terapi bermain

21
1.0 Pengenalan Di bawah konteks kaunseling, intervensi merupakan teknik digunakan dalam sesi terapi. Maka, intervensi sering diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang teruk, termasuk penyalahgunaan dadah, gangguan makan, mencederakan diri, penyalahgunaan komputer atau aktiviti menonton televisyen secara keterlaluan dan terutamanya gangguan mental dan emosi. Menurut Suppiah(2011), intervensi boleh dibahagikan kepada intervensi secara langsung dan intervensi secara tidak langsung. Intervensi secara langsung menggunakan teknik kaunseling individu atau kumpulan, manakala intervensi secara tidak langsung melibatkan kerjasama keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pada masa kini, terdapat beberapa jenis terapi yang digunakan dalam intervensi kaunseling kanak-kanak. Antara intervensi kaunseling kanak-kanak yang diperbincangkan ialah, Terapi Bermain, Terapi Bercerita, Terapi Seni, Terapi Muzik dan Terapi Biblio. 2.0 Kepentingan Terapi-terapi Kaunseling 2.1 Terapi Bermain Taquddin (2014), menyatakan dalam penulisannya bahawa main mempunyai beberapa konsep dan ciri-cirinya. Beliau menyatakan bahawa main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsic dan dilaksanakan semata- mata untuk kepuasan. Menurut Carmichael (2006), terapi bermain merupakan suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran kanak- kanak. Rasional terapi ini untuk menolong klien menggambarkan sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka dan bukan melalui bahasa verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka. Selain itu, terapi ini sangat membantu klien mempelajari tingkah laku positif apabila mereka mengalami deficit kemahiran emosi sosial. Pentingnya terapi ini ialah 1

Upload: putrihawabatrisya

Post on 10-Feb-2016

615 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

upp

TRANSCRIPT

Page 1: Terapi Bermain

1.0 Pengenalan

Di bawah konteks kaunseling, intervensi merupakan teknik digunakan dalam sesi terapi. Maka,

intervensi sering diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang teruk, termasuk

penyalahgunaan dadah, gangguan makan, mencederakan diri, penyalahgunaan komputer atau

aktiviti menonton televisyen secara keterlaluan dan terutamanya gangguan mental dan emosi.

Menurut Suppiah(2011), intervensi boleh dibahagikan kepada intervensi secara langsung dan

intervensi secara tidak langsung. Intervensi secara langsung menggunakan teknik kaunseling

individu atau kumpulan, manakala intervensi secara tidak langsung melibatkan kerjasama

keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu klien menyelesaikan masalah yang

dihadapi. Pada masa kini, terdapat beberapa jenis terapi yang digunakan dalam intervensi

kaunseling kanak-kanak. Antara intervensi kaunseling kanak-kanak yang diperbincangkan ialah,

Terapi Bermain, Terapi Bercerita, Terapi Seni, Terapi Muzik dan Terapi Biblio.

2.0 Kepentingan Terapi-terapi Kaunseling2.1 Terapi Bermain

Taquddin (2014), menyatakan dalam penulisannya bahawa main mempunyai beberapa konsep

dan ciri-cirinya. Beliau menyatakan bahawa main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsic

dan dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan. Menurut Carmichael (2006), terapi bermain

merupakan suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan

komunikasi normal dan proses pembelajaran kanak-kanak. Rasional terapi ini untuk menolong

klien menggambarkan sesuatu masalah yang dihadapi oleh mereka dan bukan melalui bahasa

verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka. Selain itu, terapi ini sangat membantu

klien mempelajari tingkah laku positif apabila mereka mengalami deficit kemahiran emosi sosial.

Pentingnya terapi ini ialah hubungan positif dapat dijalinkan antara kaunselor dengan klien

semasa sesi terapi bermain dan membawa pengalaman emosi positif yang perlu untuk

pemulihan.

