tahap kemiskinan dan capaian pendidikan di … · perbezaan ini menyumbang kepada peningkatan...
TRANSCRIPT
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
16
TAHAP KEMISKINAN DAN CAPAIAN PENDIDIKAN DI WILAYAH
UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA: SATU KAJIAN AWAL
Sharifah Rohayah Sheikh Dawood*
Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang, Malaysia
Abstrak: Walaupun Malaysia telah mencapai pelbagai pembangunan dalam ekonomi dan berusaha
menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, namun masih terdapat isu kemiskinan yang mendominasi
kehidupan masyarakat di beberapa wilayah. Dalam hal ini, walaupun banyak kemajuan dikecapi dalam
membaiki taraf hidup, meningkatkan aliran perdagangan, modal dan teknologi, di samping progres yang
nyata dalam mengurangkan kemiskinan, namun masih terdapat sesetengah kawasan bandar dan luar
bandar yang masih ketinggalan dalam aspek pendidikan dan pembasmian kemiskinan. Dasar dan polisi
pembangunan telah membawa banyak perubahan sama ada perubahan infrastruktur fizikal seperti
jaringan perhubungan jalan raya, pengangkutan mahupun peluang pekerjaan kepada masyarakat di
bandar dan luar bandar. Namun begitu, dari segi pembangunan manusia dan kesaksamaan sosial dan
ruangan, masih berlaku ketidakseimbangan. Artikel ini akan membincangkan sejauh mana tahap capaian
pendidikan di luar bandar dan bandar telah mempengaruhi pembangunan penduduk dan insiden
kemiskinan antara tahun 2011 dan 2013. Satu kajian awal telah dibuat untuk tiga buah negeri di wilayah
utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Kajian ini telah menggunakan
penyelidikan perpustakaan dan analisis kandungan daripada data sekunder yang diperolehi daripada
agensi kerajaan. Hasil kajian mendapati negeri Perlis mencatat insiden jumlah kemiskinan tertinggi dan
tahap capaian pendidikan yang paling rendah berbanding Kedah dan Pulau Pinang. Pulau Pinang pula
sebagai wilayah bandar yang terbesar mencatatkan pencapaian yang jauh lebih baik. Dapat disimpulkan
bahawa terdapat jurang yang tinggi dari segi capaian pendidikan di kawasan bandar dan luar bandar.
Pelbagai dasar dan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan perlu dikaji semula dalam usaha untuk
memperbaiki keadaan ini.
Kata kunci: tahap kemiskinan, ketaksamaan, pendidikan, wilayah utara
Abstract: While Malaysia has steadily attained various development in its economy to meet its robust
efforts in moving towards a high income status, there are still some elements of poverty dominating the
lives of the communities in some parts of the country. In this respect, though significant advances have
occured in improving the standards of living, expanding the trade, capital and technology flows, and a
notable progress in poverty reduction, there are still some urban and rural areas that are lagging behind
in terms of education and poverty alleviation. However, despite the various improvements in physical
infrastructure and job opportunities, inequality, social exclusions and uneveness across regions remain
in both rural and urban areas. In terms of absolute human development and social and spatial equality,
some regions are still behind. This article will examine the extent to which education attainment in rural
and urban areas have affected the communities and incident of poverty between the year 2011 and 2013.
A preliminary analysis has been undertaken in three states of the northern region of Peninsular Malaysia
including Perlis, Kedah and Pulau Pinang. It has utilised library research, and content analysis from
secondary data which was retreived from government agencies. The research findings revealed that the
state of Perlis has recorded the highest incident of poverty and lowest level of education attainment as
compared to Kedah and Pulau Pinang. Pulau Pinang as the biggest city region recorded the highest level
of education attainment, thus conforming to the fact that there is a significant gap in terms of education
attainment between urban and rural areas. Various policies and programs by the government and other
agencies need to be revised in order to improve this situation.
Keywords: Poverty level, inequalities, education, northern region
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
17
PENGENALAN
Kemiskinan ialah suatu situasi ketidakseimbangan dan kekurangan yang berlaku kepada
isirumah miskin di kebanyakan negara membangun. Pengaruh globalisasi dan pertumbuhan
ekonomi yang pesat tidak mampu menyelesaikan masalah kemiskinan dan ketidakseimbangan
antara kawasan bandar dan luar bandar (Wang, Piesse & Weaver, 2010; Knight, 2013;
Atkinson, 2016). Kemiskinan mempengaruhi tahap ekonomi, membebankan penjagaan
kesihatan dan sistem keadilan, dan kemampuan untuk mencapai tahap pendidikan yang
sebaiknya. Isi rumah miskin boleh ditentukan berdasarkan tahap pendapatan rendah untuk
memenuhi keperluan asas, tahap pendidikan rendah, tidak memiliki rumah/hartanah, tidak
sihat, kekurangan dari segi keperluan pakaian dan makanan, tidak mempunyai kehidupan yang
selesa dan pekerjaan tetap untuk mengharungi kehidupan (Nor Ghani Othman, 1984). Semua
ini memberi kesan terhadap tahap kemampuan golongan miskin itu untuk keluar dari belenggu
kemiskinan jika tidak ada sebarang tindakan diambil samada oleh individu itu sendiri mahupun
oleh pihak berkuasa dan agensi tertentu. Sementara itu pendidikan telah dianggap sebagai
faktor penentu status ekonomi dan sosial seseorang. Pada masa kini, jurang pencapaian antara
yang miskin dan bukan miskin adalah dua kali ganda daripada jurang pencapaian di wilayah-
wilayah maju. Pencapaian kognitif dan perbezaannya di peringkat tadika, sekolah rendah,
sekolah menengah dan kolej atau universiti menunjukkan perbezaan besar dari segi tahap
pendapatan dan status kemiskinan. Perbezaan ini menyumbang kepada peningkatan stratifikasi
dalam aspek siapa yang mengecapi pendidikan tinggi (kolej/univesiti), lantas menghadkan
mobiliti ekonomi dan sosial dan menyumbang kepada jurang antara yang kaya dan miskin.
Begitu juga kepentingan dan penyandaran pembuat dasar terhadap pembangunan bandar dan
kekurangan pelaburan dalam pendidikan di luar bandar telah menyebabkan berlakunya jurang
di antara bandar dan luar bandar dalam tahap pencapaian pendidikan kanan-kanak, kualiti
sekolah dan akses kepada pendidikan tinggi (Connelly & Zheng, 2007; Hannum, 1999).
