laporan 3 beberapa kes murtad (ateis) di kalangan …

12
1 LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA KES 1: PENGAKUAN SEORANG EX-MUSLIMAH Saya adalah bekas penganut Islam yang agak konservatif dan telah menjadi ateis. Saya berasa gembira dan lega sekali apabila membaca tulisan ini. Ianya seperti membaca sebahagian luahan perasan saya sendiri. Sejak meninggalkan agama Islam dua tahun lepas, saya juga berasa marah, sedih dan benci kerana berasa tertipu dan menjadi mangsa agama. Saya telah menjadi seorang Islam yang boleh dikatakan taat agama selama 26 tahun. Tidak pernah meninggalkan solat semenjak Tingkatan 1 sehinggalah dua tahun yang lalu dan tahu hadis mengenai setiap pergerakan dalam solat. Saya memakai tudung semenjak Darjah 4 sehingga sekarang. Semasa sekolah rendah, selain daripada menerima pendidikan agama di sekolah kebangsaan, saya juga mengikuti kelas fardu ain dan juga bersekolah di sekolah agama rakyat pada waktu petang. Saya mendapat pendidikan agama dari sekolah agama yang sememangnya pilihan sendiri dan bukannya atas desakan keluarga kerana ingin menjadi Muslimah yang lebih baik. Saya tidak pernah bercinta selama saya hidup 27 tahun kerana ber”couple” dikira haram. Kononnya ingin mendapatkan jodoh dan berkahwin kerana Allah. Jadi saya menolak cubaan lelaki memikat saya. Terasa bodohnya saya. Saya juga selalu cepat rasa bersalah kalau membuat perkara yang dikira berdosa dalam agama walaupun perkara kecil. Dalam masa lima tahun sebelum mengambil keputusan untuk keluar Islam, saya membaca al-Qur’an dengan terjemahan serta belajar memahami hadis secara “online”. Saya juga menjadi rujukan kepada kawan-kawan tentang hal-hal agama dan masih lagi sedemikian kerana saya perlu berlakon menjadi Muslimah yang baik.

Upload: others

Post on 21-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

1

LAPORAN 3

BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN

UMAT ISLAM DI MALAYSIA

KES 1: PENGAKUAN SEORANG EX-MUSLIMAH

Saya adalah bekas penganut Islam yang agak konservatif dan telah menjadi ateis. Saya

berasa gembira dan lega sekali apabila membaca tulisan ini. Ianya seperti membaca

sebahagian luahan perasan saya sendiri. Sejak meninggalkan agama Islam dua tahun

lepas, saya juga berasa marah, sedih dan benci kerana berasa tertipu dan menjadi

mangsa agama. Saya telah menjadi seorang Islam yang boleh dikatakan taat agama

selama 26 tahun. Tidak pernah meninggalkan solat semenjak Tingkatan 1 sehinggalah

dua tahun yang lalu dan tahu hadis mengenai setiap pergerakan dalam solat. Saya

memakai tudung semenjak Darjah 4 sehingga sekarang.

Semasa sekolah rendah, selain daripada menerima pendidikan agama di sekolah

kebangsaan, saya juga mengikuti kelas fardu ain dan juga bersekolah di sekolah agama

rakyat pada waktu petang. Saya mendapat pendidikan agama dari sekolah agama yang

sememangnya pilihan sendiri dan bukannya atas desakan keluarga kerana ingin menjadi

Muslimah yang lebih baik.

Saya tidak pernah bercinta selama saya hidup 27 tahun kerana ber”couple” dikira haram.

Kononnya ingin mendapatkan jodoh dan berkahwin kerana Allah. Jadi saya menolak

cubaan lelaki memikat saya. Terasa bodohnya saya. Saya juga selalu cepat rasa bersalah

kalau membuat perkara yang dikira berdosa dalam agama walaupun perkara kecil.

Dalam masa lima tahun sebelum mengambil keputusan untuk keluar Islam, saya

membaca al-Qur’an dengan terjemahan serta belajar memahami hadis secara “online”.

Saya juga menjadi rujukan kepada kawan-kawan tentang hal-hal agama dan masih lagi

sedemikian kerana saya perlu berlakon menjadi Muslimah yang baik.

