sorotan kajian lepas teori dan amalan dalam penyelidikan islam

24
133 Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam SOROTAN KAJIAN LEPAS: TEORI DAN AMALAN DALAM PENYELIDIKAN ISLAM Oleh: Idris Awang Rahimin Affandi Abdul Rahim Abstract The article attempts to discuss the significance and func- tions of review literature in research especially as guide to young researchers. Basically, the review enables a re- searcher to have an up-to-date understanding of the re- search problem and to avoid him from attempting unnec- essarily to understand what has been fully understood. The review will help the researcher to have relevant infor- mation of the context of the problem because a problem does not exist by itself, there must be certain relationship with other problems. This is essential when trying to find solution to the problem. The review also exposes the re- searcher to the related theories that will enable him to plan the research appropriately. Meneliti disertasi dan tesis aliran pengajian kemanusiaan secara umum dan Pengajian Islam secara khususnya didapati bahawa sorotan kajian lepas atau literature review kurang diberi perhatian yang serius. Malah ada setengahnya hanya sekadar untuk memenuhi syarat yang diperlukan pada sesebuah disertasi atau tesis. Perbincangannya mendatar dan tidak menampakkan dengan jelas kaitan dengan masalah yang akan dikaji. Ulasan kajian lepas seperti itu menampakkan bahawa pengkaji tidak berupaya untuk melihat kajiannya dalam konteks kajian-kajian sebelum itu. Beliau mungkin juga beranggapan bahawa kajiannya adalah dalam ruang atau

Upload: nurul-syakilla-nabila

Post on 09-Apr-2016

143 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

133

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

SOROTAN KAJIAN LEPAS:TEORI DAN AMALAN

DALAM PENYELIDIKAN ISLAM

Oleh:

Idris Awang

Rahimin Affandi Abdul Rahim

AbstractThe article attempts to discuss the significance and func-tions of review literature in research especially as guide toyoung researchers. Basically, the review enables a re-searcher to have an up-to-date understanding of the re-search problem and to avoid him from attempting unnec-essarily to understand what has been fully understood.The review will help the researcher to have relevant infor-mation of the context of the problem because a problemdoes not exist by itself, there must be certain relationshipwith other problems. This is essential when trying to findsolution to the problem. The review also exposes the re-searcher to the related theories that will enable him to planthe research appropriately.

Meneliti disertasi dan tesis aliran pengajian kemanusiaansecara umum dan Pengajian Islam secara khususnyadidapati bahawa sorotan kajian lepas atau literature reviewkurang diberi perhatian yang serius. Malah adasetengahnya hanya sekadar untuk memenuhi syarat yangdiperlukan pada sesebuah disertasi atau tesis.Perbincangannya mendatar dan tidak menampakkandengan jelas kaitan dengan masalah yang akan dikaji.Ulasan kajian lepas seperti itu menampakkan bahawapengkaji tidak berupaya untuk melihat kajiannya dalamkonteks kajian-kajian sebelum itu. Beliau mungkin jugaberanggapan bahawa kajiannya adalah dalam ruang atau

Page 2: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

134

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

bidang yang tersendiri – tidak ada kena mengena dengankajian-kajian yang pernah dilakukan. Mungkin ada jugayang beranggapan bahawa masalah kajiannya belum dikajisebelum ini. Hal ini adalah suatu keterlaluan kerana sudahpasti ada di mana-mana kajian-kajian yang pernah dibuattentang masalah yang boleh dikaitkan dengan masalahyang akan dikaji sama ada secara langsung atau tidaklangsung. Setidaknya ada kajian yang boleh dikaitkandengan bidang masalah yang akan dikaji yangtmembolehkan penyelidik merumuskan pengetahuan walaupun sedikit dan terhad untuk dikembangkan dalam kajianyang akan dilaksanakan.

Sesuatu persoalan yang timbul yang ada kaitan denganobjek, manusia, masyarakat, institusi, idea, kefahaman atauperkembangan tertentu sekali ada asal usul ataupuncanya, hubungan atau konteksnya yang tersendiri.1

Dalam bidang fiqh, misalannya, para ulama’ silammempunyai pandangan mereka sendiri terhadap sesuatuberasaskan kemampuan intelektual mereka, keadaan danrealiti masyarakat pada zaman mereka.2 Seseorang yangmengkaji masalah fiqh tertentu dalam masyarakat yangserba maju sekarang tidak boleh menganggap masalah ituberasingan dari masalah fiqh pada zaman fuqaha’ silam ituwalau pun jarak masa dan lokalitinya jauh. Penjelasan darifuqaha’ berkenaan pada zaman itu perlu diambil kirauntuk membantunya dalam memahami masalahmasyarakat sekarang. Menyentuh perkara yang sama,Muhammad Yusof Hashim ketika memulakanperbincangannya tentang pensejarahan Melayu Nusantaramengambil kira perbincangan-perbincangan mengenaipensejarahan Eropah, India dan juga Cina.3 Dalam kedua-

1 Martin Terre Blanche and Kevin Durrheim (1999), Research in Practice.Cape Town: University of Cape Town Press, h. 17.

2 Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (2001), Dinamisme Pengajian Syariah.Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 7-8.

3 Muhammad Yusof Hashim (1988), Persejarahan Melayu Nusantara.Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd, Bab 1.

Page 3: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

135

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

dua keadaan diatas, iaitu hukum dan pensejarahan, walaupun berlakukan dalam bidang yang berbeza tetapikerangka tindakan mempunyai persamaan. Pemahamansecara mendalam tentang perbincangan yang lepas adalahamat diperlukan. Penulisan yang ringkas ini akan cubamenjelaskan kepentingan sorotan kajian lepas sertapanduan tentang cara untuk menghasilkan suatu sorotanyang baik sebagai persiapan untuk melaksanakanpenyelidikan. Misalan-misalan dipetik dari kajian-kajianyang telah dilaksanakan oleh sarjana-sarjana berkenaan.

