pantun empat kerat

29
TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU. NAMA KURSUS : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK KOD KURSUS : EED 3217 NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN OLEH ; NAMA : SARIYATOM BINTI IBRHIM NOMBOR MATRIKS : J 44226 PROGRAM : BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG) 1

Upload: sariyatom

Post on 01-Dec-2015

485 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU.

NAMA KURSUS : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

KOD KURSUS : EED 3217

NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN

OLEH ;

NAMA : SARIYATOM BINTI IBRHIM

NOMBOR MATRIKS : J 44226

PROGRAM : BACELOR PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (PENDIDIKAN

SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN (PPG)

SEMESTER : SATU

1

TAJUK : ANDA DIKEHENDAKI MENULIS PANTUN EMPAT KERAT (ASLI) BERDASARKAN TEMA MOTIVASI DAN NASIHAT BERDASARKAN KELOMPOK KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA, IBU BAPA, NENEK DAN GURU.

1.0. PENGENALAN

Pantun merupakan warisan kebudayaan masyarakat Melayu yang diwarisi

secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi hinggalah ke hari ini. Pantun

merupakan hak mutlak masyarakat Melayu kerana dari segi sejarah dan hak miliknya

tidak diketahui siapakah penciptanya. Sejarah pantun bermula sebelum orang-orang

Melayu tahu membaca dan menulis lagi dan dilafazkan secara lisan. Pantun dilafazkan

secara berbalas-balas atau ada soal jawab (jual beli) yang mengandungi nilai estetika

yang tinggi dan pemikiran yang mendalam tentang sesuatu perkara.. Isinya padat

mengandungi nasihat, sindiran, peribahasa, motivasi, gurauan, luahan hati dan

seumpamanya. Malah sampiran atau pembayangnya juga mengandungi kaitan dengan

maksud.

Pantun dikatakan mempunyai pemikiran yang tinggi kerana proses

penciptaannnya itu sendiri. Pantun mempunyai bentuk dan ciri-cirinya yang terikat iaitu

tidak terlepas dari ikatan dan peraturan-peraturan tertentu supaya apabila pantun

dilafazkan akan lahir satu rasa kesedapan dan keunikannya kerana pantun dilafazkan

secara lisan dengan intonasi dan lenggokknya yang santun dan santai.

Malah pantun juga telah dilagukan dalam lagu rakyat seperti “Dondang

Sayang”, lagu-lagu Melayu Asli seperti lagu “Gurindam Jiwa” dan lagu kanak-kanak

seperti lagu “Anak Rusa Nani”, lagu “Geylang Si Paku Geylang”, “Rasa Sayang Eh”

dan dalam tarian seperti tarian “Canggung” (Perlis), tarian “Lotah” (Perak), permainan

“Tumbuk Kalang’ (Negeri Sembilan), tarian “Hamdolok” (Johor), tarian “Pulai”

2

(Terengganu), permainan “Gendang” (Sarawak), dan tarian “Anding” (Sabah). Pantun

digunakan dalam tarian, permaianan dan lagu-lagu rakyat dengan tujuan untuk

berhibur, melahirkan kesyukuran, perubatan, dan meraikan majlis-majis tertentu seperti

majlis perkahwinan, bercukur, berkhatan, menuai padi dan upacara keagamaan.

2.0. DEFINISI DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH

2.1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)

Pantun bermaksud sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris

dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang

selainnya mengandungi maksudnya).

2.2. Kamus Sastera Melayu Terkini (2000)

Puisi Melayu yang asli dan popular. Setiap rangkap terdiri atas sampiran dan

maksud. Rima akhirnya a-b-a-b. Ada pantun 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, dan 18 (kerat) baris

serangkap serta pantun berkait. Namun demikian, pantun empat keratlah yang paling

popular.

2.3. Koecharaningrat.

Pantun dalam kebudayaan Melayu berasal daripada kepercayaan mereka pada

zaman purba yang meyakini bahasa berirama dan indah itu mengandungi kekuatan

ghaib dan luar biasa (Mana). Apabila kata-kata yang indah itu diucapkan, lalu dapat

mempengaruhi roh datuk nenek sehingga dapat memberikan kemakmuran dan

kebahagiaan kepada orang yang masih hidup.