Page 2: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

2

Permulaan saya keluar dari Islam apabila saya mengetahui bahawa

fahaman muktazilah yang mengangkat logik akal mengatasi ilmu wahyu pada zaman

keemasan Islam pada zaman Khalifah Abbasiyyah yang telah membawa mereka maju

dalam pelbagai bidang. Kemajuan mereka bukan disebabkan oleh agama Islam pun.

Sebelum ini otak saya didoktrinkan bahawa al-Qur’an itu adalah panduan manusia

sejagat dan jawapan kepada kehidupan manusia dalam pelbagai bidang. Namun, apabila

membaca terjemahan-terjemahan di dalamnya saya tak rasa ianya panduan pun. Kisah-

kisah para Nabi seperti kisah-kisah dongeng yang diulang-ulang dalam beberapa surah

yang berbeza kononnya untuk pengajaran tapi tiada penjelasan terperinci. Baik baca

buku sejarah peradaban dunia, boleh diketahui terperinci tempat, masa dan pelakunya

yang menunjukkan kejadian itu sememangnya terbukti berlaku.

Banyak ayat suci pun asyik-asyik menyentuh hal hukuman macam Tuhan ni kejam sangat.

Belum lagi diskriminasi kepada perempuan yang banyak dilakukan oleh Islam berbanding

agama lain. Tak pakai tudung dalam masyarakat Melayu-Islam pun dikira macam

berdosa besar sangat. Perempuan dipersalahkan apabila terjadinya kes rogol kerana

tidak menutup aurat. Perceraian berlaku kerana perempuan tidak mengikut perintah

suami. Bercinta sebelum kahwin dilarang sebab takut terlanjur. Makanya disuruh

berkahwin seolah-olah perkahwinan dalam Islam sekadar ingin menghalalkan

seks sahaja. Selepas itu, lelaki jadi raja sebabnya lelaki diangkat sebagai pemimpin dan

perempuan umpama hamba. Sejak keluar dari Islam baru saya terfikir semua ini dan

berasa sangat stres memikirkan keadaan wanita dalam Islam.

Sengaja saya menulis sebegini kerana mahu masyarakat yang beragama Islam faham

yang bukannya semua orang Islam keluar agama itu sebab mahu kebebasan melakukan

maksiat tetapi ada juga seperti saya yang keluar agama kerana saya mengkaji. Tambah-

tambah orang Islam jarang bersolat, tidak tahu makna ayat al-Qur’an dan kaki maksiat

tidak layak memandang rendah kepada orang seperti saya kerana mereka sendiri tidak

memahami dan mengamalkan Islam. Walaupun saya murtad, saya berpegang

kepada “Golden Rule”.

Saya tidak mahu berdakwah kepada orang yang beragama kerana sangatlah sukar bagi

seorang penganut yang agak taat meninggalkan 'Tuhan'nya. Ianya lebih perit daripada

menghadapi kematian orang tersayang. Dulu apa-apa yang saya buat, saya akan buat

Page 3: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

3

atau cuba buat semuanya adalah demi Allah. Jadi tentulah saya rasa sedih bila saya

kehilanganNya. Saya pernah fikir tidak mahu hidup lagi. Namun saya cuba tabahkan hati,

cuba melakukan perubahan positif dalam pemikiran dan tindakan saya. Akhirnya, saya

dapat melalui penderitaan kehilangan Tuhan dalam masa setahun setengah ini walaupun

saya perlu berlakon sebagai penganut agama Islam.

Page 4: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

4

KES 2: PENGAKUAN MAHASISWA ATEIS MALAYSIA

Hazim Ismail

Seorang mahasiswa gay dan ateis berasal dari Malaysia yang sedang belajar di Kanada takkan dihantar pulang ke negara asalnya. Pemerintah Kanada telah memberinya perlindungan susulan ancaman daripada rakyat Malaysia.

Panel para petinggi Dewan Imigrasi dan Pengungsi Kanada di Winnipeg, menyatakan, Hazim Ismail akan dilindungi.

"Saya cuba berjuang untuk bertahan hidup kerana Malaysia tidak menyambut kaum homoseksual," kata Hazim.

