tugasan 1 buku cerita dan aktiviti

53
BAHAGIAN A : SENARAI CERITA PILIHAN Cerita Bahasa Melayu Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3 Tajuk Anjing Dengan Bayang- Bayang Merak Belajar Terbang Empat Bersaudara Tema Cerita Teladan Dongeng Haiwan Nilai Murni Nama Penulis Zaharil Nur Adriana Alia (penterjemah) Penerbit Penerbitan Kembang Maju Sdn. Bhd Arowana Publication Sdn. Bhd. Noon Publication Sdn. Bhd. Bil. Halaman 16 Cerita Bahasa Inggeris Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3 Tajuk The School Band The Beatiful Butterfly The Dancing Dragons Tema Nama Penulis Penerbit Bil. Halaman 16 1

Upload: oopsee

Post on 27-Jun-2015

939 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

BAHAGIAN A : SENARAI CERITA PILIHAN

Cerita Bahasa Melayu

Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3

TajukAnjing Dengan Bayang-Bayang

Merak Belajar Terbang Empat Bersaudara

Tema Cerita Teladan Dongeng Haiwan Nilai Murni

Nama PenulisZaharil

Nur Adriana Alia

(penterjemah)

PenerbitPenerbitan Kembang Maju Sdn.

Bhd

Arowana Publication Sdn.

Bhd.

Noon Publication Sdn.

Bhd.

Bil. Halaman 16

Cerita Bahasa Inggeris

Cerita 1 Cerita 2 Cerita 3

Tajuk The School Band The Beatiful Butterfly The Dancing Dragons

Tema

Nama Penulis

Penerbit

Bil. Halaman 16

CERITA 1

Tajuk : Anjing Dengan Bayang-Bayang

1

Page 2: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Seekor anjing berjalan kesana sini mencari makanan. Kemudian, ia terjumpa

rumah pekebun. Pekebun memberikan anjing seketul tulang. Anjing mengonggong

tulang itu. Anjing kemudiannya ternampak kucing dan cepat-cepat beredar dari situ.

Anjing menyenberangi sebuah jambatan.

Ditengah jambatan, anjing ternampak seekor anjing lain sedang mengonggong

tulang di dalam sungai itu. Ia berasa marah dengan anjing di dalam sungai itu. Anjing

mulai berasa tamak dan terus menyalak kepada anjing di dalam sungai tersebut.

Tulang yang digonggong terjatuh ke dalam sungai dan bayang-bayang anjing di

dalam air pun hilang. Rupa-rupanya anjing di dalam sungai itu adalah bayangnya

sendiri. Anjing menyesali perbuatannya itu. Disebabkan tamak, anjing tidak dapat

makan apa-apa.

A. Aktiviti sebelum membaca

Sebelum memulakan cerita, guru menarik minat murid dengan meminta murid untuk

memberikan contoh binatang yang berkaki empat yang biasa dilihat oleh murid.

2

Page 3: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Nota : Contoh jawapan yang diberikan oleh murid ialah seperti lembu, kambing,

kerbau, kucing, anjing dan sebagainya.

Guru menerima semua jawapan murid dan menjelaskan bahawa cerita pada hari ini

ialah berkenaan dengan anjing.

Guru meminta murid untuk berkumpul di hadapan guru dan berada dalam keadaan

diam dan terkawal sebelum memulakan cerita.

B. Aktiviti semasa membaca

Semasa membaca guru akan menunjukkan gaya bagi menggambarkan situasi yang

berlaku di dalam cerita untuk menarik minat murid untuk mendengar.

Guru juga turut menunjukkan kad-kad perkataan yang hendak di ajar yang dipetik dari

buku cerita kepada murid-murid. Guru akan menerangkan makna perkataan tersebut.

Guru seterusnya menyebut perkataan tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Murid-murid diminta mengulangi perkataan tersebut.

