hbml 4203 kesusateraan melayu

27

Click here to load reader

Upload: suraya-abd-aziz

Post on 18-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

ME1 2011

HBML 4203

KESUSASTERAAN MELAYU

NO. MATRIKULASI : 710625055260002

NO. KAD PENGENALAN : 710625055260

NO. TELEFON : 0193627220

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SEREMBAN N SEMBILAN

Page 2: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Bab 1 Pengenalan

1.0. Pendahuluan

Istilah dan Definisi Kesusasteraan

Kesusasteraan ialah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait rapat dengan bahasa. Melalui

bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampaikan dan disebarkan. Dengan

bahasa juga, pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam karya kesusasteraan.

Tidak hairanlah karya kesusasteraan merupakan salah satu cabang kesenian yang

dianggap sangat bernilai berbanding cabang kesenian yang lain.

Istilah ‘kesusasteraan’ menurut Kamus Dewan (2005: 1396) bermaksud hasil seni

(karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang menpunyai ciri-ciri keistimewaan

tertentu. Istilah ini berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘susastra’ (Hashim Awang),

‘sushastra’ (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar), atau ‘castra’ yang disebut ‘syastra’ (Ali

Ahmad). Kata ‘susastra’ pula terbentuk hasil gabungan daripada kata ‘su’ dan ‘sastra.’

Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah (Hashim Awang, 1984: 2),

kebenaran, keindahan dan kemuliaan (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar, ?: 1).

Manakala ‘sastera / shastra’ menurut Hashim Awang bermaksud huruf atau buku. Lalita

Sinha dan Md. Salleh Yaapar pula menegaskan ‘sastera / shastra’ merupakan ilmu yang

bersifat benar, tetap dan tidak berubah.

Definisi ini meliputi dua aspek, iaitu aspek bahasa dan aspek isi. Aspek bahasa ialah

indah dan cantik, manakala aspek isi ialah baik, berfaedah dan tidak berubah. Dikatakan

tidak berubah kerana ilmu berkenaan dipercayai berasal daripada Yang Maha Pencipta.

Oleh sebab ‘susastra’ dianggap datang daripada Yang Maha Pencipta, maka ia dianggap

mulia. Justeru, kegiatan ‘susastra’ sejak zaman Greek lagi dipandang tinggi. Kegiatan ini

merupakan aktiviti seni yang mendapat perhatian penting anggota masyarakat. Mereka

mengekspresikan kegiatan ‘susastra’ dalam bentuk puisi, cerita dan lakonan.

1

Page 3: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Di Malaysia, kegiatan ‘susastra’ seperti bersyair, berpantun, berseloka, bergurindam,

berbari (bercerita), berkisah dan sebagainya telah bertapak kukuh di hati masyarakat

sejak zaman sastera lipur lara lagi. Kegiatan ini dilaksanakan untuk tujuan pelbagai

fungsi, khususnya untuk tujuan mendidik, menghiburkan hati, mengisi masa lapang,

perubatan dan juga gambaran ekspresi kehidupan. Kesimpulan daripada gabungan istilah

‘su’ dengan ‘sastra’ ialah merujuk karya atau buku-buku atau ilmu yang indah, cantik,

baik, berfaedah, benar dan tidak berubah. Ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah

bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik

kerana hasil karya itu dapat diteladani.

Dalam Bahasa Melayu, istilah ‘susastra’ telah diberikan imbuhan apitan ke-...-an dan

sisipan “e” ditengah menjadikannya ‘kesusasteraan.’ Penambahan itu lebih untuk

menyedapkan bunyi, sesuai dengan lidah Melayu. Kalangan masyarakat umum pula

lebih gemar menyebut ‘karya sastera’ yang merujuk kesusasteraan. Di samping itu, Ali

Ahmad (1994: 3) menegaskan bahawa kehadiran “ke-“ dan “-an” pada kata “susastra”

telah menyimpulkan maksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Orang

Melayu menamakan “susastra” sebagai “persuratan” yang merujuk ‘sekumpulan hasil

seni bahasa.’

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh kesusasteraan tanah air

apabila mendefinisikan kesusasteraan. Baharuddin Zainal (1975) berpendapat karya

sastera adalah sesuatu yang membincangkan perkara yang berlaku dalam masyarakat, di

samping mengemukakan sikap dan pandangan pengarang. Hashim Awang (1985: 2 dan

1987: 84) menyatakan sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa

dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ciptaan seni yang disampaikan

melalui bahasa yang dituturkan disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera

tulisan. Ciptaan itu mesti mempunyai keindahan dari aspek isi dan daya pengucapan.

