penanaman dan pengurusan tomato

13
Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ia menjadi makanan kesukaan kepada manusia di serata dunia. Tanaman tomato berasal dari Amerika Selatan dan kini ia ditanam secara meluas di semua Negara beriklim tropika. Buah tomato adalah berisi, lembut,dan berair dengan biji yang halus di dalamnya. Bah tomato kaya dengan beta karotena, vitamin C dan vitamin B. Di Malaysia, kawasan Cameron Highlands menjadi pengeluar utama tomato. Lokasinya yang beriklim sejuk menjadikan penanaman tomato di Cameron Highlands bertambah banyak. Kawasan tanah rendah yang menjalankan penanaman tomato ialah negeri Johor. Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan selebihnya akan dieksport ke Singapura. Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato seperti sos, sardine, tuna dan sebagainya. Pengeluar tempatan hanya membekalkan tomato untuk kegunaan segar harian. Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Tomato adalah dari famili Solanaceae. Pokok tomato dibahagikan kepada dua jenis :- PENANA MAN DAN PENGUR USAN TOMATO Pokok Tomato

Upload: sarasu-jekatisan

Post on 13-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

tomato

TRANSCRIPT

Page 1: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang

mempunyai jangka hayat yang singkat. Ia menjadi makanan

kesukaan kepada manusia di serata dunia. Tanaman tomato

berasal dari Amerika Selatan dan kini ia ditanam secara meluas di

semua Negara beriklim tropika.

Buah tomato adalah berisi, lembut,dan berair

dengan biji yang halus di dalamnya. Bah tomato kaya dengan beta

karotena, vitamin C dan vitamin B.

Di Malaysia, kawasan Cameron Highlands

menjadi pengeluar utama tomato. Lokasinya yang beriklim sejuk menjadikan

penanaman tomato di Cameron Highlands bertambah banyak. Kawasan tanah

rendah yang menjalankan penanaman tomato ialah negeri Johor. Sebahagian besar

tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan selebihnya akan dieksport ke

Singapura.

Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato seperti sos,

sardine, tuna dan sebagainya. Pengeluar tempatan hanya membekalkan tomato

untuk kegunaan segar harian.

Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Tomato

adalah dari famili Solanaceae. Pokok tomato dibahagikan kepada dua jenis :-

PENANAMAN DAN

PENGURUSAN

TOMATO

Pokok Tomato

Tumbuh menegak (determinate)

Tumbuh menjalar (indeterminate)

Page 2: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

CIRI-

CIRI

AM AKAR- akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut.

Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku.

Daun- berbulu dan terdapat banyak bentuk.

Bunga- berwarna kuning dan berukuran lebih 1 cm.

Buah-banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa.

Benih-berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/biji.

Cara Pendebungaan-persenyawaan sendiri

Page 3: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

Faktor IklimTomato lebih sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.

Terdapat juga kultivar tomato yang sesuai ditanam di tanah rendah.

Suhu yang sesuai untuk penanaman tomato 18 - 32°c.

Jumlah hujan sebanyak 460mm untuk pertumbuhan yang baik.

Faktor Tanah

Tanaman tomato sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir

(BRIS dan bekas lombong) dan tanah gambut.

Tanah yang mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik.

Nilai pH yang sesuai adalah pH 5.5 – 8.0.

Kultivar-kultivar yang disyorkan :-

Sifat PokokKultivar

L 24 MT 1 MT 11 Serdang 2 King Kong (F1)

Tabiat pokokTegak, rimbun dan berterusan

Tegak, rimbun sederhana besar,

Rimbun, separa berterusan

Tegak, rimbun separa berterusan

Tegak, separa berterusan

Keperluan

Asas Tanam

an

Page 4: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

 separa berterusan

BeratBesar 

 (lebih 60g/biji)Kecil

 (25-30 g/biji)Sederhana

 40-80 g/biji)Sederhana

(40-80g/biji)

Besar(100-150

g/biji)

Warna Merah Merah cerah Merah Merah Merah

Kegunaan Segar Segar/proses Segar Segar Segar

Hasil 18-30 tan/ha 15-25 tan/ha 15-28 tan/ha 20-25 tan/ha 25-30 tan/ha

Sifat-sifat tanah dan kesesuaian untuk tanaman Tomato

Sifat Tanah

Kesesuaian untuk tanaman tomato

Sesuai Sederhana sesuai

Kecerunan 0 - 6° 6 - 12°

Saliran Salir Kurang salir

Kedalaman tanah yang

berkesan> 50cm 25 – 50cm

Tekstur dan struktur Selain dari pasirPasir yang tidak

berstruktur

Kemasinan <1 mmhos 1 – 2mmhos

Kedalaman lapisan asid

sulfat>50cm 0 – 50cm

Ketebalan gambut Tidak menghalang -

Page 5: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

KeberbatuanTiada halangan pada

25cm kedalaman tanah-

Ketidak seimbangan unsur

Tiada keracunan

kelebihan mikro nutrient

atau CEC rendah

CEC rendah

Sumber : Wong (1986)

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih yang digunakan

adalah 300 g/ha. Racun kulat seperti Thiram digunakan untuk merawat biji benih

dengan kadar 3 g/1000g biji benih. Sebelum menanam biji benih, ia harus disemai

sekurang-kurangnya sebelum 6 minggu. Anak benih ditanam di bawah jaring kalis

serangga.

