asgment hit 3023
TRANSCRIPT
[ ] D20112052654
HIT3023 :SEJARAH PERKEMBANGAN PENGAJIAN ISLAM
TAJUK:
GROUP : UPSI04 (A141PJJ)
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NOOR FARILA BINTI OMAR D20112052654 013-4949639
NAMA TUTOR E-LEARNING: PN WAHIBAH BT TWAHIR @HJ tAHIR
TARIKH SERAH : 22 NOVEMBER 2014
Page 1
INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM
[ ] D20112052654
ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Kandungan M/S
1 Pengenalan 3
2 Latar Belakang Institusi 6
3 Perkembangan 8
4 Kesimpulan 17
5 Bibliografi 19
Page 2
[ ] D20112052654
1.0 Pengenalan
Pendidikan dam juga ilmu pengetahuan merupakan suatu aspek yang sangat penting
dalam syariat Islam . Ini dibuktikan melalui penurunan wahyu yang pertama diturunkan kepada
Rasulullah SAW dalam surah al Alaq. Firman Allah SWT dalam surah al Alaq :ayat 1:
Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk),”
Perkembangan awal pengajian Islam telah bermula apabila penurunan wahyu yang
pertama ini. Menurut Ahmad Mohammad Salleh (2011), sepanjang 23 tahun baginda SAW
menjalankan tugas sebagai pendidik yang ideal atau murabbi mithali, manakala para sahabat
r.a berperanan sebagai pelajar yang menimba ilmu secara langsungdaripada baginda. Dengan
dokongan para sahabat r.a hasil didikan dan tarbiyah Rasulullah itu telah menyeluruh dan
memberi kesan kepada para pelajar baginda. ini dibuktikan setelah kewafatan baginda para
sahabat bersungguh-sungguh menjaga, mengamalkan dan menyebarkan segala ilmu yang
diperolehi daripada Rasulullah SAW sehingga ilmu-ilmu Islam muncul dalam pelbagai bentuk
displin ilmu berkembang ke seluruh dunia sepanjang zaman. Jelaslah bahawa gambaran
kecemerlangan pendidikan Rasulullah SAW yang berpusat kepada al Quran menunjukkan
bahawa al Quran adalah mukjizat sepanjang zaman.
Dari sudut pandangan Islam, mencari ilmu dan mengajarnya adalah satu kewajipan
yang sangat mulia, maka oleh yang demikian mencari ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap
muslim.
Page 3
[ ] D20112052654
Maksudnya : “Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata
maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.
Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang
maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-
masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,
maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan
mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada
yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-
orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:"
Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang
mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.”
Lebih tegas lagi, Islam mewajibkan bagi setiap umat Islam untuk menuntut ilmu
sebagaimana sabda Rasulullah saw (Ibn Majah) :
�َم� َّل َو�َس� ِه� �ْي َع�َّل �ِه� الَّل َص�َّل�ى �ِه� الَّل َس�وُل� َر� َق�اُل� َق�اُل� �ٍك� َم�ال ِن� ْب �ِس� �َن َأ َع�ِن
� �َم َّل َم�ْس �ِّل� ُك َع�َّل�ى َف�ِر�يَض�ٌة" � َم ِع�َّل ال .َط�َّل�ُب�
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu
fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.”
Page 4
[ ] D20112052654
Sabda Rasulullah SAW ini menunjukkan bahawa kewajipan menuntut ilmu bukanlah
eksklusif kepada golongan tertentu sahaja bahkan kewajipan tersebut adalah ke atas seluruh
umat Islam. Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka
berusaha untuk mengubahnya sendiri, dan di antara cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah tersebut adalah dengan ilmu yang boleh didapati daripada proses pendidikan.
Firman Allah Taala dalam surah al Ankabut ayat 43 :
Maksudnya : Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang
memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.
Pendidikan bukan sekadar pemindahan maklumat dari seorang guru kepada murid
bahkan ia merupakan suatu proses untuk membentuk insan yang cemerlang menurut
kacamata atau ajaran Islam. Kecemerlangan di dalam Islam mempunyai perspektif yang
berbeza berbanding dengan Barat.
