cim bab 1-10.docx
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
1/45
CINTA ITU MILIKKUDAYANA DARWISY
BAB 1
EDARI tadi matanya asyik melekap kepada gadis anggun berbaju kurung biru. Gadispersis puteri kayangan itu benar-benar menggugat prinsip hidupnya: Katakan Tidak Pada
Cinta. Mengapa hari ini hatinya berdetak? Kenapa perasaan itu tidak hadir ketika zaman sekolah menengah lagi? Atau
tahun pertama menjejakkan kaki ke sini? Selama ini dia boleh mendabik dada dengan rakan-rakan karibnya. Hanya
dia yang mampu bertahan tanpa ada perasaan tertarik mahupun tergoda terhadap mana-mana perempuan. Apatah lagi
untuk jatuh cinta! Buktinya... hingga ke hari ini, dia masih ampuh tanpa kehadiran seorang wanita yang boleh
dinobatkan sebagai kekasih untuk mengisi kekosongan hati.
Mikhail tidak seperti Zeck. Rakannya itu beruntung dapat berkahwin dengan wanita yang dia cintai. Tetapi
dia? Mangsa keadaan! Perempuan yang dinikahinya tidak pernah dia kenal apatah lagi jatuh cinta. Malah hingga
sekarang, mereka tidak pernah bersua muka. Nama perempuan itu pun seakan karam di persada ingatan. Sijil nikah,
kad nikah, gambar pernikahan dan nombor telefon perempuan itu pun telah Mikhail kuburkan di suatu tempat. Tidak
ingin dia menjengah atau mengambil tahu tentang khazanah itu, segalanya seakan merobek hati lelakinya.
Rahsia perkahwinannya juga tersimpan kemas di lubuk hati. Biarlah rahsia, bisik hati Mikhail. Teman rapat
pun tidak tahu akan rahsianya yang satu ini. Jika umi dan abi tidak mengingatkan statusnya, Mikhail sendiri terlupa
yang dia telah pun mendirikan rumah tangga. Lakaran kehidupan yang tercorak untuknya membuatkan hati Mikhail
semakin beku, sebeku lautan Antartika dan dingin, sedingin puncak Himalaya terhadap insan bergelar perempuan.
Mikhail dianugerahkan rupa paras yang tampan dan kacak. Keperibadiannya juga cukup sempurna.
Personaliti yang dimilikinya membuatkan banyak bunga terpikat dan terpesona. Namun, semua itu dipandang sepi
oleh Mikhail. Bagi Mikhail, kehadiran insan bernama perempuan hanya menyerabutkan otak dan membosankan.
Tetapi kini sudah termakan sumpahankah dia? Sanggupkah dia menjilat kembali ludahnya?
Ketika berpapasan dengan gadis berbaju kurung biru, dia sangat-sangat terkasima melihat mata bundar
kehijauan itu. Oh gadis bermata hijau... siapakah gerangan dirimu? Sudah jatuh angaukah aku? Tak mungkin... tak
mungkin! Tapi mengapa sedari tadi, wajah itu yang mengungguli carta jiwaku dan wajah itu juga yang mengungguli
carta mindaku? Ah... aku mesti lupakan siapa dia sebelum hati memahkotakan wajah dan dirinya! Tidak ingin rasanyahati luka berdarah dan terkecewa akhirnya sebagaimana cerita cinta yang penuh suka duka yang pernah dibaca dan
ditonton.
Wajah jejaka yang menemani gadis itu berlegar-legar di mindanya. Siapakah lelaki itu? Siapakah dia wahai
gadisku? Kekasihmu? Tunanganmu? Suamimu? Tentu sahaja lelaki itu begitu istimewa buatmu, bisik hati Mikhail.
MALAM itu sekali lagi mereka dipertemukan. Bagaikan berjanji dan berjodoh pula antara mereka. Mikhail
mengenakan T-shirt berwarna merah hati dan berdenim hitam, manakala si gadis berblaus merah hati, skirt labuh
berwarna hitam dan bertudung hitam berbunga kecil warna merah hati. Sedondon pula mereka!
Kedua-duanya tampil kacak dan anggun. Si gadis mengukir senyuman manis dan melirik manja ketika
berselisihan dengannya. Melihat senyuman dan lirikan itu, jantung Mikhail berdegup tidak normal. Degupan
jantungnya kali ini lebih hebat berbanding ketika dia menunggu pengumuman siapakah yang bakal dinobatkan
sebagai presiden MPP. Mikhail memegang dadanya merasai getaran yang hadir. Boleh kena serangan jantung tidak
lama lagi! Bisik hati Mikhail.
Senyuman manis menggoda dan jelingan manja itu bisa membuatkan si jejaka yang memandang terpikat
dan tertawan. Tidak mustahil jika ada kumbang di kampus ini yang tidak tidur lena dan angau apabila terpandang
wajahnya nan jelita itu. Diri Mikhail yang selama ini tidak lut dengan panahan cinta pun tidak puas menatap wajah
ayu dan senyuman manis di bibir mungil itu. Kerlingan matanya sahaja sudah bisa menggugat keimanan Mikhail yang
selama ini terkenal dengan hati dingin dan beku.
Rakan fasilitatornya Hafiz yang sering menjaga batas pergaulan pun boleh tertoleh dua kali, apatah lagi
mereka yang sentiasa memburu gadis berdahi licin. Itu belum lagi si gadis berpakaian seksi dan menggiurkan.
Menutup aurat pun sudah ramai yang terlopong dan ternganga. Mikhail memerhati dan mencuri pandang ke arah gadis
yang telah berjaya merobohkan kedegilan hati lelakinya untuk jatuh cinta selama ini.
S
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
2/45
Pernah suatu ketika dulu kedengaran nada-nada sinis yang mengatakan Mikhail seorang gay kerana dia
tidak berminat berkawan rapat dengan kaum Hawa dan sering berdampingan dengan Borhan, teman sebilik dan
sekelasnya. Tohmahan itu sedikit pun tidak menjadi kudis buat Mikhail, malahan dipekakkan sahaja telinganya. Kini
nada-nada sinis itu hilang bagaikan angin lalu.
USAI majlis, Athirah dan rakan-rakan yang baru dikenalinya mahu pulang ke bilik masing-masing. Mereka ingin
berehat selepas seharian berada dalam keadaan yang sangat meletihkan. Stres pun ya juga. Namun langkah mereka
terhenti dan perjalanan mereka terhalang kerana ada beberapa orang pelajar lelaki menyekat laluan mereka.
Apa hal pulak mamat-mamat tak cukup umur ni? Ini mesti budak-budak senior! Jika tidak... masakan
mereka begitu berani dan selamba, omel hati Athirah. Perasaan marah tiba-tiba mencengkam sanubarinya apabila
perjalanan mereka disekat. Sememangnya ketika ini dia berasa amat letih. Perjalanan dari Terengganu ke Kuala
Lumpur kelmarin masih belum hilang penatnya. Sudahlah pendingin hawa bas yang dinaikinya tidak berfungsi
dengan elok. Jiran sebelahnya pula gatal merenyam. Rasa hendak diluku-luku sahaja kepala pak cik tua yang tidak
sedar diri itu. Keadaan itu membuatkan Athirah tidak selesa dan tidak betah berlama di dalam perut bas. Emak dan
ayah tidak dapat menghantarnya kerana terdapat sekumpulan pelancong yang telah membuat tempahan untuk
menginap di teratak mereka selama beberapa minggu
Setibanya dia di rumah abang-abangnya, kunci pendua rumah abangnya pula tertinggal. Terpaksalah dia
menunggu Abang Rosmannya pulang daripada kerja satu jam berikutnya. Nasib baik tidak kena culik!
Tapi minggu orientasi tak boleh jual mahal atau buat silap, Athirah mengingatkan dirinya. Tak pasal-pasal
nanti kena denda! Silap-silap kena dera!!! Mak... tolong Baby!!! Jerit batin Athirah.
Bagi tidak merumitkan keadaan, Athirah memaniskan senyuman umpama madu dan menceriakan wajah ayunya
walau hati mendongkol marah. Teman-teman di kiri dan kanan dikerling. Dia memberi isyarat mata supaya melakukan
perkara yang sama. Dengan perasaan berbelah bahagi, rakan-rakannya itu melemparkan senyuman yang tidak segah mana.
Sekadar memberi isyarat bahawa mereka sebenarnya tidak sombong, cuma menyampah dan meluat sahaja.
Aku dahlah mengantuk tahap gaban! Adapulak mamattak sekolah yang ganggu perjalanan aku menuju ke
tempat beradu, bisik Aina kepada Fazlina.
Salmi pula sudah melentokkan kepalanya di atas bahu Fazlina. Sudah beberapa kali dia menahan kuap.
Matanya juga sudah layu. Berkali-kali juga Salmi mencubit lengannya sendiri untuk mengelakkan dirinya daripada
tertidur.
Athirah mencuit lengan Aisyah supaya memulakan bicara. Namun rakannya itu hanya membisu dan berdiri
tegak bagaikan patung cendana. Mata Aisyah juga tidak berkelip memandang wajah abang-abang senioryang berada
di hadapan mereka saat ini. Athirah yang masih lagi kekal mempamerkan senyuman semanis madu sedikit geram
melihat gelagat dan telatah teman baharunya itu.
Assalamualaikum.... Ada apa-apa yang boleh saya bantu saudara? Athirah mengeluarkan suara lemak
merdunya. Athirah sebenarnya bukan tidak mahu bercakap dengan kaum Adam, tetapi dia bimbang jika ada yang
tidak tidur lena setelah mendengar suaranya bak buluh perindu itu.Ha ha ha... perasan sungguh kau, Athirah!
Waalaikumsalam. Tak perlu bersaudara-saudara. Nama abang, Salman Khan. Nak panggil Abang Salman
boleh, nak panggil Abang Khan pun boleh. Yang ini teman sebilik abang, nama dia... Hakim atau Abang Hakim dan
yang berbaju biru itu Shah Rizal. Adik-adik boleh panggil dia Abang Rizal. Salman memperkenalkan diri merekabertiga.
Maaflah... kami tak berminat pun nak tahu nama korang! Gerutu hati Athirah. Nama Salman ni dah macam
pelakon Bollywood. Jangan-jangan makmamatni penggemar filem Hindustan dan sudah terberkenan dengan Salman
Khan. Tak dapat Salman Khan, dapat anak yang bernama Salman Khan pun dah kira okey... gamaknya! Getus hati
Athirah lagi.
Kami ingin bertanya sama ada adik-adik semua ni ada masalah ataupun tidak? Salman menyatakan
tujuannya.
Athirah dan teman-temannya memandang pelik ke arah lelaki yang bernama Salman, Hakim dan Shah
Rizal. Amboi, baiknya hati! Baik ada makna ke?
Untuk pengetahuan adik-adik semua, kami akan memantau adik-adik semua sepanjang minggu orientasi
ini berlangsung. Andai ada sebarang pertanyaan atau masalah, boleh terus rujuk kepada kami, ujar Salman sambil
melirik ke arah gadis yang telah berjaya memikat hatinya.
Oh... betullah apa yang aku fikirkan tadi! Mereka ni semuanya senior.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
3/45
Terima kasihlah sebab mengambil berat. Buat masa ni semuanya berjalan l ancar dan tak ada apa-apa
masalah, ujar Athirah berbasa-basi.
Siapa nama adik-adik semua? tanya Salman lagi sambil merenung wajah Athirah. Cantik dan mengancam
sungguh dia ni, desis hati Salman.
Huh, taktik lapuk nak mengurat! Gumam Athirah. Namun dilayani jua telatah dan kerenah para seniornya.
Tambahan pula yang berada di hadapan mereka adalah antara fasilitator yang menjayakan minggu orientasi.Sekiranya jual mahal atau sombong, tidak fasal-fasal bermacam-macam denda akan dikenakan ke atas mereka.
Nama saya Athirah! Ini kawan-kawan saya, Salmi, Aisyah, Fazlina dan Aina, ujar Athirah. Jarinya
menuding ke arah kawan-kawannya satu persatu.
Terima kasihlah sebab sudi berbual dan berkenalan dengan abang-abang yang kacak ni. Salman bergurau
sambil tersenyum penuh makna.
Siapa entah yang sudi berbual dengan dia? Dan bila masa pulakkami nak berkenalan? Macamlah kacak
sangat hingga mampu membuai perasaan dan mengheret kami untuk menghulurkan salam perkenalan! Kutuk Athirah
dalam hati. Namun senyuman manis tetap menghiasi bibir Athirah. Kutuk, kutuk juga, bibir tetap kena senyum, bisik
hati Athirah nakal.
Jika adik semua ada masalah dan ingin bertanya, jangan malu-malu berjumpa dengan kami. Insya-Allah...
kami akan bantu selagi termampu. Okeylah GCG, kami gerak dulu, nanti kita jumpa lagi, ujar Salman. Senyuman
menawan yang dihulurnya, memperlihatkan lesung pipit di kiri dan kanan pipinya.