"Itu luar biasa dan saya merasa benar-benar dicintai dan dihargai," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua mereka yang telah menyokongnya.

Hazim mengatakan, dia masih berusaha untuk memproses perkembangan terbaharu. Selama berbulan-bulan sebelumnya, dia dirundung kerisauan atas kemungkinan harus kembali ke Malaysia, sedangkan Malaysia menghukum kaum homoseksual.

Populasi Malaysia didominasi Muslim dan merupakan salah satu negara dengan jumlah penganut Islam terbesar. Malaysia juga termasuk negara yang ketat dalam urusan kehidupan beragama, sementara Hazim seorang ateis.

Bashir Khan, peguamnya, mengatakan, "Klien saya sangat berkredibiliti dan telah mendapat sokongan orang ramai yang luar biasa. Semua bekerjasama dan dia memenangi tuntutannya tanpa terlalu banyak soal di ruang sidang hari ini."

Mitra, teman, dan penyokong Hazim memeluknya setelah panel mengumumkan keputusannya selepas sidang 20 minit pada 5 April.

Page 5: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

5

Hazim mengatakan. keluarganya, yang beragama Islam telah membuangnya. Mereka tidak lagi membiayai pelajarannya sejak tahun lalu setelah mengetahui Hazim seorang gay dan seorang ateis.

Kisahnya menjadi perhatian umum setelah kempennya “GoFundMe” dilancarkan pada Disember tahun lalu untuk mendapatkan dana bagi membiayai bayaran pengajian untuk semester berikutnya.

Para mahasiswa sahabatnya mengatakan, Hazim mempertimbangkan untuk kembali ke Malaysia dan cuba untuk "menyamar" agar dapat menjalani hidupnya.

Setelah kesnya menarik perhatian media di Malaysia, ia mulai mendapat komen homofobia bahkan ancaman.

Hazim menyatakan bahawa ia menerima surat elekronik daripada seseorang yang melakukan penelitian tentang orang yang murtad di Malaysia.

Individu tersebut menurut Hazim, ingin menemuinya secara peribadi untuk mengungkapkan nama-nama orang yang telah murtad. Dalam tekanan yang dialaminya, mujur ada rakan-rakan mahasiswa di Kanada tampil membantu.

Page 6: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

6

KES 3: AKU SEORANG BEKAS ISLAM

(Dipetik daripada http://abu-yusufmalizi.blogspot.my/2016/04/soal-jawab-survei-

tentang-ateis.html. Ia dimuatnaikkan oleh seorang individu yang mendakwa dirinya

seorang Melayu bekas Muslim yang kini tiada agama serta menentang propaganda dan

membongkar kepalsuan).

Soal Jawab Survei Tentang Ateis

Di bawah ini jawapan saya terhadap soalan survei yang diberikan oleh seorang Muslim

yang sedang membuat kajian tentang masyarakat Melayu ateis. Saya kongsi di sini

untuk tatapan bersama.

The Challenges of Atheist Among the Malay Community

1. Please briefly share something about who you are (your job, your family, or

the like).

Saya bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah kedai serbaneka. Saya berusia

pertengahan 20an dan belum berkahwin. Dibesarkan dalam keluarga kelas

pertengahan Melayu.

2. How long have you been as an atheist?

Sejak pertengahan 2013.

3. Is there anything you see fellow atheists do and wish they didn’t?

Sesetengah orang ateis Melayu agak keterlaluan menghina dan mencaci Islam.

Itu hak mereka, tetapi komuniti Melayu Muslim belum terbiasa dengan agama

mereka dikritik, jadi apabila melihat beberapa Melayu ateis yang mencaci Islam

dan ia menjadi viral, orang-orang Melayu Muslim akan mula mengeneralisasi

kononnya semua bekas Muslim macam tu juga.

Melondehkan Islam sepatutnya dilakukan dengan cara hujahan yang baik,

gunakan logik supaya orang-orang Muslim mula berfikir, kerana sekarang ini

Page 7: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

7

minda mereka dicengkam doktrin agama nenek moyang (Islam) yang

ketinggalan.