Dengan adanya perkaitan rapat antara pendidikan dan kekurangan tahap pencapaian ekonomi
isirumah, dapat dikatakan bahawa polisi pendidikan seharusnya fokus kepada cara-cara
mengatasi kesan kemiskinan terhadap kanak-kanak/remaja. Namun polisi pendidikan kini
kurang memberi penekanan pada hal ini.
Objektif kertas kerja ini adalah untuk menilai hubungan antara kemiskinan dan tahap
pencapaian pendidikan serta menyediakan satu gambaran yang lebih jelas mengenai fenomena
kemiskinan di beberapa wilayah di utara Semenanjung. Ia juga bermatlamat untuk meninjau
bagaimana kerajaan menangani isu kemiskinan terutamanya di luar bandar daripada perspektif
pendidikan. Kajian ini juga memberi satu panduan bagaimana kemiskinan diukur di Malaysia
dan mengkaji beberapa aspek pendapatan dan kemiksinan dalam perspektif yang lebih luas.
Aspek pendidikan merupakan tunjang kepada pembentukan individu, kelompok masyarakat
dan keluarga seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan modal insan di sesebuah
negara. Kertas kerja ini bermula dengan pengenalan diikuti dengan sorotan literatur, dan
penerangan ringkas tentang methodologi. Kemudian ia memberi ilustrasi mengenai hasil
dapatan kajian dan disudahi dengan rumusan. Bahagian berikutnya memberikan sorotan
literatur mengenai isu kemiskinan dan tahap pencapaian pendidikan di kawasan bandar dan luar
bandar wilayah utara Malaysia.
UKURAN KEMISKINAN, PENCAPAIAN PENDIDIKAN DAN DASAR KERAJAAN
Ketidakseimbangan wilayah merupakan satu masalah yang tidak dapat dielakkan oleh sesebuah
negara yang berkembang pesat dari segi ekonomi. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
perkapita sering digunakan sebagai pengukur sejauh mana jurang pendapatan yang wujud di
antara wilayah. Jurang pendapatan yang wujud telah menimbulkan isu bagaimana kemampuan
sesebuah negara yang memiliki pendapatan perkapita tinggi memberi kesan terhadap
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
18
penumpuan wilayah. Pencapaian ekonomi yang berbeza antara wilayah adalah berpunca
daripada empat aspek iaitu sosioekonomi, tahap pendidikan, taraf kesihatan dan tahap
kemakmuran. Hal ini disokong oleh Kenny (2005) yang menganalisis kadar penumpuan
terhadap kualiti kehidupan serta pendapatan perkapita di negara-negara Asia Timur bagi
tempoh antara 1960 hingga 2005. Pemboleh ubah yang diguna pakai adalah taraf kesihatan,
tahap pendidikan, kestabilan politik, kebebasan asasi manusia serta keadaan infrastruktur.
Kenny (ibid) juga membuktikan bahawa sesebuah negara yang mencapai tahap kemiskinan
adalah kerana negara itu mengalami pertumbuhan yang pesat. Masih terdapat jurang yang luas
antara negara kaya dengan negara miskin dari segi taraf kesihatan dan tahap pendidikan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan wilayah di Malaysia dari sudut sosio-
ekonomi adalah dipengaruhi oleh jumlah kemasukan pelaburan modal. Jumlah pelaburan
modal juga berkaitan dengan guna tenaga dan kadar pengangguran. Manakala faktor
pendidikan pula adalah dipengaruhi oleh tahap penyertaan pendidikan menengah dan kadar
celik huruf. Faktor kesihatan yang mana dipengaruhi oleh kadar kematian bayi oleh setiap
kelahiran hidup, bilangan doktor setiap 10, 000 orang penduduk dan bilangan katil hospital
setiap 1, 000 orang penduduk. Tahap kemakmuran dapat diukur melalui KDNK, telefon bagi
setiap 1, 000 orang penduduk, peratusan penduduk yang mendapat bekalan air paip, peratusan
penduduk yang mendapat bekalan elektrik, panjang jalan bertar setiap 10 km dan kenderaan
berdaftar setiap 1, 000 orang penduduk. Kesemua elemen tersebut mempengaruhi faktor
ketidakseimbangan wilayah (Farrah Dina et al., 2009). Perbincangan ini merupakan tinjauan
awal latar belakang kajian bagi memperlihatkan tahap kemiskinan dan pendidikan dalam
pencapaian penduduk di wilayah utara semenanjung Malaysia.
Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya pendapatan bulanan isi rumah adalah
kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM760 bagi seisi rumah dan pendapatan
yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi
makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam
masyarakat. Price Life Index (PLI) adalah menggunakan kiraan Bank Dunia di dalam
menentukan keperluan minima perkhidmatan dan keperluan bukan makanan. PLI dikira
berdasarkan kepada keperluan setiap isi rumah dan Indeks Harga Pengguna atau Consumer
Price Index (CPI) makanan dan bukan makanan mengikut negeri dan strata, bandar dan luar
bandar. PLI untuk barangan bukan makanan akan mengambil kira keperluan asas seperti
pakaian, sewa, minyak dan elektrik, perkhidmatan asas, pengangkutan dan komunikasi.
Sehubungan itu, dengan merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU), PGK tahun 2009
adalah selaras dengan Rancangan Ekonomi Kesepuluh (RMK-10), di mana PGK miskin iaitu
RM760 bagi seisi rumah. Manakala miskin tegar pula adalah RM460 bagi seisi rumah
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2012). PGK yang telah ditetapkan oleh Kementerian adalah selaras untuk seluruh negeri, namun begitu wujud
kelainan untuk kawasan bandar dan luar bandar (Pejabat Pembangunan Persekutuan
Pulau Pinang, 2013). Jadual 1 menunjukkan PGK pada tahun 2012 bagi bandar dan luar
bandar di Malaysia.
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
19
Jadual 1: Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2012
Wilayah Miskin Miskin Tegar
PGK 2012 PGK 2012
Isi Rumah Perkapita Isi Rumah Perkapita
Semenanjung
Malaysia
830 210 520 130
Bandar 840 220 510 130
Luar Bandar 790 190 530 120
Sabah &
Labuan
1, 090 240 660 140
Bandar 1, 080 240 630 140
Luar Bandar 1, 120 240 710 150
Sarawak 920 230 600 140
Bandar 960 230 630 150
Luar Bandar 870 220 570 140 Sumber: Unit Perancang Ekonomi & Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, 2013.
