pergerakan asas penuh
TRANSCRIPT
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM,
JOHOR BAHRU
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PERGERAKAN ASAS
( PJM 3102 )
DISEDIAKAN OLEH :
SAIFUL IZHAR BIN RUSLAN
880527-10-5641
KURSUS :
PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH
PENGAJIAN 4 TAHUN
SEMESTER 1 ( PENDIDIKAN JASMANI )
( AMBILAN JANUARI 2008 )
PENSYARAH PEMBIMBING :
CIK SHAIREENA BINTI JA’AFAR
ISI KANDUNGAN
Bil. Tajuk Muka Surat
1.Tajuk
2.Pengenalan
3.Matlamat
4.Objektif
5.Tarikh
6.Tempat
7.Kumpulan Sasaran
8.Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
9.Pelan Lantai
10.Rumusan
11.Bibliografi
12.Borang Kolaborasi
1.0 TAJUK
Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi
Alatan.
2.0 PENGENALAN
Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan
setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk
melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Ia boleh dicapai
dengan :-
1) Mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan
asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa )
2) Melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran
asas dengan betul.
3) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan
yang dihasilkan.
Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat
komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif,
Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal.
Kemahiran pergerakan asas
Kemahiran ini dibahagi kepada dua iaitu :-
Kemahiran Lokomotor dan
Kemahiran Bukan Lokomotor.
2.1 Lokomotor
Kemahiran lokomotor
Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari
satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu
Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata.
Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan
Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
Lokomotor beritma sekata
1. Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat
badan dari satu kaki ke kaki yang lain
2. Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota
terangkat daripada mencecah bumi
3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat
badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah
atau kedua-dua belah kaki.
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang-seli)
6. Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap
supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
7. Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja.
Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak
digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.
Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di
atas tanah.
Lokomotor Beritma Tidak Sekata.
1. Skip
2. Melongsor
3. Galop
2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor
Kernahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan
dasar menyokong seseorang.
Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama
lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada
struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok
ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari
tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula
membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke
kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul
dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.
Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan.
Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan
rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah
rentangan melebihi 180'.
Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang
1.Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan
bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki
kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan
belakang.
2.Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan
bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.
Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi
panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh
berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian
badan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi
panjang.
Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh
badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.
Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.
1.Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan,
badan, dan leher.
2.Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan
berlainan sebagal dasar menyokong.
Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak
menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan
ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu,
dan pinggul.
Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan.
Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik
1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang
berlainan
2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .
3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan
yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki
Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik
tengah yang tetap
Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan
Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai
1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di
dada
2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain
3. Hayun dengan bergayut pada palang
4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri
dan ke kanan
5. Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan
menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan
Rebah
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .
Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk
merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong
badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin
berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika
imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya
rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara
berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.
Bangkit
Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar
menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan
pusat bumi.
Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangkit
1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga
bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.
Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan
variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh,
pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di
atas:
1) Merangkak-membongkok + berjalan.
2) Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau
lebih langkah berjalan atau berlari.
3) Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
4) Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.
2.3 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah
untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran
ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti
pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, dan
sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.
Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas menyatakan bahawa manipulasi
melibatkan tiga aspek iaitu :-
1. Memberi tenaga kepada objek.
( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul )
2. Menguasai objek.
( menangkap dan menyambut )
3. Mengawal objek.
( menggelecek dan memantul bola )
3.0 MATLAMAT
Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus
matapelajaran Pendidikan Jasmani yang juga menjadi persediaan asas bagi
pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian
semester satu nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk
mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih
mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat
menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa
banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai
pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan
secara indvidu, diharapkan para peserta mendapat pengetahuan yang
maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam
kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar
lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan
insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri
yang tinggi.
4.0 OBJEKTIF
Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :-
1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor,
dan manipulasi alatan.
2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian
dengan lebih berkesan.
3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul
serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh
anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan.
4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk
menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan.
5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis
dalam diri pelajar.
5.0 TARIKH
6.0 TEMPAT
7.0 KUMPULAN SASARAN
8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20
pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan
lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan
yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu
bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan
contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak
menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan
licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu
melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan
ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.
9.0 PELAN LANTAI
10.0 RUMUSAN
Melalui kertas kerja ini, saya dapat mempersiapkan diri sebelum ujian
amali pergerakan bermula. Sememangnya penting kertas kerja ini dibuat
kerana banyak maklumat dan pengetahuan baru yang saya perolehi ketika
menyediakannya. Contohnya pergerakan hop yang memerlukan persediaan
dan lompatan dengan teknik dan cara yang betul. Hop memerlukan bukan
sahaja kekuatan kaki tetapi juga statik dan dinamik yang dirumitkan lagi
dengan dasar bebola tapak kaki yang kecil. Adalah penting untuk memberi
banyak pendedahan dan latihan untuk melakukan lompatan tersebut. Latihan
yang mencukupi adalah perlu untuk membina keyakinan pada pelajar supaya
pergerakan boleh dilakukan tanpa perasaan takut dan dengan adanya
pendedahan seperti ini, diharapkan pelajar sentiasa yakin untuk
melakukannya dengan perlakuan yang betul.
11.0 BIBLIOGRAFI
Wee Eng Hoe ( 2001 ), Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor :
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ramakrishnan, P. Y. ( 1998 ), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam :
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lampiran B1
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
IPG : I. P. T. I, JOHOR BAHRU
NAMA PELAJAR : SAIFUL IZHAR BIN RUSLAN
NO. MATRIK : 2006122310077
KUMPULAN : PPPRP4T PJ SEMESTER : 1
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI
PENSYARAH PEMBIMBING : CIK SHAIREENA BINTI JA’AFAR
TARIKHPERKARA YANG
DIBINCANGKANKOMEN
T/TANGAN
PENSYARAH
03 / 03 /
2008
o Menerima
tugasan
daripada
pensyarah.
o Pensyarah
memberikan
penerangan
berkaitan
dengan kerja
kursus yang
diberi.