Fink4 menyatakan bahawa sorotan kajian lepas adalahsuatu penelitian yang sistematik dan jelas untuk mengenali,menilai dan mentafsir hasil-hasil penulisan oleh penyelidik,cerdik pandai dan juga pengamal dalam bidang berkaitandengan permasalahan yang akan dikaji. Penelitian ini perludicatat dengan sistematik dan boleh dirujuk dengan mudahapabila diperlukan kemudian. Berg5 menjelaskan bahawasorotan kajian lepas ialah penilaian secara terperincibahan-bahan berkaitan dengan masalah yang akan dikaji.Blanche dan Durrheim6 pula berkata menyoroti kajianlepas melibatkan proses identifikasi dan analisis bahan-bahan penulisan berkaitan dengan masalah yang akan olehselidiki. Manakala Blaxter, Hughes dan Tight7 mengatakanbahawa sorotan kajian lepas ialah suatu ringkasan danpenilaian yang kritis terhadap bahan-bahan dalam suatubidang atau masalah berkenaan. Secara ringkasnya daripenjelasan-penjelasan di atas itu dapatlah dikatakanbahawa sorotan kajian lepas ialah proses penelitian,penilaian dan pemahaman secara mendalam hasil kajiandan penulisan yang lepas yang mempunyai kaitan dengan

4 A. Fink (1998), Conducting Research Literature Reviews: From Paper toInternet. Thousand Oak: Sage, h. 3.

5 Bruce L. Berg (1998), Qualitative Research Methods for Social Sciences (3rd

ed.). Boston: Allyn and Bacon, h. 255.6 Martin Terre Blanche and Kevin Durrheim (1999), op.cit.7 Loriane Blaxter, Christina Hughes & Malcom Tight (2002), How to

Research (ed. 2). Buckingham: Open University Press, h. 122.

Page 4: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

136

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

persoalan yang akan dikaji. Hasil dari penelitian ini akanmenampakkan ruang atau lompang dalam pengetahuanberkaitan yang harus dilengkapkan. Demikian juga akanmemberi input kepada penyelidik dalam memahamipersoalan yang akan dikajinya secara lebih mendalamselain dari dapat mengetahui konteks wujudnya masalahitu serta dapat membantunya dalam melaksanakankajiannya secara berkesan.

Meneliti tesis dan disertasi di perpustakaan kita dapatiada di antaranya hanya sekadar sebuah academic exerciseyang mencukupi merit untuk dianugerahkan ijazah padatahap berkenaan, sama ada sarjana atu doktor falsafah.Kelemahan-kelemahan terdapat di mana-mana, daripenjelasan masalah kajian hinggalah perumusanpenemuannya. Membacanya dirasai bahawa penyelidikberkenaan menghadapi masalah dalam memahamipesoalan kajiannya, menentukan jenis data yangdiperlukan, memilih rujukan yang sesuai dan autoritatif,memilih kaedah atau kaedah-kaedah yang sesuai untukmengumpul data yang valid dan mencukupi sertabagaimana untuk membuat analisis yang berkesanterhadap data yang dikumpul itu. Kelemahan-kelemahanyang nyata seperti ini tidak seharusnya berlaku sekiranyapenyelidik-penyelidik berkenaan membuat penelitianterhadap kajian-kajian lepas secara betul dan mendalam,meluas serta sistematik sama ada pada kajian yang adakaitan secara langsung atau tidak langsung.

Faedah asas yang akan diperolehi oleh seseoangpenyelidik dari review literature ini ialah pendedahanterhadap rujukan kerana setiap kajian lepas itu sudah pastiakan menyenaraikan rujukan yang telah digunakansepanjang pengkajian yang telah dilakukan. Selalunyasenarai ini memuatkan sumber-sumber yang lebih khususberkaitan dengan masalah yang dikaji berbanding dengansenarai katalog di perpustakaan yang hanya bersifat umumatau hanya berasas bidang sahaja. Dari senarai seperti itu

Page 5: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

137

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

dapatlah dipilih rujukan yang sesuai atau paling hampirdengan masalah kajian yang akan diteliti nanti. Selain darisenarai rujukan ada tesis dan disertasi itu melampirkaninstrumen kajian yang telah digunakan untuk mengumpuldata, dokumen-dokumen yang sukar didapati di tempatlain seperti manuskrip, peta, gambar, perangkaan dansebagainya. Hampir semua kajian yang menggunakansoalselidik sebagai instrument kajian akan melampirkanborang soalselidik itu. Soalselidik ini sudah tentu telah diujikesahihan dan kebolehpercayaannya. Kajian yang akandilaksanakan boleh mengguna borang ini secarasepenuhnya atau boleh diubahsuai sesuai dengankeperluan kajian yang akan dilaksanakan. Adalah tidaksalah untuk menggunakan instrument kajian yang telahdigunakan oleh penyelidik lain kerana yang digunakan itubukan datanya. Walau macam mana pun penghargaanperlu dinyatakan terhadap penyelidik itu secara jelas.Suwaid Tapah8 dalam disertasinya melampirkan dokumenpenting tentang sejarah perundangan di Sabah yangditemui semasa melaksanakan kajiannya; Nizaita bintiOmar9 melampirkan ‘The Oath of Muslim Physician(FIMA, Kuwait 1981); Suwaid Bin Tapah10 melampirkan164 catitan kes berbagai jenis yang dibawa ke MahkamahRayuan Syariah; Farawahida Mohd. Yusof11 melampirkanPengakuan Asaari Mohamad, Imam Asaari al-Tamimi,

8 Suwaid Tapah (1988), “Sejarah Perundangan Islam di Sabah,”Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.

9 Nizaita Omar (2004), “Pelaksanaan Ibadat Solat Bagi Pesakit: KajianHukum Berdasarkan Realiti,” tesis Doktor Falsafah, UniversitiMalaya.

1 0 Suwaid Tapah (1996), “Konsep dan Amalan Pembahagian HartaSepencarian Orang-orang Islam di Malaysia,” tesis Doktor Falsafah,Universiti Malaya.

1 1 Farahwahida Mohd. Yusof (2005), “Keberkesanan Pelaksanaan FatwaDalam Menangani Aliran-aliran Kepercayaan di Malaysia: KajianKes Terhadap Al-Arqam dan Ahmadiyah Qadiani,” tesis DoktorFalsafah, Universiti Malaya.

Page 6: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

138

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

Pemuda Bani Tamin Imam al-Mahdi; manakala RaihanahBinti Hj. Azahari12 melampirkan Enakmen KanunProsedur Mal Syariah Selangor 1991: Kaedah-KaedahTatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 serta perangkaan kessulh di Selangor. Dokumen dan manuskrip seperti iniadalah sukar untuk diperolehi dan ianya terhasil dari usahayang gigih dan memakan masa oleh para penyelidikberkenaan dan seharus dimanfaatkan sepenuhnya olehpara pengkaji akan datang.