Hal Ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-

pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kamus Dewan (2005) pula

2

Page 4: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

mencatatkan sebagai hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang

mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa

karya sastera bentuk lisan dan tulisan membawa unsur cereka yang disampaikan melalui

bahasa. Dikatakan ‘unsur cereka’ kerana sebahagian besar mesej dalam karya

disampaikan dalam bentuk cerita, baik karya berbentuk puisi dan lebih-lebih lagi karya

berbentuk prosa.

1.1 Penggunaan Mesej dalam Kesusateraan Melayu

Mesej ialah gambaran yang tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis

kepada pembaca dan ia disampaikan dalam bentuk penulisan. Biasanya mesej

disampaikan secara langsung(tersurat) atau tidak langsung(tersirat). Mesej ini

disampaikan setelah pembaca selesai membaca sesebuah karya. Pelbagai mesej yang

boleh disampaikan oleh penulis. Secara sedar atau tidak, penulis ketika mengarang

sebenarnya meninggalkan mesej untuk pembaca. Apakah mesej yang dimaksudkan itu?  

Sesebuah novel bukanlah semata-mata sebuah  angan-angan atau isi hati penulis itu

sendiri. Tetapi ia lebih merupakan sebuah karya akan meninggalkan kesan biarpun

sedikit.

Peranan penulis ialah untuk menyedarkan pembaca daripada melakukan kesilapan bukan

mengajar pembaca untuk melakukan kesilapan.  Karya kreatifnya itu akan menjadi

pemangkin supaya dapat membuka mata hati pembaca .

Selain novel mesti bermesej dan meninggalkan amanat, ia harus mempunyai

keseronokkan untuk membaca. Sebaik-baiknya penyampaian biarlah sederhana, tidak

terlalu memberatkan meskipun mempunyai mesej. Mesej bukan bermaksud untuk

mengajar tetapi sebagai panduan ke arah menjadikan masyarakat lebih memahami

susurgalurnya. Penggunaan mesej atau amanat yang disampaikan oleh pengarang

melalui pemaparan aksi dan peristiwa di dalam cereka. Mesej ini boleh dijadikan

panduan oleh pembaca untuk diikuti.

3

Page 5: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

1.2 Pandangan dan Kritikan Sastera dalam Kesusasteraan Melayu

Kritikan berasal daripada kata dasar kritik, dan kata kritik berasal dari kata krinein dalam

bahasa Yunani yang membawa maksud menghakimi, membanding dan menimbang. Kata

krinein menjadi pangkal atau asal kata kreterion yang bererti dasar, pertimbangan,

penghakiman. Oleh yang demikian, orang yang melakukan pertimbangan dan

penghakiman terhadap sesuatu perkara di zaman Yunani disebut sebagai krites. Istilah

krites ini kemudiannya menjadi asas bagi menerangkan kegiatan atau sifat orang yang

memberi penghakiman terhadap karya seni sastera.

Dalam sastera Inggeris, perkataan `critic` digunakan bagi menerangkan sifat orang yang

melakukan kritikan atau pun kegiatan kritik itu sendiri. Pada tahun 1677, John Dryden

mempopularkan istilah criticism. Istilah ini menjadi lebih mantap dan dilazimi dalam

perbincangan-perbincangan terhadap karya sastera, terutama setelah John Dennis menulis

buku berjudul The Grounds of Criticism in Poetry (Atas Semi,1989:8). Daripada

perkataan criticism inilah pelbagai tafsiran tentang kritikan sastera diberikan oleh para

sarjana dan pemikir.

Terdapat banyak definisi yang diberikan oleh para pemikir dan sarjana sastera. Matthew

Arnold memberi definisi kritikan sebagai satu usaha yang bukan hendak mencari untung

tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang telah diketahui

sebagai yang terbaik dalam dunia (Hashim Awang,1997:6). Mana Sikana,(1983:3) pula

menyebutkan, kritikan adalah satu disiplin ilmu yang sistematik, yang membicarakan soal

penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya kreatif.