Pada hakikatnya garis panduan berhubung takrif kemiskinan perlu disemak semula agar ia lebih
mencerminkan realiti semasa. Menurut Denison Jayasooria (2012), garis kemiskinan yang lebih
realistik perlu diwujudkan untuk membolehkan kerajaan menggubal dasar serta program lebih
berkesan untuk menangani masalah berkaitan kemiskinan. Menurutnya "kemiskinan perlu
ditakrifkan semula dan ukuran berbeza perlu digunakan untuk mengetahui keadaan sebenar
yang wujud dalam kalangan mereka di peringkat paling bawah dari segi sosioekonomi," (dalam
Sankara Subramaniam, 24 Ogos 2012).
Di Malaysia, usaha membanteras kemiskinan telah menjadi sebahagian daripada dasar integral
kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Pengumuman kerajaan mengenai peruntukan
sebanyak RM100 juta dalam bentuk saham amanah untuk keluarga miskin di bandar-bandar di
negara ini sebenarnya merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menangani kemiskinan
(Awang Selamat, 2009). Tanggapan terhadap kemiskinan perlulah diubah, khususnya miskin
itu tidak sepatutnya dianggap sebagai satu penyakit kronik atau “miskin kronik”. Sebaliknya
kemiskinan itu perlu dilihat sebagai “miskin sementara” yang beransur-ansur akan pulih dan
berubah. Selain itu untuk negeri-negeri yang berbeza pendapatan isi rumah miskin dan miskin
tegar perlulah dikenalpasti dan ditangani secara lebih berfokus. Polisi yang berbeza perlulah
diwujudkan untuk menilai aspek keperluan manusia dan fizikal dan perlu juga diwujudkan
objektif polisi untuk “miskin sementara” (Jalan, & Ravallion, 1997).
Bagi negara mundur gejala kemiskinan adalah lebih serius di mana penduduknya hidup dalam
kemiskinan dengan tahap pekerjaan dan pendapatan yang tidak cukup untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh penduduk. Penduduk juga sering dibelenggu masalah kesihatan
dan diundang oleh pelbagai penyakit kerana sanitasi tidak dapat diuruskan dengan baik (Lewis,
O., 1966).
Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu keutamaan dan teras dalam agenda
pembangunan global seperti Millenium Development Goals (MDGs) dan Sustainable
Development Goals (SDGs). Begitu juga di Malaysia, matlamat membasmi kemiskinan telah
menjadi teras utama pembangunan. Matlamat di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1970-
1990 adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada
16.7% pada tahun 1990. Seterusnya, di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-
2000, matlamatnya adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan daripada 7.2% kepada 0.7%
pada tahun 2000. Di bawah Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010 pula, kadar
kemiskinan dikurangkan kepada 0.5% menjelang tahun 2010. Strategi dan program utama
pembasmian kemiskinan adalah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pekerjaan
bergaji tinggi. Bantuan kewangan secara terus adalah terhad kepada golongan tua dan kurang
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
20
upaya yang sukar untuk mendapat pekerjaan. Program pembasmian kemiskinan sebahagian
besarnya diperuntukkan kepada sektor pertanian memandangkan sebahagian besar golongan
miskin yang berada di dalam sektor ini. Ini termasuklah menempatkan semula golongan yang
tidak mempunyai tanah dan mereka yang memiliki saiz tanah yang tidak ekonomik ke dalam
skim pembangunan tanah baru.
Dalam tempoh DPN, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah diperkenalkan
bagi membantu golongan tersebut. Program ini mewujudkan daftar profil isi rumah termiskin
dan satu pakej projek yang disesuaikan dengan keperluan khusus seperti meningkatkan peluang
untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan, menyediakan perumahan yang lebih baik dan
makanan tambahan kepada kanak-kanak dan bantuan pendidikan. Bantuan kewangan secara
terus juga telah diberikan kepada golongan kurang upaya dan tua. Di samping itu, golongan
paling miskin juga diberikan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membeli saham dalam
skim amanah saham (ASB-PPRT) bagi menambahkan pendapatan mereka. Dalam tempoh
DPN, program pembasmian kemiskinan lebih menjurus kepada kumpulan sasar yang khusus.
Program dan projek juga disasarkan untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan
kelompok kecil miskin masyarakt terutamanya Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan
minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Langkah-langkah khusus dilaksanakan bagi
menangani kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar. Di samping itu, usaha juga diambil
bagi meningkatkan pendapatan dan memperbaiki kualiti hidup kumpulan pendapatan isi rumah
30% terendah (Unit Perancang Ekonomi, 2013).
Sementara itu untuk memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar merupakan
teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada
2007. PIPP bermatlamat merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan
infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut
memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar.
Membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang
pendidikan merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan
khususnya dalam aspek pendidikan luar bandar (Zalika Adam et al., 2009). Salah satu faktor
yang menyebabkan kualiti pendidikan di luar bandar berada di tahap sangat rendah adalah isu
kemiskinan. Kemiskinan telah membataskan keluarga pelajar dalam usaha membolehkan anak
mereka mendapat pendidikan yang baik. Ibu bapa lebih menitikberatkan pencarian rezeki dan
memperoleh pendapatan demi kelansungan hidup setiap hari. Bagi mereka pendidikan anak-
anak adalah di bawah tanggungjawab sekolah. Dalam artikel oleh Zalika Adam et al. (2009),
menyatakan bahawa pada tahun 2004, negeri Kedah dan Perlis mencatatkan tahap kemiskinan
keseluruhan paling tinggi di wilayah utara iaitu masing-masing pada kadar 7% dengan bilangan
isi rumah sebanyak 27, 300 buah isi rumah dan 6.3% dengan bilangan isi rumah sebanyak 3,200
buah isi rumah. Kedua-dua kadar tersebut mengatasi kadar purata kemiskinan keseluruhan
negara iaitu 5.7%. Pada tahun yang sama, negeri Perlis, Kedah dan Perak turut mencatatkan
kadar kemiskinan tegar yang lebih tinggi daripada kadar purata kemiskinan tegar negara iaitu
0.7% di mana kadar kemiskinan tegar di Perlis, Kedah dan Perak dianggarkan masing-masing
adalah 1.7%, 1.3% dan 1.1% (Zalika Adam et al., 2009).