Individu yang cemerlang adalah individu yang dapat melaksanakan tugasnya
sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam iaitu sebagai hamba dan juga sebagai Khalifah
Allah dalam erti yang dihuraikan oleh praktikaliti Rasulullah SAW, para sahabat dan para
ulamak ulamak pewaris Rasul. Setiap individu yang berjaya menjalankan fungsi di atas dengan
baik akan disebut sebagai insan rabbani. Untuk mencapai tahap sedemikian, maka sistem
pendidikan juga tatacara pengajaran mestilah berteraskan apa yang telah ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW.
Page 5
[ ] D20112052654
2.0 LATAR BELAKANG INSTITUSI
MAAHAD TAHFIZ SAINS SMA TAUFIKIAH KHAIRIAH AL-HALIMIAH BATU 16, PADANG
LUMAT, GUAR CHEMPEDAK, KEDAH
2.1 Sejarah Awal Penubuhan
Pada mulanya sekolah ini berasal dari sebuah surau atau madrasah yang digunakan
untuk bersolat dan mengajar agama. Kemudiannya surau ini semakin berkembang dan ia
berfungsi sebagai pondok pengajian. Institusi pondok adalah antara sistem pendidikan terawal
yang terdapat di Kedah. Negeri Kedah ini telah menjadi tumpuan pembinaan sekolah pondok.
Dengan ini ia telah menghasilkan Kedah sebagai sebuah negeri yang mempunyai sistem
pendidikan pondok yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Dahulu ia dikenali
dengan nama Pondok Pak Ya, mengambil nama Tuan Guru Hj Yahya Junid yang menjadi
pengasasnya. Nama itu masih kekal pada panggilan penduduk tempatan dan bekas pelajarnya,
sementara secara rasmi di atas kertas ia bergelar Sekolah Menengah Agama Taufiqiah
Khairiah Al-Halimiah.
Selama hampir satu abad berdiri megah menunjangi perjuangan menyebarkan ilmu
pengetahuan duniawi dan ukhrawi, tiada siapa menyangka bahawa di sebalik namanya yang
harum, ada sebuah tragedi ngeri yang menyayat hati sehingga kini diingat dan dikenang bukan
sahaja oleh pelajar dan bekas pelajar Pondok Pak Ya, tetapi juga oleh seluruh penduduk Kedah
amnya.
Peristiwa kebakaran asrama puteri pada 22 September 1989, satu tragedi yang meragut
nyawa 27 orang puteri dalam sekelip mata. Dalam api yang menjulang, tiada siapa yang
mengetahui sekuat mana teriakan dan tangis mereka, berusaha untuk menyelamatkan diri dan
satu sama lain. Masih ada goresan pilu di hati mereka yang turut sama merasakan nyalaan api
membara, 22 September pada 25 tahun yang lalu. Hingga hari ini, peristiwa ngeri itu masih
dalam ingatan seluruh warga Pondok Pak Ya. Malah hingga hari ini, masih ada ibu yang
menanggung rindu, ayah yang menangis pilu, sahabat yang hilang teman dan guru yang hilang
pelajar harapan.
27 puteri, syuhada' yang dikenang, sehingga sekarang nama mereka terus abadi dalam
lipatan sejarah sebuah Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah. Di pusara mereka yang
Page 6
[ ] D20112052654
mengharum, terkubur bersama impian dan harapan yang kini menjadi doa yang dititipkan saban
waktu.
Namun peristiwa itu sedikit pun tidak mematahkan semangat perjuangan untuk
meneruskan kesinambungan ilmu di bumi Taufikiah. Hari ini Madrasah Taufiqiah Khairiah Al-
Halimiah telah di beri nafas baru dan di namakan Maahad Tahfiz Sains Taufiqiah untuk terus
melebarkan sayapnya. Maahad ini bertujuan untuk melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam
yang terulung yang sentiasa diimpikan.
2.2 Tokoh Pengasas
Mula dipelopori oleh Tn. Hussien Nasir atau lebih dikenali dengan Tn. Hussien Kedah
1921 – Tn. Hussien telah diperintah keluar dari Kedah, surau atau madarasah yang
diasaskannya telah ditinggalkan selama lima tahun tanpa pengurusan
1941 – 25 orang penduduk Kampung Padang Lumat yang berpengaruh mengambil
keputusan membangunkan semula surau peninggalan Tuan Hussien Nasir. Tuan Guru
Haji Yahaya Junaid (Pengetua pertama ) diamanahkan sebagai pengelola.
