rasional - stg.kpkt.gov.my

Click here to load reader

Post on 21-Nov-2021

0 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT
2010 KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya, Malaysia
No.Telefon : 603 8891 5000 No.Faksimile : 603 8891 5557 Emel : pro@kpkt.gov.my Laman Web : www.kpkt.gov.my
LAP O
R AN
TAH U
N AN
Building Sustainable Future
Dunia kini berada di era globalisasi dan tanpa sempadan, yang mana capaian maklumat hanya berada di hujung jari. Oleh yang demikian, masyarakat hari ini adalah lebih berpengetahuan dan celik mengenai hal dan kelayakan masing- masing. Dengan mengambil kira trend dan perkembangan sedemikian, KPKT telah bersedia untuk menghadapi segala cabaran bagi memenuhi keperluan rakyat masa kini. Sebagai agensi Kerajaan yang dimandatkan untuk menyediakan kehidupan dan persekitaran hidup yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. KPKT akan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan adalah efisen dan akan sentiasa menambahbaik dan meningkatkan pencapaian Kementerian, selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri Malaysia yang menekankan gagasan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. KPKT akan menghadapi cabaran-cabaran ini dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi menyediakan persekitaran hidup yang selesa untuk seluruh pelosok rakyat Malaysia.
Rasional
Misi & Visi, Dasar Q, Matlamat Objektif 4
Perutusan : Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 8
Sekapur Sirih : Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 10
Carta Organisasi Kementerian 12
Profil Pengurusan Tertinggi 14
Laporan Belanjawan KPKT 30
Laporan Pencapaian Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Setiausaha 39
Sorotan Utama 49
Liputan Media 52
JABATAN/BAHAGIAN/UNIT
Program Perumahan • Jabatan Perumahan Negara 56 • Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah 64
Program Kerajaan Tempatan • Jabatan Kerajaan Tempatan 68
Program Pengurusan Sisa Pepejal Negara • Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara 78 • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 82
Program Perancangan Bandar • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia 88 Program Pembangunan Landskap Negara • Jabatan Landskap Negara 94 Program Kebombaan dan Penyelamat • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 100
Program Pemberi Pinjam Wang & Pajak Gadai • Bahagian Pemberi Pinjaman Wang & Pemegang Pajak Gadai 106
Program Latihan KPKT • Institut Latihan Perumahan & Kerajaan Tempatan 114 Program Khidmat Sokongan • Bahagian Undang-undang 118 • Bahagian Dasar 120 • Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek 123 • Bahagian Kewangan dan Perolehan 129 • Bahagian Inspektorat 130 • Bahagian Sumber Manusia 132 • Bahagian Korporat 137 • Bahagian Khidmat Pengurusan 142 • Bahagian Teknologi Maklumat 144 • Unit Audit Dalam 147 • Unit Komunikasi Korporat 150
LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 20104
MISI Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.
VISI Mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mapan bagi semua lapisan masyarakat Malaysia selaras dengan Wawasan Negara.
DASAR Q Kami komited terhadap memangkin kecemerlangan perancangan pembangunan dan perkhidmatan ke arah mewujudkan petempatan manusia yang berkualiti.
MATLAMAT Bagi merealisasikan suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.
5LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 2010
OBJEKTIF Kementerian mempunyai lima (5) objektif untuk mencapai matlamat: • MEWUJUDKAN dan melaksanakan perancangan yang setara untuk seluruh negara dengan memperkukuhkan dan mempergiatkan sistem fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar di kawasan- kawasan bandar dan luar bandar.
• MENGGALAK, memaju dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan perkhidmatan perbandaran yang bermutu tinggi dan juga kemudahan-kemudahan sosial, rekreasi serta peluang-peluang ekonomi yang seimbang.
• MEMASTIKAN kemajuan perumahan yang sempurna, selesa dan seimbang, lengkap dengan segala kemudahan sosial dan rekreasi.
• MEMASTIKAN keselamatan nyawa dan harta benda melalui perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran dan ancaman dari bahan-bahan berbahaya, penyelamatan semasa kecemasan yang cekap dan berkesan serta peningkatan pengetahuan orang awam terhadap bahaya kebakaran dan pencegahannya.
• MEWUJUDKAN pembangunan landskap, taman dan rekreasi yang berkualiti secara menyeluruh di seluruh negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman.