Semasa aktiviti sedang membaca, guru akan menyoal murid-murid untuk melihat

sejauh mana pemahaman murid terhadap cerita yang dibaca oleh guru

C. Aktiviti selepas membaca

Setelah selesai membaca, guru bertanya kepada murid nilai-nilai murni yang boleh

diteladani daripada cerita ini. Antaranya ialah;

3

Page 4: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

1. Bersikap baik dengan binatang.

2. Jangan tamak

1. Lima perkataan yang dipilih ialah;

1. lapar

2. dalam

3. marah

4. sedih

5. sungai

2. Guru mengajar murid membaca menggunakan kaedah KGBK. Guru menunjukkan

kad suku kata terbuka kepada murid –murid.

Nota : Murid memberi respon dengan membunyikan suku kata tersebut menggunakan

kaedah KGBK

3. Guru menunjukkan kad suku kata tertutup kepada murid –murid

Nota : Murid memberi respon dengan membunyikan suku kata tersebut menggunakan

kaedah KGBK

4. Guru membina perkataan bersama dengan murid daripada suku kata terbuka dan

tertutup tadi berdasarkan cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang.

4

la se ma da

par dih rah lam

Page 5: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

me mu

Nota : Selain itu, guru juga turut membina beberapa perkataan lain menggunakan

suku kata terbuka dan tertutup yang telah disediakan.

i. Malam

ii. Darah

iii. Serah

iv. Selam

5. Seterusnya guru memastikan murid-murid dapat membaca kad-kad perkataan yang

dipetik daripada buku cerita. Guru akan menggunakan aktiviti memancing suku kata .

Di dalam aktiviti memancing suku kata, guru akan menampal kad-kad suku kata

terbuka di papan hitam.

Contoh :

6. Guru akan meminta beberapa orang murid secara sukarela untuk datang ke hadapan

dan memancing kad suku kata tertutup. Murid-murid dikehendaki menampal suku

kata tertutup bersebelahan suku kata terbuka untuk membentuk perkataan yang ada

maksudnya.

7. Guru memperkenalkan tiga frasa yang terdapat di dalam buku cerita Anjing Dengan

Bayang-Bayang kepada murid-murid. Guru mengajar murid-murid membaca.

i. seketul tulang

ii. jatuh ke dalam sungai

iii. berasa sangat sedih

8. Murid-murid membaca ayat mudah.

Lembaran Kerja 1 (Bacaan)

5

Page 6: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Baca ayat mudah di bawah ini.

1. Ini anjing.

2. Anjing ada satu tulang.

3. Ia sangat tamak.

4. Tulang itu jatuh ke dalam sungai.

5. Anjing rasa sangat sedih.

Lembaran Kerja 2 (Penulisan)

Baca dan tulis semula ayat di bawah

6

Page 7: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

1. Anjing ada seketul tulang.

___________________________________________________________

2. Ia sangat tamak.

___________________________________________________________

3. Tulang itu jatuh ke dalam sungai.

__________________________________________________________

4. Ia berasa sangat sedih.

__________________________________________________________

CERITA 2

Tajuk : Burung Merak Belajar Terbang

7

Page 8: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Seekor Helang terbang tinggi ke sana ke mari di udara. Seekor Burung Merak

melihat Helang terbang. Ia ingin terbang tinggi juga.

Oleh itu, Burung Merak meminta Helang mengajarnya terbang tinggi. Helang

bersetuju. Helang mahu menunjuk kepada Burung Merak cara – cara terbang. Ia

membuka kepaknya lalu terbang tinggi di udara.

Burung Merak membuka kepaknya juga. Ia cuba terbang beberapa kali. Setiap

kali mencuba, ia tidak boleh terbang tinggi.

Burung Merak berehat di atas dahan sebentar. Selepas itu, ia cuba terbang lagi.

Kali ini Helang melihat bagaimana Burung Merak terbang. Akhirnya Helang tahu sebab

Burung Merak tidak boleh terbang tinggi.

Helang berkata, “Apabila kamu terbang tinggi di udara, setiap bahagian badan

mesti menguncup. Kepak kamu sahaja yang terbuka.”

Burung Merak berkata pula, “saya sudah buka kepak saya.” “Itu benar,” kata

Helang, “tetapi sebelum kamu terbang tinggi, cepat–cepat kamu kembangkan ekor

juga. Mengapakah kamu mahu terbang tinggi Merak?” Tanya Helang lagi.