AMALA

N

KULTU

R

Page 6: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

Semaian Batas

Campuran tanah 7:3:2 (tanah : bahan organic : pasir) digunakan bagi batas semaian

berukuran 1000cm lebar, 15cm tinggi dan mengikut panjang yang dikehendaki. Biji

benih disemai sedalam 0.5cm dalam jalur bergerak 5cm. tanah kering yang halus

ditabur sepanjang jalur untuk menutup biji benih. Batas disiram dan teduhan yang

diperbuat daripada plastik lutsinar didirikan. 10 – 14 hari selepas menyemai, anak

benih dijarangkan 5cm antara pokok.

Semaian Polibeg

Cara Semaian

Semaian Batas

Semaian Polibeg

Semaian Kotak

Page 7: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

Polibeg berukuran 12cm panjang, 20cm lebar dan 0.1mm tebal diisi dengan tanah

campuran 7:3:2. Dua hingga tiga biji benih ditanam sedalam 0.5cm. Hanya

tinggalkan satu pokok setelah mempunyai 2-3 helai daun. Polibeg diletakkan

dibawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga.

Semaian Kotak

Kotak diperbuat daripada kayu atau plastik yang berukuran 60cm lebar x

60cm panjang diisi dengan media semaian. Bagi mengelakkan air tidak bertakung,

kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian bawahnya. Biji

benih disemai pada jarak 5cm x 5cm dan ditimbus dengan tanah. Bagi

menggalakkan pertumbuhan yang sempurna, semaian yang terlalu rapat perlu

dijarangkan untuk mengurangkan persaingan antara anak benih.

Kotak-kotak semaian diatur di atas meja panjang yang didirikan di dalam

bangsal semaian. Bangsal semaian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai

atap untuk melindungi benih dari hujan lebat. Untuk menghindar kemasukan

serangga, dinding bangsal semaian boleh ditutup dengan jaring. Pengairan boleh

dilakukan dengan menyiram atau dengan menggunakan system pengairan renjis.

Mulai minggu ketiga, semasa di peringkat semaian, anak-anak benih boleh

disembur dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK. Jika terdapat

tanda-tanda serangan perosak, racun serangga seperti chlorpyrifos harus disembur.

Page 8: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

Merangkumi:-

i. Kerja-kerja pembersihan tanah

ii. Pembajakan

iii. Pembinaan batas.

Tanah dibajak dan digembur sedalam 15 – 22cm. Batas dibentuk selebar 1.2m

dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat

sekiranya pH tanah kurang daripada 5. Ia perlu dilakukan semasa kerja-kerja

PENYE

DIAAN

KAWA

SAN

Page 9: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

pembajakan tanah dilakukan dan sebaiknya dibuat 1 hingga 2 bulan sebelum anak

benih ditanam. Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Magnesium

Limestone (GML); biasanya tanah-tanah mineral, gambur dan tanah pasir (BRIS dan

bekas lombong) masing-masing memerlukan pengapuran.

1. Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu setelah melalui

proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari

beransur-ansur.

2. Anak benih yang ditanam secara semaian batas, perlu disiram terlebih dahulu

supaya memudahkan anak-anak benih dicabut.

3. Ini akan mengurangkan kerosakan pada sistem akarnya.

4. Anak benih perlu diubah semasa cuaca redup atau pada waktu petang diikuti

dengan siraman air.

5. Hanya anak benih yang subur dipilih.

6. Jarak tanaman disyorkan ialah 60 cm x 60 cm.

7. Penggunaan sungkupan plastik (silver shine) digalakkan untuk mengawal

rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun.

8. Anak benih yang mati ataupun kurang sihat perlu disulam.

a) Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau

buluh.

b) Ia dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung

setiap batas.

c) Dawai direntang pada kedua-dua hujung sebelah atas kayu dan tiap-tiap

pokok tomato dibatas diikatkan kepada dawai.

PENAN

AMAN

DI

LADAN

G

PENYEDIAAN SOKONGAN

Page 10: Penanaman Dan Pengurusan Tomato

d) Tinggi penyokong 50 – 70cm.

i. Kadar pembajaan berbeza mengikut jenis tanah.

ii. Tanaman tomato yang menggunakan tanah pasir yang kurang subur,

memerlukan kadar baja yang lebih tinggi berbanding dengan tanah mineral.

i. Pangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun.

ii. Untuk menggalakkan pengudaraan yang baik, tunas-tunas sisi dan daun-

daun berlebihan perlu dibuang.

1. Tanaman harus disiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.

2. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan

keperluan tenaga kerja yang rendah.

3. Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000 – RM8000 sehektar.

4. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang

rendah 1.5 – 2.5 kg/cm² dengan kadar alir perenjis 0.3 – 1.0 liter/saat dan

garis pusat siraman liputan 25 -30m.

5. Bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran, perparitan adalah

penyelesaiannya.

6. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihanke parit utama.

PEMBA

JAAN

PEMANG

KASAN

PENGU

RUSAN

AIR

Page 11: Penanaman Dan Pengurusan Tomato