Dalam merumuskan hasil kajian lepas berkaitanhubungan etnik di Malaysia, Collin Abraham13

mengatakan bahawa ahli sejarah telah memberi penjelasanyang bernilai terhadap persoalan itu pada zaman yangmereka kaji. Mereka juga menjelaskan faktor ekonomi,pendidikan dan politik dalam hubungan kaum itu tetapi,beliau menegaskan, kurang sekali penelitian ditumpukanterhadap punca atau akar umbi dalam permasalahanhubungan kaum itu. Beliau merumuskan:

To this extent their approach to race relations hasbeen oversimplified because the social structure itselfhad been taken as ‘given’ and therefore its role ininfluencing inter-group relationship, particularlythose between the different racial groups has beenneglected. The originality of this study therefore liesin its attempt to trace relations and its manifestationin racial polarisation to its causal roots in thecolonial social structure….

Berasaskan rumusan dari sorotan kajian lepas yangdibuat secara mendalam itu, Collin Abraham menerokadasar colonial pada zaman berkenaan dengan merujukkepada dokumen dan manuskrip yang terdapat di Arkib

1 2 Raihanah Hj. Azahari (2005), “Sulh Dalam Perundangan Islam:Kajian di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan,” tesisDoktor Falsafah, Universiti Malaya.

1 3 Collin Abraham (2004), The Naked Social Order. Kuala Lumpur:Pelanduk Publication, h. xxiii.

Page 7: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

139

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

Negara dan juga di beberapa buah perpustakaan diLondon untuk mengesan punca dan asal usul polarisasikaum yang wujud sehingga ke hari ini. Collin Abrahamberharap kajiannya akan melengkapkan ruang ataulompang yang tertinggal dalam kajian-kajian lepas.

Blanche dan Durheim14 mengatakan bahawa tujuanutama menyoroti kajian lepas ialah untuk memahamimasalah yang akan dikaji dan mengenalpasti kelemahanyang ada dalam pefahaman terhadap masalah itu. Hal inipenting kerana ianya akan membolehkan penyelidikmengenalpasti, merumuskan dan menyatakan dengantepat setiap perkara yang hendak difokuskan dalamkajiannya. Sesuatu masalah yang dikaji biasanya luas danperlu difokuskan kepada mana-mana aspek yang khusus.Pengetahuan ini memudahkan penyelidik sendiri untukmerancang setiap langkah yang akan diambilnya dalamproses penyelidikannya dan maklumat atau data yangmacam mana yang harus dikumpulkannya. Kajian yangmempunyai fokus yang jelas dan khusus lebih mudahditangani kerana ruang yang akan diliputi adalah jelasberbanding dengan kajian yang sifatnya meluas dan tidakterfokus.

Blaxter, Hughes dan Tight15 telah juga mengemukakanbeberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarmereka: tiada penulisan lepas tentang masalah yanghendak dikaji, terlalu banyak bahan yang perlu dibaca,tidak ada lagi perkara yang boleh dikaji kerana semuatelah dikaji dan berapa banyakkah bahan yang perludibaca. Dalam menghadapi masalah seperti ini penyelidikperlu menggunakan segala kebijaksanaannya untukmemilih bahan atau kajian-kajian yang lepas itu dan manayang berkaitan dengan masalah yang akan dikajinya.

1 4 M. T. Blanche & Durheim (1999), op.cit., h. 18.1 5 Loraine Blaxter, Christian Hughes & Malcom Tight (2002), op.cit.,

h. 123-127.

Page 8: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

140

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

Kalau masalahnya luas sangat, spesifikkan kepada aspekyang lebih kecil; kalau tiada bahan berkaitan secaralangsung, pilih bahan yang paling hampir atau bolehdikaitkan dengan masalah kajiannya; kalau didapati semuaaspek telah dikaji, tidak ada salahnya mengulangi kajian keatas masalah itu sama ada untuk mengesahkanpenemuannya, mencabar penemuannya, atau memilihperspektif yang berbeza bagi masalah itu. Pengkaji perlumenggunakan sepenuhnya daya kekritisan dalam melihatdan menilai masalah yang akan dikajinya.

Dalam proses pembacaan peringkat awal ini,penyelidik perlu juga mampu mengawal fokuspembacaannya kepada masalah yang hendak dikajinyakerana pembacaan itu sendiri berkemampuan untukmengalih fokus pembaca. Seorang calon sarjanameletakkan ‘sikap dan kefahaman golongan Melayu kelaspertengahan terhadap pendidikan agama’ sebagai jodolkajiannya. Pada peringkat awal calon ini berkemungkinaningin mengkaji sikap dan kefahaman masyarakat terhadappendidikan agama tetapi pembacaan mengalih minatnyakepada persoalan-persoalan yang dihadapi oleh golonganMelayu kelas pertengahan antaranya ialah pendidikanagama. Ini menyebabkan ke semua perbincangan awalnyatermasuk sorotan kajian lepas dan pengulasan teoriberkaitan adalah terfokus kepada konsep kelaspertengahan dan golongan Melayu kelas pertengahan. Diakhir kajian dia kembali semula kepada sikap dankefahaman terhadap pendidikan agama dan inimenyebabkan beliau membuat analisis tanpa berpijakkepada teori dan kefahaman sebenar terhadap masalahkajiannya kerana asas teorinya ialah golongan kelasmenengah, tidak kefahaman terhadap pendidikan agama.Analisisnya di akhir disertasinya tidak berasaskan teoriyang jelas dan dengan itu kurang berkesan sekali.

Untuk memahami masalah kajian, penyelidik selalunyamenggunakan dua pendekatan: menguasai teori berkaitan

Page 9: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

141

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

dan meneliti penemuan dari kajian-kajian lepas. HaryatiBorham16 apabila membuat kajian berkenaan minat dankeberkesanan mata pelajaran Tasawwur Islam telahmendahului kajiannya dengan mengkaji teori-teori tentangminat dan keberkesanan dalam pengajaran danpembelajaran secara umum kemudian menyorotipenemuan-penemuan kajian lepas berkaitan dengan jodolkajiannya. Demikian juga Hasan Basri bin Syahidin17 yangtelah melakukan perkara yang sama. Hasan telahmendalami teori masyarakat majmuk dan kajian-kajianyang lepas berkaitan masyarakat majmuk dan masalahyang dihadapi oleh masyarakat seperti itu. Dengan carasedemikian kedua penyelidik ini mampu menjelaskanmasalah kajian mereka dengan baik dan dapatmenganalisis data lapangan mereka secara berkesanmenepati keperluan kajian-kajian mereka kerana merekamenguasai teori dan pengetahuan latar berkaitan. Merekadapat mengenali bentuk atau jenis data yang harusdikumpul dan bagaimana cara hendak menganalisisdanmerumuskannya.

