latihan (pengurusan sumber manusia)

16
1 Pemasaran Perniagaan (DDG 2283) Isi Kandungan BI L KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Isi kandungan 1 2 Penghargaan 2 3 Pengenalan 3-4 4 Model 4p 9-10 5 Analisis SWOT 11 6 5 Kuasa Persaingan 12 7 Kesimpulan 13 8 Lampiran 14 9 Rujukan 15

Upload: noor-izzahtul-aisyah-yusof

Post on 25-Jul-2015

480 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

1Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Isi KandunganBIL KANDUNGAN MUKA SURAT1 Isi kandungan 12 Penghargaan 23 Pengenalan 3-44 Model 4p 9-105 Analisis SWOT 116 5 Kuasa Persaingan 127 Kesimpulan 138 Lampiran 149 Rujukan 15

Page 2: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

2Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

PenghargaanDengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang

terpilih.

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat

dan hidayatNya membolehkan saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini.

Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih dan seribu

penghargaan kepada pensyarah pemasaran perniagaan iaitu Pn. Asmak binti Zakaria. Demikian juga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran.

Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu

saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih.

Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Page 3: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

3Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Pengenalan

1950an - 1980an

1953: Samsung memulakan pengeluaran gula yang kemudiannya berakhir.

1958: Samsung mula menawarkan insurans.

1965: Sebuah pasar raya dibuka di Kwanjou.

1967: Samsung memulakan pengeluaran surat khabar harian, Joong-Ang Ilbo. Pada hari ini,

akhbar ini bukanlah anak syarikat Samsung lagi.

1969: Samsung Electronics diasaskan.

Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidirinya, Samsung Electronics Co. Ltd.

ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia

beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan

pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu

daripada 10 jenama terkenal di dunia.

Page 4: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

4Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Buat masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu

Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk

mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media

Digital, LCD, dan Semikonduktor.

Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung

Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group.

Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat

eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.

1974: Samsung Petrochemical and Heavy Industries diasaskan.

1976: Samsung dianugerahkan hadiah eksport oleh kerajaan sebagai salah satu daripada

program pembangunan negara.

1977: Hasil daripada kemenangannya itu, Samsung Construction ditubuhkan. Tambahan lagi,

Samsung Shipbuilding dibangunkan.

1982: Samsung menubuhkan sebuah pasukan bola lisut professional.

1983: Samsung menghasilkan cip komputer pertamanya: 64k DRAM.

Pada penghujung tahun 1980an, Samsung meneruskan usaha dalam bidang petrokimia dan

elektronik.

1990an hingga sekarang

Pada tahun 1990an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf

antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luar Korea Selatan, malah

ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen elektronik. Syarikat pembinaan

Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buah Menara Petronas di

Malaysia pada bulan September 1993. Samsung berjaya mengatasi krisis kewangan Asia yang

berlaku pada tahun 1997 dan 1998 malah ia juga semakin berkembang. Rekod Samsung Electronics

menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang berada pada "ranking" #20 di

dunia.

Akhir sekali, pada hari ini samsung telah mengeluarkan Telefon bimbit atau Rangkaiannya iaitu

Samsung Galaxy Tab. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pihak Celcom Malaysia mungkin

menjadi pembekal rasmi dan menawarkan pelan data yang menarik untuk pengguna.  Ia dijangka

akan dilancarkan pada Isnin 22 Ogos 2011.

Page 5: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

5Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Model 4p1. PRODUK Terdapat beberapa aspek bahawa sesebuah syarikat perlu mengambil kira tentang produk atau

perkhidmatan yang disediakan berhubung dengan strategi pemasaran. Pemilik perniagaan perlu

mempertimbangkan manfaat bagi pengedar industri atau agensi kerajaan jika mereka membeli

produk atau perkhidmatan dan penyelidikan terperinci dalam kawasan tersebut adalah merupakan

satu kemestian. Pemilik perniagaan juga perlu mempertimbangkan penggunaan jaminan produk dan

bagaimana untuk membuat pengedar industri berasa bahawa mereka tinggal dalam zon selesa

selepas mereka membeli produk tersebut untuk dijual kepada pelanggan.