Lantaran itu, kajian ini akan meninjau tahap kemiskinan dan capaian pendidikan di luar bandar
dan bandar dengan menumpu kepada tiga buah negeri di wilayah utara Semenanjung Malaysia
iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
METODOLOGI
Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dan data sekunder yang
diperolehi daripada jabatan kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat di dalam pembangunan
ekonomi dan isu-isu berkaitan kemiskinan dan pendidikan. Dokumen dan laporan-laporan yang
dikumpulkan kemudiannya telah dianalisis untuk mendapatkan data yang relevan dan berkaitan
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
21
dengan statistik kemiskinan dan tahap pendidikan di negeri-negeri dan daerah di wilayah utara
termasuk Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kajian menfokuskan kepada data kemiskinan dan
pendidikan antara tahun 2011 dan 2013 bagi ketiga-tiga negeri tersebut.
HASIL DAPATAN KAJIAN
Perbincangan hasil dapatan meliputi kadar kemiskinan bagi daerah di negeri Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang. Daerah yang mempunyai bilangan dan peratusan kemiskinan tertinggi diambil
perhatian bagi mengetahui ketidaksamaan ruangan antara ruang wilayah tersebut. Seterusnya
akan dikaitkan dari segi tahap pendidikan penduduk. Data mengenai tahap pendidikan dan
kemasukan ke peringkat pengajian tinggi juga dianalisis. Jadual 2 menunjukkan bilangan
kemiskinan bagi daerah di negeri Kedah pada tahun 2011.
Jadual tersebut menunjukkan bahawa statistik kemiskinan paling tinggi bagi kategori miskin
ialah daerah Baling iaitu sebanyak 1, 572 orang dan kategori miskin tegar iaitu sebanyak 2, 113
orang berbanding daerah lain. Ini boleh juga dirujuk dalam Rajah 1. Hal ini menunjukkan
bilangan ketua isi rumah yang miskin adalah sebanyak 3, 685 isi rumah.
Jadual 2: Statistik Kemiskinan Negeri Kedah Mengikut Daerah, 2011
Kategori Kemiskinan
Bil Daerah Miskin Miskin Tegar Jumlah
1. Baling 1, 572 2, 113 3, 685
2. Bandar Baharu 86 170 256
3. Kota Setar 634 2, 067 2, 701
4. Kuala Muda 607 1, 473 2, 080
5. Kubang Pasu 389 877 1, 263
6. Kulim 348 629 974
7. Padang Terap 258 574 832
8. Pendang 264 719 983
9. Pokok Sena 519 662 1, 181
10. Pulau Langkawi 109 172 281
11. Sik 941 2, 050 2, 991
12. Yan 349 819 1, 168
Jumlah 6, 073 12, 322 18, 395
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah, 2011
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
22
Rajah 1: Graf Statistik Kemiskinan di Negeri Kedah, 2011
Jadual 3 pula menunjukkan jumlah bilangan ketua isi rumah miskin. Bilangan tertinggi ialah
daerah Baling. Kedua tertinggi ialah daerah Sik. Manakala ketiga tertinggi ialah daerah Kota
Setar. Hal ini dapat dikaitkan dari segi pekerjaan penduduk, sektor ekonomi utama penduduk,
kemudahan asas yang diperoleh dan ketersampaian terhadap pendidikan. Tidak dinafikan
bahawa daerah Baling terletak di kawasan terpencil negeri Kedah dan tumpuan sektor ekonomi
di daerah Baling ialah pertanian sara diri yang menyebabkan Baling tidak begitu membangun
dan penduduk masih berada dalam kemiskinan. Hal yang sama juga berlaku di daerah Sik. Jika
dibandingkan dengan daerah Bandar Baharu, Kulim dan Langkawi yang merupakan tumpuan
sektor pelancongan, perindustrian dan pertanian ladang, daerah ini lebih membangun dan
kebanyakan penduduk berpeluang untuk keluar dari kategori miskin dan miskin tegar.
Tumpuan pembangunan dan peningkatan infrastruktur untuk kemudahan penduduk adalah
lebih baik di kawasan tersebut. Faktor-faktor sosio-ekonomi yang telah mempengaruhi
pendapatan dan peningkatan kualiti hidup penduduk seperti pekerjaan, pendidikan, kemudahan
asas, perhubungan dan pengangkutan.
Jadual 3: Bilangan Ketua Isi Rumah Daerah Negeri Kedah, 2011
Bil Daerah Bilangan Ketua Isi Rumah
1. Baling 3, 685
2. Bandar Baharu 256
3. Kota Setar 2, 701
4. Kuala Muda 2, 080
5. Kubang Pasu 1, 265
6. Kulim 974
7. Padang Terap 832
8. Pendang 984
9. Pokok Sena 1, 181
10. Pulau Langkawi 281
11. Sik 2, 991
12. Yan 1, 168
Jumlah 18, 398 Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah, 2011
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
4000
Miskin
Miskin Tegar
Jumlah
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
23
Jadual 4 dan Rajah 2 menunjukkan statistik kemiskinan di negeri Kedah pada tahun 2013.
Jadual ini berbeza dengan statistik kemiskinan tahun 2011. Pada tahun 2011 data hanya
menunjukkan kemiskinan bagi kategori miskin dan miskin tegar sahaja. Tetapi pada tahun 2013
jadual menunjukkan kemiskinan bagi kategori miskin, miskin tegar, mudah miskin dan miskin
terkeluar. Bagi kategori miskin jumlah tertinggi ialah di daerah Baling iaitu bilangan KIR
sebanyak 903. Manakala kategori miskin tegar pula, jumlah tertinggi ialah di daerah Sik iaitu
bilangan KIR sebanyak 245. Kategori mudah miskin jumlah tertinggi ialah di daerah Kuala
Muda iaitu bilangan KIR sebanyak 1409 dan kategori terkeluar jumlah tertinggi ialah di daerah
Kuala Muda iaitu bilangan KIR sebanyak 1396.