01
LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 20106
7LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 2010
Tinta Mutiara
LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 20108
YB Dato’ Wira Chor Chee Heung Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Perutusan Menteri
“Sasaran KPKT pada tahun 2010 termasuk sasaran untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai. Hasilnya pada akhir tahun 2010,
51 projek telah disiapkan, manakala 72 lagi pada peringkat penyelesaian dan baki 38 pada tahap
perancangan untuk dipulihkan.”
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sebagai Agensi yang dipertanggungjawab untuk memenuhi aspirasi rakyat dalam Program Transformasi Kerajaan telah mencapai kejayaan membanggakan sepanjang tahun 2010.
Sasaran KPKT pada tahun 2010 termasuk sasaran untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai. Hasilnya pada akhir tahun 2010, 51 projek telah disiapkan, manakala 72 lagi pada peringkat penyelesaian dan baki 38 pada tahap perancangan untuk dipulihkan. KPKT juga dalam proses melakukan pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 bagi menghadapkan pemaju projek perumahan ke mahkamah.
Selain itu, KPKT juga mensasarkan usaha membasmi penempatan setinggan terutama di bandar dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk menyewa atau memiliki rumah. KPKT merancang untuk menyiapkan tujuh projek yang melibatkan 3,281 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) disewa bagi keluarga berpendapatan rendah dan setinggan menjelang Disember 2010. Sehingga setakat ini sebanyak lima projek yang melibatkan 1,618 unit rumah PPR telah siap dengan CFO/CCC. Baki dua projek (1,000 unit) pula dalam proses penyiapan iaitu PPR Batu Gang, Siburan, Sarawak (500 unit) dan PPR Kg. Semarak, Tawau, Sabah (500 unit).
9LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 2010
KPKT juga mencapai satu lagi kejayaan dengan pelancaran Dasar Perumahan Negara yang menjadi asas bagi memandu, mengurus dan menyelaraskan perancangan dan pembangunan industri perumahan ke tahap yang lebih efisien dan sistematik. Tujuan utama dasar ini digubal adalah untuk melahirkan sektor perumahan yang mapan dan mampan, cekap dan berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Perubahan masa, kepesatan pembangunan teknologi dan industri sentiasa mencabar kita untuk meningkatkan system penyampaian perkhidmatan awam, disamping meneroka sektor baru dalam usaha menuju kecemerlangan dan kegemilangan. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama meningkatkan iltizam dan berusaha gigih mencapai sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju, aman dan progresif.
Sekian.
YB Dato’ Wira Chor Chee Heung Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 201010
YBHG. DATO’ AHMAD HAJI KABIT Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Sekapur Sirih
sekaligus mencerminkan kejayaan cemerlang dalam usaha meningkatkan
penyampaian perkhidmatan awam seperti yang digariskan di bawah PTK.”
Salam 1Malaysia,
Laporan tahunan pertama pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (PTK) yang dibentangkan Y.A.B Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Haji Abdul Razak jelas mencerminkan momentum jentera kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan kelas sistem penyampaian bertaraf dunia.
Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) menyaksikan 11 kementerian mencapai skor komposit 100 peratus, sekaligus mencerminkan kejayaan cemerlang dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam seperti yang digariskan di bawah PTK.
Dalam hal ini, KPKT juga mencatat kejayaan membanggakan sepanjang tahun 2010 dalam konteks meningkatkan system penyampaian dan kecekapan kakitangannya. Ini jelas dilihat dalam proses pematuhan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam memproses permohonan kebenaran merancang melalui One Stop Centre (OSC). KPI ini mengukur peratusan pencapaian permohonan kebenaran merancang yang diselesaikan oleh 103 OSC di Semenanjung Malaysia. KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) berjaya merekodkan pencapaian 90.3 peratus bagi sektor ini.
11LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 2010
Tumpuan juga diberi dalam usaha meningkatkan pencapaian PBT melalui Sistem Star Rating PBT yang mengukur tahap pelaksanaan dasar dan program serta penambahbaikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perbandaran serta kemudahan sosial dan rekreasi. KPI ini juga mengukur bilangan PBT yang berjaya meningkatkan rating bagi tahun 2010 berbanding pencapaian pada tahun 2009. Berdasarkan kemajuan dicapai, sebanyak 17 PBT telah mencapai kedudukan bintang yang lebih baik berbanding 10 PBT yang berjaya memperbaiki kedudukan pada tahun 2009.