Terapi bermain adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi yang

menganggu cara kanak-kanak atau klien yang berfungsi secara normal. Sigmund Freud (1968)

memandang aktiviti main adalah sebagai sesuatu cara untuk mengurangkan emosi

kebimbangan dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan yang salah sewaktu dalam

dunia khayalan. Maka, bermain memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi

dan sosial klien. Klien yang menjalani terapi ini akan menjadi lebih bertangungjawab dan

membentuk strategi yang lebih berkesan. Keberkesanan terapi ini boleh dilihat dalam main

sosiodramatik yang merupakan suatu aktiviti main pura-pura yang melibatkan banyak interaksi

kumpulan, di mana setiap ahlinya memainkan peranan yang berlainan dalam kumpulan

mereka. 1

Page 2: Terapi Bermain

Garvey (1972) mengenalpasti tiga jenis peranan yang biasa dimainkan oleh kanak-

kanak prasekolah dalam main sosiodramatik. Antara peranannya ialah, peranan ahli keluarga

iaitu memainkan peranan sebagai ibu bapa, kakak, adik dan sebagainya. Menurut Ruth E.

Hartley seorang ahli psikologi, mengenalpasti beberapa fungsinya. Antara fungsi main

sosiodramatik ialah, kanak-kanak dapat memahami peranan mereka dalam realiti hidup dan

memberi peluang kepada kanak-kanak melepaskan perasaan mereka terhadap hubungan ahli-

ahli keluarga dan pengalaman hidup dalam rumah mereka.

Di samping itu, terapi bermain juga adalah suatu terapi interaksi sosial yang

menyediakan kesempatan untuk klien mempelajari keterampilan sosial-emosional dan

meningkatkan ketahanan emosional. Tambahan lagi, kaunselor yang melaksanakan terapi ini

terhadap klien, dapat memupuk nilai hormat dan penerimaan kendiri dengan orang lain.

Kepentingan terapi ini dapat dilihat menerusi penglibatan klien dalam aktiviti main asosiatif yang

merupakan sejenis pola main yang mana dua atau sekumpulan kanak-kanak yang melibatkan

diri mereka dalam aktiviti. Sekiranya klien bermain dalam kumpulan secara tidak langsung

melibatkan kerjasama dan komunikasi di antara satu sama lain. Di bawah situasi ini,

kebanyakan masa adalah tertumpu kepada perkongsian dan pinjam meminjam alatan

main,bergilir-gilir menjalankan aktiviti main, berkomunikasi serta saling membantu di antara

mereka. Keberkesanan terapi ini dapat dilihat menerusi aktiviti main secara berkumpulan,

misalnya dua orang kanak-kanak bermain dalam pembinaan rumah dengan blok blok pelbagai

bentuk, perkongsian alatan membina, ataupun saling membantu dalam proses pembinaan

rumah. Secara tidak langsung , terapi ini juga akan memberi peluang kepada klien untuk

membuat pilihan sendiri, berkongsi, dan kebolehan memberi pendapat serta berkomunikasi

dengan rakan. Justeru, mereka dapat melupakan perasaan mereka yang negatif atau masalah-

masalah yang menganggu fikiran mereka mahupun tingkah laku yang tidak diingini.

Menurut Ibrahim Ahmad (2002), pelan rawatan melalui terapi bermain digunakan

sebagai intervensi asas untuk pelbagai keadaan kesihatan mental seperti pengurusan marah,

kesedihan, trauma, modifikasi gangguan tingkah laku, misalnya kebimbangan, depresi,

attention deficit hyperactivity (ADHD), autism, perkembangan kognitif, sosial dan fizikal yang

kurang kondusif, pembelajaran lewat dan tingkah laku bermasalah. Landreth, G.L. (2005),

menyatakan bahawa menurut pandangan psikodinamik, klien yang melibatkan diri dalam main

adalah untuk menangani kebimbangan dan halangan dalaman. Oleh demikian, terapi bermain

boleh digunakan sebagai mekanisme pertolongan diri, dan selamanya klien diberi masa

bermain bebas atau bermain bukan berstruktur. Tambahan lagi, suatu pendekatan rawatan

melalui terapi bermain ialah penggunaan proses desensitisasi secara sistematik atau

pembelajaran semula untuk mengubah gangguan tingkah laku klien. 2

Page 3: Terapi Bermain

Sering kali, selepas klien menggunakan alat penyelesaian masalah sendiri, mereka

menimbulkan tingkah laku bermasalah baik di dalam rumah mahupun di sekolah. Maka,