Burung Merak menjawab,” Saya belajar terbang tinggi kerana saya mahu

menunjuk -nunjuk bulu ekor saya yang cantik di udara.” “Jika saya terpaksa kuncupkan

ekor saya kerana mahu terbang tinggi,” kata Burung Merak lagi.”apalah gunanya saya

belajar terbang?”

Helang tidak bersetuju dengan kata–kata Burung Merak. Ia mengeleng–geleng.

Akhirnya Burung Merak mengucapkan selamat tinggal. Ia terbang meninggalkan

Helang.

8

Page 9: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Oleh sebab mahu menunjuk–nunjuk bulu ekornya yang cantik, Burung Merak

tidak berjaya terbang tinggi di udara.

BAHAGIAN C

1. Lima perkataan yang dipilih ialah;

i. ekor

ii. merak

iii. kepak

9

Page 10: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

iv. cantik

v. terbang

2. Tiga frasa yang dipilih ialah;

1. terbang tinggi

2. buka kepak

3. bulu ekor

3. Guru memperdengarkan cerita Burung Merak Belajar Terbang kepada murid sambil

menjalankan sesi soal jawab supaya dapat dijadikan daya penarik untuk mengekalkan

minat dan konsentrasi murid.

4. Guru menjalankan soal jawab sekali lagi sebagai pengukuhan untuk memastikan

murid mengetahui dan memahami urutan cerita dan watak .

5. Guru memaparkan kad imbasan bagi perkataan-perkataan yang telah dipilih dan

menyebut perkataan-perkataan tersebut bersama dengan murid.

6. Guru menerangkan maksud perkataan tersebut sambil menggayakan aksi bagi

memudahkan kefahaman murid dan bersoaljawab dengan murid sebagai sumbang

saran.

7. Guru meminta murid membunyikan suku kata berdasarkan warna dan seterusnya

membunyikan perkataan tersebut.

10

terbang

merak

cantik

kepak

ekor

Page 11: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

8. Guru telah menyediakan kad imbasan frasa bagi perkataan-perkataan yang telah

dipelajari tadi berdasarkan cerita Burung Merak Belajar Terbang.

1. Murid membaca dengan kuat cerita pendek yang telah disediakan di

bawah bimbingan guru.

11

cantik

kepak

ekor

terbang

merak

terbang tinggi

buka kepak

bulu ekor

1.Itu burung merak.

2.Burung merak ada kepak.

3.Ekor burung merak cantik.

4.Burung merak tidak boleh terbang.

Page 12: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

10. Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki

membaca dan menulis semula ayat-ayat yang yang diberikan.

BAHAGIAN D

A. Aktiviti sebelum membaca

Sebelum memulakan cerita, guru meminta murid untuk meniru bunyi burung.

Murid akan member respons dengan meniru pelbagai bunyi burung, antaranya

cip..cip..cip.., ark..ark…ark..kur..kur..

12

1.Itu burung merak.

2.Burung merak ada kepak.

3.Ekor burung merak cantik.

4.Burung merak tidak boleh terbang.

Page 13: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Seterusnya guru meransang pengetahuan sedia ada murid dengan bertanya

bagaimana burung bergerak. Adakah burung merangkak, berenang atau berlari?

Murid akan memberi jawapan (terbang) dan guru meminta mereka bangun dan

membuat aksi burung terbang.(Aktiviti ini dapat menarik perhatian murid dan

mengelakkan mereka dari berasa mengantuk)

Bagi mengaitkan dengan tajuk cerita yang akan disampaikan, guru menyoal satu

teka-teki. ‘Di antara banyak burung, burung manakah yang cantik tetapi ia tidak

boleh terbang?’ Murid akan memberi pelbagai jawapan dan guru akan member

pujian sekiranya ada murid dapat menjawab dengan betul. Sekiranya tiada guru

akan menyarankan murid-murid untuk mendengar cerita yang bakal disampaikan

bagi mendapatkan jawapan.

B. Aktiviti semasa membaca

Guru akan meyampaikan cerita sambil menunjukkan gaya bagi menggambarkan

situasi yang berlaku di dalam cerita. Nada dan intonasi suara juga dipelbagaikan

bagi menarik minat murid untuk mendengar dan memahami jalan cerita.

