esei ilmiah dasar pendidikan.doc

39
SUMATHI A/P VADIVELOO D 20102042916 720405086902 KPF 3012 Esei Ilmiah Impak Kod Etika Perguruan dan Peraturan Pendidikan Terhadap Profesionalisme Keguruan Guru dianggap pemimpin yang berwibawa dan boleh menjana idea yang berguna,memipin para pelajar ke masyarakat yang berguna kepada negara.Sejaja dengan harapan bangsa, kod etika perguruan dan peraturan pendidikan menjadi ramuan yang perlu diadaptasi oleh kaum guru untuk membentuk murid yang cemerlang, ketrampilan dan berakhlak mulia.Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada Unit 9 ini pasti akan bersebati dengan para guru khasnya yang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para muridnya..Pengetahuan ini perlu dibicarakan secara terperinci bagi mengupas kesan kepada profesionnya . Walaupun terdapat beberapa pendapat dan pandangan mengenai profesionalisma namun pengertian sebenarnya masih kita terima. Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, 1

Upload: man1092yahoocommy

Post on 20-Nov-2015

105 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SUMATHI A/P VADIVELOOD 20102042916720405086902KPF 3012

Esei Ilmiah

Impak Kod Etika Perguruan dan Peraturan Pendidikan Terhadap Profesionalisme Keguruan

Guru dianggap pemimpin yang berwibawa dan boleh menjana idea yang berguna,memipin para pelajar ke masyarakat yang berguna kepada negara.Sejaja dengan harapan bangsa, kod etika perguruan dan peraturan pendidikan menjadi ramuan yang perlu diadaptasi oleh kaum guru untuk membentuk murid yang cemerlang, ketrampilan dan berakhlak mulia.Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada Unit 9 ini pasti akan bersebati dengan para guru khasnya yang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para muridnya..Pengetahuan ini perlu dibicarakan secara terperinci bagi mengupas kesan kepada profesionnya .

Walaupun terdapat beberapa pendapat dan pandangan mengenai profesionalisma namun pengertian sebenarnya masih kita terima. Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.

Sebenarnya kod etika mengariskan banyak perkara yang terdapat dalam unit 9 ini sebagai amalan yang perlu dijalani agar guru dan perguruan ini dterus dihormati.Tanggungjawab yang dipikul guru selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang tidak dapat dipandang remeh.Kod Etika yang menjadi nadi bagi pelaksanaan peraturan pendidikan yang diterima sebagai asas perkhidmatan.Kod Etika Keguruan ini berupaya menggerakkan para pendidik ke arah perkembangan yang lebih menyeluruh.dan memandu para guru untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Antara impak dan amanat penting kepada guru adalah seorang guru tidak boleh melakukan sesuatu perkara yang boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan ini.Seterusnya guru tidak boleh menyeleweng sehingga maruah dirinya tercemar dan kehilangan amanah dalam kewangan khasnya.Selari dengannya seseorang guru hendaklah menjalankan tugas nya dengan jujur. Ini kerana kepentingan murid haruslah mengatasi semua kepentingan lain .Oleh itu, guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya dan h memberi perhatian dan menyampaikan ilmu kepada semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. Kod etika ini mengingatkan guru bahawa guru adalah bertindak pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat pendidikan .Dalam mencanang etika para pendidik perlu mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tanpa melihat bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Guru harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka bagi memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, rohani dan inovasi. Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid dirahsiahkan dan tidak mengajar sesuatu yang boleh melanggar kepentingan murid-murid, masyarakat dan negara.

Sebagai tanda pembangunan dalam profesion keguruan ini guru mestilah menyemai sikap dan nilai murni dalam diri murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.Etika memberi laluan kepada guru untuk menjadi teladan kepada murid-murid. Guru harus sedar bahawa guru tidak boleh menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Guru tidak boleh mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Para pendidik juga tidak boleh menjatuhkan nama baik guru lain dan mengikut saluran yang sah bagi mendapatkan kenaikan pangkat

Kod Etika Keguruan dan peraturan pendidikan mengutamakan keberkesanan dalam tugas bagi melihat peningkatan profesionalisme.Keberkesanan dalam profesion keguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Bagi melihat kesan yang lebih nyata segala tanggungjawab guru perlu dihalusi.Antaranya ialah :

1.TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

Seorang guru mestilah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal yang lain. Guru juga mestilah bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Guru juga mestilah mempunyai perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. Guru tidak harus mengajar semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Guru membimbing atau mengajar pelajar tanpa mengharapkan ganjaran. Guru perlulah memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2.TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWATAN DAN PROFESION

PERGURUAN

Seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

3.TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

4.TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru.