Sebelum mengemukakan kajiannya tentangpengislaman orang Melayu, Mohammad RedzuanOthman18 telah membincangkan teori-teori yang terhasildari penelitian yang telah dilakukan oleh para sarjanalepas. Beliau bukan sekadar membincang teori itu per semalah menyoroti perkembangannya juga. Untukmenjelaskan hal ini beliau telah merujuk kepada kajian

1 6 Haryati Borham (2004), “Mata Pelajaran Tasawwur Islam: Minat danKeberkesanan Terhadap Pelajar-pelajar Sekolah MenengahKebangsaan di Petaling Jaya, Selangor Daru Ehsan,” disertasi SarjanaPengajian Islam, Universiti Malaya.

1 7 Hasan Basri Syahidin (2006), “Integrasi Masyarakat Majmuk: SuatuKajian di Kota Medan,” disertasi Sarjana Pengajian Islam, UniversitiMalaya.

1 8 Mohammad Redzuan Othman (2005), Islam dan Masyarakat Melayu:Peranan dan Pengaruh Timur Tengah. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya, h. 2-5.

Page 10: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

142

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

Pijnappel yang kemudian mendapat sokongan dari kajian-kajian para orientalis lain termasuklah J.P. Moquette, R.A.Kern, B. Shrieke, G.H. Bousquet, B.H.M. Vlekke, J. Gonda,T.W. Arnold, R.O. Winstedt, Brian Harrison, ChristianSnouck Hurgronje, G.E. Marrison, Kenneth Hall dan jugaA.H. Hill. Dari senarai para sarjana itu dapatlah dikatakanbahawa Mohammad Redzuan begitu teliti sekali dalammenimbang hasil kajian-kajian lepas sebelummengemukakan tesisnya sendiri tentang hal ini bahawapensejarahan pengislaman orang Melayu harus juga dilihatdari perspektif sumber tradisional Melayu sendiri. Langkahini dilakukan bagi mempastikan bahawa beliau memahamisecara mendalam segala perkembangan yang lepas tentangpersoalan kajiannya bagi menjamin keaslian kajiannyananti kerana beliau tahu apa yang telah dan perludiketahui dan apa yang perlu diperjelaskan lagi.

Satu kajian menarik telah dilakukan oleh Harry LeeGradman19 tentang teori Analisis Kontrastif. Gradman ialahpensyarah Analisis Kontrastif, satu bidang dalam LinguistikGunaan. Gradman telah meneliti secara mendalamsehingga dapat menguasai setiap aspek teori ini yang lebihdikenali dengan hipotesis analsisi kontrastif. Dengankeadaan sedemikian, Gradman mempunyai kedudukanyang konkrit untuk menilai teori itu dari segalaaspeknyanya. Sebelum kajian ini terhasil, KontrastifAnalisis dianggap sebagai penyelesai kepada masalahpengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bahasaasing. Banyak badan penyelidikan, khususnya di Eropah,telah ditubuhkan berasaskan teori ini. Kajian Gradman ituadalah begitu berkesan sekali dalam membongkarkelemahan-kelemahan teori itu sehingga menyebabkan‘keruntuhannya’ dan melahirkan teori lain yang

1 9 Harry Lee Gradman (1970), “The Contrastive Analysis Hypothesis;What It Is and What It Isn’t,” tesis Doktor Falsafah, IndianaUniversity.

Page 11: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

143

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

kemudiannya dikenali dengan Analisis Kesilapan. Puncakekuatan Gradman ialah penguasaannya secafa mendalamterhadap teori yang berkaitan dengan subjek kajiannya.

Penelitian terhadap teori dan penemuan kajian-kajianlepas juga membolehkan penyelidik menganggarkankedudukan kajiannya dalam konteks bidang masalah kajianitu dan sumbangan yang akan diberikan oleh kajian yangakan dilaksanakan. Mungkin ianya akan memberipandangan dari sudut lain terhadap masalah itu sepertiyang dilakukan oleh Mohammad Redzuan Othman,menjelaskan kelamahan yang perlu ditangani seperti yangdilakukan oleh dan Harry Lee Gradman, menggunakanteori sebagai panduan untuk menilai keadaan berkenaanseperti yang dilakukan oleh Hasan Basri Syahidin ataumenggunakan teori tertentu untuk menilai pelaksanaansesuatu perancangan seperti yang lakukan oleh HaryatiBorham. Penelitian kajian lepas juga boleh mendorong kearah penerokaan atau penciptaan alat atau kaedahtertentu seperti yang dilakukan oleh Hari Krishnan Mittal20

berjudul ‘Design and Performance of Tailings Dams’, MohHak-serh21 ‘The Design of Minimum Cost TelephoneJunction Network’ dan Edgardo Esteban Agno22 mengenaikaedah baru dalam energy education.

Sesuatu masalah kajian atau mana-mana sahajamasalah sudah pasti ada kaitan atau hubungan dengansesuatu masalah yang lain atau ada kaitan denganfenomena tertentu. Ini adalah satu lagi tujuan sorotankajian lepas, iaitu, mengenalpasti dan memahami masalah-

2 0 Hari Krishnan Mittal (1974), “Design and Performance of TailingsDams,” tesis Doktor Falsafah, University of Alberta.

2 1 Moh Hak-serh (1973), “The Design of Minimum Cost TelephoneJunction Network,” disertasi Sarjana Sains, University of Singapore.

2 2 Edgardo Esteban Agno (1980), “A Proposed Model on EnergyEducation for National Development of the Philipines withEmphasis on the Planning and Implementation Roles of VocationalTechnical Eduation,” tesis Doktor Falsafah, Florida State University.

Page 12: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

144

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

masalah dan yang ada kaitan dengan masalah kajian.23

Masalah kenakalan pelajar di sekolah mungkin ada kaitandengan masalah keluarga, kemiskinan, sistem pendidikansendiri, pengaruh rakan sebaya, urbanisasi dan banyaklagi. Menumpukan kajian hanya kepada kenakalan sahajatidak akan dapat menyelesaikan masalah itu. Selain dari itusesuatu masalah itu ada yang merentasi beberapa bidang.Masalah kesihatan boleh dilihat dari pespektif perubatansendiri, boleh juga dari perspektif kejuruteraan, iaitu,kejuruteran bio-perubatan, dari perspektif psikologi danpendidikan dan juga dari persektif sosial lain sepertikepercayaan, adat resam, pantang larang, dan sebagainya.Walau pun sesuatu kajian itu tidak mampu untuk meliputisemua bidang dan pespektif tetapi pengetahuantentangnya adalah perlu untuk proses penyelidikan, palingtidaknya pengkaji berkenaan peka dengan perkembangandari perspektif yang berbagai itu. Sorotan literatur secaraekstensif akan membantu penyelidik dalam hal ini.