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
24
Jadual 4: Statistik Kemiskinan Bagi Suku Tahun Semasa Mengikut Daerah & Mukim, 2013
Negeri / Daerah / Mukim
2013
Suku Tahun Keempat
Disember
Status Kemiskinan
Miskin Miskin
tegar
Mudah
Miskin Terkeluar
Jumlah
Bil KIR Bil KIR Bil KIR Bil KIR Bil KIR
Kedah
Baling 903 217 647 1206 2973
Bandar Baharu 128 29 242 254 653
Kota Setar 817 214 724 907 2662
Kuala Muda 1026 223 1409 1396 4054
Kubang Pasu 784 151 805 933 2673
Kulim 324 73 387 493 1277
Langkawi 179 34 354 423 990
Padang Terap 478 108 503 742 1831
Pendang 281 84 300 439 1104
Pokok Sena 149 43 190 218 600
Sik 879 245 891 1159 3174
Yan 386 71 477 416 1350
Jumlah 6334 1492 6929 8586 23341
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
25
Rajah 2: Graf Statistik Kemiskinan di Negeri Kedah Tahun 2013
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
3500
4000
4500
Baling BandarBaharu
Kota Setar KualaMuda
KubangPasu
Kulim Langkawi PadangTerap
Pendang PokokSena
Sik Yan
Miskin
Miskin Tegar
Mudah Miskin
Terkeluar
Jumlah
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
26
Sementara itu kadar kemiskinan bagi negeri Perlis dapat dirujuk melalui parlimen Arau, Kangar
dan Padang Besar (sila rujuk Jadual 5 dan Rajah 4). Untuk kategori miskin tegar paling tinggi
dicatatkan ialah parlimen Padang Besar sebanyak 94 orang. Manakala parlimen Arau dan
Kangar masing-masing mencatat sebanyak 86 orang. Akan tetapi bagi kategori miskin pula,
parlimen Kangar yang mencatat bilangan miskin paling tinggi iaitu sebanyak 803 orang.
Penduduk di parlimen Padang Besar kebanyakannya berpendapatan kurang daripada RM720
ke bawah. Bagi kategori miskin, kebanyakan penduduk berpendapatan lebih dari RM720.
Jadual 6 dan Rajah 5 menunjukkan kadar kemiskinan di negeri Perlis mengikut KIR dan AIR
pada tahun 2013 yang mana miskin tegar paling tinggi ialah di parlimen Kangar iaitu sebanyak
5, 117, miskin sebanyak 342 dan mudah miskin sebanyak 1, 646. Manakala KIR dan AIR
kategori terkeluar tertinggi ialah di Parlimen Arau iaitu sebanyak 11, 498.
Jadual 5: Kadar Kemiskinan Mengikut Parlimen Negeri Perlis, 2011
Kadar Kemiskinan
Bil Parlimen Miskin Tegar Miskin Mudah Miskin Terkeluar
1. Arau 86 781 1, 585 1, 109
2. Kangar 86 803 1, 482 1, 309
3. Padang
Besar
94 533 1, 307 887
Jumlah 266 2, 117 4, 374 3, 305 Sumber: Unit Perancang Ekonomi Perlis, 2011
Rajah 4: Graf Kadar Kemiskinan Mengikut Parlimen di Negeri Perlis Tahun 2011
0
200
400
600
800
1000
1200
1400
1600
1800
Arau Kangar Padang Besar
Miskin Tegar
Miskin
Mudah Miskin
Terkeluar
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
27
Jadual 6: Kadar Kemiskinan Negeri Perlis Mengikut KIR & AIR Tahun 2013
Kategori Miskin, Miskin Tegar, Mudah Miskin
dan Terkeluar bagi KIR & AIR sehingga
Disember 2013
Bil Parlimen Miskin
Tegar
Miskin Mudah
Miskin
Terkeluar Jumlah
1. Arau 4,756 208 1,425 11,498 17,887
2. Kangar 5,117 342 1,646 10,511 17,616
3. Padang Besar 3,636 153 829 9,288 13,906
Jumlah 13,509 703 3,900 31,297
Rajah 5: Graf Kadar Kemiskinan di Negeri Perlis Mengikut KIR & AIR Tahun 2013
Hal ini berbeza untuk statistik kemiskinan bagi daerah Pulau Pinang, pada tahun 2011 Pulau
Pinang masih mencatat bilangan kemiskinan bagi kategori miskin tegar iaitu penduduk masih
berpendapatan RM770 ke bawah. Jadual 7 dan Rajah 6 mencatat bilangan kemiskinan bagi
setiap bulan tahun 2011 untuk lima buah daerah di Pulau Pinang. Dengan merujuk pada jadual
tersebut bilangan miskin tegar paling tinggi pada tahun 2011 ialah daerah Seberang Prai Utara
(SPU). Kombinasi peningkatan pertumbuhan ekonomi dalam mengurangkan kemiskinan
adalah dipengaruhi oleh globalisasi. Contoh di Malaysia, pendapatan termiskin dalam
pertumbuhan penduduk tahunan ialah 5.4%. Begitu juga keadaannya di negara China. Ia
merupakan peningkatan yang tidak berkualiti (Dollar, D., & Kraay, A., 2007). Jadual 8
merujuk pada statistik kemiskinan mengikut daerah di Pulau Pinang pada bulan Januari hingga
Oktober 2013. Pada tahun 2013, penduduk di Pulau Pinang tidak lagi berada dalam kategori
miskin tegar kerana pendapatan mereka sudah mencapai RM770 ke atas yang dikategorikan
dalam kelompok miskin. Namun begitu, statistik tertinggi juga di daerah SPU. Rajah 7 dapat
menunjukkan dengan jelas kemiskinan tertinggi adalah di daerah SPU.