kaunselor akan menggunakan aktiviti bermain untuk menilai atau memahami klien bagi

menolong mereka mengadaptasikan gangguan mental dan mengenal pasti penyelesaian

masalah mereka. Melalui kawalan masalah dalam klinik terapi bermain, klien mendapat

penyelesaian yang berkesan dan seterusnya mengubah dengan cara mereka berfikir. Secara

keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa terapi bermain membawa banyak manfaat kepada

klien yang menghadapi gangguan mental. Antaranya ialah, membantu klien membangun

penyelesaian baru dan kreatif untuk masalah, memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan

orang lain, belajar mengalami dan emosi yang dinyatakan, memupuk sifat empati dan

menghormati fikiran serta perasaan orang lain.

2.2 Terapi Bercerita

Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai

idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita

adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Semasa mereka menyampaikan cerita

masing-masing, klien berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di

samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunselor lebih

memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka. Selain daripada itu, melalui

terapi ini, klien dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita

tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri. Klien yang telah melalui pengalaman yang

menakutkan akan memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar

untuk mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan

pandangan yang positif.

Taquddin (2014), menyatakan bahawa terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang

lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media

komunikasi antara ahli terapi dengan klien. Terapi bercerita mempunyai kelebihan yang

tersendiri. Antaranya ialah klien dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi

maklumat diri sesama kawan –kawan mereka mahupun kepada kaunselor yang dipercayai. Hal

ini membolehkan mereka berasa diri mereka dihargai dengan adanya perkongsian masalah

dalam kaunseling kelompok. Secara tidak langsung, ahli-ahli kumpulan akan cuba untuk

menyatakan langkah penyelesaian kepada rakan-rakan mereka terhadap masalah yang

dihadapi.

3

Page 4: Terapi Bermain

Sunizah Suni (2002) menyatakan dalam penulisannya, melalui aktiviti bercerita, klien

akan memegang sesuatu watak dan secara tidak langsung cara untuk mereka menyelesaikan

masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang

dihadapi oleh klien. Selain itu, kaunselor akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi

oleh murid terutamanya murid yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok.

Melalui terapi ini juga, klien juga dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara refleks

atau tidak langsung melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa mereka memegang sesuatu

watak ketika bercerita. Contohnya, klien diminta memilih watak yang disukai seperti watak

pemarah untuk mengekspresikan perasan marahnya dan menceritakan situasi yang

mengakibatkan klien tersebut berasa marah. Selain daripada itu, klien dapat mengembangkan

lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa

tubuh. Kepercayaan dalam ahli kumpulan dapat diwujudkan terutamanya dalam terapi

kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui kemahiran interpersonal yang dipelajari seperti

komunikasi mata, berunding dan menerima pandangan orang lain dan membantu sesebuah

kumpulan untuk membuat keputusan secara bersama.

Berdasarkan bahan bacaan, Ainiss Nizri (2013), menyatakan terapi bercerita membantu

apabila cara kaunselor menggalakkan klien bercerita dengan cara membenarkan klien mereka

sebuah buku cerita yang diingini. Melalui aktiviti ini, klien akan mereka cerita dan secara tidak

langsung kemungkinan besar klien akan mengaitkan cerita tersebut dengan pengalaman yang

dilaluinya. Kemudian, kaunselor dapat menilai dan mengamati cerita tersebut dan mencungkil

punca masalah tingkah laku klien tersebut dan mencari penyelesaian masalah. Hal ini terbukti

teknik terapi ini dapat menggalakkan klien meluahkan pengalaman yang dilaluinya menerusi

cerita dan sedikit sebanyak berasa lebih tenang dan relaks. Kegunaan cerita untuk terapi ialah

cerita menggambarkan hidup emosi dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi.

Kaunselor memberi klien perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks

untuk kaunselor memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, klien menjadi lebih

yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian. Di samping itu, mendengar

cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita dengan teknik yang berkesan atau

melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering

dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang

serupa dalam kehidupannya.

4

Page 5: Terapi Bermain

Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif. Lazimnya,

cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar

menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik tersebut. Cara ini mengajar

kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita juga menunjukkan tindakan dan

akibat. Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Mereka

mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau negatif. Ini memberi tunjuk

ajar kepada klien untuk membuat keputusan positf pada masa kelak.

