tutorial : perkembangan sosio-emosi

Post on 14-Jun-2015

3.428 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BM 1 (SK) PISMP SEM 1AMBILAN JAN 2013

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)KUMPULAN 4 (TUTORIAL)

TAJUK :PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

DISEDIAKAN OLEH :RAFIZA BINTI DARUS

NORHAYATI BINTI ALI MARANNUR AMALINA SALWA BINTI ROSLI

NURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIMNUR AMIRA AIZA BINTI MOHD. JOHAN

PENSYARAH : PN. MARIAH BINTI MOHD. NOR

PERBINCANGAN / SUMBANGSARAN PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

SOALAN 1

Jelaskan ciri-ciri peringkat oral mengikut Teori

Perkembangan Emosi menurut Sigmund Freud.

1. Memperoleh kepuasan dan belajar daripada menghisap, menggigit dan menelan selepas 8 bulan.

2. Personaliti mula dibentuk dengan pengalaman yang dialami.

3. Mula timbul niat memiliki harta benda.

4. Kanak-kanak yang tidak suka menggigit dan makan akan memperoleh personaliti angresif dan suka ejek orang lain.

SOALAN 2

Jelaskan ciri-ciri perkembangan perlekatan (attachment) fasa pertama

iaitu fasa prapelekatan menurut Bowlby.

Ciri-ciri :

Tanda terbina :

mencengkam, senyum, menagis, menatap mata dewasa-membawanya rapat-rapat berhubung dengan orang dewasa.

SOALAN 3

Huraikan peringkat perkembangan psikososial

Erikson berdasarkan peringkat perkembangan yang kumpulan

anda peroleh.

PERINGKAT 1

Peringkat : Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan.

Tahap Umur : Dari lahir hingga 1 tahun.Huraian :

Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan timbul.

PERINGKAT 2

Peringkat : Autonomi lawan keraguan.Tahap Umur : 1 tahun hingga 3 tahun.Huraian :

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima

sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri

sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

PERINGKAT 3

Peringkat : Inisiatif lawan rasa bersalah.

Tahap Umur : 4 tahun hingga 5 tahun.Huraian :

Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa rasa bersalah.

PERINGKAT 4

Peringkat : Industri lawan rasa rendah diri.

Tahap Umur : 6 tahun hingga 11 tahun.

Huraian : Kanak-kanak perlu menguasai

kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan

membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

PERINGKAT 5

Peringkat : Identiti lawan kekeliruan identiti.

Tahap Umur : 12 tahun hingga 18 tahun.Huraian : Mencari identiti diri bagi

golongan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

PERINGKAT 6

Peringkat : Keintiman lawan keasingan.Tahap Umur : Awal dewasa

(18 tahun hingga 35 tahun).Huraian :

Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah

perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.

PERINGKAT 7

Peringkat : Generativiti lawan kekakuan.

Tahap Umur : Pertengahan dewasa (35 tahun hingga 65 tahun).

Huraian : Kehidupan berkeluarga dan kerjaya

yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.

PERINGKAT 8

Peringkat : Integriti lawan kekecewaan.

Tahap Umur : Lanjut usia (65 tahun ke atas).

Huraian : Kejayaan dalam hidup berkeluarga

dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

SOALAN 4

Nyatakan 5 prinsip utama dalam Teori Psikososial

Erikson.

Setiap individu mempunyai asas keperluan yang sama.

Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya.

Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.

Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.

Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Jelaskan 5 elemen yang perlu diberi perhatian

dalam kecerdasan emosi mengikut Goleman.

SOALAN 5

5 ELEMEN :

1. Memahami emosi sendiri2. Kebolehan mengendali emosi3. Memotivasikan diri4. Menyedari emosi orang lain5. Mengendalikan hubungan

dengan orang lain

1.MEMAHAMI EMOSI SENDIRI

Seseorang individu perlu memahami emosi sendiri dalam sesuatu keadaan.

Kanak-kanak harus dilatih supaya dapat mentafsir keadaan emosi dalam sesuatu situasi

2. KEBOLEHAN MENGENDALIKAN EMOSI

Pengendalian emosi memerlukan latihan daripada zaman kanak-kanak.

Individu yang dapat mengendali meregulasikan emosinya akan lebih tenang dan berjaya dalam hidup.

3. MEMOTIVASIKAN DIRI

Kecerdasan emosi akan dapat dipertingkatkan apabila seseorang

individu dapat mendorong dan memotivasikan dirinya untuk

membina emosi yang stabil dan seimbang.

4. MENYEDARI EMOSI ORANG LAIN

Setiap individu mempunyai emosi yang berlainan.

Oleh itu, kita perlu peka dengan emosi individu lain yang berada di persekitaran dan berkaitan dengan kita.

5. MENGENDALIKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN

Setiap individu mempunyai pelbagai emosi yang terbentuk daripada interaksi dengan diri sendiri dan persekitaran.

Bagi memperolehi kesan yang positif dalam hubungan dengan individu lain secara formal atau informal, individu tersebut harus bijak mengendalikan emosinya dan memahami emosi orang lain.

SOALAN 6

Aktiviti lakonan berdasarkan situasi yang

melibatkan sesuatu emosi.

EMOSI1. Emosi kerana lapar.

2. Emosi kerana sakit.

3. Emosi apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenali.

4. Emosi di atas kejayaan yang diperoleh.

5. Emosi kanak-kanak apabila tidak mencapai matlamat yang

mereka inginkan.

6. Emosi apabila kanak-kanak mendapati apa yang mereka

lakukan berakhir dengan kegagalan.

7. Emosi apabila berada dalam situasi gagal dalam percintaan.

8. Emosi apabila sedang dilamun cinta.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

KAMI BANGGA DAN BERSYUKUR MENJADI GURU

top related