Untuk memahami sesuatu masalah dari sudutpuncanya, pengetahuan latarbelakang sejarah serta teoriberkaitan adalah perlu. Urutan sejarah akan menjelaskanperkembangan dalam bidang berkenaan. Manakala‘theoretical preliminaries’ pula akan menentukan data yangrelevan yang perlu dikumpulkan.24 Collin Abraham25

dalam mencuba untuk mengenalpasti dan menilai semulapunca polarisasi kaum di Malaysia dan cuba untukmelahirkan teori bagi penyelesaian masalah sosial itu telahmenyoroti sejarah ideologi kolonial dari hampir semuaaspek termasuk politik, pentadbiran, dan juga dasar dalam

2 3 Blanche & Durrheim (1999), op. cit. h. 19; Blaxter et al. (2002), op. cit.h. 122.

2 4 Larry Selinker (1972), “Interlanguage’ dalam Jack C. Richards, ErrorAnalysis: Perspectives on Second Language Acquisition. London:Longman, h. 31-54.

2 5 Collin Abraham (2004), The Naked Social Order: The Roots of RacialPolarization in Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk.

Page 13: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

145

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

hubungan antara kaum khususnya antara orang Melayudan bukan Melayu. Dengan cara itu Collin Abraham26

merumuskan bahwa teori Furnivall tentang masyarakatmajmuk boleh digunakan sebagai kerangka teori atautheoretical framework untuk membantunya dalam proseskajian selanjutnya. Collin Abraham juga meneliti dasarcolonial British terhadap orang Melayu, eksploitasi buruhimmigrant dari China dan India oleh British bagikepentingan industri peladangan dan bijih timahnya danbagaimana buruh itu dibawa masuk. Tindakan ini memberioverview yang jelas kepadanya untuk mengenalpasti jenis-jenis sumber primari bagi fakta-fakta yang diperlukan.

Sesuatu kajian terhadap sesuatu masalah berlakusecara khusus serta mendalam. Ini sudah tentumemerlukan persediaan teoritikal yang kukuh seperti yangdibincangkan di atas. Berkaitan dengan itu pengkaji jugaperlu berkemampuan untuk menggunakan istilah yangkhusus untuk menjelaskan konsep-konsep khusus itu secaratepat. Penguasaan istilah-istilah seperti ini dapat mengelakdari kekeliruan dan menghindarkan penyelidik beatingaround the bush untuk menjelaskan sesuatu konsep ataukeadaan yang khusus. Ketika membincangkan satu aspekdari pengajian teks pada tahun 1966, Julia Kristevamenggunakan istilah intertextuality, yang kemudiannyaditakrifkan sebagai the study of the sociology of text, untukmenjelaskan bentuk kajian yang tertumpu kepadapersekitaran tekstual yang membawa kepada pembentukandan kewujudan teks tertentu. Idiosyncratic atauidiosyncraticism dalam Linguistik merujuk kepada caraseseorang menyatakan sesuatu yang berbeza dengan caraorang lain; dalam Pengajian Islam terdapat perbezaan diantara syariah Islam, hukum Islam dan undang-undangIslam. Ringkas nomenclature atau cara pernyataan dalamsetiap bidang pengajian ada istilah-istilah khusus yang

2 6 Ibid., h, 7-12.

Page 14: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

146

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

digunakan yang perlu dikuasai oleh penyelidik bidangberkenaan. Penguasaan terhadap istilah-istilah khususseperti ini adalah perlu di samping untuk memahamidengan tepat perbincangan oleh para sarjana bidangberkenaan adalah juga dapat diguna dalam prosespenyelidikan dan penulisan laporannya kemudian.Penguasaan ini akan menjadikan pernyataan lebih ringkasdan tepat.

Dalam penyelidikan sumber data adalah sangatpenting. Sumber itu sama ada dalam bentuk dokumen ataubuku, kaedah menghasilkan data kualitatif sepertitemubual atau kaedah yang menghasil data kuantitatifseperti soalselidik harus mempunyai kekuatan yang sukardipertikaikan oleh mana-mana pihak. Sekiranya sumberdipertikaikan data darinya sudah tentu hilangkesahihannya. Kajian-kajian lepas dan pengalamanpenyelidiknya yang direkod dalam sesebuah penulisanilmiah dapat membantu pengkaji untuk mengetahui dimana sumber-sumber itu terdapat. Dari overview terhadapdasar-dasar colonial British, Collin Abraham dapatmengenalpasti bahawa sumber asli bagi maklumat yangdiperlukan untuk menjelaskan masalah yang diterokainyadan mahu dicari penyelesaiannya adalah manuskrip-manuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia, danjuga di Colonial Office dan Foreign Office di London.Mohammad Redzuan Othman membuat pengenalpastianyang sama selain dari sumber tradisi tempatan. HaryatiBorham dan Hasan Basri mendapati bahawa masyarakatdi lapangan adalah sumber data mereka untukmenjelaskan masalah yang dikaji. Oleh itu kedua-duanyamenggunakan soalselidik sebagai kaedah untuk mengumpuldata lapangan. Pengenalpastian sumber dan penentuankaedah yang paling sesuai adalah sangat penting dalampenyelidikan kerana tidak semua kaedah boleh digunakanuntuk semua kajian dan hanya sumber yang tepat sahajayang boleh menghasilkan data atau keterangan yang valid.