Pematuhan KPI sepanjang 2010 juga merujuk kepada penglibatan PBT di dalam kawasan hotspot dan pelaksanaan Program Bandar Selamat. Sehingga Disember 2010, sebanyak 12 PBT hotspot telah dikenalpasti.
Tahun 2010 juga mencatat sejarah tersendiri apabila KPKT berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan dengan memperolehi beberapa penganugerahan dan pengiktirafan baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Antaranya adalah penarafan 5 bintang dalam Penilaian Star-Rating oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan memperoleh 4 bintang bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Selain itu, KPKT juga diberikan penghargaan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di atas Prestasi Cemerlang Penggunaan SPP II sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK- 9). Ini tentunya hasil daripada kerja berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga KPKT pelbagai peringkat.
Lanjutan daripada itu, KPKT juga telah berjaya merangkul tempat pertama dengan penarafan 5 bintang untuk laman web rasmi KPKT manakala Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) menyandang tempat kedua dengan penarafan 5 bintang untuk laman web rasmi JKT berdasarkan penilaian ‘Malaysia Government Portals and Websites Assessment’ yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan MAMPU. Penganugerahan ini pastinya satu amanah untuk KPKT untuk lebih berinovasi bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dalam mengekalkan prestasi kementerian ke tahap yang membanggakan, selain menjadi kementerian contoh di dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Di peringkat antarabangsa pula, KPKT telah menerima penghargaan bagi 50th EAROPH Golden Jubilee Award dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menerima sijil penghargaan dan anugerah kecemerlangan atas kejayaan persembahan Delay In Taking Out Dead Body During Operation di International Convention on QC Circles 2011 di Yokohama.
Prestasi ditunjukkan KPKT sepanjang tahun 2010 seharusnya menjadi pemangkin kepada kakitangan Kementerian pelbagai peringkat untuk bekerja lebih gigih bagi mencapai KPI yang ditetapkan tahun ini terutamanya dalam merealisasikan agenda pelan transformasi negara.
Sekian.
YBHG. DATO’ AHMAD HAJI KABIT Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 201012
CARTA ORGANISASI KEMENTERIAN PERUMAHAN &
Nor Hj. Ibrahim
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN
JABATAN LANDSKAP
TRIBUNAL TUNTUTAN
a/l Gurcharan Singh Preet
MALAYSIA YBhg. Dato' Fadzil
Hassan
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Puan Jessylina Mat Lazim
BAHAGIAN PEMBANGUNAN & PELAKSANAAN
BAHAGIAN DASAR
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG Tuan Iskandar Ali Dewa
BAHAGIAN INSPEKTORAT YBhg. Datin Maziah Adnan
UNIT AUDIT DALAM Puan Lim Sok Kiang
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR & PEMBANGUNAN)
YBhg. Datuk Yeo Heng Hau
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)
YBhg. Datin Noriah Hashim
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Yahaya
TIMBALAN MENTERI YB Datuk Seri Panglima
Haji Lajim Haji Ukin
CARTA ORGANISASI KEMENTERIAN PERUMAHAN &
Nor Hj. Ibrahim
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN
JABATAN LANDSKAP
TRIBUNAL TUNTUTAN
a/l Gurcharan Singh Preet
MALAYSIA YBhg. Dato' Fadzil
Hassan
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Puan Jessylina Mat Lazim
BAHAGIAN PEMBANGUNAN & PELAKSANAAN
BAHAGIAN DASAR
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG Tuan Iskandar Ali Dewa
BAHAGIAN INSPEKTORAT YBhg. Datin Maziah Adnan
UNIT AUDIT DALAM Puan Lim Sok Kiang
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR & PEMBANGUNAN)
YBhg. Datuk Yeo Heng Hau
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)
YBhg. Datin Noriah Hashim
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Yahaya
TIMBALAN MENTERI YB Datuk Seri Panglima
Haji Lajim Haji Ukin
LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 201014
YBhg. Dato’ Ahmad Hj. Kabit Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YBhg. Dato’ Ahmad Hj. Kabit dilantik sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1 Januari 2009. Anak kelahiran Johor Darul Takzim ini merupakan pemegang Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Southern California, Los Angeles. Beliau memulakan kerjaya dalam sektor awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 6 Disember 1976 dan menyandang jawatan Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Pada penghujung tahun 1980, iaitu setelah beliau mengikuti kursus PTD di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan disahkan dalam jawatan, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah (Anggaran) di Bahagian Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1985, beliau mengikuti kursus Sarjana Pentadbiran Awam di University of Southern California, Los Angeles. Satu tengah tahun selepas itu, beliau pulang ke tanah air dan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah di Sektor Sosial, Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Kementerian Penerangan dan
dinaikkan pangkat ke tingkat tertinggi G pada 1 April 1990. Setelah hampir 4 tahun menyumbang bakti di Kementerian Penerangan, beliau kemudian berhijrah ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor sebagai Pengarah Jabatan tersebut. Kerjaya beliau diteruskan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 1 September 2000. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke PTD Gred M1 pada Julai 2003 sebelum menjadi Timbalan Pengarah, Sektor Pentadbiran dan Keselamatan, Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada April 2004, beliau telah dinaikkan pangkat ke PTD Gred Utama C iaitu selaku Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas itu, beliau dinaikkan pangkat ke PTD Gred Utama B dan seterusnya ke PTD Gred Utama A dan menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan sehingga penghujung tahun 2008.
