psikososial sukan bentang

16
PSIKOSOSIAL SUKAN Azhan Hamidi Bin Ayub

Upload: dee-dasco

Post on 14-Aug-2015

109 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

psikososial ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Psikososial Sukan Bentang

PSIKOSOSIAL SUKAN

Azhan Hamidi Bin Ayub

Page 2: Psikososial Sukan Bentang

Definisi Satu bidang kajian saintifik yang melihat

kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal,efektif serta kognitif secara langsung mahupun tidak langsung.

Wann, 1997- yang membabitkan bidang sukan dan pergerakan.

Cox, 1998 – satu bidang sains atau prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan.

Weinberg & Gould, 1999 – kajian saintifik ttg manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan

Page 3: Psikososial Sukan Bentang

Peranan Ahli Psikologi Sukan dan Senaman

United States Olympic Council (USOC) telah menerbitkan artikel pada 1983 telah menggariskan peranan serta klasifikasi.

Ahli Psikologi sukan terbahagi kepada dua.

1) Ahli Psikologi Sukan Gunaan (Martens, 1987)

2) Penyelidik Psikologi Sukan (Singer,1984)

Page 4: Psikososial Sukan Bentang

Ahli Psikologi Sukan Gunaan Ahli Psikologi Sukan Klinikal Terlatih dalam bidang psikologi

klinikal Berkelayakan menjadi pakar psikologi Membantu atlet ttg masalah

personaliti, serta mental yang serius. Perlu berdaftar dengan persatuan

psikologi yang diiktiraf. Perlu mempunyai lesen untuk

menjalankan perkhidmatan mereka

Page 5: Psikososial Sukan Bentang

Ahli Psikologi Sukan Gunaan

Pendidikan Psikologi Sukan Mendapat latihan dalam bidang PJSS Mempunyai pengetahuan asas psikologi

sukan Tenaga pengajar psikologi sukan di IPT Penyampai ceramah berkaitan Psikologi

Sukan Beri khidmat rundingcara terhadap atlet Kelayakan peringkat Sarjana dalam

Psikologi sukan diutamakan dan kelayakan yang berkaitan

Page 6: Psikososial Sukan Bentang

Penyelidik Psikologi Sukan Mereka yang menjalankan penyelidikan

tentang bidang Psikologi Sukan. Mempengaruhi perkembangan dan

kemerosotan bergantung kepada hasil kajian mereka

Hasil kajian digunakan oleh Ahli Psikologi Sukan Gunaan.

Berkelayakan Sarjana dan Doktor Falsafah diperlukan

Mempersembah hasil kajian dalam konferens profesional

Page 7: Psikososial Sukan Bentang

Sejarah Psikologi Sukan dan Senaman

Peringkat 1 ; Psikologi sukan muncul sebagai satu

bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu (Williams & Straub, 1993)

Psikologi Sukan sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu sendiri (Robert McGowan, 1997)

1898- Kajian pertama bidang Psikologi Sukan oleh Norman Tripett berkaitan masa yang dicatat oleh pelumba basikal (Davis,Huss & Becker, 1995)

Page 8: Psikososial Sukan Bentang

Peringkat 2 ; 1925 – makmal kajian sukan pertama di

University of Illinois oleh Coleman Robert Griffith

Mengkaji fenomena Psikologi Sukan sejak 1910

Digelar Bapa Psikologi Sukan Tumpuan kajian –Kemahiran motor,

Prestasi, Personaliti 2 karya utama Griffith – i) The Psychology of Coaching ii) The Psychology of Athletics 1932 – makmal Griffith ditutup Perkembangan Psikologi sukan

terbantut sehingga 1950-an

Page 9: Psikososial Sukan Bentang

Psikologi Sukan mula membebaskan diri dari bidang pembelajaran motor

Menjadi satu bidang pegkhususan 1965 – Tertubuhnya Persatuan

Psikologi Sukan Antarabangsa ( International Society of Sport Psychology ) hasil persidangan kongres antarabangsa psikologi sukan.

1967 – Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara ditubuh

1985 – Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan ditubuh

Page 10: Psikososial Sukan Bentang

Psikologi Sukan di Malaysia Bermula sekitar 1980-an

1980-an – (UPM) Psikologi Sukan didedah kepada penuntut kursus Pendidikan Jasmani

1995 – (UM) Menawarkan pengkhususan Psikologi Sukan Gunaan bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan

Beberapa IPT turut mula menawarkan Psikologi Sukan termasuk: UPSI, UiTM, UPM, UM, OUM.

Wujudnya Unit Psikologi Sukan MSN yang mempopularkan bidang ini.

Page 11: Psikososial Sukan Bentang

Pegawai MSN dihantar ke luar negara bagi mendalami Psikologi Sukan merupaka pemangkin perkembangan bidang ini

Penawaran Subjek Sains Sukan bagi peringkat SPM dan STPM sebagai pendedahan awal mengenai Psikologi Sukan

Kursus Psikologi Sukan peringkat persijilan jurulatih

Pendedahan Psikologi Sukan bagi Opsyen Pendidikan Jasmani di IPGM

Psikologi Sukan di Malaysia

Page 12: Psikososial Sukan Bentang

Etika Dalam Psikologi Sukan Dengan menamatkan satu kursus di

peringkat Diploma dalam bidang Psikologi Sukan, anda BELUM layak meggelarkan diri anda sebagai ahli Psikologi Sukan.

Perbuatan seperti ini menyalahi etika profesion kerana anda masih lagi belum mencapai kelayakan minimum sebagai ahli Psikologi Sukan.

Risiko mungkin akan timbul dari kesilapan teori serta teknik Psikologi Sukan sekiranya dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989)

Page 13: Psikososial Sukan Bentang

Etika Psikologi Sukan seperti yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara adalah seperti berikut;

1) Bertanggungjawab – atas segala perlakuan, nasihat serta saranan dan ke atas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut.

2) Berkelayakan – hanya memberikan bantuan dan latihan mengikut kelayakan serta berpengalaman melakukannya

3) Mematuhi moral dan etika – tidak babit diri dengan kegiatan bertentang peraturan, etika dan moral yang ditetapkan

Page 14: Psikososial Sukan Bentang

4) Kenyataan Umum – menyatakan kelayakan ikhtisas serta penglibatan dengan persatuan profesional dengan jelas

5) Kerahsiaan – menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberi klien

6) Kebajikan Klien – menjaga integriti klien serta kumpulan yang mendapat khidmat mereka

7) Hubungan Profesional – peka terhadap keperluan serta pendapat penggiat bidang lain berkaitan dengan sukan

8) Teknik Penilaian – Usaha untuk bentuk, terbit serta gunakan sesuatu alat atau teknik penilaian, kebajikan klien diutamakan

Page 15: Psikososial Sukan Bentang

9) Kajian Yang Melibatkan Manusia – kebajikan mereka yang terbabit dalam kajian Psikologi sukan perlu di utamakan agar selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa d peringkat persekutuan, negeri serta badan profesional yang terbabit.

Page 16: Psikososial Sukan Bentang

TAmMat