Page 15: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

147

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

Mengenalpasti kaedah yang dianggap paling sesuaibukanlah bererti penyelidik telah menyelesaikan sumberdata atau maklumat. Merangka kaedah dan merancangpelaksanaannya dengan mengambil kira kesemuaperaturan dan persekitaran berkaitan adalah pentingkepada kejayaan proses pengumpulan data yang kukuh.Tujuan penyelidikan ialah untuk mendapatkan jawapankepada persoalan yang ditimbulkan melalui aplikasiprosedur yang sistematik. Penyelidikan kualitatif yangmelibatkan manusia, penentuan dan pemilihan golonganyang mahu dikaji, cara mereka menguruskan kalanganmereka dan bagaimana mereka menggunakan persekitaranuntuk manfaat setiap individu dan masyarakat itumemerlukan perancangan yang rapi. Pemilihan danpenentuan yang berkesan juga mengambilkira cara merekamenentukan peranan masing-masing dalam strukturmasyarakat mereka serta kesignifikanan setiap simbol danritual yang mereka amalkan.27 Setiap aspek itu perlu dilihatsecara teliti. Fenomena sosial ini perlu dikaji dalamsituasinya yang semulajadi dan difahami serta dinilaidalam konteks dan perspektif mereka.28 Hal ini pentingbagi mempastikan bahawa keterangan yang diambil itugenuine atau mewakili keadaan yang sebenar. Dalamproses pelaksanaannya, penyelidikan kualitatif-induktifselalunya tidak mempunyai skima yang jelas berbandingdengan penyelidikan kuantitatif-deduktif. Oleh yangdemikian pengalaman pengkaji lepas dalam membinaprosedur kajian dan melaksanakannya adalah sangatberfaedah sekali untuk diteliti dan diambil panduan. Inidisebabkan kaedah untuk mendapatkan data untukmenjelaskan fenomena seperti di atas dan juga untuk

2 7 Bruce L. Berg (1998), Qualitatif Research Methods for the Social Sciences(ed. 3). Boston: Allyn & Bacon, h. 7.

2 8 Suseela Malakolunthu (2001), “Pengumpulan dan Analisis DataKualitatif: Satu Imbasan,” dalam Marohaini Yusof (Ed.) PenyelidikanKualitatif: Pengenalan Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya, h. 121-153.

Page 16: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

148

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

mencari pengertian di sebaliknya adalah berlainan darisatu kajian ke kajian yang lain.

Dalam proses pengumpulan data pengkaji selaluberhadapan dengan halangan-halangan yang kalau tidakditangani dengan berkesan akan mencacatkan mutukajiannya. Dalam temubual, misalannya, ada informanmembatalkan temujanji pada saat akhir di samping adapula informan yang berkeberatan untuk memberi jawapanyang telus atau menyembunyikan perkara yang sebenar diatas sebab-sebab tertentu. Dalam satu situasi kajianseorang calon ijazah tinggi yang memfokuskan kajiannyaterhadap perancangan sistem Ekonomi Islam diTerengganu berhadapan dengan masalah apabila kerajaanPAS di negeri jatuh dan digantikan dengan kerajaanBarisan Nasional yang mempunyai polisi ekonomi yangberbeza. Bagaimanakah beliau menyelesaikan situasi ini?Dalam situasi kajian kedua, Mohd. Ali Hashim,29 seorangyang seasoned atau berpengalaman masak dalamperancangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia,sama ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mahupun Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sehinggasegala selok beluk perancangan dan pelaksanaankurikulum-kurikulum itu begitu sebati dengan dirinya,terpaksa berhempas pulas untuk keluar dari keterikatandan biasnya dalam meneliti serta menilai kedua-duakurikulum secara objektif. Cara mengatasi halangan-halangan kajian seperti itu tidak dibincang dalam buku tekskaedah penyelidikan. Hanya pengalaman-pengalamanpenyelidik lepas yang terdapat dalam laopran kajianmereka yang yang boleh membantu mencarai jalanpenyelesaiannya. Dengan memahami masalah seperti inipenyelidik dapat menyediakan diri dengan kemungkinan-

2 9 Mohd. Ali Hashim (2002), “Pendidikan Islam KBSR: AsasPembentukan dan Pelaksanaannya,” disertasi Sarjana PengajianIslam, Universiti Malaya.

Page 17: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

149

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

kemungkinan yang akan berlaku dan dapat menyediakanperancangan alternatif lebih awal. Dalam hal ini satuteladan boleh diambil dari pengalaman Gradman.Gradman30 ialah seorang pensyarah yang bertahun-tahunmengendalikan kursus Contrastive Analysis dan yakinkeberkesanan kursus ini dalam perancangan keadah-kaedah pengajaran bahasa kedua atau bahasa asing.Setelah beliau membuat kajian untuk Ijazah DoktorFalsafahnya, datanya menunjukkan beberapa kelemahanterdapat pada teori asas disiplin ini, iaitu ContrastiveAnalysis Hypothesis. Teori ini menyatakan bahawa aspekpersamaan antara bahasa ibunda dengan bahasa asingyang dipelajari akan memudahkan pembelajaran dan aspekyang berbeza akan menyukarkan proses pembelajaran.Dalam kajian itu, Gradman mendapati bahawa tidaksemua yang sama di antara dua bahasa itu memudahkanpembelajaran dan tidak semua yang berbeza itumenyukarkan pembelajaran, malah sebaliknya bolehberlaku. Gradman yang menghayati teori itu sekian lamamenyelesaikan halangan itu dengan mengalih perspektifkajiannya dari tertumpu kepada perbezaan antara bahasayang dipelajari dengan bahasa ibunda kepada perspektifkesilapan pelajar yang dilakukan oleh semasa prosespembelajaran berjalan. Cara Gradman akhirnya membawabeliau ke teori baru iaitu Error Analysis atau AnalisisKesilapan.31

Dalam penyelidikan kuantitatif pula yang selalunyamerupakan proses deduktif, sorotan kajian lepas akanmenampakkan bagaimana para penyelidik berkenaanmengkonstruksikan teori sebagai premis kajian,menterjemahkan masalah kajian yang abstrak ke dalambentuk pembolehubah yang dijadikan asas untuk merangkakaedah pengumpulan data lapangan. Laporan kajian lepas

3 0 Gradman (1970), op.cit.3 1 Ibid.

Page 18: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

150

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

juga akan menjelaskan tatacara yang dipakai olehpenyelidik untuk mempastikan kaedah-kaedahpengumpulan data mereka menepati ciri kesahihan dankebolehpercayaan bagi menjamin data yang terkumpul itubetul-betul kuat dan mencukupi untuk dianlaisis. Jugabagaimana para penyeldidik itu melaksanakan kajianmereka serta bagaimana meeka memilih subjek kajianmereka bagi mempastikan bahawa pelaksanaan kaedah itutepat pada situasi yang sesuai, misalannya siapa yangharus temubualkan atau siapa responden yang akanmenjawab soalselidik mereka. Kaedah persampelan secarateorinya adalah mudah dan straight forward tetapi dalampenyelidikan sebenar seribu satu masalah boleh berlakubaik dalam merancang dan lebih-lebih lagi ketikapelaksanaannya. Masalah yang paling biasa dihadapi olehpenyelidik ialah berkaitan dengan pengedaran borangsoalselidik dan pemulangannya. Safinar Binti Salleh32

mengedar 350 borang soalselidik dalam usahanya untukmendapat data berkaitan amalan gadaian. Dari jumlah ituhanya 160 borang sahaja yang dikembalikan dan darijumlah itu 143 (40.86%) borang yang lengkap dan layakuntuk diproses. Haryati Borham33 mengedar 110 borangsoalselidik sebagai sebahagian dari sampel kajiannya untukmenepati ciri populasi kajiannya. Borang yangdikembalikan hanyalah 85 (77.27%) sahaja. Dari jumlahpulangan seperti itu sudah tentu ia menjejaskan datakajian. Dari situ kita akan dapat mempelajari bagaimanapengkaji berkenaan mengatasi limitasi kajiannya itu dalammenghadapi kekurangan data bagi mempastikan kekuatankajiannya terjamin.