4. If there a convert from atheist to someone who has religion? What is it?

Why?

Tak pernah pula dengar. Tapi ada satu kes saya dengar seorang Melayu

perempuan yang keluar Islam, tapi kemudian katanya telah kembali kepada

Islam. Dia berumur 20 tahun dan agak muda, jadi senang untuk dipengaruhi

keluarga dan ditekan masyarakat untuk kembali kepada agama nenek moyang.

Ini hanyalah khabar angin, saya belum bertanyakan kepada dia lagi.

5. Is there any changes in your behavior after you become an atheist?

Menjadi lebih bergantung kepada diri sendiri, dan percaya usaha itu memang

tangga kejayaan tanpa berharap kepada “entiti” di atas langit. Saya juga menjadi

semakin tenang menghadapi hidup. Kita melihat banyak perkara kejam dan

zalim berlaku di sekeliling kita, apabila kita tahu Tuhan itu tidak ada (atau Tuhan

umat Islam itu tidak ada), semuanya jadi lebih masuk akal dan senang diterima.

Melihat kes-kes seperti seekor kucing yang digunting ekornya, atau dipijak

sehingga pecah kepalanya menggunakan kasut tumit tinggi, atau mendengar

cerita seorang perempuan dikurung dan dirogol berkali-kali, apabila kita masih

percaya kepada Tuhan, kita jadi pelik dan marah kepada Tuhan bagaimana dia

boleh biarkan ini semua berlaku dan tuhan boleh tengok saja.

Sudah pasti kalau saya berada di situ, saya akan hentikan itu semua, tapi apabila

tiada orang di situ dan cuma Tuhan yang ada, tetapi dia sendiri cuma

menyaksikan dan tidak berbuat apa-apa, hidup kita jadi tidak tenang. Hanya

dengan melihat realiti, yakni Tuhan umat Islam itu tidak wujud, hati boleh

merasa tenang dan semuanya masuk akal.

Page 8: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

8

Influence

1. What are the reasons that made you to that led you to atheism or become as

a freethinker?

Please also share a little bit about how you’ve come to find yourself as an

atheist.

Banyak, kes Palestin antara sebab awal, dan juga pengalaman ditipu oleh seorang

kawan sehingga beribu-ribu ringgit. Kes kedua itu berlaku ketika saya masih

kuat agama dan sering ke masjid dan masih sering berkopiah. Apabila perkara

itu tetap saja berlaku, dan kita berdoa merayu kepada Allah tetapi langsung tiada

apa yang berlaku sehingga sekarang, saya jadi pelik.

Berkenaan kes Palestin, sama juga, berbilion umat Islam sepanjang 60 tahun

sudah berdoa kepada Allah termasuk wali-wali dan tok syeikh, tetapi tiada apa

yang berlaku. Israel tetap menang dan menang. Kemudian begitu juga kes-kes

kesengsaraan di serata dunia, sama ada penjajahan Indonesia ke atas Papua

sehingga mengorbankan puluhan ribu orang, sehinggalah ke kemarau yang

melanda Somalia tahun 2012 yang mengakibatkan puluhan ribu orang mati

Semuanya berlaku tanpa Allah buat apa-apa. Orang ramai cuba sedaya upaya

memberikan bantuan kemanusiaan untuk membantu manusia-manusia yang

terseksa ini, tetapi Allah cuma melihat. Manusia nampaknya mempunyai sifat

belas kasihan yang lebih banyak berbanding Allah.

Tetapi itu bukanlah sebab yang betul-betul utama, kerana selepas itu saya mula

mengkaji hujahan-hujahan pengkritik-pengkritik Islam dan melihat sangat

banyak perkara di dalam Islam yang tidak kena dan tidak boleh dipertahankan

seperti amalan mengambil hamba wanita dari kalangan tawanan bukan Islam

yang kampung mereka diserang tentera Islam, sehinggalah kebenaran

mengahwini wanita bawah umur.

