asgment sosioekonomi
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
1/23
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMESTER II
SESI 2012/2013
SEJARAH SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU (1900-
1957)
TAJUK TUGASAN 9:
Bincangkan Impak Pembangunan dan Kemajuan Pengangkutan Moden
Terhadap Aspek Sosio-Ekonomi Masyarakat Tanah Melayu Pada Akhir
Abad ke-19 dan Separuh Pertama Abad-20
NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD. RAHMAN TANG
NAMA TUTOR: EN. EDWARD GERANJA ELLIE
NAMA NO.MATRIK
COSMAS ANAK TABOH BA11110065
1
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
2/23
1.0 PENGENALAN
Tanah Melayu telah menerima banyak kesan daripada pemerintahan
kolonial British semenjak abad ke 18 lagi. Dalam hal ini, banyak
pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British di kawasan Tanah Melayu
sama ada daripada sudut politik, ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi,
kita dapat melihat dengan jelas tentang pengenalan sistem ekonomi bebas
dan eksploitasi sumber ekonomi di Tanah Melayu atas sebab kepentingan
sumber bahan mentah di Eropah akibat daripada tercetusnya revolusi
industri pada penghujung abad ke 18. Hal ini memberikan banyak kesan ke
atas sistem ekonomi di Tanah Melayu. Selain daripada itu, aspek lain yang
jelas kelihatan kesannya akibat daripada penjajahan pihak British ialah
daripada aspek sosial. Dalam aspek ini, antara pembaharuan yang
dilakukan oleh pihak British ke atas penduduk melalui pembangunan yang
dilakukan oleh Barat dan pengenalan dan kemajuan teknologi moden
terhadap aspek sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad
ke-19 dan separuh pertama abad ke-20. Antara pembangunan dan
kemajuan yang dapat dilihat kesan daripada penjajahan pihak British ialah
melalui pembinaan sekolah-sekolah, pejabat pos, jalanraya dan jaringan
jalan kereta api. Melalui kemajuan sistem pengangkutan di Tanah Melayu,
pihak British juga telah memperkenalkan sistem pengangkutan moden
seperti kereta api, kereta dan pengangkutan lain termasuklah
pengangkutan udara iaitu kapal terbang.
Dalam tajuk ini, saya akan membincangkan dengan lebih lanjut
tentang impak pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden terhadap
2
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
3/23
aspek sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan
separuh pertama abad ke-20.
2.0 IMPAK PEMBANGUNAN TERHADAP SOSIO-EKONOMI TANAH
MELAYU
2.1. IMPAK POSITIF PEMBANGUNAN
2.1.1 SOSIAL
2.1.1.1 KEMAJUAN SISTEM KOMUNIKASI
Dari segi sistem komunikasi yang diperkenalkan oleh pihak Britsh, antara
kemajuan yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu adalah
bagi tujuan menghubungkan urusan perdagangan dan melicinkan lagi
pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu(NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB).
Dalam yang yang sedemikian, perkembangan jaringan komunikasi seperti
pejabat pos, telegraf dan telefon semakin berkembang apabila mencapai
awal abad ke-20 setelah Tanah Melayu mengalami banyak kemajuan dari
segi ekonomi di Tanah Melayu. Hal ini turut memudahkan kehidupan dan
taraf sosial masyarakat di Tanah Melayu melalui kemajuan sistem
komunikasi yang diperkenalkan dan dimajukan oleh British pada zaman
penjajahan British di Tanah Melayu.
Jaringan telegraf yang pertama ialah yang digunakan untuk
menghubungkan Residen British di Kuala Kangsar dan Pejabat Penolong
Residen di Taiping seterusnya ke Pejabat Majistret di Matang, Perak pada 163
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
4/23
April 1876. Pada 10 tahun kemudian iaitu pada 1886, perkhidmatan talian
telegraf yang menghubungkan di antara Kuala Lumpur, Melaka, dan
Singapura telah diperkenalkan oleh pihak British. Perkhidmatan telefon pula
telah diperkenalkan pada akhir tahun 1891 dan menjelang tahun 1895,
terdapat 21 buah telefon yang terdapat di Kuala Lumpur.1
2.1.1.2 PERKEMBANGAN PEMBANDARAN
Pembandaran di Tanah Melayu muncul dan berkembang selaras dengan
perkembangan sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pihak British
terutamanya sistem ekonomi perlombongan bijih timah dan ekonomi
perladangan. Kebanyakan bandar muncul di kawasan yang mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi. Misalnya, bandar-bandar seperti Ipoh,
Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban pada asalnya adalah berkembang
daripada sebuah kampung perlombongan bijih timah. Dalam lingkungan
bandar-bandar tersebut, bandar George Town, Butterworth, Port
Sweetenham dan Melaka telah menjadi bandar besar kerana tempatnya
yang sangat sesuai untuk menjadi pusat perlabuhan.