Pengurusan Tertinggi Profil
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YBhg. Datin Noriah Hashim dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1 Julai 2007. Beliau berasal dari Pulau Pinang dan merupakan pemegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memulakan kerjaya dalam sektor awam pada tahun 1981 sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), beliau ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Kontrak dan Bekalan, Kementerian Kewangan. Enam tahun kemudian, beliau mengikuti kursus Diploma Sains Pengurusan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama 6 bulan. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar, Kementerian Pertahanan sebelum mengikuti kursus Sarjana Pentadbiran Awam di UKM. Setelah tamat pengajian, beliau menjawat jawatan Penolong Setiausaha, Badan Berkanun/ Syarikat Kerajaan Persekutuan, Kementerian Perusahaan Awam. Pada Ogos 1994, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Industri, Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum menjawat jawatan yang sama di Bahagian Perkhidmatan, Kementerian Pembangunan Usahawan. Beliau kemudiaannya dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Unit Pembayaran, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Pembangunan Usahawan. Pada Januari 2001, beliau menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Pengurusan) di Hospital Alor Setar, Kedah sebelum ditempatkan sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Usahawan pada pertengahan tahun 2004. Setahun kemudian, beliau ditempatkan secara pentadbiran di Kementerian Pembangunan Usahawan di Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan. Perkhidmatan beliau di KPKT bermula selepas dinaikkan pangkat ke PTD Gred M52 pada September 2005 yang mana beliau ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Kewangan, KPKT dan seterusnya menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada Julai 2007.
Pengurusan Tertinggi Profil
YBhg. Datuk Yeo Heng Hau Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YBhg. Datuk Yeo Heng Hau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 10 Disember 2007. Beliau berasal dari Melaka dan merupakan pemegang Sarjana Ekonomi dari University of Arkansas Fayetteville, Arkansas, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya dalam sektor awam pada tahun 1976 sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan menyandang jawatan Penolong Setiausaha Bahagian Perancangan, Kementerian Perusahaan Utama. Dua tahun kemudian, beliau mengikuti kursus Diploma Sains Pengurusan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) selama 6 bulan. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha (Pasaran Kerjasama) di Kementerian Perusahaan Utama sebelum menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha II, Perancangan Sektor Ekonomi Pertanian, Kementerian
Perusahaan Utama. Pada Februari 1991, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Unit Perancangan Sektor Komoditi Pertanian, Kementerian Perusahaan Utama dan seterusnya sebagai Ketua Penolong Setiausaha I, Bahagian Kemajuan Industri Hutan dan Kayu Kayan di kementerian yang sama. Pada awal tahun 1993, beliau mengikuti Kursus Sarjana Ekonomi di University of Arkansas Fayetteville, Arkansas, Amerika Syarikat. Dua tahun kemudian, beliau menjawat jawatan Ketua Penolong Setiausaha di Unit Industri, Bahagian Analisa Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Kewangan. Pada Ogos 2001, beliau menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Bahagian di bahagian yang sama. Perkhidmatan beliau di KPKT bermula pada Disember 2007 sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) iaitu selepas dinaikkan pangkat ke PTD Gred Utama B.