Abang Salman, sekejap! panggil Aina. Apa itu GCG?
Oh... GCG tu? Singkatan daripada gelaran Gadis Cun Gila. Kamu semua cun-cun dan cantik-cantik
belaka, ujar Salman sambil mengenyitkan mata dan tersenyum sebelum berlalu.
Fuhyo... tergoda aku saat terpandang lesung pipitnya tu! ujar Aina sedikit gedik.
Pelik sungguh Si Aina ni. Tadi kata mengantuk tahap gaban! Tapi bila tengok senyuman Salman, lain pulak
jadinya. Dah hilang mengantuk ke Aina bila terpandang lesung pipit Salman? Lesung batu tak nak Aina? Bisik hati
Salmi.
Fazlina, Athirah dan Aisyah hanya mendiamkan diri. Pada saat ini, hanya bayangan tilam dan bantal sahaja
yang bermain-main di ruangan mata.
Hah... awak yang pakai baju merah, mari sini! Mikhail memanggil Athirah. Setelah Salman dan kawan -
kawannya beredar, Mikhail dan Borhan pula menuju ke arah Athirah dan teman-temannya.
Athirah yang baru ingin melangkah kembali berpaling apabila terdengar suara di belakangnya. Huh, tak
habis-habis lagi ke yang datang nak mengayat? Athirah merungut. Tak boleh ke tunggu esok atau lusa kalau ya pun
tak sabar-sabar nak berkenalan? Aku dah mengantuk sangat-sangat ni! Hesy... rimasnya aku!!! Bebel Athirah dalam
hatinya. Namun siapalah dia hendak menyombong pada minggu orientasi ini.
Saudara panggil saya? tanya Athirah dengan suara selunak mungkin.
Ada apa, saudara? Athirah meneruskan pertanyaan apabila melihat Mikhail mengangguk tanpa membalas
pertanyaannya.
Terangkan kepada saya apa tujuan awak datang ke mari? Mikhail bertanya kasar.
Athirah sudah tercengang dengan soalan yang diajukan kepadanya. Kenapa mamatni? Tanya soalan pun
macam nak makan orang. Hesy... tak faham betullah! Lepas tu nak marah orang tak tentu pasal pulak! Bebel Athirah
dalam hatinya. Muka berlagak semacam je. Macam mafia pun ada! Mengalahkan polis pencen saja lagaknya, kutukhati Athirah tanpa henti. Matanya memandang Mikhail dari atas hingga ke bawah dengan perasaan tidak puas hati.
Hah, tengok! Awak sendiri pun tak tahu sebab apa awak datang ke mari? Kalau awak tak boleh terangkan,
biar saya tolong bagi tahu dan jelaskan, tambah Mikhail lagi.
Pelik sungguh mamatni! Dia yang bagi soalan, dia jugak yang tolong bagi jawapan! Hati Athirah sudah
menggeletek hendak ketawa. Namun ditahan jua bila muka mamatsengal yang berada di hadapannya terlalu serius
dan menakutkan. Nasib baik dia tidak melatah semasa dijerkah tadi. Jika tidak, malu besar dibuatnya. Kawan-
kawannya sudah menikus. Salmi yang tadinya kelihatan mengantuk sudah segar-bugar dek terkejut akibat sergahan
mamatitu.
Tujuan kita datang ke mari untuk belajar. Bukannya menggatal atau mencari kekasih, perli Mikhail. Sinis
sungguh pernyataan yang Mikhail lemparkan.
Seandainya awak ada pasang niat nak berbuat macam tu, lebih baik awak bungkus kain baju dan balikrumah. Sikap awak yang sebegini bukan saja menghabiskan duit ibu bapa awak, tapi juga bakal mengecewakan
mereka suatu hari nanti. Mikhail menghamburkan lagi sindiran pedasnya.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
4/45
Seperkara lagi, esok saya tak mahu lihat awak pakai kanta lekap. Saya tahu tujuan awak datang ke sini
bukannya nak belajar sangat, tapi nak menggatal dan menggoda, kan? Ingat! Saya tak mahu tengok awak menggedik
dan menggeletik sepanjang tempoh orientasi ini berlangsung. Faham?! Mikhail terus-terusan menyerang Athirah.
Terperanjat bukan kepalang Athirah dan rakan-rakannya bila disergah sebegitu. Walaupun suara Mikhail
tidak memetir bagaikan halilintar, tetapi cukup menjengkelkan Athirah. Telinga Athirah sudah berdesing, kulitnya
yang putih melepak sudah bertukar merah menahan amarah. Kerekbetul mamatni! Dia ingat aku kebulur sangat ke
nak cari pasangan kat sini? Aku dah kahwinlah!!! Getus hati Athirah.
Jika tidak disabarkan hatinya, mahu sahaja mamatbongkak yang berada di hadapannya ini dicepuk. Silap
hari bulan ada anak teruna orang tidur di wad ICU malam ini. Tak pun dapat makan sup selipar jamban secara
percuma. Sabar Athirah, sabar!!! Engkaukan anak Pak Kassim dan Mak Salamah yang ayu dan penuh dengan ciri-ciri
ketimuran walaupun kau tu Melayu celup!
Athirah menahan gelora amarahnya yang sudah menuju puncak. Jangan kau orang ingat Program Akademi
Fantasia aje ada menuju puncak! Api kemarahan aku juga pandai menuju puncak, tahu! Athirah cepat-cepat
beristighfar bila tersedar dirinya terlalu mengikut bisikan syaitan. Athirah juga tidak mahu menghuru-harakan keadaan
yang agak panas dan tegang ketika ini. Sebagai pelajar junior, dia perlu menghormati pelajar yang lebih senior.
Minggu orientasi juga baru bermula. Dia tidak tahu sejauh mana kerenah dan karakter setiap fasilitator yang
bertugas. Dia juga tidak tahu tahap kesombongan dan keangkuhan manusia yang berada di hadapannya sekarang ini.
Oleh itu, dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah yang boleh mendatangkan kesusahan kepadanya.Athirah menghulurkan senyuman semanis mungkin. Nada suaranya juga dialunkan semerdu yang boleh.
Maaf ya, saudara! Saya sebenarnya tak ada niat nak berlaku kurang ajar dengan saudara. Athirah
memulakan bicara.
Mikhail melemparkan senyuman sinis.
Borhan pula bersikap tunggu dan lihat.
Tujuan utama saya ke mari adalah ingin menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan bukannya mengejar
lelaki. Saya juga berhasrat menjadi pelajar cemerlang setiap semester dan sekali gus membanggakan ibu bapa saya.
Soal jodoh atau pasangan hidup, saya dah letakkan di tangga tercorot sekali. Saya harap saudara jelas dan faham
tentang itu, ujar Athirah sambil menentang bebola mata Mikhail.Athirah menarik nafas sebelum menambah kata-
katanya.
Seperkara lagi, saya tak memakai kanta lekap sepertimana yang saudara fikirkan dan khabarkan sebentartadi. Ini warna anak mata saya yang asli. Jika sebentar tadi saudara ada terlihat saya berbual dengan sekumpulan
lelaki, itu bukan tandanya saya ingin menggedik, menggeletik atau melayan mana-mana lelaki, tetapi sekadar ingin
mengeratkan silaturahim sesama insan, tegas Athirah. Usai memberi salam, Athirah dan rakan-rakannya beredar
meninggalkan Mikhail dan Borhan dalam keadaan terkulat-kulat.
Ha... dengar tu saudara, apa yang saudari tadi katakan? sakat Borhan sambil menepuk bahu Mikhail. Geli
hatinya melihat wajah terkejut Mikhail. Mungkin Mikhail tidak menyangka yang pelajar juniortersebut begitu berani
membidas kembali kata-katanya.
Mikhail memandang wajah Borhan dengan perasaan geram. Kutuklah... kutuk...!
Petahnya dia bercakap! Muka dahlah cantik, bijakpulak tu. Aku rasa budak perempuan tu mesti ambil
law, ujar Borhan lagi sambil mentertawakan Mikhail yang masih terdiam kaku.
Hati Mikhail semakin panas dengan perlakuan sahabat baiknya. Bukan main lagi pujian Borhan terhadap
pelajar baharu itu. Macam ada apa-apa sahaja?
Sepanjang perjalanan pulang ke bilik, Mikhail hanya mendiamkan diri. Dia diselubungi rasa malu yang
teramat. Rasa segan mula menabiri lubuk hatinya kerana menuduh dan menyerang tanpa usul periksa. Siapalah
dirinya hendak menegur dan menasihati gadis itu. Setiap orang bebas bergaul dan berkawan, hatta untuk bercin ta.
Hesy... apa kena dengan diri aku ni? Kenapa perlu ada perasaan marah dan cemburu? Lantaklah dia nak
berkenalan ke, berborak ke... atau bercinta! Bukannya ada kaitan dengan aku. Dia bukannya kekasih aku! Jauh sekali
isteri aku. Alangkan isteri sendiri pun... tak pernah aku ambil peduli!
Aduh, apa yang aku dah buat ni? Pening... pening...!!! Bisik hati Mikhail sambil memicit kepalanya. Lantas
dia berbaring di atas katil. Entah mengapa, hatinya tiba-tiba terasa begitu dekat dengan si dia.
Khai, engkau ni kenapa? Sejak kena tegur dengan awek cun melecun terus jadi bisu. Atau kau dah
tersampuk dengan bidadari tu? Jangan-jangan kau dah terkena panahan asmara dia tak? giat Borhan sambil
tersenyum dan mengangkat kedua-dua belah keningnya.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
5/45
Mikhail tidak mengendahkan kata-kata Borhan. Kepalanya masih lagi berserabut memikirkan
kegelojohannya menyerang pelajar junioritu tadi.
Tapikan Khai... budak tu memang meletup! ujar Borhan penuh perasaan.
Kau rasa-rasalahkan, dia ada kekasih tak? Kau fikir... kalau aku masuk jarum ada peluang tak? Bertubi-
tubi soalan yang ditanya oleh Borhan tetapi tiada satu pun yang mendapat balasan.
Mikhail mematungkan diri dan memekakkan telinganya. Tidak kuasa dia hendak melayan celoteh temansebiliknya itu.
Aku ni dah macam bercakap dengan katil dan bantal aje, omel Borhan. Dia memanjat katil dua tingkat itu.
Katil, katil... sekiranya aku tackle awek cun tu kau agaklah katil... aku boleh dapat tak? Bantal, bantal...
kau rasakan... awek cun tu terpikat tak dekat aku yang tak b erapa nak kacak ni? Borhan berkata sambil menjenguk
Mikhail yang berada di katil tingkat bawah.
Mikhail bingkas bangun. Bosan pula dia mendengar omelan Borhan yang tidak henti-henti sedari tadi.
Bantal yang berada di tangannya dibaling.
Kau boleh diam tak, Hans? Dari tadi asyik membebel mengalahkan mak nenek... sindir Mikhail.
Kepalanya sudahlah berserabut. Kawannya pula tidak habis-habis berkicau. Mengalahkan murai!
Oittt... yang kau ni tiba-tiba berangin satu badan ni kenapa? Kau jealous ya... kalau aku dapat tackle awek
tu? giat Borhan sambil tertawa.Mikhail ketap bibirnya. Ada juga yang makan penumbuk karang!
Apa kata kita bersaing secara sihat untuk pikat dia? Siapa yang berjaya merebut hatinya, orang itu akan
dinobatkan sebagai kekasihnya. Borhan memberikan pendapatnya.
Mikhail semakin geram mendengar kata-kata Borhan. Bila masapulakaku naktackle perempuan tu? Gerutu
hati Mikhail. Hendak membalas kembali kata-kata Borhan, mulutnya seakan terkunci.
Aku kalau tak dapat tuan puteri yang mata hijau, dapat kawan dia yang pakai baju hijau tu pun dah
okey! Borhan memasang angan-angan. Eh, Khai! Kau tahu tak nama geng-geng awek cun tu? Aku dengar tadi
Salman panggil geng-geng dia GCG, apa maknanya hah? Siapalah nama minah salih tu ya? Aku... kalau dia kata,
saya minat awak, terus aku suruh mama aku pinang dia. Pukul sepuluh pagi aku bertunang, lima minit kemudian
terus aku jabat tangan tok kadi. Lepas tu aku letak dia dalam istana cinta aku. Ha... macam mana? Hebat tak kisah
percintaan aku ni?
Tinggi sungguh anganan Si Borhan ni ya? Kalaulah Borhan tahu siapa Athirah yang sebenarnya, macam
manalah reaksi dia agaknya?
Ya Allah kawan aku ni! Tak habis-habis lagi ke bermimpi di siang hari?