Dalam hal yang demikian, peranan bandar-bandar awal yang
dibangunkan oleh pihak British adalah untuk mengumpul, memproses bijih
timah, kelapa kering, minyak kelapa sawit dan melaksanakan tugas
pentadbiran. Kuala Lumpur misalnya, mempunyai tugas untuk memproses
1 http://www.arkib.gov.my/perkembangan-telekomunikasi-negara diakses pada 2 Mei
2013, pada jam 8.00 p.m.
4
http://www.arkib.gov.my/perkembangan-telekomunikasi-negarahttp://www.arkib.gov.my/perkembangan-telekomunikasi-negara -
7/28/2019 asgment sosioekonomi
5/23
barangan perkilangan, memperbaiki alatan pengangkutan, pusat kesihatan,
pelajaran dan hiburan.2
2.1.2 EKONOMI
2.1.2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI PERLOMBONGAN DAN
PERLADANGAN
Setelah British melakukan pembangunan terhadap aspek ekonomi di Tanah
Melayu, ternyata usaha British tersebut telah memberikan kesan positif
terhadap perkembangan sistem ekonomi di Tanah melayu seperti sistem
ekonomi perlombongan, tanaman getah, pertanian dan yang lain iaitu
perikanan.
Dalam sistem ekonomi perlombongan, British telah memperkenalkan
dan membangunkan teknologi peralatan bagi meningkatkan hasil sumber
bijih timah. Hal ini jelas apabila pengenalan kaedah pam dan lombong
dedah bagi menggantikan sistem perlombongan melampan yang bercorak
tradisional pada peringkat awal. Selain itu, penggunaan kapal korek telah
memesatkan lagi perkembangan ekonomi perlombongan di Tanah Melayu
seperti di Lembah Klang di Selangor dan Lembah Kinta di Perak. Sehingga
tahun 1929, pengeluaran bijih timah di seluruh Tanah Melayu meningkat
kepada 193, 600 tan disebabkan permintaan yang tinggi dari Eropah untuk
mengetin makanan. Pada tahun 1939, Fermon menganggarkan jumlah
pengeluaran bijih timah telah meningkat lebih kurang 1, 500, 000 tan.3
2 Ooi Jin Bee,Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1968, hlm. 179.
3 Ibid., hlm. 325.
5
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
6/23
Dalam sistem ekonomi pertanian seperti penanaman getah, ia
meliput 60 peratus jumlah pendapatan eksport Tanah Melayu dan
kebanyakan kawasan tanaman getah ialah di kawasan-kawasan pantai dan
kaki bukit kawasan barat Tanah Melayu dari Perlis sehingga ke Johor. Dalam
aktiviti penanaman getah, terdapat dua kawasan penumpuan penanaman
getah yang terbesar. Yang pertama ialah Kedah Tengah dan Kedah Selatan,
Seberang Perai dan Perak Utara. Kawasan kedua ialah Selangor Selatan,
Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat. Kawasan penanaman getah di
Pantai Timur adalah lebih terpencil dan kecil. Kemunculan tanaman getah di
Tanah Melayu mengakibatkan kemerosotan perusahaan tanaman lain
seperti ubi kayu, tebu dan kopi. Sehingga tahun 1910, ladang-ladang
hanyalah menanam tanaman getah sahaja, tetapi di antara tahun 1910 dan
1925 banyak ladang-ladang dibuka selain getah iaitu, ladang kelapa sawit,
ladang kelapa, ladang nanas dan ladang teh dan jumlah keluasan tersebut
semakin meningkat sehingga tahun 1950 dan semakin meningkat
menjelang tahun 1960. Jumlah keluasan ladang-ladang tersebut boleh
dilihat dalam jadual 1.4
Jadual 1: Luas Kawasan yang Bertanam dengan Tanaman-Tanaman Ladang
di Tanah Melayu sehingga 1960
Tanaman KeluasanGetah 1, 942, 000
Kelapa sawit 135, 000Kelapa 86, 000Nanas 15, 000Teh 9, 000
JUMLAH 2, 187, 000
4Ibid., hlm. 197.
6
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
7/23
Berdasarkan kepada jadual 1, dapat disimpulkan bahawa tanaman getah
merupakan tanaman yang penting sekali kepada sistem ekonomi
perladangan British di Tanah Melayu sehingga separuh pertama abad ke-20
selain daripada pertanian lain seperti kelapa sawit dan nanas.