Daripada pengetian-pengertian yang diberikan oleh para sarjana di atas, dapat

disimpulkan bahawa, kritikan bermaksud memberi penilaian terhadap sesuatu hasil seni

menerusi proses pengamatan dan perbandingan, menganalisis dan menghayati dengan

kaedah-kaedah yang sistematik dan beralasan dengan maksud mengembangkan

tanggapan-tanggapan yang terbit darinya.

4

Page 6: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Proses menghayati teks adalah langkah pertama dan penting untuk mendekati sesuatu

karya yang akan dikritik. Penghayatan bermakna pengkritik mendalami isi cerita dengan

cara membaca dan memahami segala ungkapan, istilah dan frasa ayat yang mengangkat

persoalan penting cerita. Dengan perkakas teoretikal yang dimiliki oleh pengkiritk, maka,

teks berkenaan boleh saja dibedah (operate) dan dianalisis mengikut sudut mana dan

tujuan kritikan itu dibuat. Perkakas teoretikal itu tentulah terdiri sebuah teori atau

pendekatan yang sesuai dengan tujuan kritikan itu tadi.

Pemilihan teori dan pendekatan yang sesuai itu tadi sangat penting, agar penilaian dan

hasil yang ingin diketengahkan menepati kriteria-krietria yang menjadi dasar teori

berkenaan. Proses menganalisis ini seharusnya bersifat sistematik, yakni, tindakan

penerimaan, penolakan, penghakiman yang dibuat terhadap sesuatu karya itu adalah

berdasarkan kaedah yang khusus dengan penyertaan data-data, bukti, sandaran ilmu,

kajian literasi, risensi kepustakaan dan sebagainya. Oleh itu, hasil kritikan mempunyai

daya legitimasi yang tinggi dan sangat dapat dipertahankan.

Fungsi kritikan sastera yang pertama ialah menentukan teks sastera yang baik bermutu

dengan teks sastera yang tidak baik dan tidak bermutu. Untuk berlaku adil, saksama

terhadap karya dan pengarangnya, pengkritik harus bersikap kritis bagi membuktikan dia

telah membaca teks sastera itu berulang kali, memahami makna tersirat dan tersurat yang

terkandung dalam teks dan berupaya menikmatinya.

Pengkritik yang sensitif dan tajam mata fikirnya tentu sahaja berupaya menyuluh atau

memberi sinar kepada karya-karya yang sedemikian untuk memungkinkan pembacanya

masuk menikmati atau melihat sesuatu, yang kelihatan kelam suram. Keupayaan dan

kekritisan pengkritik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya ini, bermakna dia

telah memberikan sumbangan dan mengembangkan pengetahuan baru kepada khalayak

pembacanya. Maka secara tidak langsung dia telah melakukan fungsi yang ketiga.

Keempat, tulisan-tulisan kritikan sastera bukan sahaja berfungsi kepada pengarang dan

pembaca seperti yang dibicarakan di atas, malah; ikut berfungsi kepada individu

5

Page 7: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

pengkritik. Kritikan sastera sedemikian, titik tolak atau premisnya terlaksana apabila

seseorang pengkritik mengkritik sesebuah karya, kemudiannya; tampil seorang pengkritik

lain membalas atau menilai kritikan yang pernah dilaksanakannya. Dari hasil tulisan itu

maka wujudlah istilah kritikan atas kritikan. Ini dilakukan bagi mencari dan menemukan

sesuatu yang lebih adil dan saksama.

Kelima, kritikan sastera merupakan suatu aktiviti yang mendorong ke arah terbinanya

teori kritikan dan teori sastera baru. Dalam kelangsungan hayat kesusasteraan, teori

sastera dan teori kritikan itu amat penting dimiliki atau wujud dalam sesuatu tamadun

bangsa. Apatah lagi mengingatkan bangsa kita mempunyai nilai-nilai yang tersendiri

sesuai dengan budaya setempat dan saling bertentangan pula dengan norma-norma atau

nilai kehidupan Barat, termasuk kepercayaan beragama.

1.3 Kesimpulan

Dari perbincangan tentang pengkritik dan fungsi kritikan ini, dapat dirumuskan dua

landasan yang penting yang berhubungan dengan jagat kritikan sastera. Pertama, kritikan

sastera yang baik, bertanggungjawab, adil saksama dan dilaksanakan tanpa sebarang

prejudis dan rasional, ternyata banyak membantu pengarang dalam proses penciptaan

pada masa hadapan. Pengarang bukan sahaja mengetahui kelemahan dan kekuatannya

dalam berkarya, malah membantu mengkaji semula kerelevanan karyanya dalam usaha

memakmur dan membahagiakan minat atau citarasa pembacanya. Kedua, kritikan sastera

yang baik dan bermutu sewajarnya membantu memberikan sinar kefahaman, kenikmatan

kepada pembacanya. Pembaca harus memperoleh sesuatu yang bermanfaat hasil daripada

pembacaannya.