Gambar karakter Burung Merak dan Helang turut ditunjukkan semasa sesi

bercerita ini.

C. Aktiviti selepas membaca

Selepas selesai sesi bercerita, murid-murid diminta untuk menyebut semula

beberapa perkataan atau frasa yang telah diperdengarkan sebentar tadi. Contoh;

merak, helang,terbang,

Aktivti seterusnya murid akan diberikan latihan pengukuhan di mana murid

diminta untuk mewarnakan gambar burung helang dan merak. Seterusnya

membaca ayat mudah di bawah gambar tersebut.

.

13

Page 14: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Cerita 3

Tajuk : Si Ketak dan Enam Anaknya

14

Page 15: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Pada suatu masa dahulu , ada seekor ibu ayam yang rajin bekerja.namanya ialah Si

Ketak. Ia mempunyai enam anak. Pada suatu hari, ia telah menjumpai sedikit benih gandum.

“Siapakah yang akan menolong aku menanam gandum ini?” tanya Si Ketak.

“Bukan saya,” kata itik.

“Bukan saya,” kata burung.

“Bukan saya,” kata kucing.

“Bukan saya,” kata anjing.

“Tak apa, aku dan enam anakku akan menanamnya,” kata Si Ketak.

Ia pun menanam benih gandum itu bersama anaknya. Tidak lama kemudian, tumbuhlah

pokok-pokok gandum yang subur. Buahnya berjurai-jurai. Sinaran matahari menyebabkan biji-

biji gandum cepat masak. Kini ia sudah sedia untuk dituai.

“Siapakah yang mahu membantu aku menuai gandum ini?” Tanya Si Ketak.

“Saya tak boleh,” kata itik.

“Bukan saya,” kata burung.

“Bukan saya,” kata kucing.

“Saya pun tak mahu,” kata anjing.

“Aku dan enam anakku akan melakukannya,” kata Si Ketak. Mereka pun mula menuai biji-biji

gandum itu.

15

Page 16: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Selepas menuai, Si Ketak dan enam anaknya mengisar biji-biji gandum itu dengan

menggunakan pengisar. Akhirnya terhasillah tepung yang sangat halus dan putih.

“Siapa yang nak tolong aku membuat sebiji kek?” tanya Si Ketak.

“Bukan saya,” jawab itik.

“Bukan saya,” jawab itik.

“Saya pun bukan,” kata kucing.

“Saya tak mahu,” jawab anjing.

“Kenam-enam anakku boleh mambantu aku,” kata Si Ketak. Mereka pun membancuh tepung

untuk membuat kek.

Apabila kek itu sudah masak, Si Ketak bertanya, “Siapakah yang mahu membantu aku

makan kek ini?”

“Saya mahu” jawab itik, burung, kucing dan anjing serentak.

“Oh, tidak! Kamu semua tak boleh,” kata Si Ketak. “Aku dan keenam-enam anakku yang

membuat semua kerja. Jadi kamilah yang akan makan kek ini.”

Story 1Title : The School Band

16

Page 17: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Lok Lok wants to play in the school band.

Will he play this? (guitar)

No, it is too big.

Will he play this? (trumphets)

No, it is too hard.

Will he play this? (tambourine)

No

Will he play this?

No, no, no!

What will Lok Lok play?

The drum! The drum! The big red drum!

Dum-diddy, dum-diddy, dum-dum-dum!

BAHAGIAN C & D

Bahan Bantu Mengajar :-

buku cerita “The School Band”, kad imbasan perkataan bergambar dan kad imbasan

frasa, bahan maujud (tambourine).

A. Aktiviti Sebelum Bercerita

17

Page 18: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Guru menunjukkan alat muzik tambourine kepada murid-murid dan menyoal beberapa

soalan seperti:

Namakan alat ini? (Guru akan memberi jawapan sekiranya murid tidak dapat

meneka dengan tepat)

Apakah kegunaan alat ini?

Di manakah boleh kamu lihat alat ini?

