kalendar masihi

Upload: lenny-mangai

Post on 10-Jan-2016

257 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kalendar Masihi

TRANSCRIPT

Asal Usul

Kalendar

Kalendar Masihi, atau juga dikenali sebagai Kalendar Gregory (Gregorian calendar) adalah kalendar yang digunapakai di seluruh dunia secara umum pada masa kini. Ianya dinamakan sempena dengan nama orang yang memperkenalkan ia pada February 1582; Pope Gregory XIII.

Kalendar Gregorian menambahbaik Kalendar Julian (Julian calendar) kerana Kalendar Julian mempunyai kesalahan 1 hari dalam setiap 128 tahun. Pengenalan Kalendar Gregorian membenarkan penyelarasan equinox antara bumi dan matahari, namun beberapa hari terpaksa dihapuskan apabila perubahan ini mula dilakukan.

Kalendar Gregorian ini mula digunapakai di Itali, Poland, Portugal, dan Sepanyol pada tahun 1582. Antara perubahan yang dilakukan oleh Kalendar Gregorian : 10 hari dimansuhkan pada October 1582. 15 Oktober 1582 adalah hari pertama Kalendar Gregorian berikutan hari terakhir Kalendar Julian iaitu 4 Oktober 1582, bermaksud tarikh 5 - 14 haribulan Oktober 1582 adalah tidak wujud! Satu cara baru diperkenalkan untuk menentukan tarikh Hari Easter supaya ianya sentiasa jatuh tepat pada equinox bulan Mac Kaedah untuk mengira tahun lompat diubah iaitu tahun lompat ialah jika: tahun itu boleh dibahagi sempurna dengan 4 tahun itu boleh dibahagi sempurna dengan 100, ianya BUKAN tahun lompat kecuali tahun itu juga boleh dibahagi sempurna dengan 400, maka ia adalah tahun lompat

Siapakah Pencipta Kalendar Gregorian?

Pope Gregory XIII

Walaupun Kalendar Gregorian ini dinamakan sempena nama Pope Gregory XIII, ianya sebenarnya adalah daripada kalendar ciptaan seorang doktor, ahli astronomi, dan juga ahli falsafah yang bernama Luigi Lilio (juga dikenali sebagai Aloysius Lilius). Beliau lahir pada tahun 1510 dan mati pada tahun 1576, enam tahun sebelum kalendarnya diperkenalkan secara rasmi.

Asal Usul

Nama Bulan

MonthLatinOrigin

JanuaryJanuariusNamed after the god Janus.

FebruaryFebruariusNamed after Februa, the purification festival.

MarchMartiusNamed after the god Mars.

AprilAprilisNamed either after the goddess Aphrodite or the Latin word aperire, to open.

MayMaiusProbably named after the goddess Maia.

JuneJuniusProbably named after the goddess Juno.

JulyJuliusNamed after Julius Caesar in 44 B.C.E. Prior to that time its name was Quintilis from the word quintus, fifth, because it was the 5th month in the old Roman calendar.

AugustAugustusNamed after emperor Augustus in 8 B.C.E. Prior to that time the name was Sextilis from the word sextus, sixth, because it was the 6th month in the old Roman calendar.

SeptemberSeptemberFrom the word septem, seven, because it was the 7th month in the old Roman calendar.

OctoberOctoberFrom the word octo, eight, because it was the 8th month in the old Roman calendar.

NovemberNovemberFrom the word novem, nine, because it was the 9th month in the old Roman calendar.

DecemberDecemberFrom the word decem, ten, because it was the 10th month in the old Roman calendar.

Tiada Tahun Sifar !!!Dalam sistem penomboran tahun AD, sama ada ianya untuk Kalendar Julian atau Gregorian, AD 1 dimulakan selepas 1 BC. Tiada tahun "0" antara kedua-duanya. Disebabkan hal ini, pakar-pakar bersetuju bahawa abad baru bermula pada tahun yang mana digitnya "01" (1801, 1901, 2001); milenium baru juga bermula pada tahun 1001 dan 2001. Kesilapan umum adalah mengatakan bahawa abad dan milenium baru dimulakan dengan digit sifar (1800, 1900, 2000, dll).KalendarIslam

Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

KalendarCina

PenyalarasanKalendar di Malaysia...

KalendarJawa

Kalender Jawa adalah sebuah kalender yang istimewa kerana merupakan perpaduan antara budaya Islam, budaya Hindu-Buddha Jawa dan juga sedikit budaya Barat. Dalam sistem kalender Jawa, putaran hari yang dipakai ada dua: putaran mingguan yang terdiri dari 7 hari seperti yang kita kenal sekarang, dan putaran pekan pancawara yang terdiri dari 5 hari pasaran.

Pada tahun 1625 Masehi, Sultan Agung telah menyebarkan agama Islam di Pulau Jawa Sejak saat itu kalender Jawa versi Mataram menggunakan sistem kalender kamariah atau lunar, namun tidak menggunakan angka dari tahun Hijriyah (saat itu tahun 1035 H). Angka tahun Saka tetap dipakai dan diteruskan. Hal ini dilakukan demi asas kesinambungan. Sehingga tahun saat itu yang adalah tahun 1547 Saka, diteruskan menjadi tahun 1547 Jawa.

KalendarJulian

Kalender Julian, satu tahun secara rata-rata didefinisikan sebagai 365,25 hari. Angka 365,25 dapat dinyatakan dalam bentuk (3365+ 1366)/4. Oleh itu, dalam kalender Julian, terdapat tahun kabisat setiap 4 tahun. Kalender Julian berlaku sehingga Khamis-4 Oktober 1582 M.

KalendarMaya

Kalender Maya merupakan sistem kalender yang disusun oleh sebuah peradaban yang dikenal dengan nama Maya. Kalender ini diciptakan Baktun ke-6 (sekitar tahun 747-353 SM). Puncak kejayaan peradaban Suku Maya yang tinggal di semenanjung Yucatan, Amerika Tengah terjadi sekitar tahun 250-900 M.Dalam hitungan kalender ini 260 hari terbahagi kepada 13 trecena dan lama waktu setiap trecena adalah 20 hari. Walaupun tiada bukti dari 20 penanggalan tersebut, namun pada buku Chilam Balam telah menunjukkan bahawa hari pertama adalah Imix. KalendarJepang

Pada akhir tahun ke-5 zaman Meiji atau sekitar 1872, Jepang masih menggunakan Kalender Temp (Temporeki). Hanya selepas tempoh itu, Jepang menggunakan sistem Kalender Gregorian sejak tahun ke-6 zaman Meiji atau 1 Januari 1873. Kalender Jepang dalam satu tahun terbagi menjadi 12 bulan yaitu Ichigatsu, Nigatsu, Sangatsu, Shigatsu, Gogatsu, Rokugatsu, Sichigatsu, Hachigatsu, Kugatsu, Jugatsu, Juichigatsu dan Junigatsu.