6

Page 8: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Bab 2 Analisis Bahan Sastera

2.0 Pendahuluan

Pengkaji memilih sebuah novel moden bertajuk “Interlok” karya Abdullah Hussain.

Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan dikeluarkan pada tahun 2010.

Novel ini telah dijadikan novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia

Tingkatan 5.

2.2 Sudut Pandangan dan Kritikan Sosial dalam Novel “Interlok”

Interlok novel karya Abdullah Hussain yang memenangi Hadiah Saguhati Peraduan

Menulis Novel Sepuluh Tahun Merdeka. Novel ini pertama kali diterbitkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka pada tahun 1971. Pada tahun 2011 novel ini menjadi teks Komsas

Tingkatan Lima untuk zon tengah. Novel ini sengaja ditimbulkan kontroversi oleh pihak

tertentu pada hujung Disember 2011 kerana dikatakan mempunyai perkataan ’paria’

yang menyinggung perasaan kaum India. Perkataan ’paria’ ini terdapat dalam bab

Keluarga Maniam, ketika memperihalkan sejarah asal usul dan kedatangan Maniam ke

Tanah Melayu.

Interlok adalah sebuah novel sosial. Pengertian novel sosial merujuk novel yang

mengangkat perjuangan golongan bawahan ataupun golongan tertindas sama ada

menentang golongan yang mempergunakan mereka mahupun perjuangan untuk

meningkatkan taraf kehidupan dan status kelas mereka. Pergertian novel sosial

mempunyai perbezaan yang nipis dengan novel masyarakat. Pengertian novel masyarakat

lebih kepada bentuk novel yang mengangkat kisah masyarakat secara keseluruhan.

Protes dan kritikan daripada kisah keperitan dan penindasan terhadap golongan pekerja

ini ditujukan kepada khalayak daripada golongan menengah untuk menarik simpati dan

seterusnya bertindak untuk mengubah sistem perundangan, etika dan moral yang

7

Page 9: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

menindas golongan pekerja bawahan. Golongan menengah selalunya merupakan

golongan yang berpengaruh dalam mendesak perubahan.

Sokongan dan simpati daripada golongan menengah akan membantu perjuangan

golongan bawahan ini. Bahkan perjuangan mengangkat keadilan untuk golongan

bawahan ini banyak digerakkan oleh tokoh-tokoh daripada golongan menengah pada

hakikatnya.

Novel sosial mengarah matlamat tematiknya kepada pembaikan pendidikan,

hak politik, nasib golongan wanita dan buruh kanak-kanak, keadaan di kilang dan

lombong, jenayah akibat suasana masyarakat yang sesak dan keadaan persekitaran yang

buruk, serta segala macam akibat yang berlaku dalam usaha negara dan golongan elit

mengejar matlamat kemajuan dan kekayaan.

Dalam konteks moral pula, pengarang novel sosial mengangkat nilai moral daripada

norma-norma kehidupan pinggiran golongan bawahan yang pada hakikatnya

jauh berbeza daripada norma masyarakat atasan. Perbezaan yang memperlihatkan

kebobrokan nilai moral yang melanda golongan bawahan selalunya diperbandingkan

dengan kehidupan mewah golongan atasan dengan tujuan memperlihatkan kealpaan dan

kesalahan yang dilakukan oleh golongan atasan hingga mengakibatkan kehidupan yang

buruk kepada golongan bawahan.

Novel ini juga menumpukan kepada kehidupan daif golongan bawahan tanpa

mempersalahkan mana-mana pihak secara langsung. Ia lebih menekankan kritikan

kepada sistem sosial yang muncul oleh keadaan-keadaan yang mewakili era tertentu. Dari

sini, tematiknya merungkai permasalahan sosial sebagai akibat sejarah dan mendesak

cita-cita perjuangan untuk mengubah kehidupan dalam diri golongan bawahan dan

menengah.

8

Page 10: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Maka secara keseluruhannya novel ini menekankan kepada cita-cita sosial, khusus

kepada golongan bawahan untuk mencapai matlamat kehidupan yang lebih sempurna.