0
2000
4000
6000
8000
10000
12000
14000
Arau Kangar Padang Besar
Miskin Tegar
Miskin
Mudah Miskin
Terkeluar
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
28
Jadual 7: Statistik Kemiskinan Mengikut Daerah Pulau Pinang, 2011
Daerah Miskin Tegar
Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
SPU 343 342 342 323 323 323 323 323 272 272 272 295
SPT 201 187 185 187 186 188 186 186 185 186 188 187
SPS 63 64 64 65 66 66 66 66 66 66 66 66
DTL 38 38 38 40 41 41 42 43 43 43 44 47
DBD 125 128 127 126 126 125 125 125 124 124 126 126
Jumlah 770 759 756 741 742 743 742 743 690 691 696 721
Jumlah
Bantuan
(RM)
202,
435
199,
165
198,
365
192,
670
192,
670
188,
620
188,
135
188,
465
175,
685
176,
925
176,
925
182,
515
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Penang, 2013
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
29
Rajah 6: Graf Statistik Kemiskinan Mengikut Daerah di Pulau Pinang, Jan-Dis 2011
0
50
100
150
200
250
300
350
SPU SPT SPS DTL DBD
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
Nov
Dis
Miskin Tegar
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
30
Jadual 8: Statistik Kemiskinan Mengikut Daerah Pulau Pinang, 2013
Daerah Miskin
Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
SPU 396 396 397 387 387 416 426 426 434 441 - -
SPT 185 185 181 181 181 180 179 179 178 189 - -
SPS 60 60 60 55 55 55 64 69 69 69 - -
DTL 68 68 55 55 57 57 57 60 65 67 - -
DBD 116 116 114 110 110 111 111 111 114 114 - -
Jumlah 825 825 807 788 790 819 837 845 860 880 - -
Jumlah
Bantuan
(RM)
211,
325
211,
025
203,
930
198,
170
198,
150
209,
911
219,
591
222,
305
227,
570
231,
250
- -
Sumber: Unit Perancang Ekonomi Penang, 2013
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
31
Rajah 7: Graf Statistik Kemiskinan Mengikut Daerah di Pulau Pinang, Jan-Okt 2013
0
50
100
150
200
250
300
350
400
450
SPU SPT SPS DTL DBD
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
Miskin
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
32
PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN MELALUI PENDIDIKAN DAN
ENROLMEN DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI
Terdapat beberapa kaedah untuk memperkasakan pendidikan di luar bandar. Antaranya ialah
mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berusaha meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran,
mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan
Sekolah Agama Negeri (SAN) diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di
sekolah-sekolah juga diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus juga ditingkatkan bagi
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan. Melalui peranan KPM juga, peningkatan keupayaan dan
minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran telah dijalankan. Pelaksanaan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
juga telah dikaji semual dan kini ditukarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam tahun 2017. Kedua-
duanya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan
juga dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai
jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bahan bukan bercetak turut
dipergiatkan. Selain itu, kelengkapan infrastruktur juga penting bagi menjayakan Program
Pembestarian Sekolah, di mana infrastruktur yang mencukupi disediakan seperti komputer,
televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program tersebut beroperasi
dengan lancar, program latihan dan bimbingan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan
Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P & P), Latihan
Pengggunaan Perisian Khusus dan Latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P
& P. Beberapa pendekatan P & P baru telah diperkenalkan supaya dapat menarik minat para
pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik. Tambahan lagi, kemahiran dan
ketrampilan juga diperlukan bagi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan
memperbanyakkan aktiviti literasi. Mata Pelajaran Vokasional (MPV) turut diperluaskan di
sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT (Kandar et al. 2002).
Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan
pembinaan karakter juga diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur
pembangunan insan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab dalam
kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak
yatim juga diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi
keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.
KPM juga memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik. Mengubah
penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada
bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga
perlu dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal telah dikaji semua dan
digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak
berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian,
standard prestasi kebangsaan diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.
Peningkatan program juga dikenalpasti untuk meningkatkan tahap pendapatan dan
kesejahteraan masyarakat luar bandar. Strategi utama adalah untuk membuat peralihan kepada
ekonomi moden di mana aktiviti-aktiviti ekonomi yang bernilai tinggi, produktif dan
menguntungkan telah dibangunkan. Syarikat swasta yang besar digalakkan untuk membantu
masyarakat, khususnya penduduk di kawasan luar bandar untuk memodenkan dan
meningkatkan lagi pengeluaran hasil-hasil pertanian dan kraftangan. Inisiatif pembangunan
ekonomi disokong oleh inisiatif ke arah pembangunan sosial. Pelaksanaan inisiatif
pembangunan sosial tersebut diharap dapat membantu mencapai beberapa matlamat tertentu.
Matlamat pertama adalah untuk menaikkan tahap keupayaan penduduk luar bandar supaya
mereka berupaya melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Matlamat kedua adalah untuk
membolehkan bantuan secara langsung dapat dihulurkan dengan segera kepada mereka yang
memerlukan bantuan seperti golongan miskin tegar (Zalika Adam et al., 2009). Usaha-usaha
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
33
tersebut adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di luar bandar dalam semua
aspek fizikal, pendidikan mahupun insani.
Jadual 9 menunjukkan bilangan kemasukan, enrolmen dan graduan bagi pelajar tempatan
mengikut jantina berdasarkan negeri kelahiran pada tahun 2012 hingga tahun 2013.
Jadual 9: Bilangan Kemasukan, Enrolmen dan Graduan bagi Pelajar Tempatan
Mengikut Jantina Berdasarkan Negeri Kelahiran, 2012-2013
Negeri Tahun Kemasukan Enrolmen Graduan
L P J L P J L P J
Perak 2013 6,178 10,582 16,760 20,293 33,641 53,934 4,341 7,586 11,927 2012 6,145 10,968 17,113 18,748 30,756 49,504 3,995 6,829 10,824 Kedah 2013 4,800 8,543 13,343 15,356 26,637 41,993 3,137 6,160 9,297 2012 4,804 9,194 13,998 14,595 25,262 39,857 2,797 5,308 8,105 P.Pinang 2013 3,145 4,994 8,139 10,183 16,009 26,192 2,181 3,801 5,982 2012 2,991 4,919 7,910 9,593 15,103 24,696 2,027 3,269 5,296 Perlis 2013 771 1,320 2,091 2,383 4,087 6,470 504 1,047 1,551
2012 700 1,350 2,050 2,235 3,822 6,057 467 888 1,355 Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012; Laporan Statistik Pelajar, Perangkaan Pendidikan Tinggi
Negara, 2013
Taburan penduduk di bandar dan luar bandar bagi setiap negeri dapat menunjukkan
perbandingan mengenai jumlah kemasukan pelajar, enrolmen dan yang bergraduan. Contohnya
dalam tahun 2013, taburan penduduk luar bandar di Kedah ialah seramai 671.0 (‘000) orang
dan bilangan kemasukan ke IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti adalah seramai 13,343
orang pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa hampir sebahagian penduduk melanjutkan
pengajian ke peringkat tinggi. Begitu juga dengan negeri Pulau Pinang yang mana jumlah
taburan penduduk adalah seramai 117.3 (‘000) orang dan jumlah kemasukan pelajar ke institusi
pengajian tinggi adalah seramai 8,139 orang. Bagi negeri Perlis, taburan penduduk luar bandar
adalah seramai 104.8 (‘000) orang dan jumlah kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi
adalah seramai 2,091 orang. Jumlah tersebut menunjukkan perbezaan yang ketara dalam
melihat peluang pendidikan di Malaysia dan bantuan-bantuan pelajaran yang diberikan untuk
mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Secara tidak langsung penduduk
di luar bandar masih mendapat kekangan untuk menikmati peluang melanjutkan pengajian
tinggi dan juga kemudahan-kemudahan pendidikan yang disediakan. Walaupun bagi keluarga
yang berpendapatan rendah dan sederhana berpeluang memohon pinjaman pengajian dan juga
biasiswa, namun kadarnya adalah lebih rendah berbanding kawasan bandar dan wilayah yang
lain. Selain itu, bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian juga
berpeluang memperoleh biasiswa dan tajaan daripada kerajaan serta agensi-agensi lain.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperuntukkan pelbagai keperluan kewangan dan
infrastruktur untuk meluaskan peluang pendidikan kepada masyarakat terutama di luar bandar.