2.2 IMPAK NEGATIF PEMBANGUNAN
2.2.1 SOSIAL
2.2.1.1 PENGASINGAN PENDIDIKAN MENGIKUT KAUM
Di Tanah Melayu, British tidak menitikberatkan perpaduan dalam sistem
pelajarannya disebabkan tujuan utama mereka memberikan pelajaran
kepada segolongan rakyat di Tanah Melayu adalah bagi membolehkan
sebahagian daripada mereka memenuhi keperluan tenaga kerja dan
kepentingan ekonomi British. Namun, hanya terdapat segelintir sahaja
mereka yang berkemampuan dan mendapat peluang pelajaran Inggeris dan
memasuki perkhidmatan kerajaan dan profesion di taraf-taraf yang terhad
dan bilangannya adalah amat kecil. Di Tanah Melayu, inggeris telah
memberikan tumpuan besar kepada sistem pelajaran Inggeris berbanding
sistem pendidikan Melayu. Sistem pendidikan Melayu diadakan Cuma pada
peringkat rendah sahaja dimana skop pelajarannya adalah amat terhad. 5
Dalam hal ini juga, British juga mewujudkan lima jenis sistem persekolahan
yang sama sekali terasing di antara setiap sekolah dengan yang lain iaitu
Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Agama, Sekolah Cina dan
5 Mohd. Shahari bin Ahmad Jabar, et al, Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar
Pembangunan, Kuala Lumpur: Institut Tabdbiran Awam Negara, 1983, hlm. 148.
7
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
8/23
Sekolah Tamil. Kelima-lima jenis sekolah tersebut mempunyai ciri-ciri
pemisah yang besar yang menyebabkan sistem pendidikan di Tanah Melayu
menjadi tidak sekata.
Pertama, setiap sekolah itu adalah khusus kepada sesuatu kaum
tertentu sahaja. Kedua, tiada dasar mengenai bahasa pengantar yang
tunggal dan bahasa pengantar adalah mengikut sistem persekolahan
masing-masing. Contohnya, Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar, dan begitulah yang berlaku di sekolah-sekolah
yang lain seperti Sekolah Melayu, Sekolah Tamil dan Sekolah Cina. Ketiga,
terdapat garis pemisah di antara setiap sekolah. Dalam hal ini, Sekolah
Melayu adalah bertempat di kawasan desa, Sekolah Cina bertempat di
kawasan perlombongan, dan Sekolah India ialah di kawasan ladang getah.
Ciri yang seterusnya ialah, kurikulum di kelima-lima jenis sekolah ini adalah
berbeza dan tidak sehala. Hal ini demikian kerana masing-masing
mempunyai sistem persekolahan yang tersendiri. Contohnya, sukatan
pelajaran Inggeris adalah berdasarkan kepada sistem persekolahan di
England. Sekolah Melayu pula menitikberatkan kemahiran 3M (membaca,
menulis dan mengira), sistem Sekolah Cina berdasarkan kepada corak
pelajaran di Cina dan Sekolah sistem Sekolah India adalah berdasarkan
kepada corak pelajaran di India.6
Jika dibandingkan dengan sistem persekolahan Inggeris, British telah
menitikberatkan akademik bagi persediaan menghadapi peperiksaan
Cambride Overseas School Certificate. Antara matapelajaran yang
diperkenalkan oleh British ialah Sains, Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani,
6Ibid., hlm. 149.
8
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
9/23
Lukisan, Sejarah Eropah dan Sastera Inggeris. Dalam hal ini, corak
pendidikan British ini lebih bercorak kepada Barat dan ini menyebabkan
golongan orang Melayu sukar untuk mendapatkan pendidikan Inggeris
sehinggalah kepada tahun 1930an dimana sekolah Special Malay Class.7
2.2.1.2 PENINGKATAN BILANGAN DAN KEPADATAN PENDUDUK
Newbold telah menganggarkan bahawa terdapat sekitar 200, 000 penduduk
di Tanah Melayu tidak termasuk di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
pada tahun 1830. Pertumbuhan penduduk mula kelihatan setelah
kemasukan dan pendudukan orang-orang China di Pulau Pinang dan
Seberang Perai pada awal tahun 1800. Orang China mula terlibat dalam
kegiatan perniagaan manakala orang India bekerja sebagai peniaga kecil,
saudagar dan pertanian. Sebahagian daripada mereka ialah 'sepoi', yang
bertanggungjawab untuk menjaga keamanan di Tanah Melayu dan terikat di
bawah pengawasan pegawai British. 8 Misalnya, pada tahun 1812, terdapat
7000 orang penduduk India di Pulau Pinang dan di Seberang Perai daripada
jumlah keseluruhan penduduk dan pada tahun 1820, seramai 8500 orang
India di Pulau Pinang. Pada tahun yang sama, ada terdapat 8300 penduduk
Cina yang turut mendiami kawasan Pulau Pinang, kemudian, bilangan
penduduk China dan India semakin meningkat sehingga penghujung abad
ke-19 dan terus meningkat sehingga separuh pertama abad ke-20. Dalam
7 Shahril et al., Isu Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, 1999, hlm. 8.
8Ooi Jin Bee, op cit., hlm. 112.