Sudah-sudahlah tu pasang angan-angan. Jatuh tersungkur, sakit kawan! nasihat Mikhail sambil tangannya
menolak bahu Borhan. Bosan mendengar omelan tanpa henti, dia terpaksa bersuara juga.
Borhan menatap wajah temannya. Apalah Mikhail ni? Bukannya nak beri sokongan moral. Menjatuhkan
semangat aku adalah. Bagilah peluang kat teman baik dia ni ada makwe.
Dan... semua soalan yang kau tanya, aku tak ada jawapannya. Terang Mikhail sambil menutup suis
lampu. Bilik mereka sudah menjadi gelap. Apa yang aku tahu, aku nak tidu r. Esok banyak lagi tugas yang menunggu
kita. Jadi aku nak kau tolong zip mulut tu. Assalamualaikum and good night.
Borhan ketawa mendengar kata-kata Mikhail sebelum turut sama belayar menganyam mimpi....
BAB 2
ESI taklimat dan suai kenal antara pelajar baharu dan Majlis Tertinggi (MT) serta exco
fakulti diadakan jam lapan pagi. Selesai sahaja taklimat, acara ice breaking pula
menyusul yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan mengenali antara satu sama lain.
Alamak, di sini pun ada dia! Mampuslah aku kali ni. Sudahlah dia tu presiden, bisik hati Athirah. Athirah
mencebik dan memandang Mikhail dengan pandangan meluat. Setelah itu dia menghala pandangannya ke arah rakan
sekelas yang sibuk memperkenalkan diri masing-masing. Aflahuddin orang pertama memperkenalkan diri. Kini tiba
giliran Athirah dan rakan-rakannya pula.
S
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
6/45
Saya Fazlina Firhad. Berasal dari Kluang, Johor. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Makanan
kegemaran mi soto dan minuman kegemaran Milo ais. Suka bermain bola jaring. Warna kegemaran hijau. S ingle and
available.
Saya Salmi Abd. Rashid. Berasal dari FELDA Kahang Barat, Johor. Anak sulung daripada sembilan orang
adik-beradik. Makanan kegemaran nasi lemak dan minuman Nescafe. Sukan kegemaran pula bola tampar. Meminati
warna coklat dan masih single.
Saya Nur Aina Afiqah Mohd. Zainuddin. Berasal dari Kuantan, Pahang. Anak ketiga daripada empat orang
adik-beradik. Makanan kegemaran mi tomyam dan minuman kegemaran limau ais. Sukan yang saya minati ialah bola
jaring. Warna kesukaan biru. Masih available.
Saya Nur Aisyah Hafizah Dahri. Berasal dari Sungai Besar, Selangor. Anak kedua daripada dua orang
adik-beradik. Makanan kegemaran nasi goreng pattaya. Minuman kegemaran Milo ais. Meminati sukan badminton.
Warna kegemaran putih dan hitam. Masih solo. Jika berminat, boleh hantar borang permohonan.
Masing-masing sudah tertawa mendengar lawak selamba Aisyah.
Kini tiba giliran Athirah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Athirah menjadi gugup dan gementar.
Saya Syarifah Athirah Emelda Syed Zakuan. Dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Terengganu.
Anak keempat daripada empat orang adik-beradik. Makanan kegemaran, nasi dagang dan minuman Horlick. Minat
badminton dan berpidato. Saya sukakan semua warna asalkan cantik dan menarik. Tetapi warna yang paling saya
gemari dan jatuh hati ialah biru. Single but not availablekerana saya milik mutlak Allah dan keluarga saya.
Terdengar suara-suara sumbang yang ingin berkenalan dan meminta nombor telefon.
Maaf... nombor telefon adalah milik peribadi dan tidak boleh dikongsi dengan yang bukan berhak. Bagi
yang ingin bersahabat, saya amat mengalu-alukan. Jika ada yang berminat meraih cinta saya, dia harus berjumpa
dengan kedua-dua ibu bapa saya dan perlu menjadi suami saya terlebih dahulu. Saya hanya mencurahkan sepenuh
cinta dan kasih sayang buat suami saya sahaja.
Athirah sebenarnya kecewa dengan kesudahan yang melanda hidupnya. Dia digantung tidak bertali oleh
suaminya dua tahun lalu. Dia benar-benar terkilan bila ada manusia yang sanggup mempermainkan sebuah ikatan
suci. Kesanggupan lelaki itu menerima akad, menyebabkan dia tersepit di tengah-tengah. Apa salahnya dan apakah
dosanya sehingga lelaki itu sanggup buat dirinya sedemikian? Jika tidak suka, kenapa tidak dijatuhkan talak sahaja?
Nasihat Abang Rosmannya kekal terpahat dalam ingatan. Dia perlu reda dengan qadak dan qadar Allah.
Sekiranya dia asyik merungut dan menyesali apa yang berlaku, itu maknanya dia tidak meyakini kekuasaan Allah. Itubermakna dia menidakkan ketentuan Allah ke atas setiap hamba-Nya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di
sebalik kejadian ini yang tidak dia ketahui. Mungkin kebahagiaan terbentang luas di hadapannya cuma cepat atau
lambat sahaja. Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya itu tidak kuat. Allah tidak pernah berlaku zalim
ke atas hamba-Nya kerana Allah itu Maha Terpuji sifat-Nya. Hanya hamba yang Allah sayang sahaja akan menerima
ujian-Nya. Allah ingin menguji sejauh mana ketaatan dan keimanan seseorang itu kepada-Nya.
Itulah kata-kata Abang Rosman yang dia pegang hingga kini. Ya... dia perlu reda dan harus yakin dengan
ketentuan Allah. Mungkin suaminya juga tertekan dengan kehendak keluarganya. Sebagai isteri, dia perlu bersabar
dan berdoa semoga Allah menemukan jalan terbaik buat mereka berdua.
Tika mata Athirah terpandang wajah Mikhail, Athirah menjeling geram. Kata-kata sinis dan pedas Mikhail
masih tersemat kukuh dalam kotak ingatannya. Mikhail juga telah diisytihar sebagai musuh ketatnya secara rasmi
bermula malam tadi.
Hesy... mamatni! Kat mana-mana mesti ada muka dia! Sudahlah mulut macam lori sampah. Busuk danmeloyakan! Pergi main jauh-jauh tak boleh ke? Buat semak biji mata aje...! Athirah mengomel dalam hatinya sambil
berlalu menuju ke tempat duduknya. Eh, betul ke aku benci kat dia? Bisik hati Athirah kembali. Tiba-tiba terasa ada
orang duduk di sebelahnya lalu ditoleh ke sisi.
Assalamualaikum... Athirah masih ingat lagi pada abang? tanya Salman. Senyuman tidak lekang di
bibirnya.
Waalaikumsalam.... Abang Salman, kan? Kenapa tak ingat pulak. Abang Salman, kan lelaki pertama yang
tegur saya di kampus ni. Abang Salman buat apa di sini? Bukan ke Abang Salman sepatutnya berada di fakulti abang
sekarang? soal Athirah.
Rancaknya Athirah berborak. Tidak nampakkah nun di sebelah sana ada yang memandang macam singa
kelaparan? Huh, sengaja mencari fasal!
Saja nak datang ke mari. Tak boleh? Nak tengokjugakorang tercantik di kampus ni memperkenalkan diri.Macam mana? Ada masalah tak dengan mereka semua? Kalau ada... bagi tahu abang. Biar abang uruskan mereka,
seloroh Salman.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
7/45
Muka Athirah sudah berona merah bila disakat.
Saya tak adalah secantik mana, Abang Salman, tutur Athirah merendah diri.
Setakat ni semuanya berjalan lancar. Tapi tak tahulah esok atau lusa. Kenapa? Abang nak jadi superhero
selamatkan saya daripada anasir-anasir yang tak diingini? soal Athirah dengan nada perlahan seakan -akan berbisik.
Bimbang pula jika suaranya mengganggu teman-teman yang lain. Saat matanya tertangkap pandangan sinis Mikhail,
Athirah mula merasa tidak selesa. Yalah... majlis belum lagi bersurai tetapi dia sedap-sedap berborak di belakang.Nampak sangat sikapnya yang kurang sopan dan tidak hormat kepada pemimpin.
Jikalau Athirah sudah beri mandat untuk jadi penyelamat, abang amat berbesar hati, luah Salman dengan
perasaan gembira.
Athirah tersenyum kecil mendengar kata-kata Salman.
Abang pergi dulu, nanti kita jumpa lagi. Salman perasan akan ketidakselesaan Athirah dan pandangan
mata Mikhail yang memberi isyarat kepadanya supaya beredar.
Tamat sahaja majlis tersebut, Athirah dan rakan-rakannya beredar keluar. Salman sudah pun menantinya di
luar dewan sambil tersenyum.
Mikhail pula memandang dengan wajah mencuka. Matanya merenung tajam ke arah Athirah bagaikan
seekor harimau kumbang yang ingin menerkam mangsanya.
Jom... Abang Salman belanja Athirah minum, pelawa Salman. Peluang untuk berdampingan denganAthirah tidak akan disia-siakan begitu sahaja.
Athirah merasa serba salah sama ada hendak menolak atau menuruti. Bagaimana pula dengan kawan-
kawannya yang lain? Takkanlah dia hendak angkut semuanya. Nanti apa pula kata Salman. Masakan Salman hendak
belanja mereka semua. Ada bankrap mamatni nanti! Tambahan pula apa kata senior-senioryang lain terutamanya
perempuan? Bukan Athirah tidak tahu ramai seniorperempuan yang tidak puas hati dengannya.
Saya rasa kita keluar minum lain kalilah. Saya dah janji dengan kawan -kawan nak minum bersama
mereka. Athirah cuba berdiplomasi dengan Salman.
Melihat renungan Mikhail, dia menjadi seriau. Hatinya jadi gundah-gulana. Kecut perutnya melihat
renungan berbaur amaran itu. Athirah tidak faham mengapa Mikhail memandangnya sebegitu. Lagak Mikhail seolah-
olah dia ada berhutang jutaan ringgit dengan lelaki itu.
Ajaklah mereka minum sekali dengan kita. Kawan-kawan abang yang lain pun boleh join, pujuk Salman.
Dia masih tidak berputus asa hendak mendekati Athirah.
Kalau begitu, saya tanya mereka dulu. Abang Salman tunggu sekejap, ujar Athirah lalu merapati rakan -
rakannya yang sedang menunggu.
Abang Salman nak belanja kita minum, korang nak ikut tak? tanya Athirah. Dia berharap sangat ada
rakannya yang ingin turut serta.
Aku ada urusan nak diselesaikan, ujar Salmi.
Aku nak temankan Salmi, tutur Aisyah.
Aku pun ada benda penting yang nak dibuat, terang Fazlina dan Aina serentak.
Alah... kalau aku sorang, aku tak naklah. Lagipun aku bukan kenal sangat dengan dia. Seganlah aku.... Kau
orang tunggu kejap ya, aku bagi tahu dia, sambung Athirah lagi. Athirah ingin mendapatkan Salman namun dihalang
oleh Aina.
Tak baik buat orang macam tu, Athirah. Dia bukannya nak ajak kau pergi mana-mana, sekadar pergi
minum aje. Kau kena ingat Athirah, kalau kita berbuat baik dengan dia, kita jugak yang untung nanti. Dia, kan
berjawatan di kampus ni. Senanglah kita sepanjang minggu orientasi ni berlangsung, ujar Aina bersungguh-sungguh,
meracuni fikiran temannya.
Betul juga cakap Aina, fikir Athirah. Bila lagi nak mengambil kesempatan? Masa inilah! Sekurang-
kurangnya bila ada yang membuli, senanglah dia hendak mengadu.
Tapi... takkan takdesorang pun yang nak temankan aku? tanya Athirah lagi.
Rakan-rakannya hanya geleng kepala.
Kalau macam tu, aku pergi dulu. Athirah mendapatkan Salman yang sedang berbual dengan Mikhail dan
beberapa orang senioryang lain.
Assalamualaikum.... Athirah memberi salam dengan tujuan menyapa.
Salman dan mereka yang berada di situ berhenti berborak dan menjawab salamnya.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
8/45
Abang Salman masih ada lagi yang nak dibincangkan ke? Kalau Abang Salman masih sibuk, lain kali
sajalah kita pergi minum. Athirah berbasa-basi. Dia kegugupan sebenarnya. Mata Mikhail yang marak dengan api
cemburu, amat menakutkannya.
Eh, tak adalah! Bukannya ada perbincangan apa pun. Sekadar berbual kosong aje sementara menunggu
tuan puteri berbincang dengan dayang-dayangnya, usik Salman dengan nada ceria. Siapa yang tidak ceria bila burung
yang hendak dipikat sudah hinggap di tangan. Hanya menunggu masa sahaja hendak dikurung ke dalam sangkar.