2.4. Prof. Van Ophuysen.

Sebuah pantun dipandang orang Melayu bagus kalu beberapa perkataan

daripada sebuah baris bersanjak dengan perkataan daripada sebuah baris yang menjadi

3

pasangannya. Dalam pantun-pantun yang indah-indah, boleh dikatakan segala

perkataan pada baris ketiga bersanjak dengan segala perkataan pada baris pertama.

2.5. Sdr. Usman Awang

Pantun adalah tradisi puisi rakyat (lisan) dan masih hidup subur di kampung-

kampung, iaitu dalam golongan luar bandar yang belum merasai arus hidup yang pesat

di kota.

2.6. Sdr. Kassim Ahmad.

Pantun adalah hasil masyarakat yang tertutup yang mementingkan adat istiadat,

konvensi dan tradisi. Pantun sebagai puisi lisan, iaitu pantun dikarangkan untuk

dilagukan beramai-ramai atau diucapkan sewaktu lawan bergurau dan bukan untuk

dibaca.

2.7. Rogayah A. Hamid (Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional, DBP)

Pantun merupakan satu-satunya hak milik kekal bangsa Melayu yang tidak

tercemar dalam pertembungan masyarakat dunia. 1

2.8. Abdul Halim Salleh (Penggiat Pantun)

Pantun yang baik sepatutnya memiliki dua baris pembayang dan dua baris

maksud. Kata-katanya harus diambil daripada kata-kata yang indah.2

2.9. Dr. Harun Mat Piah (Penulis dan Penyelidik Pantun)

Sejarah dan perkembangan pantun Melayu amat jelas membuktikan pantun

adalah milik bangsa dan tamadun Melayu. “Pemahaman terhadap pantun Melayu

sewajarnya mengambil kira beberapa aspek sastera dan budaya Melayu sendiri

1 Kertas kerja ‘Kebijaksanaan Emosi Dalam Pantun’ , Seminar Pantun 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara, Kuala Lumpur.2 Kertas kerja ‘Berbalas Pantun Dan Kaedahnya’ Seminar Pantu 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan , Kesenian dan Warisan, Kuala Lumpur.

4

termasuk ciri-ciri keunikan bahasa, aspek estetika dan etikanya, nilai dan pemikiran,

jati diri dan pandangan dunia.3

2.10. Za’ba (Pendeta Bahasa)

Karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik

dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

3.0. ASAL-USUL PANTUN

Perkataan ‘pantun’ dikatakan berasal daripada perkataan bahasa

Sanskrit ,paribhasya atau bahasa Jawa ‘parik’ yang bererti peribahasa dalam bahasa

Melayu. Menurut Dr. Brandsetter, perkataan ‘pantun’ berasal daripada akar kata

‘tun’yang terdapat dalam bahasa Jawa iaitu ‘tuntun’, dalam bahasa Tagalog disebut

‘tonton’ yang diucapkan dalam aturan tertentu, bahasa Sunda, pantun bermaksud satu

cerita (Karangan ) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik.

Manakala, dalam masyarakat Melayu, pantun bereti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun

dalam struktur empat baris serangkap. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu

menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti

atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa

Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan

sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat

tersebut.

Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu, puisi tulen milik orang

Melayu yang tumbuh subur lama sebelum orang Melayu tahu menulis dan membaca.

Pantun dicipta sebagai satu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan

3Kertas kerja “Sejarah Pantun dan Keindahannya’. Sumber : Utusan Malaysia 02/03/2006.

5

terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara, malahan pantun digunakan untuk

menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan bersuka-suka. Dalam hubungan ini banyak

yang telah ditulis dan dikaji tentang dunia pantun Melayu terutamanya tentang asal-

usulnya, peranannya mahupun dari segi bentuknya yang membezakannya dengan

bentuk puisi Melayu yang lain. Beberapa orang tokoh seperi R.O. Winstedt, Andrian

Van Ophuysen, Hoesein Djajadiningrat, Hans Overback, R.J. Wilkinson dan Pendeta

Za’ba adalah para pengkaji yang banyak memperkatakan tentang pantun Melayu.