9
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
10/23
tahun 1971, bilangan kemasukan pendatang luar telah meningkat secara
drastik iaitu sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 2.9
Jadual 2: Jumlah Orang Dagang dan Penduduk Melayu di Negeri-Negeri Selat
pada tahun 1871
Bangsa Pulau Pinang Singapura Melaka JumlahChina 36, 561 54, 572 13, 482 104, 615India 18, 661 11, 501 3, 278 33, 390Eropah 433 1, 946 50 2, 429Nasrani dan
lain-lain
2, 409 2, 951 2, 850 8, 210
Jumlah
penduduk
dagang
58, 014 70, 970 19, 660 148, 644
Jumlah
penduduk
Melayu
75, 216 26, 141 58, 096 159, 453
Jumlah besar 133, 230 97, 111 77, 756 308, 097
Berdasarkan kepada jumlah penduduk di atas, sebilangan golongan
pedagang telah mengatasi jumlah penduduk tempatan iaitu di Singapura.
Hal ini turut menyebabkan berlakunya masalah sosial di mana wujud
kekacauan oleh pendatang luar di Tanah Melayu. Umpamanya, kedatangan
beramai-ramai orang Cina dan membuka lombong di Lembah Kinta dan
beberapa lombong lain di Negeri Sembilan dan Sungai Ujong telah
menimbulkan huru-hara apabila kumpulan-kumpulan orang China berbalah
dan bergaduh sesama mereka dan bergaduh dengan penghulu tentang isu
pemilikan tanah lombong, serta bergaduh tentang monopoli candu dan
9Ibid., hlm. 114.
10
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
11/23
minuman keras. Hal ini semakin berlarutan sehinggalah kepada tahun 1901,
di mana bilangan penduduk China adalah menjadi semakin ramai dan
melebihi jumlah orang Melayu iaitu hampir sama dengan jumlah orang
Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, iaitu sebanyak 301, 463 orang
China berbanding dengan 313, 205 orang Melayu. Sehingga tahun 1930,
seramai 2, 317, 941 orang China telah datang ke Tanah Melayu. Seramai 1,
937, 941 mereka kemudiannya telah balik ke negara China dan seramai
380, 000 daripada mereka terus tinggal di Tanah Melayu yang mendorong
kepada kepadatan dan wujudnya masalah sosial di Tanah Melayu.10
2.2.2 EKONOMI
2.2.2.1 EKSPLOITASI SUMBER EKONOMI SECARA BESAR-
BESARAN OLEH BRITISH
Daripada sudut perkembangan ekonomi di Tanah Melayu, pembangunan ini
berkembang selaras dengan perkembangan teknologi peralatan dan
infrastruktur di Tanah Melayu pada zaman pentdbiran British sehingga
menyebabkan perusahaan aktiviti perlombongan semakin maju seterusnya
meningkatkan hasil pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Misalnya,
pengeluaran bijih timah sebanyak 40, 000 tan pada tahun 1898 telah
meningkat lebih daripada 50, 000 tan pada tahun 1913 menyebabkan orang
Eropah semakin ramai yang melabur di Tanah Melayu pada akhir abad ke-
19. Hal ini turut dirancakkan lagi oleh peranan dan monopoli pelombong-
pelombong Cina dalam perusahaan bijih timah pada masa itu. Namun,
10Ibid., hlm. 119.11
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
12/23
monopoli pelombong-pelombong Cina semakin merosot dan perusahan bijih
timah mula didominasi oleh orang Eropah. Misalnya, pada tahun 1910, 78
peratus jumlah pengeluaran bijih timah adalah datang daripada lombong-
lombong orang Cina. Namun, pada tahun 1930, lombong-lombong orang
Eropah telah mengatasi peratusan pengeluaran daripada lombong-lombong
orang Cina iaitu mengeluarkan sebanyak 63 peratus dan selebihnya ialah
pengeluaran daripada lombong orang Cina. Semenjak daripada hal itu,
orang-orang Eropah terus-menerus memegang teraju perusahaan
perlombongan di Tanah Melayu dan mengeluarkan kira-kira 66 peratus bijih
timah di Tanah Melayu pada akhir tahun 1950an. Hal ini berlaku kerana
memandangkan bijih timah sudah lama menjadi sumber terbesar untuk
kerajaan British mendapatkan hasil keuntungan mereka di Tanah Melayu.11
Selain daripada eksploitasi terhadap sumber perlombongan,
eksploitasi terhadap sumber pertanian padi turut berlaku semasa era
penjajahan British di Tanah Melayu. Selain daripada mendapatkan eksport
beras daripada Burma, ekspoitasi sumber makanan padi di Tanah Melayu
turut berleluasa pada zaman penjajahan British sehinggalah pada tahun
1918. Lim Teck Ghee (1971: 118-144) telah menetapkan masa di antara
tahun 1913 sehingga tahun 1941 sebagai tempoh "kekurangan beras di
Tanah Melayu". Hal yang demikian menyebabkan pihak British mula berasa
bimbang akan kadar penyusutan sumber bahan makanan di Tanah Melayu
ditambah lagi dengan kos penjualan padi menjadi semakin meningkat. Oleh
hal yang demikian, pihak British mula memperkenalkan pengawalan beras
11Ibid., hlm. 313.