Mesej penting antara novel ini ialah idealogi sosial. Novel ini bergerak di atas ideologi

sosial, dan kadangkala membawa propaganda tertentu terhadap matlamat dan

cita-cita yang dikandung olehnya secara tematik. Novel masyarakat tidak

memperlihatkan kecenderungan memaparkan idealogi yang khusus, sebaliknya hanya

memaparkan peristiwa dalam kehidupan masyarakat yang meletakkan pengarang sebagai

cermin yang membiaskan imej serta gambaran.

Interlok menghimpunkan watak-watak daripada golongan bawahan, khususnya golongan

pekerja yang berada di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 di bawah pentadbiran

British. Secara lebih jelas masyarakat pekerja bawahan yang berada dalam lingkaran

dunia perindustrian moden, sepertimana yang terdapat dalam novel sosial Barat yang

mengetengahkan golongan bawahan dan pekerja dalam era kebangkitan revolusi

perindustrian di Eropah.

Golongan bawahan dan pekerja yang digambarkan dalam Interlok berada dalam sistem

dan lingkaran dunia perindustrian, yakni golongan buruh yang ditarik dan digunakan

tenaga mereka untuk pengeluaran ekonomi perindustrian. Semua watak yang terdapat

dalam Interlok adalah mereka yang berada di dalam sistem sosio-ekonomi-politik dunia

perindustrian moden. Dalam buku Keluarga Seman, Seman adalah perwakilan daripada

watak bangsa peribumi Melayu daripada golongan masyarakat bawahan yang menetap di

kampung. Dalam sistem ekonomi-politik British, tanah jajahan merupakan tempat

penyediaan bahan mentah untuk memenuhi keperluanperindustrian di England dan

Eropah.

Di Tanah Melayu, British memperkenalkan ekonomi moden dalam konteks ruang tenaga

buruh dan bahan mentah. Bagi mengekalkan kuasanya ke atas bangsa Melayu sebagai

tanah jajahan, British melemahkan keupayaan orang Melayu dari segala segi sehingga

melumpuhkan kekuatan orang Melayu baik fizikal mahupun mental. Orang Melayu

menderita kehilangan kuasa politik melalui sistem politik residen British dan kemudian

9

Page 11: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

pentadbiran berpusat British iaitu Malaya British Administration (MBA), yang memecah

belahkan kuasa politik Sultan-sultan Melayu melalui zaman pengasingan dan

pembonekaan yang disebut sebagai political disenfranchisement.

Sementara ekonomi orang Melayu dilumpuhkan melalui pemingiran ekonomi (economic

marginalisation) dan pengasingan orang Melayu daripada modeniti dari segi sosial.

Orang Melayu ditutup peluang atau dipinggirkan dalam mobiliti sosial untuk

mengekalkan mereka sebagai petani dan nelayan yang menyediakan logistik seperti

bekalan makanan domestic kepada British (Collin Abraham, 2008). Seman mewakili

watak orang Melayu yang dilumpuhkan segala-galanya oleh British. Seman watak

manusia desa yang tidak berpendidikan, kerana peluang pendidikan sangat terbatas

disediakan oleh British. Tambahan ia diburukkan lagi oleh sikap Pak Musa yang

menyembunyikan Seman daripada dihantar ke sekolah Melayu. Sikap Pak Musa

mewakili sikap orang Melayu yang telah dilumpuhkan jiwa dan fikiran mereka oleh

sistem pengasingan (isolation) dan peminggiran(marginalisation) British. Seman muncul

sebagai hasil daripada sistem penjajahan British yang berlangsung lebih dari lima dekad.

Seman adalah seorang anak muda Melayu yang tidak berpendidikan, terasing daripada

modeniti, dan terpinggir daripada mobiliti sosial –kekal sebagai sumber pengeluaran bagi

keperluan logistik (petani, pekebun dan nelayan) untuk British secara domestik di Tanah

Melayu.

Dalam buku Keluarga Chin Huat pula, Chin Huat muncul sebagai wakil watak golongan

pekerja yang ditarik datang ke Tanah Melayu oleh peluang pekerjaan yang ditawarkan

oleh sektor ekonomi perindustrian British, yang berkaitan dengan pengeluaran dan

perkhidmatan. Kehidupan miskin keluarga Chin Huat tanah asal yakni sebuah desa kecil

di Tanah Besar China menjadi faktor penolak Kim Lock (bapa Chin Huat) bersama

anaknya untuk keluar dari China dan mencuba nasib di Tanah Melayu. Ekonomi sumber

perindustrian yang diperkenalkan British di Tanah Melayu menjadi faktor penarik untuk

kaum pendatang datang ke TanahMelayu.