Kajian terbaru mengenai pantun yang cukup penting ialah Alam Pantun Melayu :

Studies on the Malay Pantun (DBP, 1988) oleh seorang sarjana Perancis iaitu Francois-

Rene Daillie.

Tidak dapat dinafikan terdapat berbagai-bagai istilah yang digunakan bagi

pengertian pantun di Nusantara. Dalam bahasa Sunda disebut “Toen”; bahasa Pampaga

menyebutnya “Tuntun”: bahasa Tagalog menyebutnya “Tonton” ; sementara bahasa

Jawa menyebutnya “Tuntun”, “Atuntun”, “Matuntun”; bahasa Bisayan pula

menyebutnya sebagai “Panton”; dan bahasa Toba menyebutnya “Pantun”. Mungkin

dari segi struktur bahasa, pantun dalam pelbagai kelompok itu berbeza tetapi pada

dasarnya tetap sama iaitu merujuk kepada sesuatu yang tersusun, teratur sama ada pada

ucapan, pimpinan, didikan, dan kesopanan yang dapat dikesan dalam serangkap pantun.

4. SEJARAH PERKEMBANGAN PANTUN

Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di

seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah

simbol artistik masyarakat Nusantara dan mencerminkan kebijaksaanaan masyarakat

berfikir. Pantun merupakan alat komunikasi komunikasi yang penting dan tinggi

martabatnya. Pantun bersifat ringkas, padat dan mampu melahirkan aspirasi masyarakat

6

dengan begitu jelas. Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan

dialek. Seterusnya, pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan

Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (imigran Malaysia dan

Indonesia). Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu dan

mungkin lebih tua daripada itu seperti yang dicatat dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan

Sejarah Melayu.

4.1. PETA PERKEMBANGAN PANTUN DI ASIA DAN DI DUNIA.

7

5.0. BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat.  Lima bentuk utama

pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan

kerat dan pantun dua belas kerat.  Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua

kerat dan empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun.  Pembayang dalam

setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam

rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau

isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai

hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya

seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa,

        Sebab mulut badan binasa. 

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi

pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat

dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah

antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

8

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting

untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan

menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat

yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

5.1. KANDUNGAN PANTUN MELAYU

5.1.1. Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.

Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud.

Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada

baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

5.1.2. Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun.

Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam

pantun tersebut(tema).

5.1.3. Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.

Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama

bilangannya.

5.1.4. Suku kata

9

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap

baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun

yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

5.1.5. Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris

pantun.  Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. 

Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud

dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima

a,a,a,a. 

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh

pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,

 Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,

 Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,

A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

5.2. CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

10

mengandungi 4 kerat/baris

jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan

jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata

ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)

bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .

bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur

alam.

maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup

sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan

maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif

masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

6.0. JENIS-JENIS PANTUN

 

Pantun 2 kerat

Pantun 4 kerat (jenis paling popular)

Pantun 6 kerat

Pantun 8 kerat

Pantun 10 kerat

Pantun 12 kerat

Pantun 14 kerat

Pantun berkait

7.0. FUNGSI PANTUN

Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan

Sindiran atau tempelak

11

Melepaskan rindu dan kasih sayang

Menyatakan penghargaan/terima kasih

Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran

Hiburan atau jenaka

8.0. PANTUN EMPAT KERAT MENGIKUT KELOMPOK / GOLONGAN

8.1 KELOMPOK KANAK-KANAK

Pendahuluan

Pantun kanak-kanak bertujuan untuk memberi hiburan kepada kanak-kanak dan

menggambarkan tentang kesukaan dan keriangan mereka. Isi dalam bentuk pantun

kanak-kanak lebih mudah difahami. Begitu juga dari segi diksi, perkataannya yang

terdapat dalam baris pembayang dan baris maksud mudah dan senang difahami. Baris

maksudnya jelas mengandungi nasihat, didaktik dan motivasi untuk panduan mereka.

Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut.