Samsung Galaxy Tab adalah komputer tablet berbasis Android yang dikeluarkan oleh Samsung. Ia

telah dipasarkan pada 2 September 2010 di IFA Berlin. Samsung Galaxy Tab 10.1 (P7100)

mempunyai reka bentuk yang sangat baik. Samsung Galaxy Tab 10.1 menawarkan pengalaman

superlatif dengan tablet skrin nipis dan ringan. Pada hanya 599 gram dan nipis 8.6mm, tablet ini

adalah mudah untuk dikendalikan.

Selain itu, ia mempunyai Skrin yang baik dengan ketinggian 175.3mm(H) dan 256.7mm(W) dan

menyediakan kejelasan skrin yang sangat cemerlang. Dengan 1280 x 800 WXGA paparan

menawarkan kepadatan piksel 149ppi (piksel satu inci), anda boleh menikmati butir-butir yang lebih

baik. Selain daripada itu, ia memiliki CPU 1GHz dual core, 1GB RAM, 16GB/32GB simpanan dan

kamera belakang 8MP dengan flash LED, kamera depan 2MP, 3G, 599g.

Page 6: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

6Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Kitaran Hayat

Produk

i. PERINGKAT PENGENALAN

- Pada peringkat ini pertumbuhan jualan Samsung adalah lembab.

- Produk baru Samsung mula diperkenalkan.

- Perbelanjaan adalah tinggi.

- Keuntungan tidak wujud.

- Produk Samsung memerlukan sokongan promosi yang hebat. 

ii. PERINGKAT PERTUMBUHAN

- Jika produk baru memasuki peringkat pertumbuhan ia akan mula memuaskan hati

pelanggan.

Page 7: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

7Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

- Jualan mula mengalami peningkatan. 

- Keuntungan mulai meningkat. 

- Pesaing mula memasuki pasaran dan mula membezakan produk mereka untuk mencipta

secondary demand.

iii. PERINGKAT KEMATANGAN

- Jualan Samsung mulai perlahan kerana telah diterima oleh pembeli berpotensi. 

- untung adalah statik @ menurun kerana peningkatan dalam perbelanjaan. 

- strategi ubahsuai produk sehingga kepada pengubahsuaian elemen campuran pemasaran

yang lain. 

iv. PERINGKAT KEJATUHAN

-Jualan berterusan jatuh untuk beberapa tahun. 

- Jualan jatuh disebabkan oleh kemajuan teknologi, perubahan citarasa pengguna &

persaingan yg meningkat. 

-Syarikat Samsung haruslah membuat keputusan untuk mengekalkan jenamanya, menjual

produknya atau menggugurkan produk.

Page 8: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

8Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

2. HARGA (PRICE)Jika hendak menetapkan harga sesuatu produk dengan nilai yang tinggi,syarikat akan menghadapi

rintangan besar dalam mengejar pembekal untuk membeli produk tersebut. Sebaliknya,jika

menetapkan harga produk dengan nilai yang rendah ia akan menjana persepsi kualiti produk yang

rendah. Pemilik perniagaan perlu melakukan beberapa analisis untuk mengetahui apakah harga yang

terbaik untuk mengenakan bayaran supaya dapat meyakinkan pelanggan mengenai produk mereka.

Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 yang ditawarkan di Malaysia ialah lebih kurang RM 1899.90.

Samsung juga telah menawarkan pelbagai aksesori dengan harga yang berpatutan :

USB CONNECTION KIT (RM 109)USB sambungan kit mempunyai dua peranti hitam yang menghubungkan tablet

dengan peranti USB seperti pemacu USB flash, papan kekunci, tetikus dan Gamepad.Peranti

serta bertindak sebagai pembaca kad SD untuk tablet.

HDMI CONNECTOR (RM 139) 

Menyambung Samsung Galaxy Tab 10.1 kepada HDTV dan mungkin melalui Penyambung HDMI.

BOOK COVER (RM 219) 

Page 9: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

9Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Seperti namanya,Cover Buku mengubah Samsung Galaxy Tab 10.1 seperti sebuah buku.

DESKTOP STAND (RM 120)

Keyboard dok putih membolehkan pengguna meletakkan tablet seperti komputer riba biasa. Ia

juga menarik kuasa daripada tablet untuk bekerja.

BLUETOOTH KEYBOARD WITH COVER (RM 399) 

Seperti dengan Perlindungan Buku, tetapi perlindungan ini terdapat dengan papan kekunci wayarles

Bluetooth berguna.