12
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
13/23
pada pertengahan tahun 1919 sehingga pada tahun 1921. Sehingga pada
tahun 1922, kadar import beras mula menjadi murah menyebabkannya
berlakunya kemerosotan pengeluaran padi tempatan.12 Jadual 3
menunjukkan keluasan kawasan penanaman padi di Tanah Melayu pada
tahun 1930 sehingga 1945.13
Jadual 3: kawasan penanaman padi di Tanah Melayu pada tahun 1930-1945
Tahun Akhir tahun 1930an
(ekar)
1945 (ekar)
Perak 99 000 110 000
Selangor 21 500 47 000Negeri sembilan 33 000 36 000
Pahang 40 000 50 000Melaka 32 000 33 294
Pulau pinang dan
seberang perai
37 200 45 000
3.0 IMPAK KEMAJUAN PENGANGKUTAN MODEN TERHADAP SOSIO-
EKONOMI TANAH MELAYU
3.1 IMPAK POSITIF KEMAJUAN PENGANGKUTAN MODEN
3.1.1 SOSIAL
3.1.1.1 PERKEMBANGAN PETEMPATAN
12 Shamsulbahriah Ku Ahmad, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di
Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 71.
13 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, edisi kedua, Selangor: FajarBakti, 2003, hlm. 523.13
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
14/23
Pembinaan kemudahan perhubungan seperti jalan raya dan juga
kemudahan pengangkutan moden seperti kereta api telah menjadikan
kawasan pedalaman mempunyai jalan perhubungan sebagai kawasan
tumpuan untuk mendirikan penempatan. Sebelumnya, masyarakat Melayu
tertumpu di pinggir-pinggir sungai untuk dijadikan penempatan kerana
masih belum mempunyai kemajuan dari segi perhubungan dan
pengangkutan. Oleh kerana pengangkutan pada zaman dahulu
menggunakan sungai sebagai laluan perhubungan, maka kawasan persisir
dan sesetengah kawasan di pinggir sungai yang besar di Tanah Melayu
menjadi pusat pengelompokan masyarakat Melayu tradisional. Kawasan
tersebut juga menjadi sumber nadi ekonomi mereka sejak berabad
lamanya. Setelah berlakunya perkembangan dalam sistem perhubungan
dan pengangkutan, kawasan yang tinggal di pesisir pantai atau sungai telah
berpindah ke kawasan pendalaman. Pembinaan jalan raya yang merentasi
daerah-daerah di pendalaman dan menghubungkan kawasan bandar baru
yang muncul menyebabkan ianaya menjadi tumpuan baru kepada
masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Orang Cina biasanya membina
rumah kedai di pinggir jalan terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala
Lumpur, Taiping, Ipoh dan Seremban.14
3.1.1.2 PENINGKATAN MOBILITI PENDUDUK
14 Fisher Charles, The Railway Geography of British of British Malaya: Kuala Lumpur, 1946,
hlm. 123.
14
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
15/23
Kemajuan pengangkutan moden ternyata dapat meningkatkan mobiliti
peduduk. Hal ini kerana, penduduk dapat bergerak dari satu destinasi ke
destinasi yang lain dengan cepat pada bila-bila masa sahaja. Hal ini dapat
meningkatkan darjah kesampaian penduduk dari satu tempat ke tempat
yang lain berbangding sebelumnya di mana mereka bergerak dengan hanya
berjalan kaki atau menggunakan sungai sebagai laluan perjalanan mereka.