10

Page 12: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Di Tanah Melayu, lombong-lombong bijih timah dibuka, perdagangan eksport-import

digiatkan, dan sektor perkhidmatan membuka peluang besar kepada tenaga-tenaga buruh

mahir dan kurang mahir. Sistem kongsi bagi tenaga buruh dari China yang diperkenalkan

oleh British sangat buruk. Ia membawa orang Cina sebagai buruh dalam keadaan miskin

dan kesihatan yang buruk. Dalam persaingan yang sengit penawaran tenaga buruh, orang

Cina terperangkap untuk menawarkan tenaga buruh yang termurah sama ada dalam

sektor perlombongan milik British mahupun sektor perkhidmatan lain.

Ia menawarkan apa yang disebut sebagai‘survival of the cheapest’. Begitu juga yang

berlaku kepada kaum India yang datang ke Tanah Melayu oleh faktor penolak

dan penarik yang sama. Dalam buku Keluarga Maniam, digambarkan Maniam dalam

bulan Julai 1910 telah belayar bersama mereka yang lain dalam sebuah kapal penumpang

yang bertolak meninggalkan Pelabuhan Nagapatam ke Pulau Pinang. Mereka ini semua

adalah tenaga buruh yang berangkat melalui kangani – iaitu wakil yang mencari buruh

untuk kebun-kebun dan ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Dalam kapal tersebut

digambarkan terdapat120 orang penumpang yang datang dari pelbagai daerah di India,

iaitu Pondicherry, Pulikat,Madras, Malabar, Kerala dan Hyderabad. Mereka semua

bercakap dalam bahasa Tamil, walau ada yang bercakap dalam bahasa Malayali dan

Telugu iaitu bahasa dalam rumpun bahasa Tamilyakni rumpun bangsa Dravida.

Dalam pada itu digambarkan bahawa semua yang berada dalam kapal bersama Maniam

pada ketika itu tergolong dalam kasta yang sama yakni kasta paria. Kasta paria

merupakan golongan di luar kasta (outcast) di India yang tersisih akibat sistem kasta

yang diamalkan di India. Secara sosiologi, mereka mewakili golongan bawahan yang

tertindas di negara mereka sendiri, dan ini adalah salah satu faktor penolak yang penting

dalam konteks kedatangan golongan pekerja dari India ke Tanah Melayu pada awal abad

ke-20.

Namun begitu tidak semua kaum India yang datang ke Tanah Melayu daripada kasta

Paria, dan ini digambarkan dalam Interlok, terdapat pekedai berkasta tinggi di Pulau

Pinang bilamana Maniam datang membeli dan melihat tiada amalan penyisihan

11

Page 13: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

berdasarkan kasta berlaku di Tanah Melayu ini. Maniam adalah watak yang diangkat

sebagai perwakilan golongan pekerja bawahan yang tertindas oleh sistem ekonomi-

politik British di Tanah Melayu ketika itu.

Watak Maniam dari golongan bawahan ini diangkat sebagai subjek sosiologikal dan

diberikan fokus utama dalam menggambarkan perjuangan dan mobiliti sosial yang

berlaku terhadap kaum India dalam sistem ekonomi-politik British pada awal abad ke-20.

Maniam bukanlah kenyataan daripada keseluruhan kaum India yang datang ke Tanah

Melayu pada ketika itu, tetapi hanyalah watak tipa dalam sebuah novel sosial yang

mengangkat sebuah idealogi social perjuangan golongan bawahan. Orang India yang

dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh dalam sektor ekonomi British juga dibawa

dalam kemiskinan dan kesihatan yang buruk. Malah mereka hidup dalam sistem kangani

yang menyaksikan mereka diperas oleh elit pekerja daripada golongan mereka sendiri.