Page 10: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

10Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

3. PROMOSIPromosi ialah proses pemasaran untuk memberitahu,memujuk dan mengingatkan pembeli tentang

produk atau perkhidmatan. Pemilik perniagaan perlu berfikir bagaimana untuk mempromosikan

produk atau perkhidmatan yang disediakan untuk menjana unjuran sesebuah jualan yang

besar. Aktiviti yang harus dilakukan oleh pemilik perniagaan adalah dengan mengenal pasti jenis

media pengiklanan yang digunakan, usaha pemasaran yang akan dijalankan, membincangkan

tentang perhubungan awam, menghuraikan promosi dan merancang untuk menggunakan kepakaran

pengiklanan atau barangan cenderahati seperti bunga pensel, dan sebagainya. Proses promosi

adalah bertujuan untuk memberitahu kepada pelanggan sasaran mengenai produk dan bisnes

sesebuah syarikat.

Antara kaedah promosi yang sering syarikat Samsung gunakan ialah melalui majalah,media

penyiaran,media elektronik dan sebagainya. Selain itu, syarikat Samsung sering mengadakan

pameran dagangan. Pameran dagangan merupakan pameran formal untuk syarikat Samsung

memperkenalkan dan mendemonstrasikan produk mereka kepada pelanggan berpotensi, dan

seterusnya kepada jualan. Sesetengah pelawat yang ke pameran dagangan mungkin tidak akan

membeli produk pada hari lawatan mereka ke pameran dagangan tetapi mereka boleh jadi panduan

yang baik untuk perniagaan masa hadapan. Pameran dagangan juga boleh menjadi satu peluang

untuk melantik pengedar untuk produk-produk syarikat Samsung. Pameran dagangan membolehkan

peserta untuk melihat atau memerhati produk pesaing yang turut dipamerkan di pameran dagangan.

4. PENGEDARAN (PLACEMENT)Pengedaran ialah pengagihan produk siap dalam rantaian pengedaran. Sistem ini direka bentuk

untuk mengurangkan jurang di antara pengeluar produk dan pengguna produk. Sesetengah jurang

adalah diantara tempat. Pengedaran adalah perkara yang sangat penting bagi sesuatu produk atau

perkhidmatan. Fungsi pengedaran atau saluran dalam pasaran perniagaan ialah :

a. MENYEDIAKAN MAKLUMAT Pemasar perniagaan perlu menyediakan maklumat yang jelas berkaitan dengan produk dan

servis kepada pelanggan perniagaan dan menjana kesedaran tentang tawaran Samsung

melalui pelbagai bentuk saluran komunikasi. b. PEMASARAN DAN JUALAN Syarikat Samsung harus memahami kehendak pelanggan dan cuba untuk memenuhi

keperluan mereka. Mereka harus bangunkan program pemasaran yang sempurna untuk

menarik pelanggan. c. FUNGSI PEMBELIAN

Page 11: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

11Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Syarikat Samsung perlu mencari jalan untuk memujuk ahli saluran bagi mempromosikan

produk mereka.

Analisis SWOT KEKUATAN (STRENGTHS)Samsung teknologi yang sangat maju dan mempunyai berat aset teknologi. Samsung diperkenalkan

dengan konsep produk baru dalam tempoh lima bulan. Ia adalah jenama korporat yang kukuh dan

terkenal dengan produk berkualiti dan penggunaan teknologi yang canggih. Samsung juga menarik

pelanggan dengan menawarkan reka bentuk yang baru dan inovatif melalui memahami kehendak

pelanggan mengikut jenis reka bentuk yang sesuai. Ia banyak melabur dalam teknologi, reka bentuk

produk dan sumber manusia kerana dengan kejayaan sumber organisasi, setiap manusia memainkan

peranan yang penting. Selain itu, samsung lebih tertumpu ke arah inovasi dan cuba untuk

memperbaiki produk supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan dan menguasai pasaran saham.KELEMAHAN (WEAKNESSES)Walaupun Samsung memberi tumpuan inovasi tetapi ia tidak proaktif untuk memperkenalkan produk

baru, sebaliknya ia menunggu untuk menyerang pesaing. Ia juga kekurangan dalam pembezaan

produk. Samsung memenuhi keperluan pasaran massa dan bukan pasaran khusus dan dengan

tujuan ini samsung telah menetapkan harga yang rendah pada produk. Kebanyakan produk Samsung

tidak mesra pengguna dan merupakan halangan kepada Samsung untuk membuat pemimpin

pasaran.PELUANG (OPPORTUNITIES)

Page 12: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

12Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Dengan menyediakan perbezakan perkhidmatan, ia boleh meningkatkan asas pelanggan.