Dalam kita merungkai etika ini, guru harus sedar bahawa Kod Etika keguruan dijadikan sebagai rujukan perjalanan kariernya.Antaranya adalah sebagai :

1.Garis panduan

Kod Etika ini sentiasa meningkatkan guru agar bertingkahlaku bertatasusila

. Garis panduan ini akan memandu ke arah amalan guru yang sepatutnya.Ini akan

menghindar guru daripada melanggar etika dan mencemar profesion keguruan ini.

2. Peranan dan Tanggungjawab

Etika ini menegaskan peranan dan tanggungjawab guru terhadap stakeholders dalam

merealisasikan amanah yang dipertanggungjawabkan.Peranan dan tanggungjawab

perlu dihayati oleh guru agar segala usahanya dapat menyuburkan perkembangan

pendidikan negara ini . 3. Keunikan

Kod Etika di negara kita mempunyai keunikan sendiri.Keunikan ini perlu dihormati

bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perguruan

4.Semakan

Bagi melihat keutuhan dan kesahihan kod etika ini, ia telah didokumentasikan agar

dapat disemak dari masa ke semasa .Tugas ini perlu dilakukan bagi kecemerlangan

keguruan dapat ditonjolkan.

5.Tingkatkan Imej

Imej guru sebenarnya dapat dilihat melalui amalan kod etika ini.Tanggungjawab guru

dapat dirasai oleh masyarakat sendiri dan akan mendokong segala usaha guru.Demi

imej yang unggul , guru perlu menghayati dan memahami kod etika ini sepenuhnya

6.Nilai

Etika kerja keguruan ini merupakan nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam

perkhidmatan keguruan ini.NIlai iniperlu dipelihara, didukung, dan dikekalkan bagi

meningkatkan kepercayaan masyarakat dan bersama-sama guru menrealisasikan

tanggungjawab setiap ahli masyarakat.

Selain,pemahaman dan penghayatan terhadap Kod Etika Keguruan ini, guru dapat memahami beberapa peranannya yang lebih kepada kebertanggunjawaban (akauntabiliti) dalam usaha menjelmakan suatu mutu perkhidmatan. Antaranya adalah:

1.Akauntabiliti Guru Terhadap Murid

Seseorang harus melaksanakan tugas yang sempurna dalam bilik darjah.Masa yang diperuntukan perlu digunakan sepenuhnya bagi melaksanakan segala yang

terancang.Tanggungjawab peelu dijalankan dengan berkesan.Segala bimbingan kepada murid perlu dilakukan dengan jujur .Guru perlu menyiapkan diri bagi menjadi role model kepada murid.Rasa hormat dan budaya sanjung perlu disemai dalam kalangan murid melalui segala tindakan yang bertatasusila dan menurut arahan perkhidmatan.

2.Akautabiliti Guru Terhadap Sekolah

Guru perlu bertanggungjawab penuh tugas yang diamanahkan di sekolah yang

menjadi tempat menjalankan tugasnya.Adalah menjadi tanggungjawab guru,

memastikan perkembangan dan kemajuan sekolah didahulukan.Guru perlu memikul

sebarang jawatan dan amanah yang diberikan dengan sepenuh hati dan

melaksanakan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

3.Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat dan Negara

Tanggungjawab guru di sini memang berat.Guru perlu faham akan prinsip-prinsip

Rukunegara dan segala tugas perlu dijalankan mengikut Rukunegara.Sebagai guru

dan rakyat, guru harus menyemai nilai murni dan mebajainya agar dapat membentuk

masyarakat pelajar yang unggul.Penglibatan guru dalam komuniti demi mengeratkan

hubungan yang baik diharuskan.Bimbingan yang sempurna kepada pelajar sehingga

menjadi warga negara yang berwibawa dan berguna menjadi tanggungjawab

guru.Guru harus mewujudkan suasana harmoni dan kesejahteraan di dalam dan di

luar bilik darjah.Guru perlu menunjukkan tedadan yang baik dengan menghormati

budaya, agama , bahasa dan cara hidup etnik kaum yang terdapat di negara

ini.Penglibatan guru secara menyeluruh ke arah pembangunan Bangsa Malaysia

sangat-sangat diharapkan dan guru boleh membuktikannya.