            Zuria Mahmud (2009), menyatakan guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik

bercerita sebagai satu pendekatan terapi kepada murid-murid di mana kaunselor boleh

meneroka dan cuba mendekati klien bermasalah dengan bercerita. Klien atau murid yang

bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada

guru atau kaunselor. Oleh itu, kauselor perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah

yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh klien tersebut.

Berdasarkan sumber tersebut, kaunselor perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai

supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila klien mendengar cerita

tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang

dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika klien masih malu atau tiada keyakinan untuk

bercerita kepada kaunselor, kaunselor perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan

boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada klien tersebut. Hal ini supaya klien dapat

membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan

oleh kaunselor.

Terapi bercerita juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan unsur-unsur

teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah bijak membuat

pemilihan jalan cerita supaya klien dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif. Jalan cerita

yang baik untuk klien adalah cerita yang ringkas, mudah difahami, menarik, menggunakan

bahasa yang sesuai dan mempunyai nilai moral yang tinggi supaya murid dapat menghayati

pengajaran yang ingin disampaikan pada akhir sesi bercerita. Terapi bercerita ini merupakan

suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-

kanak (Trencher, 1991:86). Apabila kaunselor menggunakan teknik bercerita, kaunselor perlu

mengambil kesempatan ini dengan mencungkil keberanian murid untuk menyuarakan pendapat

di hadapan kawan-kawannya yang lain. Selain itu, dengan terapi bercerita, klien juga dapat

menambah keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini

memerlukan penglibatan klien secara aktif. Klien akan berusaha dan berlatih untuk

mempersembahkan cerita yang menarik dan sesuai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh

kaunselor mengikut perspektif individu. 5

Page 6: Terapi Bermain

Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh kaunselor semasa proses penyampaian

supaya murid dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan keupayaan diri. Di samping

meningkatkan keyakinan diri, klien juga dapat meluahkan perasaan dan idea mereka dengan

cara yang sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan harta benda

jika mereka berhadapan dengan masalah. Dengan terapi bercerita, mereka dapat mengaitkan

diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan

pendapat guru atau kaunselor dan kawan-kawan.

Klien yang telah melalui pengalaman traumatik boleh memproses pengalaman tersebut

dan boleh belajar untuk mempercayai dan mempunyai perasaan selamat semula melalui cerita-

cerita yang penuh dengan hasil positif yang didengar mereka secara berulang-ulang kali. Klien

ini akan melalui cara watak-watak dalam cerita itu bagi mengatasi halangan-halangan yang

dihadapi. Menurut Suppiah (2014), menyatakan bahawa hal ini akan meningkatkan keyakinan

klien/kanak-kanak terhadap kemungkinan bahawa mereka juga boleh berjaya dan hasil yang

positif adalah sesuatu yang boleh berlaku dan realistik.

2.3 Terapi Seni

Garry Hornby (2003), menyatakan dalam penulisannya, “Art therapy is used to enable children

to express feelings,anxieties and concerns through the use of such media as drawing, painting

and sculpting. Once feelings and concerns are brought into awareness they can be worked

through with the help of the therapist”. Berdasarkan penyataan tersebut, jelaslah bahawa terapi

seni ialah suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan proses kreatif seni untuk

mengembangkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi seseorang. Proses kreatif yang

melibatkan pernyataan kendiri secara artistik boleh membantu seseorang menghuraikan isu isu.

Di samping itu, ia juga akan menguruskan tingkah laku dan perasaan, mengurangkan stress,

membaikkan esteem kendiri dan kesedaran. Secara umumnya, seni adalah salah satu daripada

kraetiviti manusia yang sangat sukar untuk dijelas dan juga dinilai. Sesetengah orang

menganggap melukis adalah sebagai salah satu cara untuk menenangkan fikiran, walhal

lukisan juga dianggap salah satu cara terbaik untuk berkomunikasi dengan pesakit yang

mengalami gangguan mental. Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh

sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri

boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan. Terapi seni juga

adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak

boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.