1942 – Madrasah telah dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussien dengan
diberi nama Madrasah Taufikiah Khairiah dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama
Islam Negeri Kedah mengikut sistem pondok ( Pondok Pak Ya ).
1956 – Sistem pengajian pondok diubah kepada sistem persekolahan formal
1967 – Sukatan pelajaran akademik telah diperkenalkan di samping mengekalkan
sukatan
2009 – Pondok Pak Ya telah menubuhkan Akademi Tahfiz al-Quran Taufikiah.
2011 – Pondok Pak Ya telah mengorak langkah dengan menubuhkan Maahad Tahfiz
Sains Taufikiah dengan menubuhkan dua kelas putera dan puteri dengan jumlah
muridnya seramai 50 orang.
3.0 PERKEMBANGAN
3.1 Infrastuktur Sekolah
Infrastuktur sekolah ini terdiri daripada:
2 blok bangunan sekolah
2 bilik guru
Page 7
[ ] D20112052654
1 dewan besar
1 surau
1 kantin
1 makmal sains
1 makmal komputer
1 bengkel kemahiran hidup
3.2 Sumber Manusia
3.2.1 Senarai Jawatan Kuasa Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz Sains Taufiqiah :
BIL NAMA JAWATAN
1 Hj. Salehuddin B. Hj Yahaya Pengerusi
2 Hj Ismail Abd Rahman Timbalan Pengerusi
3 Mohd Najib Fahami Yahaya Setiausaha
4 Zolkefly B. Hj. Ismail Bendahari
5 Hjh. Azizah Hj. Yahaya Pengetua
6 Ustaz Rafaie Yaacob AJK
7 Ustaz Fauzi Salleh AJK
8 Cikgu Mohsin B. Hj Shuib AJK
9 Hjh. Faridah Hj. Yahaya AJK
10 Adnan Yusuf AJK
11 Hjh. Najjah Hj. Hassan AJK
12 Hj. Baharom Hj. Ramli AJK
13 Hj. Suhail Hj. Azhari AJK
14 Hj. Abd Manan Hj. Yahaya AJK
3.2.2 Majlis Pengetua
Ketua:
Ustazah Hjh. Azizah Hj Yahaya
Ahli:
Cikgu Mohd Najib Fahmi Hj. Yahaya
Ustazah Hjh. Faridah Hj. Yahaya
Page 8
[ ] D20112052654
Ustazah Fatahiyah H. Yahaya
Penolong Kanan:
Ustaz Fauzi Salleh ( PK Kurikulum / KOKO)
Ustaz Zaini Bin Abd. Hamid ( PK Tarbiyyah & Pembinaan Sahsiah )
Ustaz Solehan Abd Ghafar ( PK HEM )
3.2.3 Sekolah ini mempunyai 56 orang tenaga pengajar yang terdiri dari:
26 orang guru lelaki
28 orang guru perempuan
Selain itu, sekolah ini mempunyai 3 orang pembantu pejabat dan 2 orang pekerja am.
3.3 Kurikulum
3.3.1 Sukatan Hafazan Al-Quran Mengikut Tingkatan
(Sukatan Tahfiz mengikut modul Ma’ahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan - YIK)
Tingkatan 1: 6 Juzuk
Tingkatan 2: 7 Juzuk
Tingkatan 3: 5 Juzuk ( Penilaian Menengah Rendah - PMR )
Tingkatan 4: 7 Juzuk ( Sijil Menengah Rendah Agama – SMRA )
Tingkatan 5: 5 Juzuk ( Sijil Pelajaran Malaysia – SPM )
Tingkatan 6 R: Pakar Al-Quran ( Sijil Tinggi Agama Malaysia – STAM )
3.3.2 Senarai Mata Pelajaran
Berbeza dengan sekolah-sekolah aliran tahfiz yang dipanggil dengan gelaran Tahfiz
biasa, Maahad Tahfiz Sains Taufikiah atau Pondok Pak Ya adalah sekolah tahfiz yang
menggabungkan aliran akademik dengan pengajian tahfiznya, bermaksud pelajar-pelajar bukan
Page 9
[ ] D20112052654
sahaja menghafaz al-Quran malah dalam masa yang sama mengikuti atau mengambil aliran
akademik seperti sekolah-sekolah biasa yang lain. Dalam kata lain, pelajar yang memilih untuk
belajar di sini terpaksa menggabungkan tiga aliran sekaligus iaitu aliran tahfiz, aliran akademik
(Sains) dan aliran pondok (kitab-kitab Azhari).