4.Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan

Guru harus menimba ilma tambahan melalui bacaan luas.Ilmu berkaitan pelajaran dan

pekhidmatan perlu agar guru sentiasa dapat memberi yang terbaik tidak ketinggalan

dalam arus pembangunan.Melalui bacaan tambahan , guru dapat mengenali teknik

dan kaedah yang berkesan untuk menyampaikan ilmu kepada murid serta dapat

melengakapi diri dengan ilmu yang luas.

5. Akautabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

Guru sentiasa perlu menjaga kebersihan dan kesihatan bagi melaksanakan tugas

dengan baik, tenang, sempurna dan berkesan.Dalam melaksanakan tugasnya, emasi

perlu dikawal .Imej yang baik dapat ditunjukkan kepada masyarakat dengan

kewibawaan mengurus diri kewangan. Pengurusan kewangan dipentingkan agar guru

tidak menjadi pemiutang dan diisytihar muflis.Nama baik profesion keguruan perlu

dijaga.Ilmu pengetahuan perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.Guru harus peka

dengan alam sekeliling agar tidak tenggelam dalam dunianya sendiri .

Selain akautabiliti, kod etika ini memberi laluan kepada berpegang teguh kepada satu

prinsip perkhidmatn yang dikenali sebagai Tonggak Dua Belas Perkhidmatan

Pendidikan.Tonggak Dua Belas ini menggarisakan:

Nikmat Mencipta

Menghargai Masa

Pengaruh Teladan

Peningkatan Bakat

Ketinggian Peribadi

Keseronokan Bekerja

Keutamaan Kesabaran

Kekuatan Sifat Baik hati

Kebijaksanaan Berkhidmat

Kemuliaan Kesederhanaan

Kewajiban Menjalankan Tugas

Ketekunan Membawa Kejayaan

Daripada Tonggak Dua Belas ini guru mendapat semua input yang boleh dijadikan sebagai

asas untuk memberi perkhidmatan cemerlang.Sememangnya para pemimpin mengharapkan

keajaiban dalam perkhidmatan awam agar kesejahteraan dan keharmonian dapat

dikekalkan melalui sistem perkhidmatan yang berkualiti

Sebagai tambahan guru harus ketahui Prinsip Teras Perkhidmatan Cemerlang bagi

menghasilkan mutu perkhidmatan yang diharapkan.Antaranya adalah :

Berpegang teguh kepada ajaran agama

Bekerja dengan penuh tanggungjawab

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri

Bekhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan

Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-mush negara

Bekerjasama ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

Jika dikaji, prinsip ini memang memaksa para guru untuk melipatgandakan usaha dan mengembeling tenaga bagi menjayakan harapan negara.Guru dapat merasakan bahang kemajuan yang diharapkan negara dan peranannya sebagai perantara yang harus melaksanakan peranannya dengan bersungguh-sungguh.Bagi memajukan pemikiran rakyat ,guru perlu bertindak lebih cekap, adil, telus,dan tulus.Kemesraan dan perpaduan perlu diwujudkan melalui perancangan teliti amalan-amalan yang sentiasa memberi gambaran yang lebih baik kepada masyarakat.

Sebagai penjawat awam, guru mesti ketahui peraturan-peraturan kelakuan dan

tatatertib.Peraturan ini didokumentasikan setelah dirancang, dikaji , disemak dan

diluluskan.Peraturan peratuaran ini mempunyai cabang peraturan yang banyak dan

berguna kepada penjawat awam khasnya guru. Antaranya adalah :

Peratuaran 3 A (Hukuman Tindakan Tatatertib)

-Tidak boleh mengingkari peratuaran dan arahan

Peraturan 3B

-Seseorang penjawat awam patut memberi akujanji

Peraturan 3 C

-Pelanggaran arahan dan peraturan oleh pegawai bawahan dan tindakan patut diambil oleh pegawai atasan

Peraturan 4(1)

-Kesetiaan pegawai kepada DYMM Yang DiPertuan Agung dan keperluan menjaga serta memelihara kedaulatan negara. Dan TIDAK

-Membocorkan rahsiah kerajaan

-Menjadi anggota Jemaah Islamiah

-Bersubahat dengan musuh negara

-Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

-Memburuk-burukkan serta memperkeci-kecilkan dasar dan tindakan kerajaan

Guru perlu mengetahui segala peraturan tersebut bagi melindungi diri daripada melakukan sesuatu yang disengajakan atau tidak disengajakan.Walaupun perlakuan guru yang bertentangan dengan dasar kerajaan dan peraturan awam akan dianggap sebagai kesalahan dan dihukum.Jadi, guru harus berwaspada selalu agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dasar.