Selain daripada dapat meneliti pengalaman lepasberkait dengan masalah persampelan seperti di atas, juga

3 2 Safinar Salleh (2005), “Sistem Gadaian Islam: Pengamalan danKeberkesanan Operasinya di Negeri Perlis,” Disertasi SarjanaSyariah, Universiti Malaya, h. 19.

3 3 Haryati Borham (2004), op.cit., h. 15-16.

Page 19: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

151

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

boleh diteliti cara penyelidik itu mengolah ataumenganalisis data bagi membuktikan hipotesis danmenjawab objektif-objektif kajian mereka. Analisis databerbeza dari kajian ke kajian mengikut keperluan kajian itusendiri dan juga imaginasi serta kreativiti penyelidiknya.Sebelum proses analisis, data perlu disemak dan dinilaibagi mempastikan kekuatannya. Fakta atau ‘realitas’ perludipisahkan dari elemen-elemen lain seperti emosi dansentimen.34 Dalam membicarakan tentang metodepenggunaan pengalaman peribadi seseorang individu yangtercatat dalam autobiografi atau memoir,Koentjaraningrat35 menjelaskan kesulitan yang dihadapioleh penyelidik ialah berkait dengan kekuatanpengkesahan itu sendiri kerana bahan-bahan seperti itukebanyakannya ditulis bermotifkan penceritaan untukdibaca oleh masyarakat awam. Kekuatan data berasaskanciri-ciri pembuktian akademik mungkin langsung tidakdiambilkira oleh penulisnya. Dalam memoirnya, MustaphaHussein36 beberapa kali menyatakan bahawa beberapapernyataan dan tindakan Ibrahim Haji Yaacobmendorongnya untuk merakamkan semulapengalamannya. Tujuannya adalah untuk memperbetulkankenyataan bekas ketuanya itu. Kita tidak menafikankeikhlasan dan kejujuran pejuang kemerdekaan TanahMelayu itu tetapi dalam tindakannya untukmemperbetulkan pernyataan bekas ketuanya itu adakemungkinan unsur emosi mempengaruhinya sama adasecara positif atau negatif. Menghadapi keadaan seperti ini,

3 4 Soetandyo Wignjosoebroto (1986), “Pengolahan dan Analiss Data,”dalam Koentjaraningrat (ed.), Metode-metode Penelitian Masyarakat.Jakarta: Penerbit PT Gramedia, h. 269-291.

3 5 Koentjaraningrat (1989), “Metode Penggunaan Data PengalamanIndividu,” dalam Koentjaraningrat (ed.), Metode-metode PenelitianMasyarakat. Jakarta: Penerbit PT Gramedia, h. 158-172.

3 6 Mustapha Hussein (2005), Malay Nationalism Before UMNO: The Memoirof Mustapha Hussein. Insun Mustapha (terj), Jomo K.S. (ed). KualaLumpur: Utusan Publication and Distributor, h. 145-150.

Page 20: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

152

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

penyelidik semasa membuat sorotan kajian lepas dansemasa menganalisis datanya perlu berhat-hati danberkeupayaan untuk memilih pernyataan yang lebih tepat,perbezaan pendapat, membezakan di antara fakta (atau‘realitas’) dengan unsur-unsur lain yang sifatnya non-academic, seperti emosi, silap tanggapan atau ingatan, lupa,dan sebagainya. Misalannya Ramlah Adam ketikameriwayatkan sejarah hidup Dr. Burhanuddin al-Helmymengatakan bahawa tokoh itu berangkat ke India untukmelanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pada tahun1934. Ramlah Adam menjelaskan dalam nota kakinyamengapa beliau mengatakan tarikh itu lebih tepatberbanding dengan tarikh-tarikh lain seperti berikut:

Beberapa penulis mengatakan Dr. Burhanuddinpergi ke India pada tahun 1928 atau 1929, denganberdasarkan tulisan Saliha Haji Hassan, yang mula-mula menulis riwayat hidup Dr. Burhanuddindalam bentuk akademik. Namun dalam tulisannyayang terbaharu, iaitu dalam seminar Biografi PolitikMalaysia pada tahun 1986, beliau mengatakan Dr.Burhanuddin pergi ke India pada tahun 1934.Menurut Haji Halim, adik Dr. Burhanuddin,pemergian abangnya pada sekitar tahun 1933. Inibermakna, tahun 1930-an lebih hampir.37

Penjelasan nota kaki Ramlah Adam itu di sampingmenunjukkan kegigihannya dalam mengumpul maklumatsejarah serta ketelitiannya dalam menilai sumber databerkenaan juga menampakkan kepekaannya terhadapsetiap maklumat yang terkumpul. Demikian jugamenampakkan elemen kekritisan dalam penulisannya.Tradisi akademik ini, iaitu, kegigihan, ketelitian dankekritisan, yang menjadi amalan Ramlah Adam perludipelajari dan dihayati oleh penyelidik-penyelidik lain bagi

3 7 Ramlah Adam (1996), Burhanuddin al-Helmy. Kuala Lumpur: DBP,h. 8.

Page 21: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

153

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

membolehkan mereka menghasilkan penulisan ilmiah yangkukuh dan bermutu.

Secara ringkasnya kaedah pembentukan sampel ataupenentuan subjek kajian dan pelaksanaannya adalah tidakkurang keutamaannya dari kaedah pengumpulan datasendiri. Sekiranya pincang pada sampel sudah tentu ianyaakan menjejaskan keutuhan data walau pun perancanganpada awalnya sangat baik. Demikian juga pada aspekanalisis data, pengalaman penyelidik lalu itu perlu diambilteladan, termasuk juga pengalaman mereka dalammembersihkan data kerana data yang terhasil dari kaedahyang baik dan dilaksanakan ke atas sampel yang dibentukdengan baik kalau tidak dianalisis yang cara yang betuldan berperancangan hanya akan melahirkan rumusan yangtidak tepat.