Pengurusan Tertinggi Profil
Ketua-Ketua Pengarah Jabatan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
YBhg. Dato’ Fadzil Hj. Mohd Khair dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada 4 Mac 2005. Dilahirkan pada 26 Februari 1954 di Telok Air Tawar, Pulau Pinang. Berkelulusan Ijazah Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1979, Certificate in Development Planning- Urban Land Policy and Management dari University College London, United Kingdom pada 1991 dan Certificate in City Planning II – Japan International Cooperation Agency, Tokyo, Japan pada tahun 1999. YBhg. Dato’ Mohd Fadzil telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan lebih 30 tahun bermula pada 2 Jun 1979 sebagai Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah. Kemudian Memangku Tingkatan Kanan Penolong Pengarah di
Bahagian Luar Bandar, JPBD Semenanjung Malaysia pada tahun 1982, memangku jawatan yang sama tetapi di Bahagian Kawasan pada 1983. Menjadi Pengarah di JPBD Negeri Kedah (1985), Negeri Melaka (1992), dan Negeri Terengganu (1997). Tugas beliau diteruskan lagi sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPBD SM, pada tahun 2001 dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) pada 2003. Kini beliau merupakan Ketua Pengarah JPBD SM. YBhg. Dato’ Fadzil juga aktif dalam kegiatan luar antaranya adalah Ahli Majlis Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Penaung Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia serta Pengerusi Lembaga Perancang Bandar Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 201018
YAS Dato’ Wan Mohd Nor Hj. Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 1 November 2010. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian ‘Nuclear Science’ dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Diploma Sains Pengurusan dari INTAN. Pada tahun 1997 YAS Dato’ telah menghadiri Kursus Brigade Command Course di Fire Service College, United Kingdom. Pada tahun 2000, YAS Dato’ telah berjaya mengikuti program peringkat Master Fire Science di dalam bidang pengajian ERP di Universiti Putra Malaysia (UPM). Perkembangan kerjaya di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bermula pada tahun 1985 sebagai Penguasa Bomba dan beliau memulakan latihan di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Bharu pada Januari 1986. Seterusnya, beliau bertugas di Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan sebelum dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Bomba dan dilantik sebagai Komandan, Pusat Latihan Bomba
YAS Dato’ Wan Mohd Nor Hj Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kuala Kubu Bharu pada tahun 1991. Pada tahun 1993, beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Bomba dan bertugas sebagai Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penguatkuasa. Tiga tahun kemudian, beliau bertukar ke Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah, JBPM Negeri Selangor pada tahun 1997. YAS Dato’ kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) pada tahun 2000 dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) pada tahun 2008. Di dalam aktiviti sosial dan kebajikan. YAS Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim merupakan President Institution of Fire Engineers (UK) Malaysia Branch, Yang DiPertua Majlis Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan Bomba Malaysia (MASKAB), Yang DiPertua Koperasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (KOBOPEM) dan Past President The Institution of Master In Disaster and Emergency Managemant Malaysia (IMDEMM).
Ketua-Ketua Pengarah Jabatan
19LAPORAN TAHUNAN KPKT 2010 ANNUAL REPORT KPKT 2010
YBhg. Datuk Arpah Abdul Razak dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan berkuat kuasa pada 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Pulau Pinang ini dilahirkan pada 27 Mei 1954 serta berkelulusan B. Social Science (Pengajian Bandar) Kelas Kedua Tertinggi dari Universiti Sains Malaysia dan menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam Master of Planning dari University of Southern California, Amerika Syarikat pada tahun 1986.
Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 1978 sebagai Pegawai Tadbir (Kawalan Pembangunan) Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan seterusnya dilantik untuk berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Penolong Setiausaha pada tahun 1979. Bermula pada tahun 1983, YBhg. Datuk Arpah telah memegang portfolio sebagai Penyelaras Projek Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. Sejurus itu, beliau meneruskan perkhidmatannya di INTAN dengan menjadi Pegawai Projek Kanan bagi Kursus Diploma Pentadbiran Awam. Atas kredibiliti
serta keupayaan beliau, pada tahun 1989, beliau meneruskan khidmatnya dengan mengendali dan menguruskan kursus-kursus di Pusat Hubungan Antarabangsa dan Diplomasi, INTAN.
Setelah hampir enam tahun mecurahkan bakti di INTAN, beliau telah ditugaskan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri pada tahun 1991 sebagai Pegawai Projek Kanan. Lantaran itu, khidmat beliau amat diperlukan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha pada tahun 1993 di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bermula pada tahun 2000, kerjaya YBhg. Datuk Arpah terus menyinar apabila beliau diberi amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pengalaman yang diperolehi selepas beberapa tahun menjawat jawatan di…