Okeylah Khai! Petang nanti kita jumpa. Salman meminta diri.
Jom Athirah, kita pergi sekarang, ajak Salman.
Mikhail menghantar Athirah dengan pandangan. Perasaan cemburu sudah mencecah 100 Celsius. Dia
sendiri tidak mengerti dengan perasaannya yang satu ini. Sejak Athirah muncul, dirinya sudah pandai marah dan
cemburu.
Sewaktu mendengar kata-kata Athirah ketika acara ice breaking tadi, dia benar-benar terpegun dan
terkasima. Athirah seolah-olah menujukan kata-kata tersebut buat dirinya. Nama Syarifah Athirah Emelda macam
pernah dia dengar sebelum ini. Tetapi di mana dan bila, otaknya gagal memproses data-data yang dia ingini.
Jom Hans, kita pergi kafe. Aku haus dan laparlah. Dari pagi belum makan satu habuk pun lagi, pelawa
Mikhail kepada Borhan.
Boleh jugak, aku pun lapar ni. Ujar Borhan tanpa mengetahui maksud tersirat di sebalik pelawaan
Mikhail.
Mikhail bukanlah hendak makan sangat. Hatinya bagai didesak-desak agar terus memerhatikan Athirah.
Saingannya juga tidak kurang hebatnya. Rupa paras Salman boleh dikategorikan tampan walaupun tidak sesegaknya.
Salman juga merupakan anak jutawan. Bapanya Dato Sahril terkenal dalam bidang perkapalan. Hati Mikhail digaru
kebimbangan jika Salman menggunakan taktik kotor untuk memikat Athirah.
BAB 3
EPAT jam lima petang, acara kebudayaan dan debat diadakan. Athirah tiba agak lewat
untuk sesi latihan. Perutnya meragam sejak tengah hari tadi. Begitulah keadaannya
apabila mengibarkan bendera merah.
Awak mari sini! Mikhail memanggil Athirah. Tangan kirinya mencekak pinggang.
Dengan perasaan takut dan gementar, Athirah menghampiri Mikhail.
Kenapa awak lewat? tanya Mikhail agak kasar. Raut wajahnya tegang dan garang.
Belum apa-apa lagi dah tunjuk besar kepala. Mikhail menghamburkan kemarahannya.
Sekali lagi Athirah menerima amukan Mikhail. Kali ini atas kelewatannya pula. Athirah berasa amat malu
sekali apabila banyak mata tertumpu ke arahnya sambil tersenyum sinis. Dia akui sememangnya kesilapan kali ini
berpunca daripadanya. Tetapi tidak bolehkah dia diberi peluang untuk membela diri?
T
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
9/45
Awak ingat muka awak cantik dan lawa, orang buat tak kisah bila awak datang sesuka hati? Dengan orang lain,
awak boleh tergedik-gedik, tapi tidak dengan saya, sinis Mikhail.
Perasaan marahnya terhadap Athirah kesan daripada sifat cemburu yang sukar dibendung sejak pagi tadi.
Dia juga sengaja mencari kesalahan Athirah. Hanya dengan cara ini sahaja dia boleh menghampiri gadis tersebut.
Hendak berbual mesra seperti Salman, dia tidak mampu. Daripada awal mengenali gadis itu, hanya bibit-bibit
pertengkaran yang wujud antara mereka.
Athirah memandang Mikhail seketika sebelum membuang pandang ke arah lain.
Kenapalah takde muka lain yang aku boleh jumpa? Balik-balik muka mamatgorila ni? Setiap ceruk mesti
jumpa muka dia punyalah. Jangan-jangan dia ni ada bela hantu raya tak? Kalau tidak macam mana dia boleh tahu aku
datang lewat? Hesy... mamat ni, tahu saja kat mana aku berada! Ini mesti dia suruh hantu raya dia intip aku. Itu
sebabnya dia perasan aku ada ke tidak. Menyampah sungguh! omel Athirah perlahan hanya untuk dirinya sendiri.
Kelakar juga mamatni. Dalam marah-marah pun, masih boleh puji aku cantik, desis hati Athirah.
Apa awak kata, hantu raya? sergah Mikhail. Geram sungguh Mikhail apabila omelan Athirah mengen ai
dirinya sayup-sayup singgah di telinga. Paling dia tidak boleh terima dan tidak masuk akal apabila Athirah
menuduhnya memelihara hantu raya. Macam manalah dia tidak naik hantu dengan gadis bernama Athirah? Mulut
comel itu, ada sahaja yang hendak menjawab dan membalas balik setiap apa yang dikatakannya. Mak dia ni mesti
suka makan tongkeng ayam masa mengandung. Itu sebab mulutnya tak berhenti menceceh setiap masa, bisik hati
Mikhail.Hah, apa dia? Athirah bertanya kembali. Dia mengurut dadanya yang bergetar hebat akibat sergahan
Mikhail. Nasib baik jantungnya dalam kondisi baik. Kalau tidak... sah-sah dia masuk IJN hari ini! Tidak mustahil
suatu masa nanti dia bakal menghuni IJN jika disergah Mikhail setiap hari.
Dia dengar ke apa yang aku cakap? Bukan ke aku cakap perlahan aje tadi? Athirah menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Agaknya mamatni spesies Supernatural tak? Habis tu macam mana dia boleh tahu aku kutuk dia?
Hesy... menakutkanlah mamatni! Sudahlah garang nak mampus. Badan pun punyalah besar. Sekali dia lenyek aku,
terus penyek macam rempeyek. Ingat Athirah... kalau kau nak kutuk dia mesti hati-hati. Nanti hantu dia tahu! Bisik
Athirah kepada dirinya.
Athirah memerhati dan mengamati Mikhail. Lelaki metroseksual seperti Mikhail tentu ramai peminat, desis
Athirah. Badan Mikhail tegap dan sasa. Penampilan Mikhail juga persis model iklan. Kalaulah di kampusnya ada
program Manhunt, mesti Mikhail menjadi juara. Muka tampan, kulit putih bersih, hidung mestilah mancung. Dan
paling Athirah suka, melihat bibir Mikhail yang merah. Ini membuktikan yang dia bukan perokok. Antara ciri jejakaidaman hatiku sejak dulu, bisik hati Athirah.
Namun disebabkan tahap kegarangan Mikhail yang melampau, Athirah membenamkan diri Mikhail sebagai
calon yang harus dia pertimbangkan untuk menjadi kekasih hati sekiranya dia masih single. Disebabkan kegarangan
Mikhail juga, maka dengan itu dia tidak layak diisytiharkan sebagai The Most Gorgeous Male In Campus, omel
Athirah lagi dalam hatinya.
Hesy... apasal aku boleh beri pujian melambung pada mamatni pulak? Nasib baik dia tak dengar. Kalau
tak, tentu mamatperasan bagus ni kembang kempis hidungnya. Silap-silap hari bulan, bangunan kolej ini pun boleh
dilompatnya sekiranya tahu aku memujinya....
Mikhail memerhati tingkah laku Athirah. Ini mesti takde kerja lain. Kutuk akulah tu! Tengok muka tu... dah
berkerut sana berkerut sini, terherot sana terherot sini. Dahi pun dah berlapis-lapis macam fikirkan masalah negara.
Agaknya kalau jadi PM, tentu tak tidur malam. Tentu setiap hari pening kepala fikirkan masalah rakyat.
Athirah dilihatnya hanyut dalam dunianya sendiri. Kesempatan yang ada membolehkan Mikhail menilik
raut wajah gadis yang berada di hadapannya. Athirah memang menarik. Hidung mancung, pipi bak pauh dilayang dan
kulitnya pula putih kemerah-merahan. Bibirnya walaupun tanpa calitan lipstik, tetap kelihatan merah, segar dan
menarik. Ketinggian Athirah hampir menyamai dirinya. Dia ni kacukan Timur Tengah dan Barat kut? Bisik hati
Mikhail.
Ehem... ehem...! Mikhail berdeham dan matanya ditunakkan kepada Athirah. Dah habis mengata dan
mengutuk saya? Sekiranya dah habis, mari ikut saya.
Bulat mata Athirah memandang Mikhail. Dia bagaikan tidak mempercayai ayat yang baru terhambur
daripada mulut lelaki itu. Haaa... kan betul aku cakap! Dia ni ada bela hantu raya! Tengok... dia boleh tahu apa yang
tersirat dalam fikiran aku. Kalau dia tak ada belaan, macam mana dia boleh tahu aku sedang mengata dia? Tukas
Athirah dalam hati. Athirah masih lagi tidak habis dengan teori hantu rayanya.
Hu hu hu... apa lagilah mamatsewel ni nak suruh aku buat? Tak cukup-cukup lagi ke dera aku? Nanti akuhubungi talian NUR baru tahu! Mak... datang sini ambikBaby, Baby nak balik...!!! Abang Salman tolong...!!!
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
10/45
Wah...! Sejak bila kau pandai minta tolong dengan Si Salman ni? Dengan kawan-kawan kau, takpulakkau
meraung dan melolong minta tolong? Gataljugakkau ni Athirah ya...???
Hans... tolong mintak pen dan kertas dekat Nora, pinta Mikhail.
Setelah mendapatkan pen dan juga kertas, Mikhail mencoret sesuatu di atasnya. Kemudian dia menepuk
kuat tangannya berulang kali untuk menarik perhatian mereka yang berada di situ.
Okey yang lain... hentikan dulu aktiviti anda semua. Sekarang kita dengar apa yang kawan awak ini inginsampaikan. Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang berani datang lewat atau melanggar peraturan yang telah
ditetapkan, lantang sekali suara Mikhail kedengaran.
Salmi, Fazlina, Aina dan Aisyah hanya mampu memandang sahabat karib mereka didenda. Mereka ingin
datang bersama dengan Athirah, tetapi teman itu menolak. Menurut Athirah, dia tidak mahu menyusahkan rakan-
rakannya dan meminta mereka pergi dahulu. Kalaulah mereka berkeras dan menolak cadangan Athirah tadi, tentu
kawan mereka itu tidak keseorangan menerima hukuman.
Saya nak awak baca apa yang saya tulis ini dengan kuat dan lantang, tegas Mikhail. Dia menghulurkan
dua helai kertas kepada Athirah.
Mengada-ada betullah mamatni. Kesalahan yang tak seberapa ni pun nak dihukum. Bukannya nak selidik
dulu kenapa orang datang lewat? Lain kali tanyalah dulu sebab-musabab seseorang itu datang lambat. Ini tidak... terus
nak denda! Macamlah aku ni perompak, penyamun atau pembunuh nak dikenakan pelbagai hukuman. Dalam
mahkamah pun ada sesi soal jawab sebelum hukuman dijatuhkan. Nanti kau... aku bagi tahu abang-abang aku! Biar
dia orang belasah kau secukup rasa! Gerutu hati Athirah. Perasaan benci terhadap Mikhail semakin meluap-luap.
Athirah merampas kertas yang berada di tangan Mikhail dengan kasar.
Bulat mata Mikhail melihat perlakuan Athirah yang terlampau sopan itu. Huh, harap muka aje macam
supermodel dan miss universe, tapi perangai hancur!!! Rungut Mikhail dalam hati.
Muka Athirah sudah bertukar masam seperti jeruk.Athirah membaca dengan kuat dan lantang helaian
pertama yang berada di tangannya. Saya minta maaf atas kelewatan saya dan berjanji tidak akan mengulangi
kesilapan ini lagi.
Selesai sahaja membaca helaian kertas yang pertama, Athirah membaca helaian yang kedua pula.
Saya juga sangat... Namun pembacaannya terhenti. Terjegil biji matanya memandang wajah Mikhail.
Hatinya sudah panas mendidih. Ringan sahaja tangannya hendak menampar muka Mikhail.
Teruskan bacaan awak! arah Mikhail lantang.
Saya tak nak baca dan tak akan baca walau macam mana pun hukuman yang awak berikan selepas ini!
Athirah meninggikan suaranya. Dengan beraninya dia menentang bebola mata Mikhail. Perasaan benci, marah dan
dendam berkumpul menjadi satu. Hatinya sangat-sangat merusuh dengan tindak-tanduk Mikhail.
Mikhail memandang wajah Athirah dengan perasaan geram. Mata hijau ni kalau tak melawan cakap aku
tak boleh ke? Ada saja yang nak dijawab dan dibantahnya. Nasib baik bukan bini aku! Kalau tidak... sah-sah dapat
dosa melawan cakap suami, bisik hati Mikhail.
Betul awak tak nak baca? Awak jangan degil! Nanti saya cium awak depan khalayak ramai, awak nak?
Atau awak nak temankan saya pergi disko malam minggu ni? Wajah Athirah direnung dengan pandangan menggoda.
Muka Athirah sudah pucat tidak berdarah. Dia semakin takut dengan Mikhail.