Jadual 10 menunjukkan peruntukan dana dan kos subsidi kerajaan kepada Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk pembiayaan pinjaman kepada pelajar pengajian
tinggi.
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
34
Jadual 10: Peruntukan Dana dan Kos Subsidi Kerajaan kepada PTPTN untuk
Pembiayaan Pinjaman Pelajar Pengajian Tinggi
RMK-9 (RM’
bilion)
RMK-10 (RM’
bilion)
RMK-11 (RM’
bilion)
Keperluan dana pinjaman
pengajian tinggi
19.83 38.85 71.40
Subsidi kerajaan 3.36 9.68 16.12
Sumber: UTEM, 2012
Dalam tempoh RMK-9, kerajaan telah meluluskan peruntukan dana pinjaman sebanyak
RM19.83 bilion kepada PTPTN. Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.2 bilion telah diagihkan
kepada para pelajar dan baki sebanyak RM17.63 bilion dikeluarkan secara berperingkat.
Keperluan dana pinjaman bagi RMK-10 dan RMK-11 masing-masing adalah sebanyak
RM38.85 bilion dan RM71.40 bilion. Sehingga kini, KWSP merupakan institusi pembiayaan
pinjaman terbesar kepada PTPTN. Memandangkan kadar pinjaman yang dikenakan oleh
PTPTN kepada pelajar lebih rendah daripada kadar pinjamannya daripada KWSP, maka
kerajaan perlu menyediakan subsidi pengajian tinggi dalam bentuk bayaran perbezaan kadar
pinjaman. Peruntukan kerajaan yang disediakan melalui PTPTN dianggarkan sebanyak
RM3.36 bilion bagi RMK-9, RM9.68 bilion bagi RMK-10 dan RM16.12 bilion bagi RMK-11.
Jadual 11 menunjukkan bilangan peminjam dan amaun pinjaman PTPTN dari tahun 2000
hingga tahun 2006.
Jadual 11: Bilangan Peminjam dan Amaun Pinjaman PTPTN, 2000-2006
Tahun IPTA IPTS Jumlah keseluruhan
Bil.
peminjam
Amaun
pinjaman
(RM’
000)
Bil.
peminjam
Amaun
pinjaman
(RM’
000)
Bil.
peminjam
Amaun
pinjaman
(RM’
000)
2000 78,606 1,427,129 7,835 287,684 86,441 1,714,813
2001 78,507 1,388,271 20,433 558,672 98,940 1,946,943
2002 82,797 1,496,750 15,057 353,589 97,854 1,850,339
2003 86,114 1,351,219 22,540 409,298 108,654 1,760,517
2004 88,500 1,557,136 29,614 675,423 118,114 2,232,559
2005 2,729,140 1,565,332 44,169 1,163,808 142,205 98,036
2006 98,845 1,733,182 31,478 1,025,865 130,323 2,759,047
Sumber: UTEM, 2012
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
35
Seiring dengan pertambahan bilangan pelajar dan persaingan untuk mendapatkan tempat di
IPT, sumber bantuan kewangan yang terhad menghalang peluang pelajar untuk melanjutkan
pengajian. Peranan dan status PTPTN perlu dilihat semula untuk membolehkan PTPTN
menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Justeru, sumber pembiayaan alternatif
perlu diterokai bagi membolehkan semua orang berpeluang menyertai pengajian tinggi. Selain
bantuan kewangan, masih terdapat perbezaan dari segi prasarana, teknologi, sumber dan bahan
pembelajaran. Pada masa yang sama, kekurangan pendedahan kepada peluang latihan dan
pembudayaan pembelajaran masih wujud di antara institusi pengajian tinggi. Maka
transformasi pengajian tinggi dapat menjamin sekurang-kurangnya piawaian minimum bagi
memastikan semua pelajar didedahkan kepada peluang pengalaman pembelajaran yang
saksama. Penambahan bilangan pelajar bertaraf sijil dan diploma adalah cabaran yang besar
bagi memastikan nisbah pelajar bukan ijazah dengan ijazah mencapai nisbah 2:1. Hal ini
memerlukan peningkatan prasarana dan pembinaan lebih banyak institusi pengajian yang
menawarkan kursus di peringkat sijil dan diploma. Dalam konteks ini, kerajaan perlu mengkaji
keperluan untuk menggiatkan pembinaan
politeknik dan kolej komuniti.
KESIMPULAN
Walaupun pembangunan ekonomi dan sasaran negara maju menjelang 2020 menjadi agenda
utama Malaysia, kerajaan perlulah memastikan bahawa tiada jurang yang tinggi di antara
wilayah dan juga pembangunan di bandar dan luar bandar. Ini untuk memastikan supaya tidak
ada lagi rakyat Malaysia yang ketinggalan. Terdapat juga kemungkinan bahawa terjadinya
jurang pendapatan yang signifikan atau bagi kumpulan tertentu yang tidak dapat menikmati
hasil pertumbuhan ekonomi yang seimbang. Harus ditekankan bahawa isu kemiskinan adalah
punca utama peningkatan masalah sosial. Walaupun pelbagai program, perancangan dan
pelaksanaan dasar yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu kemiskinan namun ia
harus seimbang dan perlu sampai kepada semua isi rumah miskin supaya negara dapat
mencapai kemiskinan sifar. Dalam mengejar status negara maju, Malaysia juga perlu sentiasa
meningkatkan taraf hidup rakyat supaya semua golongan mendapat peluang pendidikan,
pekerjaan dan kemudahan asas. Hal ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang miskin dan
kaya dan mencapai negara kemiskinan sifar. Selain itu, individu juga perlu sedar dan perlu
meningkatkan tahap kehidupan dengan mengambil peluang yang telah diberikan supaya
sasaran bantuan kerajaan terhadap kemiskinan dapat mengeluarkan golongan miskin dari
belenggu hidup yang serba kekurangan. Dapat dilihat bahawa langkah dan strategi kerajaan
dalam usaha memberi peluang pendidikan kepada masyarakat di luar bandar yang tercicir
dalam pelajaran perlu diberi keutamaan supaya golongan tersebut dapat membaiki keadaan
mereka dan keluar daripada belenggu kemiskinan. Kerajaan juga perlu komited terhadap
peluang pendidikan yang perlu diperoleh oleh masyarakat bermula dari peringkat tadika lagi,
kemudian ke peringkat rendah dan menengah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Keadaan
ketidakseimbangan yang masih wujud antara bandar dan luar bandar perlulah ditangani untuk
memastikan penduduk mendapat peluang dan akses kepada pendidikan yang diperlukan.