Senarai mata pelajaran Tahfiz Sains Taufikiah adalah seperti di bawah:
Tahfiz
a) Bacaan al-Quran
b) Hafazan al-Quran
c) Tajwid / Tahsin al-Quran
d) Penulisan Ayat Al Quran Mengikut Rasm Uthmani
Setiap pelajar diwajibkan membeli sebuah buku tulis yang disediakan oleh pihak sekolah
khusus untuk menulis ayat-ayat al-Quran daripada juzuk pertama sehinggalah tamat sebuah al-
Quran). Tujuannya adalah supaya pelajar yang pakar menghafaz ayat-ayat al-Quran nanti
mampu malah mahir menulis ayat-ayat al-Quran yang dihafaznya.
Mata Pelajaran Al-Din
a) Fiqh
b) Nahu Sarf
c) Sirah
d) Tauhid
e) Tafsir
f) Hadith
g) Imlak
h) Khat
i) Insyak / Mutolaah
j) Nusus
k) Balaghah
l) Tarikh Adab
Mata pelajaran Akademik
Page 10
[ ] D20112052654
a) Bahasa Melayu
b) Matematik
c) Sains
d) Pendidikan Islam
e) Bahasa Inggeris
f) Bahasa Arab Komunikasi
g) Sejarah
h) Geografi
i) Kemahiran Hidup Bersepadu
3.2.4 Kaedah-Kaedah Hafazan
Kaedah-kaedah hafazan yang dipraktikkan di Maahad Tahfiz Sains Taufikiah ialah :
i. Kaedah Kelancaran
Pelajar wajib mengikuti kelas kelancaran terlebih dahulu
Kelas berfungsi sebagai pemudah cara agar pelajar lebih mudah untuk menghafaz al-
Quran apabila sampai masanya nanti.
Pelajar sekaligus ditekankan agar lebih mahir dan menguasai bidang Tajwid dan
meningkatkan mutu serta fasahah dalam pembacaan al-Quran.
Jika sekiranya pihak sekolah mendapati penguasaan pelajar-pelajarnya agak lemah
maka Kem Tahfiz/ Tahsin terpaksa dianjurkan selama seminggu.
ii. Kaedah Talaqqi Dan Mushafahah :
Guru baca pelajar dengar
Pelajar baca guru dengar
Guru memperbetulkan bacaan pelajar terutama berkaitan makhraj dan sifat huruf.
Talaqqi dibuat secara individu dan kelompok.
Semua pelajar diwajibkan talaqqi al-Quran dengan guru sebelum menghafaz muka surat
baru.
iii. Kaedah Menulis Di Buku Tulisan Ayat :
Pelajar dikehendaki menulis sendiri ayat-ayat al-Quran di Buku Tulisan Ayat mereka.
Page 11
[ ] D20112052654
Pelajar wajib menulis tulisan ayat mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani sama ada
penulisan kalimah atau baris.
Penulisan ayat hanya menggunakan pen dakwat biru dan hitam sahaja. Pen dakwat
merah khusus bagi guru al-Quran sahaja manakala pen dakwat hijau digunakan oleh
pentaksir lantikan sekolah atau pengetua sahaja.
Pelajar dikehendaki menjaga dan menyimpan buku tulisan ayat dengan baik dan di
‘binding’ setelah tamat hafazan 30 juzuk.
Penyerahan buku tulisan ayat 30 juzuk kepada pihak sekolah menjadi syarat untuk
menduduki Peperiksaan Syahadah Hafazan Al-quran.
Kehilangan buku tulisan ayat hendaklah dimaklumkan kepada guru al-Quran masing-
masing.