Demi pembentukan Guru Malaysia yang terus berpegang teguh kepada etika dan peraturan, beberapa garis panduan seperti perkara-perkara yang tidak dibenarkan (Peraturan 4(2) ) perlu guru ketahui agar tidak tersepit antara betul dan tidak betul.Guru sememangnya TIIDAK BOLEH melanggar Peraturan 4(2). Iaitu

Penjawat Awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya

Berkelakuan dengan sedemikian cara yang yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya

Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah

Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama baik perkhidmatan awam

Seseorang pegawai tidak boleh tidak cekap atau kurang berusaha

*Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur /tidak amanah

*Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab

*Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar

*Mambantah atau melawan pegawai atasan

*Cuai dalam melaksanakan tugas

Melihat kepada perkara-perkara di atas sudah tentu guru akan menjadi penjawat

awam yang berdisiplin, patuh kepada arahan, sentiasa memikirkan kepntingan awam

dan berpergang teguh kepada prinsip Rukunegara yang akan membawa kepada

kewibaan Profesion Keguruan. Dengan demikian guru akan mengilapkan lagi

keteraturan yang diungguli Profesioan Keguruan.

LARANGAN-LARANGAN KEPADA PENJAWAT AWAM

Demi mewujudkan situasi yang cekap, bersih, amanah lagi boleh diteladani para penjawat awam seperti guru tidak dibenarkan sama sekali untuk melakukakn perkara-perkara berikkut secara langsung atau tidak langsung walau di mana atau bila-bila masa sekalipun. Iaitu:

1.Peraturan 4A

- Seseorang penjawat awam tidak boleh cuba atau melakukan gangguan seksual secara lisan, bertulis, melalui gambar, bercerita/berjanaka/isyarat lucahd dan cuba meraba, mencubit, menepuk atau menyentuh secara seksual seseorang sehingga terasa terhina tersinggung atau terugut.

2.Peraturan 5

- Sesorang penjawat awam tidak membuat kerja luar kecuali dibenarkan oleh ketua jabatan dan bagi faedah diri/saudaramara/badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran ketua jabatan yang tertakluk kepada syarat:

i. Di luar waktu pejabat

ii. Tidak menjejaskan kebergunaan sebagai penjawat awam

iii, Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam

3. Peraturan 6

- Penjawat awm tidak boleh berpakaian kurang kemas,selekeh dan tidak memnuhi etika berpakaian pegawai awam

4.Peraturan 7

- Pegawai awam tidak boleh menghisap, menagih , mengguna dan mengedar dadah

5.Peraturan 8

- Pegawai awam tidak dibenarkan memberi/menerima hadiah jika tidak kena mengena dengan pelaksanaan tugas

6.Peraturan 9

- Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima/memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana bercanggah peraturan 4

7.Peraturan 11

- Seseorang penjawat awam tidak boleh menyelenggara taraf hidup melebihi pendapatan sah.

8.Peraturan 12

- Seseorang penjawat awam tidak boleh meminjam wang/menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang tertakluk kepada kuasa rasminya dan ada urusan rasminya.

9.Peraturan 13

- Penjawat awam tidak boleh mempunyai tanggungan hutang yang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius

10.Peraturan 15

- Penjawat awam juga tidakboleh meminjamkan wang dengan mengenakan faedah/bunga

11.Peraturan 16

- Penjawat awam tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau penjual dalam pasaran tempata/luar negara.

12.Peraturan 17

- Pegawai awam tidak boleh mengadakan refel atau n loteri harta persendiriannya

13.Peraturan 18

- Seeorang penjawat awam tidak boleh menerbit /menulis buku/makalah/karya lain berdasarkan maklumat rasmi berperingkat

14.Peraturan 19

- Penjawat awam tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali mendapat kebenaran menteri berkenaan

15.Peraturan 20

- Pegawai awam tidak boleh menyunting akhbar/majalah/jurnal

16.Peraturan 21

- Seseorang penjawat awam dilarang mengambil bahagian dalam politik atau membuka lambang parti politik

17.Peraturan 22

- Seseorang pegawai awam yang membawa sesuatu kes menurut undang-undang mendapatkan bantuan guaman mesti mendapat kebenaran ketua jabatan

18.Peraturan 23

- Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah bagi apa-apa jua tempoh masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki bertugas.