Peluang lain adalah variasi produk, dengan memperkenalkan produk yang unik dan produk yang

sedia ada, ia boleh menarik pasaran sasaran dan boleh mendapatkan lebih banyak bahagian

pasaran. Permintaan untuk telefon bimbit semakin meningkat berbanding dengan lain-lain pasaran

elektronik, Samsung mempunyai peluang yang besar untuk memperkenalkan telefon mudah alih

yang mesra pengguna pada harga yang berpatutan. Ia akan membantu untuk mengalahkan

pelanggan dan juga untuk memimpin bahagian pasaran.ANCAMAN (THREATS)Pesaing samsung dalam pasaran elektronik adalah lebih dominan Sony, Panasonic, LG, perkakasan

rumah dan Nokia, rim, 3G, dan sebagainya dalam pasaran telefon mudah alih.Samsung haruslah

berusaha untuk menjadi peneraju pasaran. Industri telekomunikasi berkembang hari demi

hari. Pesaing juga semakin bertambah, jadi adalah sukar untuk Samsung menubuhkan industri

tersebut.

5 Kuasa PersainganPERSAINGAN FIRMA DALAM INDUSTRI.Ia merupakan ukuran kepada tahap kesengitan persaingan antara firma dalam sesebuah industri.

ANCAMAN KEMASUKAN BARUMerupakan ukuran kepada halangan-halangan untuk memasuki sesebuah industri.

Jika terlalu banyak peraturan dan prosedur yang perlu diikuti atau terlalu besar modal yang

diperlukan ini akan menyukarkan sesebuah firma baru memasuki industri tersebut. Kesan daripada

itu persaingan kurang dan firma sedia ada peroleh pendapatan dan keuntungan yang lebih terjamin.

ANCAMAN BARANG PENGGANTIMerujuk kepada barangan pegganti bagi produk yang dihasilkan.Barangan pengganti merupakan

produk lain yang dapat memberikan faedah yang sama sekiranya digunakan.

KUASA PEMBEKAL

Page 13: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

13Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Bagaimana pembekal mengawal harga bahan mentah yang dijual kepada organisasi.Jika pembekal

dalam pasaran adalah kecil maka organisasi tidak mempunyai banyak pilihan.

KUASA PELANGGANSetakat mana pelanggan boleh menentukan harga sesuatu produk organisasi.Sekiranya organisasi

terlalu bergantungan kepada pelanggan, secara tidak langsung pelanggan mempunyai kuasa untuk

mempengaruhi harga produk yang dijual.

KesimpulanKesimpulannya, Strategi dalam pemasaran harga dan kualiti memainkan peranan penting dalam

pemasaran produk. Sebagai pengguna atau penggemar Samsung Galaxy Tab, harga bukanlah satu

permasalahan. Saya juga percaya ramai antara pengguna kini tidak sabar menunggu kehadiran

tablet canggih dari Samsung dan melihat bagaimana Android 3.0 Honeycomb tawarkan. UI untuk

Android 3.0 memang sangat menarik untuk diterokai dan Galaxy Tab 10.1 berpotensi untuk menjadi

tablet utama di Malaysia selain iPad 2 yang baru dilancarkan beberapa bulan lepas. Selain itu,

Samsung Galaxy Tab 10.1 akan didatangkan khas dengan "keyboard case". Akhir sekali,kami dapati

dalam membuat strategi pemasaran terdapat beberapa masalah dan cabaran yang dihadapi, tetapi

bukanlah suatu yang sukar bagi kami untuk menangani permasalahan ini.

Page 14: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

14Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Lampiran

Page 15: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

15Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Rujukan1. Nota Pemasaran Perniagaan : Business Marketing (connecting Straregy,Relationship,

and Learning):F.Robert Dwyer and John F.Tanner.

2. Puan Asmak Binti Zakaria : Pensyarah Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

Page 16: Latihan (Pengurusan Sumber Manusia)

16Pemasaran Perniagaan (DDG 2283)

3. http://www.samsung.com/my/galaxytab10.1/

4. http//:ms.wikipedia.org/wiki/samsung/