

[43] Manakala seksyen 53B AK 1967 memperuntukkan bahawa mana-

mana harta atau hasil diperolehi dari transaksi-transaksi yang tak

sah, harta atau hasil tersebut adalah dianggap harta dan hasil KPI.

Page 31: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

31

[44] Seksyen 53B AK 1967 memperuntukkan berikut:

Property or proceeds therefrom deemed to be property of Director General

of Insolvency

53B. (1) Where a person has acquired property of the bankrupt under a

transaction that is void or under a voidable transaction (that is

subsequently set aside) and sold, disposed of, realized or collected the

property or any part of it, the money or other proceeds from any such

dealing, whether further disposed of or not, shall be deemed to be the

property of the Director General of Insolvency.

(2) The Director General of Insolvency may recover the property referred to

in subsection (1) or its value or the money or other proceeds therefrom

from the person who acquired it from the bankrupt or from any other

person to whom the person may have sold, resold or transferred the

property or paid over the money or other proceeds therefrom as fully and

effectually as the Director General of Insolvency could have recovered the

property if it had not been so sold, transferred, disposed of, realized or

collected.

(3) Notwithstanding subsections (1) and (2), where any person, (not being

the person who acquired the property from bankrupt) to whom the property

was sold, resold or otherwise disposed of, had paid or given therefor

valuable consideration and acted in good faith such person shall not be

Page 32: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

32

subject to the operation of this section and the Director General of

Insolvency’s recourse for recovery of the consideration so paid or given or

its value shall be solely against the person who entered into the

transaction with the bankrupt.

(4) Where the consideration payable for or upon any sale or resale of such

property or any part thereof remains unsatisfied the right of the Director

General of Insolvency shall be subrogated for that of the vendor to compel

payment or satisfaction.

[45] Had masa yang relevan berhubung dengan kes ini adalah semata-

mata menurut seksyen 52 (1) AK 1967 dan bukannya di bawah Akta

Had Masa 1953.

[46] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini membenarkan

Kandungan 4 Defendan dengan kos. Saman Pemula Plaintif di

Kandungan 1 dengan ini dibatalkan menurut Aturan 18 kaedah

(19)(1)(b) KKM 2012. Plaintif hendaklah membayar kos sebanyak RM

6000.00.

Page 33: DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI … · melupuskan hartanah-hartanah tersebut dengan apa-apa cara ... mendapatkan sebarang pinjaman daripada bank-bank ... dibuat melalui

33

t.t.

.....................................................

(DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Hakim

Mahkamah Tinggi Shah Alam (Saman Pemula)

Selangor Darul Ehsan

Bertarikh 30hb Oktober 2017

Peguam Plaintif - Tetuan Bas Vin Associates

Encik B. Manikam

Peguam Defendan - Tetuan Raj & Co.

Encik P. Selvaraj