Atau awak nak tidur dengan saya? Awak tahukan bila saya bawakawak ke tempat tidur, apa yang saya nak
daripada seorang perempuan? bisik Mikhail. Dengan aksi menggoda, tangannya merayap -rayap di tepi telingaAthirah yang beralaskan kain tudung berwarna ungu.
Sekarang awak pilih. Baca atau awak kena lakukan ketiga-tiga yang saya nyatakan sebentar tadi, sambung
Mikhail dengan tegas.
Athirah menelan air liur berulang kali mendengar ugutan Mikhail. Air liurnya bagaikan tersekat di
kerongkong. Kepala lututnya terasa longgar dan tubuhnya menggeletar. Kepalanya menjadi pening dan tekaknya tiba-
tiba terasa mual. Perutnya juga sudah memulas-mulas.Mamatdi depannya ini mesti womanizerdan kaki clubbing! Ya
Allah... jauhkanlah aku dan lindungilah hambaMu ini daripada manusia durjana ini. Dengan rendah diri, hati kecil
Athirah berdoa.
Mikhail menahan gelak melihat wajah Athirah bertukar pucat lesi. Ya ampun... wahai cik adik yang cantik
manis! Semua yang aku katakan tak pernah tercatat dalam kamus hidupku. Mikhail sengaja menggertak Athirah.
Belum pernah lagi dalam hidupnya keluar berdua-duaan dengan perempuan. Apatah lagi sampai membawa anak dara
orang hingga ke bilik tidur. Menjejakkan kaki ke disko juga tidak pernah dilakukannya. Dia masih ingat pesan umidan abinya tentang dosa pahala dan syurga neraka. Semua kata-katanya tadi akibat rasukan cemburu yang mendera
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
11/45
hati. Athirah boleh melayan Salman dan rakan-rakannya dengan baik tetapi tidak dirinya. Tambahan pula tidak ada
yang berani mengingkari arahannya sebelum ini. Hanya Athirah sahaja yang berani membangkang perintahnya.
Terketar-ketar Athirah memegang kertas yang berada di tangannya. Athirah bertambah takut dengan
Mikhail. Sememangnya dia tidak kenal siapa Mikhail. Bagaimana perilakunya, Athirah juga tidak tahu. Seandainya
Mikhail benar-benar kotakan kata-katanya sebentar tadi, bagaimana? Tentu keadaan menjadi parah. Athirah tidak
mahu menanggung malu dan menconteng arang ke wajah ibu bapa dan keluarga mentuanya. Meskipun dia tidak
mengenali suaminya, namun dia harus menyuburkan ketaatan kerana itu merupakan perintah Allah.
Mak... Baby nak balik! Abang... tolong Baby...!!! Rintih hati Athirah. Wajah emak dan ayah serta abang-
abang kesayangannya menari-nari di tubir mata. Dengan suara tersekat-sekat Athirah meneruskan bacaannya.
Saya minta maaf atas kelewatan saya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi. Saya sangat
mencintai dan menyayangi saudara Mikhail sejak kali pertama bertentang mata. Suaranya semakin lama semakin
perlahan. Hati Athirah amat sayu sebaik sahaja menghabiskan ayat yang dianggapnya telah menjatuhkan maruahnya
ke tahap yang paling hina.
Mikhail tidak berpuas hati. Dia menyuruh Athirah mengulanginya semula. Namun suara Athirah tetap tidak
kedengaran. Air mata Athirah mula mengalir dan tubuhnya juga longlai.
Kamu semua boleh sambung balik latihan yang tergendala sebentar tadi, arah Mikhail.
Sekarang saya nak awak baca... saya sangat mencintai dan menyayangi saudara Mikhail hingga habis dan
pandang ke dalam anak mata saya, tegas Mikhail. Mikhail merasa bersalah melihat air mata yang menitis di pipi
gebu itu. Serasa ingin dia menyeka setiap titisan yang mengalir dengan jemarinya. Ingin rasanya dia menarik gadis itu
ke dalam dakapan dan memujuknya. Namun ego lelaki yang setinggi langit, ditahan jua perasaan itu.
Mata Mikhail merenung ke dalam anak mata bundar kehijauan milik Athirah. Ada getaran hebat hingga ke
dasar hatinya. Bagaikan tarikan magnet yang kuat, Mikhail terus merenung dan merenung. Perasaan sayang terhadap
Athirah yang entah bila wujud membuatkan Mikhail bertekad melakukan perkara itu agar Athirah tidak disambar
lelaki lain.
Athirah mengangkat wajahnya dan mengesat air mata yang mengalir.
Saya sangat mencintai dan menyayangi saudara Mikhail sejak kali pertama bertentang mata. Begitu lancar
Athirah melontarkan bait-bait kata itu. Athirah sendiri tidak menyangka dia mampu meluahkan kata-kata tersebut
dengan mudah. Tanpa disedari oleh Mikhail mahupun rakan-rakan kolej yang lain, sesungguhnya luahan itu
dilafazkan dengan sepenuh hati. Seolah-olah itulah suara hatinya saat itu....
Bagai melodi indah saat Athirah mengungkapkan kata cinta dan sayang. Mikhail benar-benar panar
mendengar luahan itu. Tubuhnya serasa terapung di awang-awangan.
Tanpa Mikhail sedar, tangannya menggenggam erat jemari Athirah lalu mengucupnya dengan penuh
kelembutan. I love you too....
Bagaikan aliran elektrik yang terenjat ke dalam tubuh, Athirah terus merentap tangannya. Dia benar-benar
terkejut dengan tindakan drastik Mikhail. Sejujurnya hati Athirah turut bergetar hebat dengan sentuhan Mikhail itu.
Panahan mata Mikhail yang menikam anak matanya menjadikan hati Athirah tidak keruan. Sesuatu yang indah lagi
mengasyikkan bermain di laman hatinya. Cintakah itu?
Athirah segera menangkis perasaan yang baru kunjung tiba. Dia tahu ucapan Mikhail tadi sekadar mainan di
bibir sahaja. Athirah sedar... jika dia terjebak dengan mainan perasaan ketika ini, dia sudah melakukan dosa besar.
Cinta sucinya hanya layak untuk lelaki yang sudah bergelar suaminya sahaja. Ya Allah... aku amat mencintai suamiku
biarpun aku dan dia saling tidak mengenali....
Mikhail berdeham beberapa kali, cuba menghilangkan debaran di dada dan mengembalikan fokusnya ke
paksi asal. Jantungnya bagaikan ingin melantun keluar. Dia sendiri tidak menyangka boleh jadi sebegitu berani. Pun
begitu, luahan cintanya tadi lahir daripada hati yang tulus dan suci.
Anggaplah tadi acara selingan dan kita sedang melakonkan watak kekasih yang sedang hangat dilamun
cinta. Manalah tahu lepas ni awak dapat tawaran berlakon filem. Sekurang-kurangnya awak dah belajar menjiwai
watak, dalih Mikhail menutup keterlanjuran tingkah lakunya.
Sebelum minggu orientasi ni berakhir, saya nak awak dapatkan biodata lengkap tentang saya dan juga
tandatangan saya, arah Mikhail.
Ambil kertas dan pen ni, tulis biodata dan nombor telefon awak sekarang! arah Mikhail tegas. Senyuman
langsung tidak terpamer di bibirnya.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
12/45
Fuh... lega! Nasib baik Athirah tak perasan yang aku dah tangkap lentokdengan dia. Mujur juga semua
orang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Kalau tak, niaya aku. Ujar Mikhail perlahan. Matanya melilau
memandang sekeliling.
Eh... eh... dia ni! Nak mintak biodata dan nombor telefon orang pun nak marah-marah. Dahlah main paksa
rela buat semua benda, rungut Athirah dalam hati. Dia nak buat apa dengan biodata dan nombor telefon aku? Argh...
lantak dialah nak buat apa pun! Athirah mengambil kertas dan pen dengan kasar. Laju sahaja tangannya mencoret apa
yang Mikhail pinta tadi. Setelah menyerahkan kertas tersebut, dia terus berlalu dengan perasaan geram yang teramat.
Mikhail hanya tersenyum melihat Athirah berlalu pergi dengan wajah masam mencuka. Hatinya berlagu
riang. Segala rahsia Athirah sudah berada di tangannya walaupun tidak sepenuhnya.
Tanpa Mikhail dan Athirah sedar, di suatu sudut ada mata yang memandang dengan perasaan benci yang
membara melihat adegan romantis mereka.
BAB 4
EJAK kebelakangan ini Mikhail menjadi seorang yang agak pelik! Sekejap tersenyum
dan selepas itu tersengih dan kemudiannya ketawa. Jika ada rakannya yang mengatakan
dia sudah biul, sewel, kurang siuman atau tertanggal skru, dia tidak kisah! Janji hatinya senang.
Ah, dia pasti sudah terkena panahan cinta!!! Mahu rakan-rakannya tergelak dan tergolek sekiranya tahu
lelaki yang selama ini dingin dan beku, sudah disirami embun cinta. Entah-entah, ada yang buat aksi kuak lentang dan
kuak kupu-kupu.
Mikhail merenung gambar Athirah di dalam telefon bimbitnya. Gambar itu diambilnya ketika Athirah
sedang duduk santai di dataran.
Athirah... seru Mikhail. Pertama kali dalam hidupnya merasai nikmat cinta dan kenal apa itu cinta. Begitu
indah dan berwarna-warni rupanya. Biarlah dia berbahagia dengan perasaan yang hadir ketika ini sendirian. Lambat-
laun Athirah pasti akan sedar kewujudannya.
Sungguh! Dia benar-benar sudah jatuh sayang dan cinta terhadap gadis bernama Athirah! Mikhail
berkeyakinan tinggi dapat memiliki cinta Athirah sedikit masa lagi.
Mikhail mencapai buku keemasan kesayangannya. Setiap untaian kata dan curahan hatinya tersimpan kemas
dan kukuh dalam buku keemasan itu. Mikhail mengambil pen lalu mencoret luahan rasanya.
S
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
13/45
Gadisku,
Bisikan asmara cintamu
mengganggu lena dan jagaku
membuatkan lidahku menjadi kelu
keluh kesahku tiada menentu
berdegup jantungku saat terpandang ayu wajahmu
Gadisku,
Bisikan asmara cintamu
membuai sukma jiwaku
menyanyi irama rindu nan mendayu
membisikkan madah cinta penuh syahdu
bergetar jantungku dek panahan asmaramu
berdebar hatiku dek lirikan manjamu
Gadisku,
Bisikan asmara cintamu
Pengalaman indah buatku
Kaulah sayangku, kaulah cintaku
kaulah manjaku, kaulah jua kekasihku
akan kutunggu hingga tiba detik itu
saat kau menjadi milikku.
Nukilan:
Khai.
Alangkah indah jika si dia juga miliki naluri yang sama. Mencintai dan dicintai, menyayangi dan disayangi,
mengasihi dan dikasihi. Alahai... kesiannya aku! Bak pungguk rindukan bulan nun jauh di atas sana.
Benarkah ini tanda-tandanya cinta? Hati berdebar bila bertentang mata? Perasaan cemburu menikam kalbu
bila jejaka lain bergandingan dengannya? Amarah mencengkam jiwa, saat diri tidak diendahkan? Sakit hati
mendengar gelak manjanya bersama lelaki lain? Andai benar ini cinta, dia memang sudah parah!
Mikhail menyingkap kembali apa yang telah terjadi terhadap dirinya. Walaupun sudah dua tahun
berkahwin, perasaan cinta langsung tidak hadir buat gadis yang bergelar isterinya. Adakah disebabkan dia tidak cuba
mengenali isterinya maka cinta itu tidak hadir? Atau cintanya memang tidak ada untuk gadis itu?
Rasa cinta juga tidak ada untuk gadis bernama Masyitah. Masyitah juga cantik walaupun tidak sehebat
Athirah. Masyitah sudah terlalu lama mendambakan cintanya. Ketika di tahun dua, Masyitah memperhebatkan lagi
taktik untuk memburu cintanya namun tetap juga gagal mencairkan hati lelakinya. Kadangkala dia sendiri naik gilamemikirkan bagaimana caranya hendak menghindarkan diri daripada terus diburu oleh Masyitah.
Teringatkan kehadiran jejaka yang menemani Athirah kelmarin, dada Mikhail menjadi sesak dan tidurnya
tidak lena. Terbayang di ruang matanya aksi dan gelagat mereka. Hati Mikhail membahang menyaksikan babak mesra
antara Athirah dan jejaka itu. Masih terbayang-bayang dalam ingatannya saat kecupan Athirah menjamah tangan
jejaka itu dan aksi balas jejaka itu di dahi Athirah. Pelukan erat di bahu Athirah oleh jejaka itu membuatkan jiwa
Mikhail meronta hebat. Pimpinan tangan mereka dan jari-jemari yang bertaut erat membuatkan hati Mikhail merintih
pedih. Suasana romantis mereka membuakkan lagi perasaan cemburu Mikhail hingga ke ubun-ubun kepalanya. Jika
tidak disabarkan hati lelakinya, mahu jejaka itu mendapat penumbuk sulungnya. Tetapi apa haknya untuk berbuat
demikian?