Rangkap pertama;

Daun palas ketupat nasi,

Mari dibelah makan tak jemu;

Jangan malas bangun pagi,

Pergi sekolah cari ilmu.

Rangkap kedua;

Bunga raya bunga melati,

Buat hiasan taman di kota;

Orang tua mesti dihormati,

Adab sopan budaya kita.

12

Rangkap ketiga;

Ambil joran panjang sedepa,

Hendak mencari siikan toman;

Mengaji al-Quran jangan dilupa,

Jati diri kuatkan iman.

Rangkap keempat;

Tumbuh berjajar pohon sena,

Pokok gaharu tumbuh dahulu;

Masa belajar janganlah lena,

Ajaran guru dengari selalu.

Rangkap kelima;

Gunung daik bercabang tiga,

Manakan sama gunung kepayang;

Kalau kita berotak geliga,

Hari muka hidupkan senang.

8.2. KELOMPOK REMAJA

Pendahuluan.

Golongan remaja merupakan golongan yang berada dalam krisis identiti antara

alam kanak-kanak dan alam dewasa. Justeru, mereka ini banyak memerlukan

bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. Mereka ini juga inginkan kebebasan,

suka mencuba perkara-perkara yang baru dan tidak hairanlah pemikiran mereka mudah

dipengaruhi oleh budaya dan fahaman barat. Oleh hal yang demikian, pantun dapat

menjadi medium yang dapat memdidik mereka dengan cara yang lembut dan

13

berhemah. Maka, pemilihan maksud pantun adalah berbentuk nasihat tentang

pembentukan akhlak dan sahsiah diri. Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut.

Rangkap pertama;

Membawa bekal segelas susu,

Makan kari bersama disaji

Bijak berakal mengawal nafsu,

Menjaga diri sifat terpuji.

Rangkap kedua;

Buruk baju tampal seribu,

Lusuh kain koyak rabak;

Buruk laku menanggung malu,

Pengaruh kawan jangan terjebak.

Rangkap ketiga;

Burung terkukur berbunyi balam,

Riuh berkicau di pagi hari;

Ramah menegur hulurkan salam,

Tiada musuh sahabat mencari.

Rangkap keempat;

Buah peria masak setangkai,

Buah cermai lebat di pangkal;

Beza manusia dengan bangkai,

Hidup beriman bersendi akal.

Rangkap kelima;

Hujan lebat sampai ke pagi,

Cantik taman di Bukit Timbalan;

Al-Quran ubat penyakit hati,

Subur iman kerana amalan.

14

8.3. KELOMPOK DEWASA

Pendahuluan.

Orang dewasa sering menaruh perasaan cinta, rindu dendam, perasaan pilu,

sedih dan sayu kerana masa inilah mereka mula mencari pasangan hidup untuk

mendirikan mahligai impian. Oleh hal yang demikian pemilihan diksi pada baris

pembayang dan maksud mengandungi pemikiran yang lebih mendalam dan mempunyai

keindahan bahasa yang tinggi nilainya sehingga menyebabkan orang mudah terpesona.

Berikut merupakan lima rangkap pantun tersebut.

Rangkap pertama;

Baik-baik memilih ikan,

Jangan terpilih ikan haruan;

Baik-baik memilih intan,

Jangan terpilih batu tiruan.

Rangkap kedua;

Burung helang terbang dekat,

Dahan beringin tempat titinya;

Barang yang hilang takkan dapat,

Cari yang lain buat gantinya.

Rangkap ketiga;

Sirih gagang tumbuh di batu’

Buluh hutan buat galah;

Kasih sayang tidak tentu,

Jodoh pertemuan kuasa Allah.

Rangkap keempat;

15

Terantuk jenang jangan mengaduh,

Di tiang seri tersangkut raga;

Kalau memang sudah jodoh,

Ke mana pergi bersua juga.

Rangkap kelima;

Dari Siam pergi ke Kelantan,

Dari Kelantan ke negeri China;

Sesal dahulu jadi pendapatan,

Sesal kemudian tak berguna.