Dalam sistem kangani yang diperkenalkan oleh British ini orang India yang datang

sebagai buruh, hidup dalam apa yang disebut sebagai ’internal colonisation’,

yakni mengalami penjajahan dalaman dan akhirnya hidup tanpa harapan untuk

melebihi apa yang ada pada mereka. British dalam melaksanakan dasar pecah dan

perintah menemui peluang besar dalam memastikan kekuasaan mereka terus dikekalkan

melalui suasana sosial yang hadir pad awal abad ke-20 ini. Kewujudan dua kaum

pendatang yang besar populasinya di Tanah Melayu dilihat dapat dieksploitaskan bagi

mengimbangi kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat peribumi

yang berpotensi mencabar kekuasaan British.

British mengambil peluang daripada suasana sosial masa ini untuk menanamkan perasaan

curiga antara etnik dan mewujudkan apa yang disebut sebagai antagonisme etnik. Dari

sini British membentuk stereotaip etnik iaitu etnik dengan bidangan masing-masing,

sekaligus menjarakkan satu etnik dengan etnik yang lain bagi mengembangkan perasaan

curiga dan prasangka yang tidak berkesudahan antara etnik. Stereotaip etnik ini menjadi

cara membentuk prinsip pemerintahan dan kawalan kuasa. Ia juga menjadi asas kepada

pengabasahan penguasaan kolonial dalam mewujudkan polarisasi kaum.

12

Page 14: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Kolonial Birtish dalam polisi ‘divide and rule’nya menyerapkan prinsip ‘consciuosness of

kind’iaitu dalam memastikan survival, setiap orangberjuangberdasarkanruangkepentingan

kaum masing-masing. Ertinya dalam lingkungan kaum yang sempit. British akhirnya

mengecapi kemewahan daripada penindasan melalui kotak-kotak kaum ini atau dikatakan

sebagai ‘icing on the racial polarisation cake’. British meninggalkan masyarakat yang

dipolarisasi ini tiada pilihan lain selain daripada bergantung kepada golongan elit

kaum masing-masing. Golongan elit ini pula dalam berjuang untuk memenuhi keperluan

kaum masing-masing, mengambil kesempatan mengaut kekayaan dan kepentingan untuk

diri mereka.

Melihat dalam konteks agenda ekonomi-politik British, isu perkauman dan polarisasi

kaum ini adalah natijah daripada ‘capitalist mode of production’, yang mengaburkan

perbezaan kelas dengan perbezaan dan permusuhan kaum. Ini dapat menyelamatkan

kelas atasan daripada penyatuan kelas bawahan untuk menentang mereka, secara

langsung melumpuhkan rakyat – melalui isu dan sentimen perkauman. Bahkan

pengagihan faedah kepada rakyat juga ditentukan mengikut keperluan kaum berdasarkan

kepentingan kesinambungan kuasa politik British. Polarisasi kaum ini ialah hasil dari

proses ‘compartmentalisation’ yangdikemukakan oleh British, dan memberikan persepsi

bahawa setiap etnik bermusuh antara satu sama lain (Collin Abaram, 2008).

Interlok membawa persoalan ini melalui garapan perjuangan golongan bawahan yang

beradadalam ’kawah gula’ ekonomi perindustrian British, secara cukup berseni melalui

penyatuan tiga etnik yang akhirnya membina negara Malaya yang merdeka

(kemudiannya menjadi Malaysia). Penyatuan tiga etnik secara ideal dalam Interlok ini

memperlihatkan lambang penentangan terhadap dasar antagonisme etnik yang

diwujudkan oleh British. Sekaligus mewujudkannya sebagai novel sosial yang bukan

sahaja membawa idealogi penyatuan etnik yang kuat, tetapi juga idealogi penentangan

terhadap kelas atasan yang terdiri daripada penjajah British, pemodal dan konco-konco

British yang terdiri daripada para pembelot bangsa.

13

Page 15: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Adalah sesuatu yang malang apabila novel sosial yang mengangkat tema perjuangan

kelas bawahan ini ditutup dengan isu perkauman yang sempit dan dangkal demi

kepentingan politik perkauman. Perkataan ’paria’ tidak mungkin dibuang kerana ia

menjelaskan secara historical suatu pergerakan atau mobiliti sosial daripada golongan

bawahan yang paling hina kepada golongan yang berjaya dan dihormati. Tanpa

memperkenalkan Maniam sebagai seorang daripada kasta ’paria’, suatu bentuk

pemaparan mobiliti sosial tersebut tidak dapat dilakukan dengan munasabah dan

berkesan. Interlok adalah sebuah novel sosial yang tidak ada kena mengena dengan

sebarang bentuk perlakuan untuk menghina mana-mana etnik, sebaliknya

memaparkan seideal mungkin sifat menghormati antara satu sama lain yang menuju

kepada ideal penyatuan antara etnik, khususnya dari kalangan masyarakat bawahan.