Mikhail juga dicengkam perasaan bengang yang teramat! Ada sahaja yang cuba mendapatkan nombor
telefon dan menarik perhatian Athirah. Ada yang berura-ura ingin menjadikan adik angkat, tidak kurang juga yang
melamar untuk dijadikan kekasih. Walaupun Athirah tidak melayan dan menolak dengan baik, Mikhail tetap bimbangjika bunga impiannya dipetik orang. Silap hari bulan, dia terpaksa gigit jari.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
14/45
Mengikut akal jahatnya, mahu sahaja dia memberitahu semua orang bahawa Athirah itu ialah isterinya
walau hakikatnya tidak sebegitu. Kalaulah Athirah itu benar-benar isterinya, alangkah indah. Akan dijaga dan dibelai
setiap masa agar cinta Athirah hanya untuknya.
Hai, Mikhail! Janganlah kau bermimpi di siang hari! Dia tertampar sendiri dengan kata-kata hatinya.
Peristiwa ketika berada di semester empat masih terbayang-bayang di ruang mata.
Hujung minggu ni, kamu jangan ke mana-mana. Esok lepas kelas, umi mahu kamu pergi ke butikAuntyMelissaambil baju Melayu yang umi tempah, arah uminya.
Hujung minggu itu Mikhail sekeluarga, nenek dan ibu bapa saudaranya, baik di sebelah umi mahupun
abinya turut serta pergi ke Perak. Setiap kereta penuh dengan barang hantaran. Mikhail memandu sendiri keretanya
bersama dua orang sepupunya, Farah dan Farouq
Tertanya-tanya juga Mikhail, siapa yang hendak bertunang atau berkahwin kerana yang pergi semuanya
telah berkahwin. Yang bujang pun hanya dia dan sepupu-sepupunya sahaja. Itu pun masih kecil dan bersekolah.
Takkan mereka pula yang hendak bertunang atau berkahwin?
Jangan-jangan abi atau bapa saudaranya ingin menambah cawangan? Tetapi masing-masing bawa pasangan.
Tidak logik pula jika isteri mereka tidak membangkang sekiranya ada yang berhasrat kahwin lagi. Takkan majlis
untuk dirinya? Dia sendiri pun belum ada calon.
Setibanya di tempat penginapan, uminya menyuruh dia berehat. Selepas solat zuhur, dia perlu bersiap dan
memakai baju Melayu yang diambil dari butikAunty Melissa. Menurut uminya, majlis tersebut akan berlangsung pada
pukul tiga petang. Dia yang tidak tahu hujung pangkal hanya menuruti permintaan uminya itu.
Setibanya di Masjid Jamek Kamunting, Perak, dia diberitahu oleh abinya bahawa dia akan dinikahkan
sebentar lagi. Terasa gelap dunia Mikhail. Abinya mengugut akan menghentikan wang sakunya dan menarik balik
semua kemudahan yang diberikan sekiranya ingkar. Mikhail merasa sungguh tertekan dan bingung. Percaturan
hidupnya sudah ditentukan. Dalam keadaan terpaksa dia menjabat juga tangan jurunikah. Selesai sahaja akad nikah
tersebut, dia terus pulang ke Kuala Lumpur. Apa yang berlaku selepas itu tidak dihiraukannya lagi.
Semester berikutnya, Mikhail memohon untuk tinggal di asrama. Mujur juga dia seorang yang aktif di
kampus. Jika tidak, sukar untuknya mendapatkan tempat. Mulanya dia ingin menyewa bersama rakan-rakannya yang
lain, namun teman baiknya Borhan mengajak dia tinggal di asrama memandangkan keselamatan lebih terjamin dan
boleh belajar dengan tenang. Jika tinggal menyewa, tentu sahaja mereka mudah terikut dengan persekitaran yang tidak
sihat.
Akibat merajuk dengan umi dan abinya, Mikhail tidak pulang ke rumah selama satu semester. Mujur juga
abinya tidak memotong elaun bulanannya, jika tidak tentu dia mati kekeringan. Kadangkala timbul juga rasa kasihan
terhadap perempuan yang dia nikahi itu. Tentu isterinya juga dipaksa berkahwin. Tetapi egonya melarang keras untuk
dia bermurah hati memaafkan tindakan mereka semua dan berbaik dengan isterinya.
Huh! Mikhail melepaskan nafas resah. Hatinya yang mula belajar merindu juga tidak mungkin dapat dibebat
lagi....
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
15/45
BAB 5
WAL pagi lagi, perut Athirah sudah mendendangkan irama keroncong. Semalam dia
tidak sempat mengambil makan malam. Selepas menelefon emaknya di kampung, dia
terus ke perjumpaan kolej. Athirah tidak mahu kelewatan lagi. Dia tidak sanggup didenda dan melayan kerenah
Mikhail yang menyakitkan jiwa. Asyik melihat makanan yang ingin disantap, kakinya terasa sakit dipijak seseorang.
Aduh, sakitnya kaki aku! Athirah mengaduh kesakitan.
Macam kaki gajahlah mamatni. Buta ke apa? Main redah aje! Langsung tak pandang orang yang ada kat
depan atau belakang. Athirah mengomel sambil membongkokkan badannya dan mengurut -urut kakinya yang
kesakitan.Maaf cik, saya benar-benar tak sengaja. Lelaki itu memohon maaf sambil menundukkan tubuhnya untuk
melihat kaki gadis yang dipijaknya tadi. Mendengar rintihan suara itu dia tahu gadis itu benar-benar dalam kesakitan.
Maaf...! Maaf...! Apa dia ingat dengan minta maaf boleh hilang sakit kaki aku ni? Gumam Athirah dalam
hatinya. Athirah mendongak untuk melihat siapakah gerangan kaki gajah yang memijak kakinya itu. Mulut Athirah
sudah separuh terlopong dan tubuhnya automatik menjadi tegak.
Adoi, sakitnya kepala aku! Athirah menggosok-gosok dahinya.
Hei, kaki dengan kepala awakni diperbuat daripada apa, hah? Keras macam konkrit! Athirah merengus.
Sakit dahinya terhantuk kepala Mikhail semasa hendak membetulkan kedudukannya tadi.
Alamak! Buah hati pengarang jantunglah pulak yang terkena pijak. Sakit sangat ke sayang abang ni?
Amboi... Mikhail! Gatalnya engkau! Sudah pandai bersayang-sayang!
A
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
16/45
Kenapa hah... asyik jumpa muka awak hari-hari? Awak mengintip saya ya? Boleh tak awak jangan ekori
saya lagi? Kalau sehari tak nampak muka awak memang tak sah agaknya! Bila jumpa atau terserempak mesti ada saja
bala yang timbul. Athirah menghamburkan amarahnya.
Isy... isy... mulut awek aku ni! Memang jenis mulut bom nuklear. Sesuka hati dia aje tuduh aku, gumam
Mikhail sendirian.
Mikhail... oooh... Mikhail! Bila masapulaklah Si Athirah ni iktiraf kau sebagaipacarnya? Berangan!Hei, mulut awak jaga sikit ya! Bila masa saya intip awak? Saya pun banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.
Apa faedahnya saya ikut awak? Cuba awak cakap! Bukannya dapat duit pun tengok muka awak dua puluh empat
jam! sindir Mikhail.
Athirah menjeling geram. Sudahlah buat orang sakit! Banyak bunyi pulak!
Hah, sakit sangat ke kaki awak tu? tanya Mikhail kasar.
Athirah menggigit bibirnya. Panas hatinya mendengar omelan Mikhail. Dia ni buta ke apa? Tak nampak aku
sedang menahan sakit?
Alahai, manjanya! Kena pijak sikit pun nak menangis. Inilah orang perempuan, tak boleh tahan sakit sikit!
Mulalah nak melalak macam budak kecik, ejek Mikhail selamba sambil mengawal getaran di dada tatkala terpandang
wajah Athirah.
Hati Athirah sudah membahang.Apa...? Awak kata tak sakit?! Melengking suara Athirah. Mari sini saya pijak kaki awakpulak. Kita
tengok sama ada sakit ataupun tak?
Belum pun habis kata-kata yang meluncur daripada mulut Athirah, kakinya sudah pun mendarat di atas kaki
Mikhail. Muka Mikhail usah ceritalah bagaimana rupanya. Berkerut-berkerut menahan sakit. Athirah bukan sahaja
memijak, malahan melenyek-lenyek kaki Mikhail sekuat hatinya. Perasaan untuk menjaga keayuan dan kesopanan
sudah tidak ada lagi. Ah, dengan mamatni bukan boleh dibuat baik!
Huh, padan muka! Athirah mendengus. Dia merasa puas melihat Mikhail kesakitan.
Huh, tak padan dengan perempuan! Perangai macam orang gila meroyan. Dahlah kerek, perasan cantik
pulaktu! dengus Mikhail. Kesakitan yang dialaminya ditahan seboleh mungkin. Malulah sekiranya nampak lembik
di hadapan Athirah.
Hei... dengar sini baik-baik ya! Kalau saya gila meroyan dan perasan cantik, awak tu mamatgila talak yang
sengal dan perasan bagus! Lagipun saya memang cantik apa! Athirah membalas kata-kata Mikhail. Tidak pernah lagi
dia semarah ini dengan lelaki. Kira mamatni rekod la... boleh memancing suis kemarahannya.
Hu hu hu... sampai hati kau, sayang! Abang yang kacak lagi macho ni kau kata gila talak dan sengal! Isy...
isy... isy...! Tak patut... tak patut...! Bisik Mikhail dalam hatinya.
Seandainya awak ni adik saya, dah lama saya cili -cilikan mulut tu dan hantuk kepala awak ke dinding. Tak
pun saya ketuk dengan penukul biar berkecai kepala awak yang biul tu! marah Athirah lagi. Benci sungguh dia
dengan Mikhail.
Saya tak inginnya nak jadi adik awak! Mikhail berkata dengan geram.
Athirah mencebik. Macamlah aku sudi nak jadikan dia adik aku, gerutu Athirah dalam hati. Mukanya dipaling ke
lain.
Andai awakpulakyang ditakdirkan jadi adik saya Cik Athirah, saya jentik-jentik mulut awak yang suka
mengomel tu. Tak pun saya ramas-ramas macam perah santan, jelas Mikhail bersahaja.
Jadi adik dia? Lagilah aku tak sudi! Mesti hari-hari dia buli aku. Diakan kaki buli! Gerutu Athirah dalam
hatinya.
Tapi... tak syoklah awak jadi adik saya. Mikhail berkata polos.
Apa kata saya tukarkan status awak jadi isteri sayapulak, tambah Mikhail mengusik.
Terkejut Athirah mendengar kata-kata Mikhail. Aku sekehjugakkepala mamatni karang! Suka-suka dia aje
nak jadikan aku isteri dia. Takhingin! Athirah menjeling geram.
Haaa... kalau awak isteri saya, dah lama saya cium dan gigit-gigit mulut awak yang macam bertih jagung
tu supaya awak diam. Agaknya kalau kita kahwin nanti, mesti hari-hari awak membebel, kan... kalau saya balik
lewat? Mikhail juga tidak mahu kalah dalam menjentik perasaan Athirah. Dia juga turut tertawa dengan kata -
katanya. Romeo sungguh aku ni! Getus Mikhail dalam hati.
Eee... geramnya aku! Nafas Athirah sudah turun naik.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
17/45
Hei... saya tak inginlah nak jadi isteri awak! Kalau saya isteri awak, dah lama saya ceraikan awak, tahu!
balas Athirah kegeraman.
Sekiranya awak teringin sangat nak ceraikan saya, jomlah kita nikah dulu. Mikhail sudah mengekek-
ngekek ketawa.
Undang-undang negara mana yang awak pakai sayang, seorang isteri diberi mandat untuk menceraikan
suaminya? tanya Mikhail sambil tersenyum sinis.Kepala Athirah sudah berasap.
Hei... kenapa awak suka ikut cakap saya hah...?! bentak Athirah.
Hei... kenapa awak suka ajuk cakap saya hah...?! ujar Mikhail sambil melembutkan suaranya. Tangannya
pula dilembutkan seperti sotong. Sesudah menghabiskan kata-katanya, Mikhail ketawa berdekah-dekah.
Athirah mengetap bibir dan mencerlungkan matanya. Tangannya diangkat dan cuba untuk menampar
Mikhail. Entah apa yang merasuknya, tiba-tiba perbuatannya terhenti. Seakan ada suara yang menghalang
tindakannya. Dijegilkan matanya ke arah Mikhail hingga tawa lelaki itu terhenti. Athirah terus melangkah pergi
dengan perasaan marah yang tidak tertahan. Namun jauh di sudut hatinya, dia mula terasa bahagia dengan usikan
Mikhail.