8.4. KELOMPOK IBU BAPA

Pendahuluan.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam sebuah institusi keluarga. Keluarga

yang bahagia pula dapat melahirkan generasi yang seimbang jasmani dan rohani. Oleh

hal yang demikin ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak

dengan sebaik mungkin kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan

mencoraknya. Maka maksud pantun yang dipilih adalah berkaitan dengan nasihat cara

mendidik anak-anak serta tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Berikut merupakan lima

rangkap pantun tersebut.

Rangkap pertama;

Disiang terubuk lalu diagram,

Buat pekasam simpan di peran;

Dalamnya lubuk curamnya jeram,

Lautan pengalaman jadi sandaran.

Rangkap kedua.

Pokok kundur berbagai jenis,

Tanam betik bersama petola;

Iman subur hati pun manis,

16

Anak cantik bijak pula.

Rangkap ketiga;

Halwa betik halwa nanas,

Makan bubur sebelum berjaja;

Anak cerdik bak baru bertunas,

Tumbuh subur jika dibaja.

Rangkap keempat;

Pucuk labu panjang berjela,

Sungguh enak kalau direbus;

Bijak ibu mendidik membela,

Sayang anak disilpinkan terus,

Rangkap kelima;

Sudah diketam lalu dipahat,

Ketam beluti sebesar lengan;

Sayang anak tegur nasihat,

Sayang bini ditinggal jangan.

8.5. KELOMPOK NENEK

Pendahuluan.

Nenek dan datuk merupakan orang yang mempunyai pengalaman hidup yang

paling luas dan banyak. Sudah menjadi adat resam dunia apabila kita tua, sikap kita

juga akan menjadi kebudak-budakan dan seterusnya kita akan berhijrah ke alam lain

seperti yang telah ditetapkan oleh kehendak Ilahi. Hidup kita di dunia ini hanyalah

sementara akhirat jualah tempat kekal abadi. Maka maksud pantun bagi kelompok ini

menjurus nasihat tentang kesihatan, amal ibadat dan bekalan kea lam barzakh. Berikut

merupakan lima rangkap pantun tersebut.

17

Rangkap pertama;

Bunyi suar katak di paya,

Riuh sekali di kala hujan;

Cantik di luar nampak bercahaya,

Hiasan diri bacalah Al-Quran.

Rangkap kedua;

Cantik bersinar berlian di tangan,

Cincin berkarat usah diberi;

Nikmat sebenar kemanisan iman,

Kenal akhirat lalu mencari.

Rangkap ketiga;

Pohon kuini tinggal sebatang,

Pohon sena di tepi muara;

Kurang di sini boleh berhutang’

Kurang di sana kita dikira.

Rangkap keempat;

Riuh kenari bertemu tekukur,

Terbang hinggap di kayu jati;

Muasabah diri sejenak tafakur,

Menilai hidup sebelum mati.

Rangkap kelima;

Sirih adat bunga sekuntum,

Pinang seulas dibelah-belah;

Amal ibadat mengikut hukum,

Mengharap ikhlas rahmat Allah.

18

8.6. KELOMPOK GURU

Pendahuluan.

Guru memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan kerana gurulah

yang memberikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Tugas guru

semamangnya mulia di sisi agama kerana tarafnya sebagai mualim. Justeru, maksud

pantun adalah berkisar tentang peranan guru dan tugas guru sebagai pendidik. Berikut

merupakan lima rangkap pantun tersebut.

Rangkap pertama;

Pergi berburu memakai purdah,

Bawa senjata lembing dan tombak;

Pekerjaan guru bukanlah mudah,

Bagai kerja menolak ombak.

Rangkap kedua;

Burung merbah di tepi tasik

Sayapnya lebar burung tekukur;

Gigih dan tabah masa mendidik,

Ikhlas dan sabar bila menegur.

Rangkap ketiga;

Bubur pulut tetamu dijamu,

Makan nasi malam berinai;

Berat mulut mengajar ilmu,

Bagai berlian tidak dicanai.

Rangkap keempat;

Menahan bubu berhari-hari,

Dapat pula siikan nakal;

Mengheret lembu dengan tali,

Menarik manusia dengan akal.