Individu yang berkelayakan sepatutnya berpeluang memperoleh pendidikan tinggi tidak
mengira gender, umur, miskin, bandar, luar bandar, bumiputera, bukan bumiputera, orang asli
dan OKU. Ekuiti boleh ditingkatkan melalui agihan bantuan kewangan yang seimbang untuk
semua pelajar supaya mereka tidak ketinggalan dalam mengejar arus pendidikan tinggi dan
untuk mencapai masyarakat berpengetahuan.
Penghargaan
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Universiti Sains Malaysia yang telah
membiayai penyelidikan ini melalui Geran Penyelidikan Bersama (RUT) bertajuk “Education
as a Sustainable Intervention Strategy: Challenges in Eliminating Socio-Spatial Exclusion and
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
36
Inequalities for Developing Innovative Knowledge Societies in Malaysia” (di bawah geran
utama yang bertajuk “Spatial Inequalities: Framing Phenomena & Formulating Policies”, No.
Akaun: 1001/PHUMANITI/856002).
Rujukan:
Atkinson, A.B. (2016). Education for citizenship in an era ofglobal connection. Studies in Philosophy
and Education, 21,289–303.
Awang Selamat.(30/08/2009). Kemiskinan bandar. Utusan Online, Diakses pada 7 November 2013.
Daripada Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan.
Connelly, R., & Zheng, Z. (2007). Enrollment and graduation patterns as China's reforms deepen,
1990–2000. In E. Hannum, & A. Park (Eds.), Education and reform in China (pp. 81–92).
London: Routledge.
Dollar, D., & Kraay, A. (2007). Trade, Growth and Poverty, in Clift, J., & Diehl, E. (Ed.). (2007).
Financial Globalization: The impact on trade, policy, labor, and capital flows. Diakses pada
12 Disember 2013. Daripada http://nber.org.pdf.
Farrah Dina.,& Hasnal Ali. (2009). Analisis faktor mempengaruhi ketakseimbangan ekonomi wilayah
di Malaysia. Prosiding PERKEM IV, Jilid I, 2009, 118-141. Dikases pada 14 Januari 2015.
Daripada http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIV/PERKEM2009-1-08.pdf
Hannum, E. (1999). Political change and the urban-rural gap in basic education in China, 1949-1990.
Comparative Education Review, 43, 193–211.
Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2011). Jurnal Kebajikan Masyarakat, 37, Jun 2011.
Diakses pada 26 Jun 2014. Daripada http://www.jkm.gov.my
Jalan, J.,& Ravallion, M. (1997). Transient Poverty in Postreform Rural China. Journal of Comparative
Economics, 26 (1998): 338-357. Diakses pada 11 Disember 2013. Daripada
http://ulaval.ca.pdf.
Kandar Selamat, Yahya Buntat & Muhammad Rashid Rajuddin, (2002). Mata Pelajaran Vokasional
(MPV) di Sekolah Menengah Hariah: Penyediaan Guru MPV, Isu dan Cabaran. Eprints.
UTM.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2012). Definisi Miskin Tegar. Diakses
pada 6 November 2013. Daripada http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Statistik Pelajar, Perangkaan Pendidikan Tinggi
Negara, 2013. Diakses pada 16 Disember 2014. Daripada http://www.mohe.gov.my
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. 2012. Buletin Perangkaan.
Diakses pada 16 Januari 2015. Daripada http://www. rurallink.gov.my
Knight, J. (2013). Inequality in China: An overview. Policy research working papers. TheWorld Bank.
Lewis, O. (1966). The Culture of Poverty. Scientific American. (October 1966): 215
(4). Diakses pada 12 Disember 2013. Daripada http://ccmaine.org/pdf.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. (2013). Takrif Miskin. Pulau Pinang: Pejabat
Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.
Sanz, R. Alfredo, J.P. & Escamez, J. (2017). Higher education in the fight against poverty from the
capabilities approach: The case of Spain, Journal of Innovation & Knowledge 2(2017): 53-66.
Dawood, International Journal of Environment, Society and Space, 2016, 4(2), 16-37
37
Unit Perancang Ekonomi & Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah. (2013). Paras Garis
Kemiskinan. Kedah: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.
Unit Perancang Ekonomi. (2013). Komponen Indeks Kualiti Hidup Malaysia. Diakses pada 13
Disember 2013. Daripada http://www.epu.gov.my
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah. (2011). Statistik Kedah Sejahtera 2011. Kedah: Unit
Perancang Ekonomi Negeri Kedah.
Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis. (2011). Perangkaan Sosioekonomi Negeri Perlis. Perlis: Unit
Perancang Ekonomi Negeri Perlis.
Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang. (2013). Statistik Kemiskinan Daerah Pulau Pinang.
Penang: UPEN.
Universiti Utara Malaysia. (2014). Peratusan Bilangan Pelajar di IPTA dan IPTS Mengikut Pendapatan
Isi Rumah, 2010. Pembentangan.
Universiti Teknikal Melaka. (2012). Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti. BAB 3; Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara. Diakses pada 15 Januari 2015. Daripada
http://www.utem.edu.my/pjka/download/Bab3.pdf
V Sankara Subramaniam. (24 Ogos 2012). Penyelidik gesa kaji semula takrif kemiskinan. Bernama,
Diakses pada 7 November 2013. Daripada http://www.malaysiakini.com/news/206999.
Wang, X., Piesse, J., & Weaver, N. (2010). Mind the gaps: A political economy of the multiple
dimensions of China's rural-urban divide. SSRN Electronic Journal.
Zalika Adam., Faridah Kassim.,& Mohamad Johdi Salleh. (2009). Memperkasakan
pendidikan luar bandar. Prosiding “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar
2009”, 3-5 Februari 2009, Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah: Sekolah Pembangunan dan
Pendidikan Sosial, University Malaysia Sabah.
Zhang, H. (2017). Opportunity or new poverty trap: Rural-urba education disparity and internal
migration in China, China Economic Review 44 (2017): 112-124.