6

Page 7: Terapi Bermain

Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang

menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal,

mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai

suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker

diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif. Melalui ekspresi seni

pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta

boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar

yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui

rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)

Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni

yang dicipta dari tanah liat. Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien

untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya

bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-

perasaan terpendam yang dihadapi olehnya. Kaunselor akan berusaha membantu klien

menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan

interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh

klien. Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan

masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta

menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor. Lee Say (2012), manfaat terapi seni ini telah

dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University of Granada, Sepanyol telah

berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi gangguan

mental. Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti perkembangan 20

orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of

the Northen Area of the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun.

Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari

dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis

seperti Amedeo Modigliani, Edvard Munch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk

menambahkan pandangan mereka. Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk

menggambarkan keinginan terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.

Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan

serta meluahkan perasaan dan emosi mereka. Dengan itu, mereka boleh menghilangkan

perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang

sepatutnya dan diingini oleh mereka.

7

Page 8: Terapi Bermain

Terdapat juga kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin

emosi dalam sahsiah pelajar. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah

serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat

mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan

untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di

dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990) ( Eve C .Jarboe, 2002). Menurut Profesor Madya Mohd.

Mahzan Musa dari Program Psikologi dan Kaunseling, di dalam akhbar Utusan Malaysia,

"Teknik Terapi Seni pada asasnya adalah kaedah untuk mengingati kembali pengalaman hidup

yang menghantui mereka dengan menggunakan warna dan kertas lukisan. Caranya bukan

sewenang-wenangnya kerana melibatkan teknik dan etika yang harus dipatuhi. Dalam Terapi

Seni interpretasi harus datang daripada klien dan bukan pengamalnya. Sebarang andaian

harus juga diketepikan”. Oleh itu, jelaslah keberkesanan terapi seni ini dapat menjayakan

proses kaunseling terhadap klien yang bermasalah.

2.4 Terapi Muzik

Yasmin (2013), terapi muzik adalah segala usaha yang dilakukan untuk tujuan memulihkan

atau melegakan gangguan mental atau fizikal yang telah terganggu disebabkan oleh sesuatu

perkara yang berlaku di dalam kehidupan seharian manusia. Terapi muzik adalah alternatif

dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk

pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu

teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-

fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi

bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda

kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita,

muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan. Terapi muzik adalah berkesan untuk

meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga

melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien

yang mempunyai masalah berkaitan emosi  untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka

sendiri. Melalui cara ini mereka dapat  melakukan perubahan yang positif  terhadap tingkah

laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak

langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka. Rawatan terapi muzik dapat

memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi

mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini

digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah

pertumbuhan.

8

Page 9: Terapi Bermain

Kajian menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi relaksasi

secara fisiologi dan psikologi. Jellison 1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress

dan membantu dalam proses relaksasi. American Music Therapy Association (2009), terapi

muzik sebagai penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai

matlamat individu dalam perhubungan antara terapeutik oleh professional yang mempunyai

kredential yang telah menamatkan program terapi muzik yang diiktirak. Maka, terapi muzik

merupakan intervensi terapeutik berbetuk bukan verbal di mana yang paling sesuai

diaplikasikan untuk individu yang menghadapi masalah komunikasi dan didapati sukar

mengekspresi perasaannya dengan secara verbal. Secara umumnya, intervensi terapi muzik

sesuai digunakan untuk mengurus tekanan, mengekpres perasaan dan menambahbaikan

komunikasi. Peranan kaunselor menilai kesihatan emosi, fizikal dan fungsi sosial, kebolehan

komunikasi dan kemahiran kognitif melalui respons muzik, merancang sesi muzik untuk individu

dan kumpulan berdasarkan keperluan klien dengan menggunakan improvisasi muzik,

mendengar muzik dengan hati terbuka dan tindakan susulan.

2.5 Terapi Biblio

Terapi Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan masalah.

Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang terbimbing.

Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan

keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai ´bimbingan melalui bacaan’.

Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengankesusasteraan di

bawah bimbingan seorang yang terlatih. Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi

penggunaan pembacaan bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari

segi kesedaran kendiri. Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui

buku-buku.