Masa perjalanan juga dapat dikurangkan apabila terbinanya jalan raya yang
menghubungkan beberapa kawasan. Contohnya, menjelang tahun 1930,
sudah terdapat satu laluan yang sempurna bagi menghubungkan Kangar di
utara sehingga ke Johor Baharu di selatan. Pada 1890, kereta api ringan
Muar yang perkhidmatannya dari Jalan Sulaiman Bandar Maharani ke Parit
Jawa dan pada 1910-1931, landasan kereta api dari Perai ke Padang Besar
dan dari Gemas ke Rantau Panjang Kelantan telah memberi kemudahan
kepada penduduk pada masa itu itu bergerak dan ini akan meningkatkan
kadar komunikasi antara masyarakat pada masa itu.15 Perkembangan
pengangkutan moden juga telah mewujudkan kemudahan infrastruktur di
tanah melayu. Contohnya, perkhidmatan bas diwujudkan di kawasan yang
terletak berhampiran bandar besar sebagai pengangkutan alternative untuk
berulang-alik antara Kuala Lumpur dengan Ampang. Kereta api Muar telah
memberi perkhidmatan percuma kepada pelajar-pelajar Melayu yang
berulang-alik belajar di Sekolah Inggeris Bandar Maharani.16
15 J. Kennedy,A History of Malaya, A.D. 1400-1959, London: MacMillan, 1962, hlm 25.16Abdul Hamid Abdul Majid,Analisa Rangkaian Jalan Raya dan Kaitannya dengan
Pembangunan Ekonomi, Selangor: Institut Teknologi Mara, 1980, hlm. 4.
15
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
16/23
3.1.2 EKONOMI
3.1.2.1 MEMPERCEPATKAN URUSAN PENGHANTARAN BIJIH
TIMAH
Landasan kereta api yang pertama dibina adalah pada tahun 1885 yang
telah menghubungkan Taiping dengan Port Weld pada bulan Jun 1885
sejauh 8.25 batu. Jalan kereta api ini telah dibina oleh Sir Hugh Low yang
merupakan Residen Perak pada masa itu. Pembinaan jalan kereta api ini
adalah untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan bagi perindustrian
bijih timah di larut.17
Stesen kereta api Taiping ini terletak di padang
Sekolah King Edrward VII. Kuala Sepetang dinamakan sebagai Port Weld
oleh British dan merupakan stesen kereta api yang pertama. Pada tahun
1890 pula, sebuah jalan kereta api yang menghubungkan Seremban dengan
Port Dickson telah dibina sepanjang 16 batu. Perkhidmatan kereta api
Selangor dikendalikan oleh Selangor Government Railway (SGR).18 Ini diikuti
pada tahun 1893 apabila sebuah lagi jalan kereta api dari Ipoh ke Batu
Gajah dan Teluk Anson ke Tapah Road siap dibina. Pembinaan jalan kereta
api pada fasa pertama ini jelas membuktikan kepentingan perlombongan
bijih timah menjadi faktor utama kepada kewujudan sistem perhubungan
dan pengangkutan tersebut.
17 P. Sivarajan & S.M. Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Tanah Melayu Tahun 1970,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. hlm 30.
18 Abdul Halim bin Halid & Syed Danial Haris bin Syed Husin, Perkhidmatan
Pengangkutan Awam Relbas, Selangor: Institut Teknologi Mara, 1990, hlm 82.
16
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
17/23
Fasa kedua pula berlaku antara tahun 1877 hingga 1909. Pada
peringkat ini, pembinaan jalan kereta api adalah untuk menghubungkan
antara bahagian utara dengan bahagian selatan Semenanjung.19 Selepas
pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, jalan-jalan kereta api yang
sedia wujud mula disambungkan atas inisiatif Sir Frank Swettenham dan
dikendalikan oleh Sistem Kereta api Negeri-Negeri Bersekutu. Pada tahun
1903 misalnya, Perai telah disambungkan dengan Seremban dan Gemas
dan terus dipanjangjan hingga ke Johor Bharu pada 1909 dan akhirnya
Singapura pada 1923.20 Di utara pula, Prai telah disambungkan ke Padang
Besar pada 1918 dan seterusnya ke Thailand manakala dari Gemas telah
dipanjangkan hingga ke Tumpat melalui Kuala Lipis dan terus ke Sungai
Golok.21
Fasa ketiga pula melibatkan pembinaan jalan kereta api antara tahun
1910 hingga 1931. Pembinaan ini telah juga meliputi negeri Kedah, Perlis,
Johor, Kelantan dan Terengganu. Setiap negeri di Semenanjung telah
dihubungkan dengan jalan kereta api meliputi timur dan barat, utara dan
selatan. Kerja-kerja untuk membina jalan kereta api dari Gemas dengan
Tumpat mengambil masa yang agak lama kerana sebahagian besar negeri
Pahang masih diliputi hutan yang tebal.22 Kemajuan dalam bidang
pengangkutan dalam dilihat dilihat selepas penubuhan Persekutuan Tanah
19
Ibid., hlm. 31.
20 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, edisi kedua, Selangor: Fajar Bakti, 2003, hlm. 794.