Sebarang tuduhan yang mengatakan bahawa Interlok sebagai novel perkauman adalah

tindakan untuk menutup isu kegagalan politik dengan memainkan sentimen perkauman

yang tidak bermanfaat. Pada masa yang sama ia menjulang kembali doktrin pemisahan

kaum kolonial British dalam membentuk sikap kepentingan kaum atau antagonisme etnik

yang telah merosakkan hubungan masyarakat demi kepentingan ekonomi-politik

golongan elit politik,pemodal dan aristokrat. Kini doktrin ini digunakan pula oleh pihak

yang berkepentingan untuk mencari populariti dalam masyarakat atas tujuan-tujuan yang

lebih khusus.

Tindakan menyuburkan sikap perkauman ini membawa masyarakat mundur ke belakang.

Selain itu ia sebenarnya boleh dikatakan sebagai perjuangan sentimen yang tidak melihat

kepada isu sebenar yang membelenggu masyarakat seperti isu kemiskinan, pendidikan,

kesihatan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Perjuangan sentimen yang bermain dengan

isu-isu kecil yang sebenarnya adalah hanya ruang sama ada mencari publisiti atau

populariti yang tidak berguna, ataupun cuma helah untuk menutup kegagalan menangani

masalah sebenar kemunduran sosial masyarakat.

14

Page 16: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

Kesimpulan

Kesusasteraan Melayu ialah ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu

sebagai alat penyampaian. Kesusasteraa Melayu adalah satu cabang kegiatan seni

masyarakat Melayu yang terawal da terpenting. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran

masyarakat sebagai alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman

dan pengalaman masyarakat. Mungkin ada generasi muda yang malu kerana novel ini

mengingatkan status, gaya hidup dan corak kehidupan dilalui nenek moyang mereka pada

masa lalu. Perlu diingat tiada mereka, tiada kita. Penderitaan mereka perlu dijadikan

iktibar setiap generasi muda.

Kasta, gaya hidup dan pengasingan kaum yang pernah berlaku di Tanah Melayu suatu

masa dulu adalah pengalaman yang membuatkan generasi baru Malaysia hari ini lebih

kuat dan cekal bagi mengubah kehidupan masing-masing. Contoh terbaik, rakyat

keturunan India kini berjaya mengetepikan sistem kasta yang dibawa dari India dan

mereka hari ini bukan saja duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi dengan rakyat

Malaysia lain, malahan ramai yang mencatat kejayaan luar biasa. Kesenangan dan

kemewahan dikecapi hari ini adalah hasil kerja keras nenek moyang, yang ramai datang

dari India tetapi hari ini melahirkan generasi keturunan India yang berjaya menghapuskan

sistem kasta yang tidak dapat diterima itu.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh menidakkan atau

menafikan hakikat sejarah permulaan persahabatan antara semua kaum sejak sebelum

merdeka lagi. Tindakan mempolitikkan novel ini hanya kerana satu perkataan yang

mungkin mengingatkan kaum India mengenai pengasingan status yang pernah dialami

nenek moyang mereka, perlu dilihat kembali. Novel Interlok pentas terbaik mengajar dan

mengingatkan generasi Malaysia kini terhadap pahit maung nenek moyang mereka untuk

menjadikan negara ini aman dan mahu silaturahim antara rakyat pelbagai kaum, kukuh.

15

Page 17: Hbml 4203 Kesusateraan Melayu

HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU 710625055260002 SURAYA ABD AZIZ

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Abdullah Hussain.2010. Interlok: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ruziati Abdul Rani 2010: Ulasan Novel Interlok: Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti

Andre Hardjana. 1981. Kritikan Sastera: Sebuah Pengantar. Jakarta:

Hashim Awang. 1984. Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan Sejarah.PetalingJaya

Fajar Bakti.

Hashim Awang. 1988. Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan:KualaLumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel.

Shah Alam: Fajar Bakti.

Mana Sikana. 1998. Kritikan Sastera Moden: Teori dan Pendekatan. Shah Alam:

Fajar Bakti.

Modul HBML 4203, Kesusasteraan Melayu : Open University Malaysia.

Othman Puteh. 1995. Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Rahman Shaari. 1994. Kritikan Sastera Melayu: Pendekatan dan Pemikiran. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16