tama 1

13
TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB 2 PPPJ2443 “KAEDAH DAN STRATEGI TERJEMAHAN” FATIMAH HANISAH BINTI JASMI A139821 DR. MAHERAM AHMAD JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Upload: national-university-of-malaysia

Post on 27-May-2015

51 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tama 1

TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB 2

PPPJ2443

“KAEDAH DAN STRATEGI TERJEMAHAN”

FATIMAH HANISAH BINTI JASMIA139821

DR. MAHERAM AHMAD

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Page 2: Tama 1

Menurut Norizah Ardi dalam bukunya “Pengantar Prinsip Penterjemahan, 2009), banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis terjemahan.

2 kaedah penterjemahan iaitu: 1. Kaedah lama2. Kaedah baruKaedah lama: penterjemahan ditumpukan pada

persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal.Aspek seperti format, rima, rentak, bunga bahasa, dan

ciri-ciri kebahasaan dalam teks asal cuba dikekalkan supaya hasilnya menyamai teks bentuk asal.

Kaedah ini dinamai Kaedah Terjemahan Formal (Formal Equivalence).

Ia juga dikenali sebagai Kaedah Formal, Kaedah Terjemahan Harfiah dan Terjemahan Literal.

Page 3: Tama 1

Kaedah baru: mengutamakan reaksi pembaca dan kesan terhadap pembaca.

Kaedah ini juga menitikberatkan persamaan dinamik (dynamic equivalence)

Dinamakan sebagai terjemahan kaedah dinamikBerdasarkan 2 kaedah ini, Vinay dan Darbelnet

(pakar penterjemahan), telah mengutarakan beberapa kaedah.

Kaedah Lama (Formal)

Kaedah Baru

1) Pinjaman 1) Persamaan

2)Peniruan 2) Adaptasi

3) Penggantian 3) Penyamaan fungsian

4) Tranposisi 4) Pengembangan, Generalisasi, Mudulasi

Page 4: Tama 1

Kaedah Pinjaman

Kaedah ini digunakan untuk sesuatu unsur yang tidak wujud dan tiada padanan yang sesuai di dalam bahasa sasaran

Misalnya, dari segi teknik, konsep, peristilahan.Contoh:Teks sumber: Endocraditis is caused by bacteria that enter the bloodTeks sasaran: Endocraditis berlaku akibat bakteria yang

memasuki darahKaedah ini dilakukan untuk menimbulkan sifat-sifat

khusus dalam sesebuah teks dan dipinjam secara terus.Kaedah ini paling mudah dan diklasifikasikan sebagai

dan merupakan terjemahan terus dan terjemahan langsung.

Page 5: Tama 1

Kaedah Peniruan (Loan Translation)

Kaedah ini berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran. Namun istilah sahaja yang ditiru atau diterjemah.

Terdapat 2 jenis peniruan:1) Peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran, contohnya:Social science = sains sosial, electric current = arus elektrik2) Peniruan struktur yang memasukkan struktur baru dalam bahsa sasaran, contohnya:Prime minister = perdana menteri, head quarters = ibu pejabat.

Page 6: Tama 1

Kaedah Penggantian (Harfiah/ Literal Translation)

Kaedah ini digunakan untuk menterjemahkan atau menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya.

Contoh:Teks sumber: I love youTeks sasaran : saya cinta awak

Page 7: Tama 1

Kaedah Transposisi (Transposition)

Kaedah ini merupakan kaedah terjemahan yang mengubah atau menukar kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat.

Bertujuan untuk menyampaikan maksud dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja serta untuk menjelaskan lagi kandungan yang mungkin boleh mengelirukan jika kaedah ini tidak digunakan.

Contoh:Teks sumber: invest as low as RM 5,000Teks sasaran : dengan pelaburan serendah RM 5,000

Page 8: Tama 1

Kaedah Penyesuaian (Adaptation)

Kaedah ini merupakan penggantian terhadap perbezaan budaya yang terdapat dalam 2 bahasa.

Kaedah ini juga dianggap sebagai kaedah terjemahan yang paling bebas.

Ianya digunakan secara meluas untuk menterjemah.

Persamaan terdekat bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa.

Tidak ada perkatan yang sama makna dalam kedua-dua bahasa yang berlainan.

Jadi, menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya adalah kaedah yang paling sesuai.

Page 9: Tama 1

Persamaan terdekat makna

National Nasional, negara, kebangsaan

National language Bahasa kebangsaan

Persamaan sejati/bersahaja

makna

Big and small Besar kecil

Page 10: Tama 1

Persamaan yang paling baik ialah persamaan yang terdekat dan sejadi.

Terjemahan tersebut akan terlihat seoah ditulis terus kedalam bahasa sasaran dan tidak kelihatan seperti tejemahan.

Contoh:Teks sumber: he kissed his daughter on the mouthTeks sasaran: dia memeluk anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.Dalam budaya inggeris, seorang bapa yang baru

pulang dari perjalanan yang jauh boleh mencium bibir anaknya. Tetapi situasi ini tidak wujud dalam budaya melayu.

Budaya yang boleh disamakan ialah, bapa menghulur tangan lalu anaknya mencium tangan bapa.

Page 11: Tama 1

Penyamaan/Padanan Fungsian

Ia merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya dapat memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yang diterima oleh pembaca teks sumber

Contoh: Dalam bahasa Inggeris: go to hellDalam bahasa Melayu: pergi jahanamKaedah penyamaan ini boleh juga digunakan dalam

simpulan bahasa dan peribahasa dalam bahasa sumber.

Contoh:

Bahasa sumber As like as two peas

Bahasa sasaran Bagai pinang dibelah dua

Bahasa sumber Too many cooks spoil the troth

Bahasa sasaran Dua nakhoda satu kapal

Page 12: Tama 1

Peribahasa ini tidak boleh diterjemahkan secara literal atau secara peniruan

Ini kerana ia mempunyai maksud yang bersifat kebudayaan.

Jika diterjemah seara lteral/harfiah, maksud makna itu akan menyimpang daripada makna sebenar.

Page 13: Tama 1

Kesimpulannya, pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan banyak bergantung kepada berbagai-bagai faktor iaitu, ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi teks, bidang teks dan peringkat teks.

Penterjemah harus meneliti terlebih dahulu sebelum melakukan proses terjemahan agar tidak tersalah kaedah.

Rujukan: Norizah Ardi, 2009, Pengantar Prinsip Penterjemahan.