Di akhir sorotan literatur penyelidik seharusnyaberkemampuan untuk menyatakan dengan jelas persoalanyang akan ditelitinya, tujuan yang akan dicapainya sertaberkemampuan untuk merangka kesemua kaedah yangdiperlukan. Beliau juga perlu dapat mengenalpasti sumber-sumber rujukan yang autentik. Demikian juga beliau dapatmengetahui siapa atau pihak mana yang berautoriti dalammasalah kajian itu untuk memudahkannya membuatrujukan.

Pernyataan sorotan literatur hendaklah padat dan dapatmeyakinkan pembaca bahawa pengkaji telah membuatpersediaan rapi sebelum kajian dilakukan. Dalam hal iniBerg38 menyatakan, The rule of thumb in writing literaturereviews is to keep them long enough to cover the area, butshort enough to remain interesting. Pada dasarnyaterdapat dua cara yang biasa dilakukan oleh penyelidikuntuk mengulas kajian-kajian lepas, iaitu secaramenyenaraikan kajian-kajian dan mengulasnya satu

3 8 Bruce L. Berg (1998), op.cit., h. 258.

Page 22: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

154

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

persatu dan diakhiri dengan menyimpulkan perbicanganmenyeluruh manakala cara kedua membincang hasil-hasilkajian secara perbandingan. Mohd. Mohadis Bin Yasin39

dan Hassan Ab. Rahman40 menggunakan cara yangpertama. Kedua-dua penyelidik ini menyenaraikan kajianlepas dan membincangkan penemuan-penemuannya satupersatu secara ringkas kemudian membuat kesimpulanpada akhirnya.

Ridzwan Ahmad pada dasarnya juga menggunakancara pertama itu tetapi pendekatan dalam perbincanganadalah berbeza. Ridzwan mengulas penemuan setiapkajian serta menilai skop yang diliputi dan tahap yangtelah dicapai. Pendekatan ini membolehkannya mengenal-pasti sejauh mana telah dikaji tentang masalah kajiannyadan di mana ruang-ruang yang belum disentuh atau masihkesamaran. Ridzwan juga menyoroti pendapat-pendapatulama klasik berkenaan subjek kajiannya seperti al-Juwayni, al-Ghazzali, al-Amidi, Izz al-Din Abd al-Salamdan lain-lain lagi. Pendekatan yang sama juga digunakanoleh A. Kadir Sobur.41 Tetapi A. Kadir lebih menumpukankepada perbandingan penemuan kajian dengan teori-teoriberkaitan.

Cara kedua berbentuk perbandingan. Hasil-hasil kajianlepas diperbanding, diadun berdasarkan teori-teoriberkaitan dan dirumuskan. Cara kedua ini memberi ruang

3 9 Mohd. Mohadis Yasin (2005), “Pelarasan Pentadbiran Hal EhwalIslam Malaysia: Kajian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM),” tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya, h. 10-22.

4 0 Hassan Ab. Rahman (2004), “Pemakaian Prinsip-prinsip KeteranganDalam Peruntukan Statut-statut Keterangan Syariah Malaysia: SatuKajian Perbandingan Dengan Peruntukan Akta Keterangan 1950,Tumpuan Khusus Pada Bayyinah, Syahadah dan Qarinah,” tesisDoktor Falsafah, Universiti Malaya, h. xLvii-Liv.

4 1 A. Kadir Sobur (2005), “Teologi al-Ash’ari dan PengaruhnyaTerhadap Masyarakat Islam Provinsi Jambi, Indonesia,” tesis PhDAkademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Page 23: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

155

Sorotan Kajian Lepas: Teori dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

kepada penyelididik untuk menilai setiap penemuan yanglepas, melihat masalah kajian dari perspektif penemuan-penemuan itu dan juga dari perspektif teori-teori berkaitan.Inilah yang telah dilakukan oleh Collin Abraham yangtelah memecahkan masalah kajian kepada masalah-masalah yang lebih khusus dan mengulaskannya secaraterperinci berdasarkan kajian lepas dan juga teoriberkaitan. Dalam lain perkataan perbincangkan yangberasaskan kepada teori serta penemuan kajian itu sudahpasti akan lebih mendalam. Dengan cara sedemikianruang-ruang yang belum diterokai dapat dikenalpastidengan jelas. Selain dari itu pendekatan ini membolehkanpenyelidik menguasai teori-teori berkaitan secara lebihdekat dengan amalannya dan membolehkan merekamenggunakan teori-teori itu secara lebih yakin dalamproses kajian nanti.

Hassan Ab. Rahman, Mohd. Mohadis Yasin, IdrisAwang,42 Ridzwan Ahmad dan A. Kadir Soburmembincang kajian-kajian lepas sebagai sebahagian daribab pendahuluan, iaitu bab pertama tesis mereka.Manakala Haryati Borham, Hasan Basri Syahidin danCollin Abraham43 membincangkan kajian-kajian lepasmereka secara ekstensif dalam satu bab khusus.

Secara ringkasnya sorotan kajian lepas yang dilakukansecara mantap, intensif dan ekstensif akan membolehkanpenyelidik memahami masalah kajiannya secaramenyeluruh sama ada dari sudut teoretikalnya, demikianjaga dari sudut persekitaran atau konteksnya. Sorotan yangmantap itu akan memudahkan proses pengkajianberikutnya dan mungkin juga akan memendekkan tempohkajian kerana pengkaji telah mendapat gambaran yang

4 2 Idris Awang (1997), “A Comparison of Present Time and Tense inEnglish and Malay,” tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya, Chp.One.

4 3 Collin Abraham (2004), op.cit.

Page 24: Sorotan Kajian Lepas Teori Dan Amalan Dalam Penyelidikan Islam

156

Jurnal Fiqh: No. 3 (2006)

jelas tentang sumber data, jenis data yang diperlukan,kaedah pengumpulan data yang paling sesuai serta dapatmengenalpasti subjek atau sampel yang dengan tepat.Beliau juga telah mempunyai kekuatan teori yang akanmembantunya dalam proses mengolah dan menganalisisdata yang terkumpul itu. Dalam lain perkataan penyelidikitu tahu apa yang diperlukan dan bagaimana hendakmelakukannya. Dengan demikian beliau akan dapatmelaksanakan kajian secara independent tanpa banyakbergantung kepada penyelianya.