Konsep terapi biblio ialah  membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga merangkumi

pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan

situasi yang tertulis dalamnya. Ia  juga merangkumi pendekatan terapi bercerita. Terapi biblio ini

telah diluaskan hingga dipadankan dengana kreativiti perbincangan atau bermain. Kegunaan

terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan

seperti buku cerita Chicken’s Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu

pengalaman trauma untuk pulih dari segi emosi. Membaca adalah satu proses terapi yang

boleh bantu hilangkan kebosanan misalnya ketika beratur menunggu sesuatu dan

menghilangkan ketegangan seperti panas baran, marah, tidak sabar serta dapat menyelesaikan

masalah murid.

9

Page 10: Terapi Bermain

Terapi ini melibatkan penggunaan buku-buku untuk membantu individu menyelesaikan

masalah dan juga merupakan satu teknik menstruktur interaksi antara kaunselor dengan klien

serta pemudahcara dengan klien berasaskan perkongsian secara mutual dengan idea literatur

yang dibaca. Dalam konteks kaunseling kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bacaan

bahan penulisan yang terbimbing bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau

menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanak-kanak (peroleh ilmu,luahkan

perasaan dan selesaikan masalah).Ia juga dikenali sebagai “bimbingan melalui bacaan”.

Rasional terapi ini kepada klien ialah memupuk konsep kendiri positif individu, menambahbaik

kefahaman tingkah laku manusia dengan motivasi, memupuk penilaian dan refleksi kendiri

individu secara jujur, melepaskan tekanan emosi atau mental, dan menimbulkan minat terhadap

peristiwa yang berlaku di sekeliling, manakala rasional terapi ini kepada kaunselor pula, ialah

menunjukkan kepada klien terdapat pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah yang

dihadapinya, menolong individu merancang tindakan konstruktif untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapinya, menujukkan kepada klien bukan dirinya sahaja yang menghadapai masalah

tersebut, dan menolong individu membincangkan masalah secara senang hati.

Menurut Suppiah (2014), antara kepentingan terapi ini terhadap klien yang dapat kita

simpulkan ialah, meningkatkan pemahaman empatik terhadap orang lain dari segi budaya,cara

hidup dan pengalaman sebenar, meransang perbincangan idea dan perasaan, menggalakkan

perhubungan personal dengan orang lain melalui perkongsian pengalaman yang memuaskan,

dan membekalkan rekreasi apabila membaca cerita yang baik berkenaan orang lain. Contoh

situasi yang boleh dilihat dalam kajian salah seorang ahli terapi apabila terdapat seorang klien

bersedih atas pemergian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan. Klien

tersebut berasa sangat kesunyian dan tiada tempat bergantung. Beliau merasakan dirinya tiada

sesiapa lagi yang bersamanya. Menerusi terapi ini, klien membaca atau dibacakan oleh

pendengar atau kaunselor dengan cerita-cerita dan sesuatu bahan bacaan yang menarik,

sedikit sebanyak klien tersebut akan berasa terhibur dan kesunyian yang dirasakan akan

berkurangan. Keberkesanan terapi ini dapat dilihat apabila klien tersebut berasa dirinya

sentiasa ditemani dan difahami untuk bersama-bersamam mengahadapi dugaan dan kenyataan

yang diterima. Kesimpulannya ia adalah proses mengenal manusia melalui ekspresi dalam

literatur dan seni. Kebaikan yang boleh dilihat menerusi terapi ini ialah bagus untuk individu

yang tidak boleh ditegur atau cepat terasa, dan secara tidak langsung memupuk sikap

membaca yang berkonsep ‘do it yourself’. Kaunseling biblioterapi yang disarankan ini jelaslah

merupakan alat atau rawatan yang biasa dijalankan. Kaunseling biblioterapi ini merupakan jalan

penyelasaian alternatif kepada para kaunselor terhadap masalah yang dihadapi oleh kliennya.10

Page 11: Terapi Bermain

3.0 Kesimpulan

Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik kanseling yang

digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak atau klien adalah berlainan dengan

remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak atau klien masih kurang matang serta

menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan

gangguan mental dan emosi yang abstrak.

Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanakatau klien melibatkan

pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis,

bermain alat muzik dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media

main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara

semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik, terapis

dapat menghayati dunia dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca

gangguan mental dan emosi mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan

intervensi kaunseling untuk membimbing kanak-kanak kea rah menyelesaikan masalah yang

dihadapi.

11

Page 12: Terapi Bermain

4.0 Reviu Artikel

Sebelum mengupas keberkesanan teori kaunseling dari artikel yang telah dipilih, teori yang

ingin difokuskan perlulah diterangkan terlebih dahulu. Teori kaunseling yang difokuskan ialah

Teori Pemusatan Perorangan atau dipanggil Teori Pemusatan Klien. Teori ini dipelopori oleh

Carls Rogers pada tahun 1930. Beliau ialah seorang ahli psikologi yang berpengaruh dan

merupakan salah seorang pelopor pendekatan humanistik dalam psikologi. Suppiah (2014),

Rogers juga dikenali sebagai pengasas penyelidikan psikoterapi dan membentukkan

pendekatan person-centered dalam usaha memahami personaliti dan perhubungan sesame

manusia. Hasil penyelidikan itu, beliau telah menggunakan pendekatan ini dalam psikoterapi

dan kaunseling (berpusatkan klien).

Berdasarkan artikel yang dipilih bertajuk “ Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan

Klien dalam Menangani Masalah Emosi Remaja di Sekolah” yang dikaji oleh salah seorang

pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Muhammad Shariff Mustaffa dan rakan yang lain. Artikel

jurnal ini akan menghuraikan latar belakang klien, scenario masalah klien serta proses aplikasi

teori Pemusatan Klien yang lebih menumpukan kepada peringkat-peringkat perkembangan sesi

dan teknik-teknik yang sesuai digunakan. Menerusi abstrak artikel ini menjelaskan Rogers

menegaskan bahawa manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari alternative, boleh

memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang mebina dan boleh menjalani kehidupan

yang berkesan serta menghasilkan sesuatu, (Corey,2000). Apabila kaunselor dapat menyelami

secara mendalam mengenai kehidupan klien yang sebenar, memberi perhatian dan tidak berat

sebelah dalam memahami klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan

yang ketara.

Menerusi kajian ini, menjelaskan bahawa klien dapat dikesan memiliki jiwa atau emosi

yang amat sensitive dan adakalanya bersifat agresif, ini bergantung kepada keadaan. Hal ini

kerana klien ialah mangsa kepada penceraian ibu bapanya sendiri dan dijadikan pengalaman

pahit klien apabila terpaksa menghadapi cabaran yang besar. Klien merasakan ibu bapanya

kurang memberi tumpuan serta kasih sayang dan perhatian yang diperlukan terutama dalam

mendorong kejayaan dalam pelajaran. Oleh itu, untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh

klien, pengkaji menggunakan pendekatan afektif melalui Teori Pemusatan Klien Carl. R.

Rogers. Rogers (1965), mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang

rapat antara kaunselor dengan kliennya. Kewujudan satu iklim interaksi yang penuh dengan

penerimaan dari kedua pihak kaunselor dan kaunselor boleh menjamin perasaan yang

terpendam diluahkan secara mudah tanpa sekatan. 12

Page 13: Terapi Bermain

Pengkaji berpendapat manusia dilihat mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan diri

dan sentiasa bergerak ke arah mencari kesejahteraan diri.

Teori Pemusatan Klien yang digunakan oleh pengkaji bertujuan menyatupadukan antara

rasa hati organismik yang sebenar yang akan dialami oleh klien dengan konsep kendirinya.

Rogers menekankan bahawa untuk mendapat perubahan tingkah laku yang baru adalah

tanggungjawab klien itu sendiri. Teori yang digunakan ini amatlah sesuai bagi kes klien yang

telah dibincangkan di dalam artikel ini kerana berdasarkan penekanan beberapa aspek yang

berikut :-

i) Klien bertanggungjawab untuk mendapatkan kesedaran diri serta bertindak.

ii) Fokus ditumpukan kepada fenomena dan dunia dalaman klien

iii) Klien digalak memahami persepsi sebenar

iv) Perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien

v) Konsep utama, penerimaan dengan empati, reda, ketulinan dan kongruen.