21 Abdul Halim bin Halid & Syed Danial Syed Husin, Op cit., hlm 85.
22 Ruslan Zainuddin, Op cit., hlm 786.
17
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
18/23
Melayu pada tahun 1948. Nama kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
telah ditukar kepada Kereta api Tanah Melayu (KTM). Pada peringkat awal,
perkhidmatan kereta api dilihat hanya untuk menghubungkan pelabuhan
dengan pusat bandar. Ini lebih berperanan untuk menagngkut hasil bumi
seperti bijih timah, arang batu, balak dan beras ke negeri-negeri lain serta
ke pelabuhan.23 Kereta api telah memainkan peranan penting dalam
perkembangan ekonomi di Tanah Melayu khususnya terhadap bijih timah
dan getah.24 Penerokaan kawasan-kawasan baru bijih timah dan getah
dapat ditemui dengan terbinanya landasan kereta api. Selepas pembinaan
landasan kereta api itu, terdapat banyak lading-ladang getah telah dibuka
sepanjang jalan kereta api. Bagi pihak British, pengangkutan moden ini
sangat memberi manfaat kepada mereka. Hal ini kerana, pengangkutan dan
penghantaran bijih timah ke pelabuhan-pelabuhan akan menjadi lebih cepat
dan cekap. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1885 di mana pihak British telah
membina empat landasan kereta api yang bertujuan untuk menghubungkan
pelabuhan Weld dengan Taiping yang menjadi pusat perlombongan
kawasan Larut. Di Selangor pula, pengangkutan utama bijih timah ke
Pelabuhan Kelang melalui Sungai Kelang. Jadi, kewujudan pengangkutan
moden ini ternyata memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu
masyarakat di tanah melayu dan juga pihak British. Selain itu juga, dengan
adanya kemudahan ini, sistem penghantaran hasil bijih timah menjadi lebih
cekap. Hal ini kerana, hasil bijih timah dapat diangkut dengan jumlah yang
banyak dan ini akan meningkatkan lagi kadar pengeluarannya. Hasil bijih
23Ibid.,hlm. 787.
24Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al.,Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1992,hlm 165.
18
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
19/23
timah yang diangkut menggunakan kereta api juga dijamin akan
keselamatannya.
3.2 IMPAK NEGATIF KEMAJUAN PENGANGKUTAN MODEN
3.2.1 SOSIAL
3.2.1.1 MEWUJUDKAN MASALAH KEPADATAN PENDUDUK
Walaupun kemajuan dari segi pembangunan dan pengangkutan moden
dilihat memberi kesan yang positif terhadap sosial masyarakat ketika itu,
tidak dinafikan juga terdapat impak yang negatif yang wujud hasil daripada
perkembangan ini. Hal ini kerana kemajuan tersebut menyebabkan populasi
penduduk semakin bertambah dan menggalakkan kemasukan buruh asing.
Hal ini kerana, pembinaan jalan kereta api dan jalan raya memerlukan
buruh yang ramai dan mempunyai kemahiran kejuruteraan bagi
menyempurnakan perlaksanaan ini dalam tempoh yang singkat.25
Para sejarawan bersetuju bahawa kemajuan teknologi perhubungan
dan pengangkutan telah memperkembangkan lagi aktiviti perlombongan
bijih timah dan perladangan getah. Perkembangan yang begitu dalam
kedua-dua aktiviti ini telah menyebabkan munculnya bandar-bandar baru di
sekitar Tanah Melayu. Bandar-bandar baru yang muncul adalah seperti
Kuala Lumpur, Taiping, Seremban dan Lukut. Perkembangan bandar ini juga
dikatakan akibat daripada lambakan golongan migran yang datang kesan
daripada kemajuan pengangkutan moden yang dianjurkan oleh British.
25 P. Sivarajan & S.M. Arasi, op cit., hlm. 30.
19
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
20/23
Jumlah penduduk meningkat dengan begitu ketara iaitu kira-kira setengah
juta penduduk pada tahun 1870 kepada kira-kira 3.3 juta orang pada 1921.
Hal ini mewujudkan pola penduduk yang tidak seragam apabila majoriti
golongan imigran Cina dan India tinggal di kawasan bandar manakala orang
Melayu tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini telah mewujudkan keadaan
dwi-ekonomi di tanah Melayu.