19

Rangkap kelima;

Datang tetamu membawa keladi,

Tetamu dihidang cucur badak;

Cintai ilmu hiasi peribadi,

Matang berfikir bijak bertindak.

PENUTUP

Pantun merupakan hasil kesusasteraan Melayu yang digolongkan dalam genre

puisi Melayu tradisional (lama) yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu sejak

sekian lama kerana pantun merupakan satu-satunya warisan kebudayaan dan kesenian

masyarakat Melayu dan diktiraf oleh sarjana-sarjana Barat

Pantun adalah alat komunikasi yang sangat istimewa kerana bahasanya yang

tepat dan mempunyai mesej untuk mendidik masyarakat. Setiap rangkap pantun sudah

diukur terlebih dahulu dan kemudian baru digunakan. Keiistimewaan bahasa dalam

pantun menunjukkan kebijaksanaan orang-orang Melayu dalam mendidik masyarakat

supaya beradat dan beradab.

Keistimewaan pantun juga terletak pada diksinya yang indah, kreatif dan kritis

serta mengandungi pengertian dan pertautan antara baris sampiran dengan maksud yang

perlu diteliti dengan mendalam maksudnya. Hal inilah yang telah mengangkat martabat

dan darjat pantun itu sendiri. Tambahan pantun pula dilafazkan secara lisan dengan

spontan dengan peraturannya yang khusus (bentuk dan ciri-cirinya) yang melahirkan

keunikan, kesedapan dan keintelektualan yang tinggi.

Hal ini saya akui sendiri kerana saya telah terlibat dalam dunia pesta pantun

sejak sepuluh tahun yang lalu. Para peserta pertandingan pantun mestilah peserta yang

bijak, kritis dan kreatif serta mempunyai komitmen yang tinggi. Tidak seperti

pertandingan-pertandingan yang lain seperti pidato, bahas, syarahan, forum di mana

para pelajar boleh menghafal dan bebas menyampaikan hujah. Berbeza dengan

pertandingan pantun, pemantun perlu menjual pantun dalam masa yang pantas iaitu 15

hingga 30 saat dan membeli pantun dalam masa 60 saat. Pemantun-pemantun juga

mestilah peka ciri-ciri pantun seperti pertautan antara baris pembayang dengan maksud,

20

bilangan perkataan, suku kata, jeda, rima tengah dan rima akhir Malah juga mesti

mempunyai kemahiran mendengar, memahami dan berfikir yang tinggi untuk menjual

dan membeli pantun. Itulah keistimewaan dan keunikan pantun.

Pantun sepatutnya menjadi akar kebudayaan masyarakat Malaysia yang perlu

dijadikan amalan harian kerana pantun membawa kesan yang positif kepada semua

kaum.malah dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni kerana kita dapat

saling menegur, nasihat-menasihati dan seterusnya mengasah minda masyarakat supaya

suka berfikir serta menggunakan bahasa yang indah dan sopan bukan menjadi

perhiasan di majlis-majlis tertentu dan pertandingan sahaja.

21

BIBLIOGRAFI

1. Amina Haji Noor dan Shafieza Zainal (2010). Pantun Melayu Warisan Bangsa, Kuala Lumpur: Iqra Publications

2. Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari. (1986). Kuntum Pertiwi Buku 1, Kuala Lumpur: DBP

3. Dr. Ismail Hamid. (2001). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Selangor: Longman

4. Harun Mat Piah (1997). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : DBP

5. Kamarudin Hj. Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan, Selangor: Fajar Bakti

6. Kamilarani Kamal Shah. (2009). Koleksi 300 Pantun Moden, Kuala Lumpur: Iqra Publications

7. Khadijah Hashim. (2010). 1010 Pantun Baru, Selangor: ‘K’ Publishing Sdn. Bhd.

8. Kurik-Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2002) Kuala Lumpur : DBP

9. Siti Nor Azura bt. Abd. Wahid. (2002). Koleksi Puisi Melayu, Kuala Lumpur: Iqra Publications

10. Zainal Abidin Bakar. (1983). Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur : DBP

22