Tindakan pengkaji menekankan pendekatan empati di mana kaunselor dalam ruang rujukan

klien dalam menjiwai perkara yang dilalui oleh klien dan reda dengan menerima klien tanpa

ragu-ragu serta sifat kaunselor yang mempuyai ketulinan seperti ikhlas dan jujur menerima klien

tanpa syarat di samping mengadakan sifat kongruen iaitu serasi dengan perkara yang dirasi

oleh klien. Keberkesanan terapi ini dapat dilihat apabila sesi kaunseling yang diadakan

menitikberatkan layanan kaunselor terhadap klien dalam komunikasi. Komunikasi dalam teori ini

amat penting kerana layanan dan interaksi semasa proses kaunseling sangat penting kerana

inilah punca ikatan yang dapat merapatkan klien dan kaunselor. Bagi memastikan kesan

interaksi ini ialah, pengkaji atau kaunselor melihat mesej verbal dan non verbal melalui kaedah

serta kemahiran melayan dan mendengar. Kaunselor juga perlu peka dengan gerak geri fizikal,

nada rentak suara, pertemuan mata, cara duduk, dan terutama sekali yang perlu diberi

perhatian ialah pada riak muka klien. Pengkaji meyatakan ungkapan gerak balas oleh kaunselor

amat penting, pertemuan haruslah dalam keadaan selesa bagi kedua-dua pihak dan tidak

merimaskan klien. Mesej yang disampaikan oleh kaunselor mestilah sepadan dengan perakara

yang tersemat dalam fikiran klien dan kemahiran mendengar dan melayan perlu dipraktikan

dengan baik sepanjang sesi antara kaunselor dan klien.

Tindakan pengkaji dapat dilihat menerusi proses sesi kaunseling dan mendapat hasil

matlamat yang lebih baik, langkah-langkah berikut adalah perlu diikuti terutama dalam sesi

kaunseling individu yang bersifat non direntive. Pada peringkat permulaan, kaunselor

menerangkan kepada klien proses serta ekspektasi kepada proses dan kaunselor menyediakan

peluang melalui perbualan. 13

Page 14: Terapi Bermain

Memandangkan klien datang sendiri, mewujudkan terapeutik adalah agak mudah seterusnya

hubungan serta kepercayaan adalah amat tinggi antara kaunselor dan klien. Soalan-soalan

yang diajukan oleh kaunselor perlulah lebih kepada penerokaan masalah.

Menurut Shariff, seandainya pengalaman dan konsep tidak kongruen, maka lahirlah

kerisauan(anxiety) dan ketegangan(tension) dalam diri klien. Apabila perasaan negative yang

dialami selesai dinyatakan dalam sesi kaunseling, penyataan dan tindakan yang positif perlu

dibuat. Sebagai contoh dialog yang telah dilakukan, “kamu masih beruntung ibu dan bapa kamu

masih ada dan menyayangi kamu, walaupun mereka tidak tinggal bersama”. Berikut adalah

cara mencari alternatif untuk menyenangkan hati klien dalam membuat kesimpulan

perbincangan. Pada peringkat membuat kesimpulan ini,kaunselor akan membuat rumusan dan

maklum balas serta bagaimana nak menamatkan dengan membuat pengukuhan untuk klien

lakukan selepa selesai sesi ini seterusnya diharapkan klien dapat menikmati kelegaan,

kesejahteraan diri dan akhirnya menjurus kepada perubahan perlakuannya.

Berdasarkan kes yang telah dilaksanakan oleh pengkaji , Muhammad Shariff, klien

sedikit sebanyak menemui celik akal dan menunjukkan kekuatan kendiri hasil daripada proses

kaunseling tersebut. Penemuan terhadap kendiri klien dalam kes kajian ini, lebih meyakinkan

bahawa pendekatan Teori Pemusatan Klien mampu memberi ruang dan peluang yang cukup

baik bagi klien berubah. Menurut Shariff, beberap kemahiran yang ada pada kaunselor

digunakan dengan baik, ditambah dengan kerjasama dan keinginan mendalam klien untuk

berubah telah menjadikan sesi ini agak berkesan dan mampu mengurangkan masalah emosi

klien.

14