Ini baru sedikit, ada terlalu banyak lagi seperti percanggahan al-Qur’an dengan

fakta dan penemuan sains serta cerita-cerita dongeng dalam al-Qur’an yang

Page 9: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

9

mengarut, tidak bersandarkan apa-apa bukti (bahkan bertentangan dengan bukti

juga banyak, seperti sejarah Kaabah) dan juga cerita-cerita yang tidak masuk

akal (seperti bulan terbelah, burung bercakap-cakap dengan manusia, dan

Muhammad terbang ke langit).

2. How do you get to know that someone can choose to become an atheist?

Sebab saya dulu selalu dengar ceramah-ceramah perbandingan agama. Saya

mula mendengar ceramah Zakir Naik sejak Tingkatan Satu lagi. Jadi sudah

terbiasa dengan idea agama-agama yang berbeza.

3. Name the celebrity who’s atheist that inspire you to become an atheist?

Richard Dawkins

Community

1. Does your family know that you are an atheist?

Tidak

2. What are the obstacles that you face whenever you became a freethinker?

Terpaksa menyembunyikan identiti, dan perlu terus hidup dalam kepura-puraan

kerana tidak dibenarkan membuang perkataan “Islam” daripada IC.

3. How does your parents, friends, community and society react to this? Have

you ever experienced discrimination or poor treatment by society because of

your atheism?

Orang tidak tahu, jadi belum merasa sangat. Tetapi kalau tidak bersembahyang

atau mula mengkritik agama Islam, sudah pasti akan mendapat reaksi yang

negatif.

Tetapi tidak mampu meluahkan ekspresi sebenar, dan perlu terus berpura-pura

Islam adalah memenatkan dan kadang-kadang tertekan juga. Tetapi inilah

kehidupan di bawah sistem Islam dan saya sudah biasa. Islam itu sangat lemah,

maka ia terpaksa bersikap menindas untuk menutup mulut orang daripada

mengkritiknya dan mengurung orang di dalam penjaranya.

Page 10: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

10

Hanya dengan cara ini Islam boleh tertegak. Hakikatnya, Islam itu berdiri di atas

kayu yang rapuh. Ia ibarat rumah papan yang berdiri di atas kayu dan penghuni-

penghuninya yakni orang-orang Islam itu berada di dalam rumah. Kayu itu

rapuh, dan jika dihentam dengan kapak, seluruh binaan roboh.

Tetapi bukan semua orang boleh nampak ini kerana mereka dikurung di dalam

rumah, untuk melihat ini mereka perlu keluar sebentar.

Jadi sama seperti Islam, mereka perlu letak diri mereka di posisi neutral, dan

nilai Islam itu dari luar, dari perspektif seorang bukan Islam. Ini untuk

membantu mereka melihat Islam dengan tanpa bias.

Begitulah.

4. What are the actions taken as the family members know about the atheist

identity?

-

5. How could people with religion, becoming better friends for you? Do you have

any Christian, Moslem, Buddhists or Hindus friends? If so, what kinds of

practices that help to make your relationship with them stronger?

Saya ada kawan dari semua agama. Saya memusuhi ideologi karut, saya

menentang pemenjaraan minda, saya membantah Islam kerana ia bersifat

memaksa dan tidak boleh dikritik.

6. What are some areas of common ground where Christians, Moslems,

Buddhists and Hindus and atheists could work together?

Berfikir secara kritis, rasional dan kepentingan terhadap penimbaan ilmu dan

menjadi individu yang berdisiplin.

7. What is something you wish people with religion understood better about

you?

-

Page 11: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

11

Education

1. What are the three books best represent your worldview?

The God Delusion, The Greatest Show on Earth dan The Edge of Evolution.

2. What’s the worst, most despicable and thoughtless misrepresentation of

atheists you’ve ever seen in your life?

Orang-orang ateis tiada moral dan mampu melakukan pembunuhan beramai-

ramai.

3. Have you done a research on Bible and al-Qur’an before you decided

to become atheist?

Sangat mendalam, dan menghafal banyak surah serta potongan ayat-ayat.

(Sumber: http://abu-yusufmalizi.blogspot.my/2016/04/soal-jawab-survei-

tentang-ateis.html)

Page 12: LAPORAN 3 BEBERAPA KES MURTAD (ATEIS) DI KALANGAN …

12

RUMUSAN UMUM PEGANGAN GOLONGAN ATEIS