Oh! Dia sendiri tidak faham dengan hatinya sendiri akhir-akhir ini. Pergaduhan mereka begitu
membahagiakan hatinya. Gila!
TAKDIR Tuhan tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sekali lagi mereka dipertemukan. Masing-masing saling
menjeling dan mencebik antara satu sama lain. Sudah macam budak tadika bergaduh pun ada. Tidak juga diketahui oleh
orang lain, dalam pada bergaduh setiap kali berjumpa, masing-masing dibelenggu rasa yang serupa-semakin dihambat rasa
cinta di hati!
Peristiwa yang berlaku pagi tadi, tiada seorang pun rakan mereka yang tahu. Mujur jugalah ketika itu masih
tidak ada lagi pelajar yang berkunjung ke kafeteria. Mereka ini macam tahu-tahu sahaja peperangan akan meletus.
Jika tidak, pasti ramai yang melihat adegan perang mulut yang sedang berlangsung. Tingkah laku mereka berdua
mengalahkan orang berperang mulut untuk memilih pasukan bola sepak mana yang akan menang.
Kau orang berdua ni, beli makanan atau tolong Kak Yam masak dulu? tegur Zeck bila melihat Mikhaildan Borhan melabuhkan punggung mereka di hadapannya.
Aik... apa pasal muka kau macam baru lepas suntik botox, Khai? Tegang semacam aje...? Zeck
menyambung kata-katanya.
Mikhail hanya membisu dan matanya tidak beralih daripada menjeling Athirah.
Zeck memandang Borhan dan mengangkat keningnya bertanya.
Borhan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Entah apa pula peperangan yang berlaku kali ini? Dah macam perang dingin antara Korea Utara dan Korea
Selatan pula, gumam Zeck dalam hatinya.
Kau tengah jeling siapa tu? tanya Zeck kembali. Dia memusingkan kepalanya ke belakang untuk melihat
siapakah gerangan yang menjadi mangsa jelingan sahabatnya itu. Ooo... tengah usyar budak yang comel lote tu
rupanya! Tapi kenapa muka macam tertelan bola lisut aje? Ketat semacam!!! Emmm... jangan-jangan Mikhail tak puas
hati bila ada orang cuba rampas bunga impiannya, tak? Tak pun jealous bila Borhan potong line? Hah, ini mesti pasal
dia marahkan Athirah sebab tolak cinta dia? Tapi kenapa dia tengok muka Athirah macam nak ditelannya minah tu
hidup-hidup? Hesy... apa lagi yang tak kena ni? Getus hati Zeck. Aduh, pening... pening bila tidak berjaya menjadi ahli
nujum Pak Belalang!
Hidung Mikhail sudah kembang kuncup macam payung terjun menahan perasaan. Sakit hati, sakit jiwa dan
sakit kaki, semuanya bercampur menjadi satu. Dah macam white coffee 3 in 1 Kapal Api. Kulit mukanya yang putih
dan cerah sudah bertukar kemerahan seperti cerita Sang Monyet yang termakan cili.
Si Borhan tetap tekun menyuap makanannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dia perlu cepat.
Selepas ini dia hendak bertemu dengan Prof. Dr. Othman.
Mikhail masih lagi dengan api kemarahannya. Makanannya sedikit pun tidak berusik.
Si Zeck pula masih kekal menjadi pemerhati yang setia.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
18/45
Aku geram sungguh dengan perempuan tu, tutur Mikhail sambil memuncungkan mulutnya ke arah
Athirah.
Perempuan mana? Zeck sengaja menanyakan soalan yang panas untuk menambahkan lagi bara api di
hati Mikhail.
Eh, kau ni! Mata kau letak kat mana? soal Mikhail dengan nada marah. Berapa banyak perempuan yang
ada kat depan kita? Dan yang paling penting musuh ketat aku nombor satu! . Oh, betullah apa yang aku fikirkan tadi, getus hati Zeck.
Borhan mengangkat mukanya seketika memandang Athirah, kemudian dia menyambung kembali
suapannya.
Eh, ramai tu? Yang mana satu? Tak tahu pulakaku yang engkau ni dah ada musuh sepanjang belajar kat
sini. Apa perempuan cantik tu dah buat kat engkau? Dia tolak cinta kau ke? tanya Zeck sambil tersengih.
Kau ni Zeck... sejak kahwin dengan Azah dah pandai membebel dan banyak soal pulakya. Siapa ajar kau?
Azah? tanya Mikhail sinis. Aku tengah geram ni, tahu tak? Ada ke patut dia pijak kaki aku. Sudahlah masa tu aku pakai
sandal aje, mahu tak sakit bila kena lenyek. Dia ingat kaki aku ni besi ke?
Kau nak marahkan aku kenapa? Bukannya aku yang pijak kaki kau, bidas Zeck tidak berpuas hati.
Aku bukannya marahkan kau! Aku cuma luahkan ketidakpuasan hati aku terhadap perempuan yang mata
hijau tu, jelas Mikhail. Dia tidak mahu kawannya itu tersalah sangka.Aku dah minta maaf kat dia elok-elok, alih-alih dipijaknya kaki aku. Mana aku tak bengang! sambung
Mikhail lagi melepaskan geramnya. Lepas tu, nyaris-nyaris nak dilempangnya pipi aku ni.
Sebenarnya peristiwa pagi tadi bukanlah penyumbang utama dia hendak marah. Dia sedikit pun tidak kisah
bab Athirah pijak kaki atau nak lempang dirinya. Apa yang membuatkan dia mengamuk dan geram tidak tentu fasal
ialah desas-desus yang mengatakan Athirah dan Salman sedang dilamun cinta. Walaupun jalan ceritanya masih samar,
tetapi dia tetap tidak boleh terima khabar angin yang bodoh itu. Jiwanya benar-benar merusuh! Hendak sahaja dia
membaling kerusi ke muka Salman kerana cuba merampas gadis pujaannya.
Borhan yang sedari tadi hanya diam dan mendengar, mula menyampuk.
Kau ni Khai, tak baik tahu panggil dia mata hijau. Emak dan ayah dia siap bagi nama yang cantik-cantik,
kau suka-suka aje panggil dia mata hijau. Kalau kau tak tahu nama dia, biar aku bagi tahu. Nama dia, Syarifah
Athirah Emelda binti Syed Zakuan, terang Borhan selamba.
Pada pendapat akulah, kau memang mintak maaf dengan dia, tapi... pada masa yang sama kau sakitkan hati
dia. Mulut kau dah la takde insurans! Lepas tu mana reti duduk diam, asyikpok pek... pok pek.... Mulut murailah
katakan. Pasti ada kata-kata kau yang membuatkan hati dia membara. Bukan aku tak tahu perangai kau, kalau dah
bercakap mana ada nak tengok depan, belakang, kiri, kanan. Asal kau boleh redah, kau redah aje...! perli Borhan.
Zeck mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Borhan.
Mikhail menjeling ke arah Borhan. Dia ni tak habis-habis nak menangkan budak perempuan tu, gerutu
Mikhail dalam hati.
Aku bukan setahun kenal kau. Masuk tahun ni dah dekat empat tahun, tahu. Kalau engkau kahwin, dah
boleh dapat anak. Paling tak pun sorang. Kau tengok Zeck, tahun lepas kahwin, tahun ni dah dapat sorang. Borhan
mengusik Mikhail.
Kau ni Hans, kawan aku atau kawan budak mata hijau tu? Aku tahulah kau dah tangkap lentok dengan
dia, tapi janganlah jadi kawan makan kawan, ujar Mikhail tidak berpuas hati bila Borhan terang -teranganmenyebelahi Athirah dan mengenakan dirinya.
Aik... janganlah marah! Akukan kawan baik kau dunia akhirat. Lagi satu, aku ni pangkat abang dengan kau,
pujuk Borhan sambil tersengih. Bahu sahabatnya ditepuk perlahan.
Mikhail menolak tangan Borhan. Muncungnya sudah panjang sedepa.
Hendak ketawa Borhan dan Zeck melihat tingkah teman mereka. Namun mereka tahan jua. Bimbang jika
teman itu semakin berasap.
Aku mana ada sebelahkan siapa-siapa. Kau buat salah, aku kena tegur. Takkanlah dah terang lagi bersuluh
kau buat silap, aku nak kata apa yang kau buat tu betul. Tak bolehlah macam tu. Lagipun aku kesiankan Si Athirah tu,
asyik kena dera saja dengan kau. Kalaulah perangai kau berterusan begini, macam manalah Si Athirah tak sakit hati
dengan kau. Kau janganlah buat dia macam tu, tak baik! Dan tak lama lagi dia bakal jadi kakak ipar kau. Kau doa-
doakanlah ya... semoga jodoh aku dengan dia sampai cepat. Borhan menyakat Mikhail. Sengihan juga semakinmelebar.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
19/45
Hati Mikhail semakin membengkak. Dahlah Salman terang-terangan nak pikat Athirah, kini Borhan pun
sama. Dia ingatkan Borhan hanya main-main sahaja. Rupa-rupanya Borhan benar-benar maksudkan. Ini tak boleh jadi
ni! Aku kena buat sesuatu.
Eleh... kau ni Hans! Macamlah kau tu tua sangat daripada aku. Cuma beza lapan bulan aje tau, perli
Mikhail.
Dahlah cerita pasal budak tu! Asyik cakap tentang dia, semua kerja kita terbengkalai. Tambah Mikhaillagi.
Bulat mata Mikhail melihat Athirah menjelirkan lidahnya. Sudahlah dendam pagi tadi belum berakhir, kini
ditambah lagi dengan dendam yang baharu. Mata hijau ni memang cari nahas dengan aku, desis hati Mikhail.
Jomlah kita blah. Dah hilang selera aku nak makan. Kau pun nak jumpa Prof. Doktor Othman, kan?
Mikhail mengajak teman-temannya beredar. Makin lama dia menghadap muka Athirah, makin berbuku hatinya.
MUKA Athirah sudah masam mencuka tika terlihat kelibat Mikhail. Semakin dia menjauhi Mikhail, semakin kerap
pula berlaku pertemuan antara mereka.
Relakslah Athirah! Kalau kau marah-marah, masam muka dan sakit hati macam ni, aku takut kau pulak
yang terkena serangan jantung, barah hati atau darah tinggi. Fazlina cuba menenteramkan Athirah. Manalah tahu
hari ni kau benci sangat dekat dia, tup-tup esok lusa tak boleh nak berenggang. Hah... masa tu baru kau tahu, hilang
benci timbul sayang!
Cuba kau bagi tahu aku, Faz. Macam mana dan bagaimana aku boleh bersabar dengan dia? Kau tak
nampak ke apa yang dia buat pada aku? Kalau berjumpa, mesti ada aje benda-benda dia buat yang boleh mendidihkan
hati aku, ujar Athirah sedikit berang.
Pada hemat akulah Faz, Si Athirah ni, untuk tempoh lima tahun akan datang... penyakit darah tinggi, sakit
jantung atau barah hati mungkin tak ada. Tapi sakit cinta aku rasa akan menular dalam tubuh badan dia. Dahlah
Abang Khai tu handsome, bijakpulaktu. Yang paling aku suka, senyuman dia. Sekali dia senyum, pergh... menawan
seyyy!!! Macam nak luruh jantung. Hingga tak lena tidur aku dibuatnya. Bisa buat aku jatuh cinta! Alangkah indahnya
hidup aku kalau aku yang menjadi pilihan hatinya! Tak gitu Mek Athirah sayang? usik Aisyah sambil tersengih nakal
memandang Athirah.
Huh, Aisyah! Engkau kalau bercakap tak agak-agak. Muka macam rumah tak siap kau kata handsome?
Tapi memang handsome pun, puji Athirah dalam hatinya.
Setakat mamat gorila tu, aku tak hairan laaa.... Bagi free pun aku tak hingin! Abang-abang aku lagi
handsometau, tambah Athirah lagi.
Aku tahulah abang-abang kau handsome. Andai dah tertulis jodoh kau dengan muka rumah tak siap atau
mamatgorila tu macam mana? Takdapeklah den naknolong, usik Aisyah lagi. Dan lagi satu, kau bukannya boleh
kahwin dengan abang kau tu.
Kau jangan cakap besar, Athirah! Aku takut kau yang merana nanti. Sekarang bolehlah kau kata benci,
muka macam rumah tak siap, muka gorilalah... tapi bila kau dah betul-betul sayang, mahu jatuh sakit kau nanti bila
tak dapat tengok muka dia. Nanti barulah kau tahu sakit merindu tu macam mana. Orang tua-tua kata... makin kita
benci, makin dekat jodoh kita dengan dia. Tapikan... aku macam terbau-bau aje nasi minyak kau dengan dia.