B. Aktiviti Bercerita

Guru memperdengarkan cerita ‘The School Band’ kepada murid-murid. Semasa

bercerita guru

menyebut setiap perkataan dengan jelas

mengulangi perkataan jika perlu

menyampaikan dengan intonasi dan nada suara yang berbeza.

membuat gaya serta memek muka juga dipelbagaikan bagi menyampaikan

maksud perkataan-perkatan tertentu seperti adjektif (big) juga kata kerja

(wants)

Menunjukkan kad imbasan bergambar bagi memperkenalkan alat-alat muzik

di dalam cerita.

Semasa bercerita, guru akan bertanyakan beberapa soalan untuk menguji

kefahaman murid serta mengenalpasti sejauh mana murid mengikuti cerita

yang dibacakan. Contohnya:

What is the boy’s name?

What does he want to play?

Does he want to play guitar?

C. Aktiviti Selepas Bercerita

1. Lima perkataan yang dipilih ialah:

i. school

ii. big

iii. play

iv. band

v. red

18

Page 19: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

2. Lima frasa yang dipilih ialah:

i. school band

ii. red drum

iii. wants to play

3. Bagi memperkenalkan perkataan dan frasa terpilih, guru:

menyediakan kad imbasan perkataan:

menyediakan kad imbasan frasa:

19red drum

school

band

red

play

big

wants to playoo big

school band

Page 20: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Guru menyebut perkataan-perkataan tersebut dengan jelas sambil

mempamerkan kad imbasan.

Murid-murid diminta untuk mengulangi perkataan-perkataan tersebut

Penekanan diberi terhadap sebutan yang tepat (accurate pronunciation).

Aktiviti pengulangan sebutan (drilling activity) akan dilakukan.

Seterusnya, guru menerangkan maksud bagi setiap perkataan dan frasa

tersebut.

Bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan murid terhadap perkataan

dan frasa yang diajar, guru akan memberi contoh dan menggunakan teknik

penyoalan. Misalannya;

Red is merah. Look, Hazim has red school bag. It is nice. Oh! Aih has

red bag too. So pupils, what colour are their bags? (murid akan

memberi jawapan - red)

Nota: Selalunya, murid-murid lain akan teruja memberitahu mereka juga ada

barang-barang lain yang berwarna merah seperti sharpener, pencil case, ruler

dan sebagainya. Jadi guru akan turut menggunakan barang-barang tersebut

sebagai contoh.

Seterusnya, guru akan mengaitkan contoh yang diberi dengan cerita yang

dibaca.

What colour is the drum? (sambil menunjukan kad imbasan bergambar)

Yes, it is a red drum. A big red drum. (pengukuhan frasa yang diajar)

Guru menampal kad imbasan perkataan dan frasa di papan putih dan

menjalankan aktiviti bacaan secara keseluruhan (whole class), berkumpulan

(murid lelaki dan murid perempuan) dan seterusnya secara individu di mana

setiap murid diminta untuk menyebut setiap perkataan dan frasa yang diajar.

(di sini guru dapat membuat refleksi sejauh mana objektif tercapai)

20

Page 21: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Sebelum mengakhiri pengajaran & pembelajaran, setiap murid akan diberi

lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.

Contoh lembaran kerja.

Story 2

The Beautiful Butterfly

21

Name: ……………………………….. Class: ……………

Read and match the sentence to the correct picture.

1. This is my school

2. This is a school band.

3. The boy plays the drum.

4. The boy plays the guitar.

5. They play for the school band

Page 22: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

I live in a hard shell. Crunch! Crunch! I bite a hole in the shell and crawl out.

Look, I have many legs! I am a caterpillar.

I have hairs on my body.

I like to eat leaves. Munch, munch, munch!

Oops, that is my skin! Now, I have a new one.

I eat and grow some more.

It is time for me to make a house and sleep in it.

I sleep for a long time. Then, I crawl out slowly.

Look, I have wings now! I stretch and open my wings.

How beautiful they are!

I hide among the flowers. I feel safe here.

It is raining. I quickly hide under a leaf.

If my wings wet and heavy, I cannot fly.

After a while, the rain stops. Good! I can fly out again.

I fly from flower to flower to suck nectar. Everyone says I am beautiful.