3.2.2 EKONOMI
3.2.2.1 KETIDAKSAMARATAAN TABURAN DAN PERKEMBANGAN
EKONOMI TANAH MELAYU
Kemajuan jalan raya dan kereta api telah memberi impak yang besar dalam
aspek ekonomi. Semasa penguasaan British di Tanah Melayu, mereka lebih
memberi tumpuan untuk memajukan ekonomi di kawasan pantai Barat
Semenanjung berbanding di Pantai Timur. Hal ini kerana, kekayaan sumber
ekonomi di kawasan tersebut seperti sumber bijih timah dan getah. Oleh itu,
kemajuan pengangkutan moden lebih tertumpu di kawasan- kawasan
sebelah pantai barat dan mengakibatkan proses pembangunan dan
pengangkutan moden di pantai timur agak lembap. Secara tidak langsung,
menyebabkan sektor ekonomi moden berkembang sangat pesat di pantai
barat semenanjung seiring dengan kemudahan jalan raya dan sistem
pengangkutan yang baik. Berbeza pula bagi masyarakat di pantai timur
yang masih mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional sara diri seperti
pertanian dan perikanan.26
26Ruslan Zainuddin, op cit., hlm. 523.
20
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
21/23
Kesannya, masyarakat Melayu yang majoritinya berada di kawasan
pendalaman seperti di pantai timur tidak berkembang dari segi ekonomi.
Hal ini juga menyebabkan orang Cina dan orang Eropah tergolong dalam
kategori pertama iaitu sektor ekonomi moden manakala para petani Melayu
menduduki kategori kedua iaitu sektor ekonomi tradisional.27
4.0 ANALISIS DAN PENILAIAN
Berdasarkan kepada pembentangan, saya bersetuju bahawa pembangunan-
pembangunan yang telah berlaku pada penghujung abad ke-19 dan
separuh pertama abad ke-20 dan perkembangan teknologi pengangkutan
samaada iaitu pengangkutan telah mendatangkan banyak impak kepada
kehidupan sosial dan corak ekonomi masyarakat di Tanah Melayu samaada
daripada aspek positif mahupun aspek negatif.
Melalui aspek pembangunan oleh British di Tanah Melayu, antara
contoh impak positif daripada aspek sosial yang kita dapat lihat daripada
pengenalan sistem komunikasi dan perkembangan pembandaran. Daripada
aspek ekonomi masyarakat Tanah Melayu, impak positif yang berlaku akibat
daripada pembangunan ialah perkembangan sistem perladangan dan
perlombongan. Namun, perkembangan pembangunan ini berlaku adalah
bagi menjamin perkembangan ekonomi dan kelangsungan sistem
pentadbiran British di Tanah Melayu.
27Ibid.,hlm. 524.
21
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
22/23
Selain itu, aspek negatif yang berlaku akibat pembangunan yang
berlaku di Tanah Melayu terhadap sosio-ekonomi Tanah Melayu ialah
berlakunya masalah pengasingan sistem pendidikan mengikut kaum
tertentu, peningkatan kadar dan kepadatan penduduk yang mencetuskan
masalah sosial di Tanah Melayu dan kewujudan masalah dari sudut
eksploitasi sumber ekonomi secara besar-besaran oleh pihak British.
Melalui impak kemajuan pengangkutan moden terhadap sosio-
ekonomi penduduk Tanah Melayu, antara kesan positifnya ialah
perkembangan petempatan dan memudahkan urusan penghantaran hasil
bijih. Melalui impak negatif daripada kemajuan pengangkutan moden ke
atas sosio-ekonomi penduduk Tanah Melayu, dapat dilihat melalui
ketidaksamarataan taburan dan kemajuan ekonomi di Tanah Melayu.
Melalui kesan-kesan akibat pembangunan dan kemajuan pengangkutan
moden terhadap sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad
ke-19 dan separuh pertama abad ke-20, dapat dilihat bahawa ia adalah
usaha oleh British untuk mengukuhkan kepentingan ekonomi mereka di
Tanah Melayu. Dapat dikatakan di sini bahawa mereka lebih mengutamakan
kepentingan revolusi perindustrian di Eropah melalui usaha dan ekspoitasi
mereka terhadap seluruh sumber ekonomi di Tanah Melayu terutamanya
sumber bijih timah.
5.0 KESIMPULAN
22
-
7/28/2019 asgment sosioekonomi
23/23
Kesimpulannya, pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden telah
memberikan banyak kesan positif dan kesan negatif terhadap sosio-
ekonomi masyarakat Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan separuh
pertama abad ke-20. Kedua-dua pembangunan dan kemajuan
pengangkutan moden ini adalah berlaku secara berperingkat-peringkat.
Dalam hal yang demikian, pembangunan dan kemajuan pengangkutan
moden ini telah membawa banyak kesan positif terhadap sosio-ekonomi di
Tanah Melayu. Namun, kita juga tidak dapat menafikan juga bahawa
pembangunan dan kemajuan pengangkutan moden turut memberikan
kesan negatif terhadap sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu sehingga
separuh pertama abad ke-20.
23