Jangan-jangan... Allah dah tentukan jodoh kau dengan dia tak? usik Salmi pula.
Makin panas hati Athirah mendengar usikan nakal sahabat-sahabatnya.
Hesy... apa yang kau cakapkan ni, Sal? Aku... ada jodoh dengan dia??? Eee... tolonglah! Aku kalau jadi
bini dia, alamatnya banjirlah kampus ni tak lama lagi. Mintak-mintaklah Allah jauhkan jodoh aku dengan dia.
Athirah tidak berpuas hati dengan kata-kata Salmi.
Sabar, Athirah... sabar! Marah-marah ni tak bagus untuk kesihatan, usik Fazlina. Nanti Si Mikhail sihat
walafiat, kaupulakyang masuk hospital.
Sudahlah tu, kesian Athirah. Aina menegur Salmi, Aisyah dan Fazlina.
Beginilah Athirah... kau anggap aje kata-kata Mikhail tu sebagai lagu nan syahdu untuk dodoikan kau tidur.
Tak pun kau anggap dia sedang buat pertunjukan lawak macam dalam rancangan Raja Lawak tu dan kau sebagai jurinya,
habis cerita. Kau tak sakit hati dan jiwa kau pun tenang, ujar Aina yang sedari tadi hanya menjadi pendengar. Bahu
Athirah diusap lembut bagi menurunkan lahar kemarahan temannya itu. Dahlah kita tukar topik lain pulak.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
20/45
Nasib baik ada Aina. Mahu jadi gila aku duk melayan korang yang tak sudah-sudah menyokong mamat
sengal tu. Macamlah dia bagi duit selori kat korang, beria-ia sangat puji melambung. Bebel Athirah. Matanya
mencuri pandang Mikhail yang berada tidak jauh daripadanya.Athirah tidak menyangka perbuatannya mencuri pandang akhirnya tertangkap. Tanpa disenga jakan, lidahnya terlebih
dahulu bereaksi sebelum sempat dia mengawalnya. Matilah aku kali ini, gumam Athirah dalam hati. Mesti dia fikir
perbuatan aku tadi sememangnya disengajakan, bisik hati kecil Athirah.
BAB 6
UJAN masih lagi turun renyai-renyai. Malam tadi hujan benar-benar menggila. Bumi
kampus yang kebelakangan ini kegersangan, mula dibasahi. Bunyi alarm dari telefon
bimbit mengejutkan lena Athirah. Dalam keadaan mamai, Athirah mengecilkan matanya untuk melihat waktu ketika
itu. Manalah tahu dia tersalah setting masa malam tadi. Sudah pukul empat tiga puluh minit pagi rupanya.
Athirah menggeliat dan melakukan sedikit senaman ringan bagi melonggarkan sendi-sendinya yang
dirasakan sedikit kejang. Maklumlah sudah beberapa hari tidak cukup rehat dan tidur. Sekiranya terlambat bangun
tidur, alamatnya kena bebellah dengan sesetengah kakak senioryang ek tu. Minggu orientasi inilah mereka hendaktunjuk taring. Membuli ikut suka sendiri!
Athirah mengejutkan teman sebiliknya bangun. Fazlina tidur agak lewat malam tadi kerana sibuk ber-FB
dengan rakan-rakannya semasa matriks. Athirah sangat bersyukur dapat duduk sebilik dengan Fazlina. Mereka bukan
sahaja sefahaman tetapi juga sekelas. Kadangkala terfikir juga Athirah hendak menjodohkan rakan-rakan karibnya
dengan abang-abangnya yang kacak itu. Jika boleh Athirah enggan berpisah dengan mereka semua. Tetapi itulah...
abangnya hanya ada tiga orang, sedangkan kawan-kawannya ada empat orang, jadi siapakah antara mereka yang
sanggup dimadukan? Kalaulah kawan-kawannya tahu agenda bodohnya, nahas dia dibelasah oleh mereka.
Hai... layan berangan nampak? Jomlah pergi mandi, nanti kakak-kakak yang macam singa betina tu bising.
Aku dah tak sanggup nak tadah telinga ni. Suara mereka dahlah macam guruh di langit, tensionaku! bebel Fazlina.
Dan kau tentu tak nak kena denda lagi dengan abang gorila kau yang kacak tu, giat Fazlina lagi sambil
tersengih.
Mendengar nama Mikhail disebut, hati Athirah jadi terbakar. Athirah menjadi geram dan marah bila Mikhail
sering memanggilnya minah gedik dan perasan cantik. Mulut Mikhail yang macam lori sampah itu benar-benar
H
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
21/45
menguji kesabaran Athirah. Ada sahaja kata-kata Mikhail yang membuatkan Athirah ingin memberikan sepakan dan
tendangan maut untuk lelaki itu. Biar padan muka mamatperasan bagus tu, desis hati Athirah.
Sudahlah semasa pemilihan acara regu campuran badminton semalam dia kena berpasangan dengan
Mikhail. Macam manalah hatinya hendak tenang? Kenapalah mesti melibatkan pelajar senior? Tak boleh ke buat
perlawanan untuk pelajarjunioraje? Dahlah aku dengan dia tak ngam!
Nasib baiklah kawan Mikhail yang bernama Borhan itu baik dan menyejukkan hati. Walaupun kekacakkanantara Mikhail dan Borhan amat ketara perbezaannya, namun jika hati hitam mengalahkan buntut kuali buat apa?
Athirah juga gemar melihat senyuman Borhan. Walau tidak semenawan dan semengancam Mikhail, namun senyuman
Borhan mampu menyejukkan lahar gunung berapi yang berada dalam hatinya setiap kali bertembung dengan Mikhail.
Oiii... Mek Athirah! Sudah-sudahlah tu layan blues di subuh hari. Jom kita mandi. Kena sound pulakkalau
lambat.
Teguran temannya itu mematikan ingatan Athirah terhadap peristiwa semalam.
MEREKA berlima berkumpul seperti biasa sebelum memulakan apa-apa aktiviti. Hari ini adalah hari terakhir Athirah
perlu lengkapkan biodata dan dapatkan tandatangan Mikhail. Dia sengaja melambat-lambatkan masa untuk menemui
Mikhail. Apabila terpandang wajah Mikhail, hatinya menjadi sebal. Itu belum lagi bertemu empat mata. Agak-
agaknya kalau bertemu, mahu berperang macam Palestin dan Israel. Rasa-rasanya, dialah Palestin. Tak pun seperti
Saddam Hussien dengan Goerge Bush yang sering bersengketa suatu ketika dulu. Mikhail? Tahu-tahu sendirilah ya!
Mereka berlima berjalan dengan berhati-hati keluar dari asrama menuju ke kampus. Sebahagian jalan
digenangi air akibat hujan lebat malam tadi. Dalam perjalanan menuju ke kampus, Nissan Skyline GTR memecut
agak laju lantas melanggar lopak air sehingga mereka bermandikan air kotor.
Athirah mengetap bibirnya menahan marah. Mereka berlima terpaksa berpatah semula ke asrama untuk
membersihkan diri dan menukar pakaian. Malang sungguh nasib! Lambatlah nampak gayanya mereka sampai hari ini.
Apalah bentuk hukuman yang menanti mereka agaknya.... Masing-masing mencongak denda yang bakal mereka
terima nanti.
Siapalah manusia yang tak ada kesedaran sivik tu ya? Tak tahu ke had laju sekitar kampus ni tak sama
macam kat lebuh raya? Tetap jugaknakbawakkereta macam pelesit. Kalau gian sangat nakbawakkereta laju-laju,masuk aje F1 kat Litar Sepang! rungut Athirah.
Aku... kalau jumpa orang yang bawak kereta tu, memang aku hempuk dia cukup-cukup. Athirah
menyambung bebelannya sepanjang jalan menuju ke bilik.
Athirah sebenarnya gentar hendak berhadapan dengan Mikhail. Entah apalah bentuk hamburan yang bakal
diterimanya nanti. Dan yang membuatkan dia benar-benar gusar, entah apakah permainan yang bakal diaturkan oleh
lelaki itu untuk mengenakan dirinya kali ini. Mikhail bagaikan sengaja mencari fasal dengannya. Athirah yakin,
Mikhail tentu tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk menyakiti hatinya.
Sabar, Athirah. Mungkin orang tu tak sengaja agaknya. Manalah tahu dia tengah sakit perut dan tak tahan
nak membuang. Itu yang terpaksa bawaklaju. Fazlina cuba meredakan kemarahan Athirah.
Kau ni Faz... lembut hati sangat. Kalau kau bermurah hati nak maafkan orang tu, aku tak kisah. Tapi aku
tetap akan cari hingga ke lubang cacing. Ujar Athirah kegeraman. Dia masih lagi tidak berpuas hati. Dia tetap mahu
tahu siapakah gerangan empunya kereta tersebut? Rasanya inilah kali pertama dia melihat kereta tersebut di sekitar
kampus.
MIKHAIL terpaksa memecut laju keretanya kerana tidak mahu lewat ke kampus. Malam tadi dia bermalam di rumah
keluarganya. Umi dan abinya menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua puluh enam.
Disebabkan Ducati kesayangannya meragam, Mikhail terpaksa memandu hari ini. Dan tanpa sengaja, dia
telah menyebabkan gadis pujaan dan rakan-rakannya kebasahan. Sumpah! Dia bukannya sengaja membelah air.
Ketika itu dia sibuk menjawab panggilan sahabat baiknya, Borhan yang meminta dia menjemputnya di asrama. Ada
perkara yang ingin dibincangkan memandangkan malam tadi dia tidak turut serta dalam perbincangan yang diadakan.
Athirah memerhatikan kereta yang menyebabkan dia kebasahan di kawasan parkir kampus. Athirahmemusatkan pandangannya. Dia ingin melihat siapakah pemilik kereta tersebut.
-
7/30/2019 CIM Bab 1-10.docx
22/45
Oh, itu orangnya! Jaga kau...!!! Dendam Athirah kian menggunung bila terlihat gerangan yang empunya
kereta tersebut.
Sudah-sudahlah tu. Tak baik berdendam dan marah-marah. Itukan sifat syaitan. Fazlina memujuk Athirah.
Kau cakap senanglah, Faz... sebab mamattu tak pernah sakitkan hati kau. Tengok aku ni, bukan aje sakit
hati, malah habis gatal satu badan. Macam beruk kena belacan pun ada. Tergaru sana, tergaru sini. Entah benda apa
yang bertakung dalam air tu pun kita semua tak tahu. Athirah memprotes tidak puas hati. Sabarlah Athirah! Sabar itukan sifat mulia dan terpuji. Salmi menasihati Athirah.
Salmi yang ala-ala kakak sulung jika memberi tazkirah, mahu bernanah telinga mendengarnya. Salmi
banyak kali menegurnya supaya berlembut dengan Mikhail.
Kau nak suruh aku bersabar macam mana lagi, Sal? Selama ni aku dah habis sabar tau, dengan apa yang
dia dah buat. Aku dengan manusia yang bernama Mikhail, tak bolehlah nak mempamerkan aksi kesopanan dan
kesusilaan. Apatah lagi menunjukkan sifat kewanitaan dan keanggunan aku ni. Perangai dia tu... masya-Allah! Sebijik
macam kera dalam hutan, tahu tak? Suka mengganggu ketenteraman awam, luah Athirah dengan rasa marah yang
semakin memuncak.
Salmi hanya mampu menggelengkan kepala dengan kedegilan Athirah. Setahunya, Athirah bukanlah jenis
yang keras kepala. Tetapi bila berdepan dengan Mikhail, terus dia jadi begitu.
Rakan-rakan Athirah yang lain hanya mendiamkan diri. Mereka tidak mahu terlibat dalam pertikaman lidah
antara Salmi dan Athirah.
Ketika mereka melewati kumpulan pelajar yang lain, nama glamor kumpulan mereka dipanggil oleh
Borhan.
Gadis Cun Gila mari sini kejap!
Athirah dan rakan-rakannya menghampiri Borhan.
Kenapa datang lewat? Bukan ke kejap lagi ada taklimat untuk kamu semua? tanya Borhan lembut. Borhan
mengerling jam tangannya.
Athirah dan rakan-rakannya merasa lega kerana bukan Mikhail yang bertanyakan tentang kelewatan
mereka. Jika Mikhail... mereka tidak tahulah apa yang bakal terjadi!
Maaf, Abang Hans! Tadi memang kami dah keluar awal dan sepatutnya lima belas minit yang lepas kami
dah berada di sini. Tapi... ada seekor gorila sesat yang melanggar lopak air, habis basah baju kami semua. Itu yang
lambat sikit. Kami terpaksa berpatah balik ke asrama untuk membersihkan diri dan menukar pakaian.