Oh, it is getting late, time to go home.

BAHAGIAN C & D

Bahan bantu mengajar: Buku cerita “The Beautiful Butterfly”, kad imbasan, kad gambar dan benda-benda maujud.

A. Aktiviti Sebelum Membaca Cerita

Sebelum memulakan cerita, guru membawa murid-murid bersiar-siar di taman

bunga sekolah. Guru meminta murid-murid menamakan serangga-serangga

22

Page 23: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

yang dapat dilihat di taman tersebut seperti semut, belalang, lebah dan juga ulat

beluncas di atas daun.

Seterusnya guru menunjukkan seekor ulat beluncas di atas daun dan bertanya

kepada murid-murid:

What is this, pupils?

(Murid akan menjawab ulat bulu/ ulat beluncas atau caterpillar)

Yes, this is a caterpillar. It is a baby of butterfly.

Seterusnya aktiviti membaca cerita akan dijalankan di taman bunga sekolah.

B. Aktiviti Membaca Cerita

Guru memperdengarkan cerita ‘The Beautiful Butterfly’ kepada murid-murid. Semasa

bercerita guru

menyebut setiap perkataan dengan jelas

mengulangi sebutan bagi memperkenalkan perkataan

menyampaikan cerita dengan intonasi dan nada suara yang berbeza.

membuat gaya serta memek muka juga dipelbagaikan bagi menyampaikan

maksud perkataan-perkatan tertentu seperti munch, sleep, fly, stretch, bit,

sleep, quickly dan slowly

Menunjukkan gambar-gambar menarik dan bewarna-warni yang terdapat

dalam buku cerita.

C. Aktiviti Selepas Bercerita

1. Lima perkataan yang dipilih ialah:

i. wet

ii. fly

iii. leaves

iv. flower

v. beautiful

23

Page 24: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

2. Lima frasa yang dipilih ialah:

i. like to eat

ii. my wings

iii. beautiful butterfly

3. Bagi memperkenalkan perkataan dan frasa terpilih, guru:

menyediakan kad imbasan perkataan:

menyediakan kad imbasan frasa:

24

my wings

beautiful butterfly

wet

flower beautiful

fly leaves

like to eat

Page 25: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Guru menyebut perkataan-perkataan tersebut dengan jelas sambil

mempamerkan kad imbasan.

Murid-murid diminta untuk mengulangi perkataan-perkataan tersebut

Penekanan diberi terhadap sebutan yang tepat (accurate pronunciation).

Aktiviti pengulangan sebutan (drilling activity) akan dilakukan.

Seterusnya, guru menerangkan maksud bagi setiap perkataan dan frasa

tersebut.

Bagi memperkenalkan kata adjektif (wet, beautiful) dan kata nama (leaves,

flower) guru akan member contoh melalui kad gambar dan benda maujud

yang terdapat di sekeling seperti bunga dan daun.

Bagi memperkenalkan kata kerja fly, murid-murid diminta untuk meniru gaya

rama-rama atau burung terbang sambil menyebut perkataan fly. Perlakuan ini

dapat mengukuhkan ingatan murid terhadap maksud perkataan tersebut.

Begitu juga apabila memperkenalkan frasa-frasa di atas, guru akan akan

membuat gaya dan meminta murid meniru gaya-gaya tersebut.

Bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan ingatan murid terhadap perkataan

dan frasa yang diajar, guru akan memberi contoh dan menggunakan teknik

penyoalan. Misalannya;

Do you have wings?

What objects have wings?

Can we fly? (No)

Why? (it is because we have no wings)

What animal can fly?

Nota: Murid akan memberi pelbagai jawapan dan guru akan menerima

jawapan-jawapan yang tepat dan memberi peneguhan

How do birds fly? How do butterflies fly?

Murid-murid akan meniru gaya fly yang telah dipelajari sebentar tadi.

25

Page 26: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Seterusnya, guru memupuk nilai-nilai murni berdasarkan cerita yang dibaca.

Contohnya, sayangi serangga dan haiwan juga pelihara alam sekitar sebagai

tempat tinggal benda hidup yang lain.