Larangan seperti membimbing pegawai awam seperti guru agar tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang boleh mencemarkan nama baiknya atau organisasinya. Larangan ini memberi peluang kepada guru khasnya berkhidmat tanpa sebarang tekanan dan kesusahan.

Kesimpulan

Kod Etika Keguruan dan Peraturan Pendidkan memberi ruang dan luang kepada kaum guru untuk menilai sendiri dari segi peranan, tanggungjawab, kos , masa dan emosinya yang diabdikan bersama perkidmatan awam ini.Sebarang kekurangan akan memberi kesan kepada diri dan organisasinya seterusnya pembangunan negara.Tidak keterlaluan juga jika dikatakan Profesion Kerguruan ini tetap akan dipandang tinggi jika semua guru mengamalkan kod etika dan mematuhi peraturan pendidikan dengan sebaik-baiknya.(B) CABARAN CABARAN DALAM MENGAPLIKASIKAN ISI KANDUNGAN Pendahuluan

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dandimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun1979.Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insane yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.

Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Kedapatan juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.

Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.Selain itu, kelayakan akademik juga adalah satu lagi perkara yang perlu ditimbangkan. Ini kerana profesionalisme guru itu adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Maka, adalah wajar diramalkan, seiringan dengan kejayaan Malaysia meningkatkan kadar pembangunannya, guru-guru ijazah akan bertugas sehingga ke sekolah rendah. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.

Guru mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat kita teruatama sekali kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian guru haruslah mengemaskinikan pengetahuan dan ilmu tentang profesionnya. Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggung jawabnya membolehkan seseorang guru itu memimpin dan mengurus kelas dan P&P dengan baik Guru seharusnya sentiasa mengemaskinikan pengetahuannya agar mudah menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dalam bilik darjah terutamanya semasa P&P.sebagai Guru yang inovatif dapat menambah ilmu melalui pembacaan pelbagai bahan bacaan ilmiah. Sekiranya berpeluang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya dilepaskan kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang guru. Kesimpulan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam binaan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja.i. Esei ilmiah: Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat di dalam kursus ini (Rujuk Rangka Kursus) dan tuliskan esei mengikut soalan berikut:

ii. (B) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih di kalangan guru-guru.Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti . Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Sekolah Berkualiti Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat dan wawasan 2020. Ia adalah untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat 2020. Di antara intisari Wawasan Pendidikan ini ialah, Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa .Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko. Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian. Empowerment, iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah untuk melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif. Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. Penyediaan kurikulum yang menekankan kepada sains dan Teknologi, Pendidikan Agama, Moral supaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja untuk pencapaian taraf negara maju, disamping memastikan nilai-nilai baik dapat diamalkan dikalangan pelajar dalam semua aspek kehidupan. Pemupukan patriotisme melalui penerapan dalam semua mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat, supaya melahirkan pelajar yang mempunyai semangat bangga sebagai rakyat Malaysia. Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk sekolah melalui pendekatan strategik berikut, Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini untuk semua peringkat sekolah. Pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia akan tercapai. Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja diperolehi daripada buku teks, tetapi juga daripada Internet dan Multimedia. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan, khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran-pembelajaran dan penguasaan adalah supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan. Khasnya meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti. Beberapa definisi pengajaran efektif yang berbeza telah dikemukakan oleh tokoh pendidikan dari berbagai sudut yang berlainan. Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill, pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. Pengajaran efektif sering dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini kerana keberkesanan pengajaran bergantung semata-mata kepada kecekapan guru dalam merancang dan melaksanakan sesuatu pelajaran. David Ryans berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. J.M.Cooper pula berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia dan menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.,memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar, menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Perlakuan mengajar Mempunyai sifat sifat mengajar yang positif perancangan GURU YANG Pengajaran BERKESAN efektif Berilmu pengetahuan pelaksanaan Terlatih dalam pelbagai bidang pendidikan penilaian. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan . Aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan peringkat perkembangan konsep, penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Di dalam peringkat permulaan, guru berjaya memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikut pengajaran guru dengan penuh minat. Konsep dan kemahiran baru dapat diperkembangkan daripada yang mudah kepada yang susah daripada yang konkrit kepada abstrak. Isi pelajaran dapat disampaikan langkah demi langkah dengan lancar dan sistematik serta mengikut masa yang ditentukan. Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkansupaya murid- murid menyertai aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka untuk mengemukakan idea dan pendapat dalam aktiviti perbincangan. Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti Ahli fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus kelas amat penting bagi seorang guru dengan berkesan. Kemahiran yang tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea untuk membantu pelajar meningkatkan potensi dalam pembelajaran.