Guru al-Quran dikehendaki memastikan buku tulisan ayat pelajar bersih dan kemas.
Buku tulisan ayat hendaklah di balut dengan lengkap dengan nama pelajar, gambar,
nombor kad pengenalan, nama kelas, sukatan hafazan tahunan dan doa sebelum
menghafaz al-Quran.
iv. Kaedah Hafazan
Ayat yang akan dihafaz telah ditalaqqi dan ditashih oleh guru al-Quran.
Pelajar diwajibkan menghafaz sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari atau
lima muka surat seminggu.
Kaedah hafazan hendaklah sesuai dengan kemampuan pelajar.
v. Kaedah Semakan
Setelah pelajar menghafaz, pelajar mestilah terlebih dahulu menyemak hafazan dengan
rakan sekurang-kurangnya sekali.
Sekiranya hafazan pelajar lancar dan tiada kesalahan,pelajar boleh terus tasmi’ dengan
guru al-Quran.
Jika hafazan tidak lancar ataupun ada kesalahan bacaan, pelajar hendaklah
memperbaikinya dan mengulang hafazan sehingga betul-betul lancar.
vi. Kaedah Tasmi’
Pelajar diwajibkan tasmi’ dengan menggunakan Buku Tulisan Ayat.
Page 12
[ ] D20112052654
Semasa tasmi’ guru wajib menyemak dan memperbetulkan kesilapan tulisan ayat
pelajar.
Pelajar diwajibkan tasmi’ sekurang- kurangnya 5 muka surat seminggu.
Cara tasmi’:
a. Pelajar dibenarkan tasmi’ sebanyak mungkin yang mereka mampu.
b. Pelajar mesti murajaah muka surat yang telah di tasmi’ sebelum memulakan
tasmi’ muka surat baru.
c. Muka surat yang di tasmi’ ditandatangani oleh guru al-Quran.
Kelayakan pelajar untuk pindah muka surat atau lulus tasmi’ adalah berdasarkan perkara
berikut :
a. Kelancaran hafazan - Pelajar yang ditegur oleh guru semasa tasmi’ lebih
daripada tiga kali teguran tidak layak pindah ke muka surat yang baru. Pelajar
wajib mengulang semula hafazan sehingga lancar, atau kelancaran hafazan
pelajar sekurang- kurangnya 2/3 muka surat.
b. Tajwid - Maksima 3 kesalahan
Setelah selesai menghafaz satu juzuk pelajar wajib murajaah dan disoal oleh guru sebelum
meneruskan tasmi’ juzuk yang baru:
a. Guru perlu menandatangani di setiap muka surat yang ditasmi’ di dalam
Buku Tulisan Ayat pelajar.
b. Guru perlu merekod setiap tasmi’ pelajar di dalam Buku Catatan Hafazan
Harian pelajar yang disediakan.
c. Guru perlu mengesahkan hafazan pelajar terlebih dahulu sebelum
menandatangani borang pindah juzuk.
d. Pelajar tidak dibenarkan tasmi’ juzuk berikutnya kecuali setelah
mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada guru penilai.
vii. Kaedah Murajaah
Setiap kali selepas tasmi’ , pelajar dikehendaki muraja’ah muka surat yang telah ditasmi’
sebanyak 10 kali.
Page 13
[ ] D20112052654
Pelajar diwajibkan muraja’ah setiap kali selepas selesai tasmi’ 5 muka surat yang terkini
dihafaz.
Muraja’ah hendaklah dibuat dengan guru.
Semasa ketiadaan guru, pelajar boleh muraja’ah dengan rakan sekelas.
Guru perlu menandatangani di setiap muka surat yang dimuraja’ah di dalam Buku
Tulisan Ayat Pelajar.
Guru perlu merekod setiap muraja’ah pelajar di dalam buku catatan muraja’ah pelajar
yang disediakan.
Setelah khatam 30 juzuk, pelajar akan diletakkan di dalam Kelas Khatam Hafazan Al-
Quran untuk aktiviti muraja’ah yang lebih khusus dan sistematik.
3.2.5 Pelajar
Sekolah ini mempunyai 750 orang pelajar iaitu 371 pelajar lelaki dan 379 pelajar perempuan.