Sebagai aktiviti pengukuhan, guru akan memberikan lembaran kerja di mana

murid-murid perlu:

Membuat garisan mengikut nombor bagi membentuk seekor rama-

rama.

Seterusnya menulis semula perkataan (tracing) di atas titik-titik di

bawah gambar tersebut. I am a butterfly.

Mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Colour the picture.

26

Page 27: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

A butterfly

Story 3

Title: The Dancing Dragons

27

Page 28: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

The dragons want to dance all night, but first they have to look just right.

They love to dress in fancy clothes – see their hats and coats and bows! First the

dragons dance in rows. Look at the patterns on all their bows!

Next the dragons spin and whirl – even their coats begin to swirl. Later the

dragons jump and jiggle. Even their hats all start to wiggle.

But finally the dragons stop. They’re all so tired they want to flop! It’s time to put

their clothes away – til dancing time another day.

BAHAGIAN E

Lakonan berdasarkan cerita Si Ketak dan Enam Anaknya.

28

Page 29: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Guru memilih beberapa orang murid untuk melakonkan watak-watak di

dalam cerita ini.

Watak-watak:

1. Si Ketak

2. Anak- anak Si Ketak (6 orang)

3. Burung

4. Biri-biri

5. Kucing

6. Itik

7. Pencerita

Props:

Topeng muka bagi setiap watak – Si Ketak, Anak No.1, Anak No.2, Anak

No.3, Anak No.4, Anak No.5, Anak No.6, Burung, Kucing, Biri-biri, Itik,

Skrip:

Pencerita :

Di sebuah kampung, terdapat seekor ibu ayam yang sangat

rajin. Namanya Si Ketak. Si Ketak mempunyai 6 ekor anak.

Anak-anak Ketak amat baik dan mereka sangat rajin menolong

ibu mereka mencari makanan. Pada suatu hari, ia telah

menjumpai sedikit benih gandum.

Si Ketak : Siapakah yang akan menolong aku menanam gandum

ini?

Itik : Bukan saya

Burung : Bukan saya

29

Page 30: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Kucing : Bukan saya

Biri-biri : Bukan saya

Si Ketak : Tak apa, aku dan enam anakku akan menanamnya

Anak Si Ketak : Baiklah ibu, kami akan menolong ibu

Pencerita :

Ketak pun menanam benih gandum itu bersama anaknya.

Tidak lama kemudian, tumbuhlah pokok-pokok gandum yang

subur. Buahnya berjurai-jurai. Sinaran matahari menyebabkan

biji-biji gandum cepat masak. Kini ia sudah sedia untuk dituai.

Si Ketak : Siapakah yang mahu membantu aku menuai gandum

ini?

Itik : Saya tak boleh

Burung : Bukan saya

Kucing : Bukan saya

Biri-biri : Saya pun tak mahu

Si Ketak : Aku dan enam anakku akan melakukannya

Anak Si Ketak : Baiklah ibu, kami akan membantu ibu

Pencerita :

Selepas menuai, Si Ketak dan enam anaknya mengisar biji-biji

gandum itu dengan menggunakan pengisar. Akhirnya

terhasillah tepung yang sangat halus dan putih.

Si Ketak : Siapa yang nak tolong aku membuat sebiji kek?

30

Page 31: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Itik : Bukan saya

Burung : Bukan saya

Kucing : Saya pun bukan

Biri-biri : Saya tak mahu

Si Ketak : Takpelah, keenam-enam anakku boleh membantu aku

untuk membuat kek.

Anak Si Ketak : Baiklah ibu, kami akan membantu ibu.

Anak Si Ketak 1 : Kek apa yang kita akan buat ni ibu?

Anak Si Ketak 2 : Kek kopi?

Anak Si Ketak 3 : Kek oren?

Anak Si Ketak 4 : Kek buah?

Si Ketak : Kita akan buat kek coklat yang sangat sedap.

Anak Si Ketak : Yeyy!!

Pencerita :

Tidak berapa lama kemudian, siaplah kek coklat yang dimasak

oleh Si Ketak dan anak-anaknya. Baunya amat sedap dan

menyelerakan.

Si Ketak : Siapakah yang mahu membantu aku makan kek ini?