Sehubungan ini, sekolah adalah dipandang sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia yang berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Aspek sosial merangkumi perkara-perkara seperti, Hormat-menghormati diantara anggota sekolah serta mematuhi peraturan sekola, rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya, berkerjasama diantara anggota sekolah, bersedia untuk membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. komunikasi yang mesra dengan anak murid ,ibubapa,dan masyarakat dalam kepimpinan merupakan asset utama seorang guru.Guru seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang luas, menegak dan mendatar. Kesihatan murid merupakan prasyarat yang utama yang perlu dititik berat oleh seorang guru itu sebelum melayakkannya menjalankan tugas. Kepelbagaian aktiviti . sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling bantu- membantu dan memahami sesama rakan sekerja.

Sebagai guru kerja-kerja mereka ini bukan sahaja berhubung dengan P&P semata-mata pelajar-pelajar dan apa yang berlaku dalam bilik darjah.

Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan gaya ini membolehkan ia mengurus masyarakat sekeliling dengan berkesan. Dengan itu misi dan visi seseorang guru Perpaduan dimenifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Kemesraan dimenifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti sosial di sekolah dan Keadilan dimenifestasikan dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja dan tugas yang adil. Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat ingin belajar, sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Aspek penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara betul dan jitu didalam dan di luar bilik darjah. AKHLAK GURU berakhlak mulia, GURU menjaga akhlak dan maruah diri. , GURU mementingkan maruah pendidikan negara. ,GURU berhadapan & menangani akhlak tidak sihat (negatif) murid. ,GURU pembentuk akhlak murid. ILMU , Guru sebagai penyalur budaya dan ilmu. (Berdasarkan pembentukan Model Tret ) , Guru berperanan sebagai agen penyalur budaya dan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba memainkan peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu masyarakat . Proses pembelajaran ini mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Teknik & Strategi Mengajar. Guru sebagai penyalur kemahiran dan ketrampilan.(Berdasarkan pembentukan Model Humanistik) perlu mencari alternatif terbaik dalam teknik pengajaran dan mempraktikkan teknik & strategi pengajaran yang berkesan dan merangsang murid. Alat Bantu Mengajar (ABM) TIADA peruntukan Keperluan ABM yang TINGGI Pemilihan ABM yang TEPAT dan BERSESUAIAN. Pencapaian Pengajaran akan berjaya dan guru perlu mengekalkan Prestasi murid-murid dalam setiap peperiksaan. Komitmen guru sentiasa komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti mereka "Prioriti guru ialah tugas mengajar anak murid dengan kemahiran IT danICT. Guru yang Cemerlang adalah seorang yang dianggap pakar dalam bidang kepimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan dalam kelas.

Guru sebagai fasilitator dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diberi lebih banyak peluang untuk memilih tugasan & strategi pembelajaran supaya murid dapat menguruskan masa untuk membuat penilaian kendiri dan mendapatkan sokongan rakan sebaya dan guru mereka. STRATEGI MEDIATIF Guru tidak terus memberitahu sesuatu Guru berperanan sebagai mediator, menggunakan dialog dalam membimbing pemikiran pelajar kearah memahami konsep atau pengetahuan STRATEGI GENERATIF Menggalakkan pelajar supaya kreatif melalui aktiviti sumbangsaran, inkuiri-penemuan, soalan yang terbuka STRATEGI KOPERATIF & KOLABORATIF satu proses pembelajaran yg membantu pelajar berinteraksi dlm atau antara kumpulan kecil utk mencapai satu matlamat khusus STRATEGI KONTEKS LUAR Pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah, seperti menghadiri seminar, bengkel, Melakukan temu bual, lawatan sambil belajar, dll yang berkaitan dengan kandungan pelajaran STRATEGI METAKOGNITIF mementingkan pelajar berfikir tentang apa yg difikir/melakukan refleksi, menilai diri sendiri, & memikirkan tindakan selanjutnya STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi cabaran & perubahan (konsep KMD) Melibatkan pengumpulan maklumat, analisis trenda, ramalan, imaginasi, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, dan sebagainya.

27