Itik : Saya mahu!

Burung : Saya mahu!

Kucing : Saya juga mahu!

Biri-biri : Saya pun mahu juga!.

Si Ketak : Oh, tidak! Kamu semua tak boleh makan kek ini. Aku

dan keenam-enam anakku yang membuat semua kerja.

Jadi kamilah yang akan makan kek ini.

31

Page 32: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Pencerita :

Tanpa melengahkan masa, Si Ketak dan keenam-enam

anaknya memakan kek coklat itu. Burung, Itik, Kucing dan Biri-

biri pula merasa menyesal di atas sikap mereka yang

mementingkan diri sendiri.

Tajuk:

KISAH ARNAB DAN RUSA

32

Page 33: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Arnab dan Rusa adalah kawan baik. Pada

suatu hari ketika mereka sedang bermain

bersama, mereka ternampak sebakul buah.

33

Page 34: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

“Eh, buah” kata Arnab. “Bolehlah kita

makan buah ini bersama”, balas rusa mahu

berkongsi makanan bersama Arnab.

“Mana boleh, saya yang jumpa dulu

buah ini. Jadi buah ini saya yang punya”

kata Arnab dengan tamak.

34

Page 35: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

“Saya yang nampak dulu buah ini” balas

Rusa kepada Arnab tidak berpuas hati.

35

Page 36: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

“Apa kata kita bertanding, siapa yang

menang dia yang dapat buah ini” kata Arnab

kepada Rusa. “Baiklah.” balas Rusa. “Kalau

macam tu kita minta tolong Monyet untuk

menjadi pengadil”, balas rusa lagi.

36

Page 37: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Mereka pun memanggil Monyet untuk

menjadi pengadil. “Baiklah, berikan buah itu

kepada saya. Saya akan meletakkan buah ini

di atas pokok. Siapa yang dulu mendapat

buah ini dialah yang menang.” Kata Monyet

kepada Arnab dan Rusa.

37

Page 38: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

“Baiklah, kami setuju.” Kata Arnab dan

Rusa serentak tanpa berfikir panjang dengan

cadangan Monyet.

38

Page 39: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Arnab dan Rusa berusaha untuk

memanjat pokok bagi mendapatkan buah

itu, tetapi kedua-duanya gagal. Akhirnya

Monyet yang makan buah itu seorang

diri. Arnab dan Rusa berasa sangat

menyesal. Semenjak dari itu Arnab dan

Rusa bermusuhan sesama sendiri.A. Aktiviti sebelum membaca

Sebelum memulakan cerita, guru betanyakan murid beberapa soalan.

Siapa pernah tengok arnab? Macamana rupa arnab?

39

Page 40: Tugasan 1 Buku Cerita Dan Aktiviti

Siapa pernah tengok rusa dan monyet?

Di mana kita dapat tengok haiwan-haiwan tersebut?

Siapa pernah pergi zoo?

Murid menjawab soalan-soalan guru dan seterusnya guru memberi perhatian

terhadap respon murid-murid.

Seterusnya guru mengaitkan dengan cerita yang akan dibacakan.

B. Aktiviti semasa membaca

Guru meyampaikan cerita sambil menunjukkan gaya dan memek muka bagi

menggambarkan situasi yang berlaku di dalam cerita. Nada dan intonasi suara

juga dipelbagaikan bagi membezakan watak Arnab, Rusa dan Monyet.

Sambil membaca cerita, guru menunjukkan ilustrasi buku kepada murid untuk

menggambarkan setiap plot cerita.

Guru turut menyoal murid di antara setiap plot untuk mengetahui sejauh mana

murid memahami watak dan jalan cerita.

C. Aktiviti selepas membaca

Selepas selesai sesi bercerita, guru memberi peluang kepada seorang dua murid

untuk menceritakan semula cerita tersebut mengikut pemahaman mereka.

Guru dan murid menilai semula watak-watak di dalam cerita.

Guru menekankan betapa pentingnya sikap saling bertolak ansur dan tidak

mementingkan diri sendiri.

Aktivti terakhir, murid mewarna topeng muka Arnab, Rusa dan Monyet yang

telah disediakan oleh guru.

40