3.2.6 Pengajian yang ditawarkan untuk sesi 2014
1. Tingkatan 1 Tahfiz Sains
2. Tingkatan 1
3. Tingkatan 2
4. Tingkatan 3
5. Tingkatan 4 ( SMRA )
6. Tingkatan 4 Tahfiz Sains
7. Tingkatan 5 ( SPM )
8. Tingkatan 6 ( STAM )
3.3 Syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah:
Tingkatan 1 Tahfiz Sains:
1 - Lulus UPSR - 5A
2 - Lulus Ujian Kelayakan Kemasukan:-
i - Ujian Tilawah ( kelancaran )
ii - Ujian Hafazan Selama 1 jam / Satu muka Al-Quran
Page 14
[ ] D20112052654
iii - Ujian bertulis jawi dan pengetahuan am
3 - Berminat
Tingkatan 1 :
1. Tamat darjah 6, Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Rendah Islam.
2. Minat tulisan jawi.
3. Lulus ujian kemasukan
4. Berminat untuk belajar aliran agama
5. Lulus UPSR sekurang-kurangnya 3B atau 1A, 1B, 1C
Tingkatan 2 :
1. Pertukaran dari mana-mana Sekolah Menengah atau dari Sekolah Menengah Agama .
2. Lulus ujian kemasukan.
3. Berminat untuk belajar aliran agama
4. Mempunyai rekod yang baik dari sekolah terdahulu.
Tingkatan 3 :
1. Pertukaran dari mana-mana Sekolah Menengah Agama .
2. Lulus ujian kemasukan.
3. Berminat untuk belajar aliran agama
4. Mempunyai rekod yang baik dari sekolah terdahulu.
Tingkatan 4 :
1. Lulus PMR dan lulus subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab .
2. Lulusan Sekolah Tahfiz atau lepasan mana-mana Sekolah Pondok.
3. Berminat untuk belajar aliran agama
4. lulus ujian kemasukan ( bagi yang tiada PMR )
5. Mempunyai rekod yang baik dari sekolah terdahulu.
Tingkatan 4 Tahfiz Sains :
Page 15
[ ] D20112052654
1. Lulus pangkat A ( PMR ) dalamsubjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik, Sains,
Pendidikan Islam dan lulus subjek Bahasa Inggeris.
2. Lepasan Sekolah Tahfiz @ berminat dan mampu menghafal Al Quran .
3. Berminat untuk belajar aliran agama.
4. Mempunyai rekod yang baik dari sekolah yang terdahulu.
Tingkatan 5 :
1. Lepasan SMRA @ telah menduduki Tingkatan 4 di sekolah menengah agama
2. Pertukaran dari Sekolah Menengah Agama .
3. Berminat untuk belajar aliran agama
Tingkatan 6 ( STAM ) :
1. Lepasan Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama .
2. Berminat untuk menduduki peperiksaan STAM dan Syahadah sekolah .
3. Berminat untuk belajar aliran agama
Page 16
[ ] D20112052654
4.0 Kesimpulan
Melalui pendidikan dan juga ilmu pengetahuan manusia bukan sahaja mampu untuk
memahami sesuatu yang tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan
sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia dapat
mengenali Allah S.W.T. yang mencipta seluruh makhluk di muka bumi ini. Ilmu adalah
bersepadu , tidak terpisah dari agama , nilai moral dan akhlak. Pemisahan akan menyebabkan
ilmu hilang manfaatnya dan membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh itu, antara agenda
besar umat Islam kini ialah pengislaman ilmu iaitu mengembalikan ilmu itu kepada Penciptanya.
Sesungguhnya dari Allah S.W.T. ilmu itu datang dan menjadi kewajipan kita untuk
menghubungkan kembali ilmu itu kepada PenciptaNya.
Firman Allah dalam surah al Mujaadalah ayat 11:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang
dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah
melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,
supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah),
Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”
Di sini terdapat beberapa kekuatan dan keberkesanan Maahad Tahfiz Sains Taufiqiah iaitu
Kekuatan
Menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran tahfiz, agama (ad-
din) dan akademik (Sains)
Pihak sekolah menyediakan zon pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan generasi
al-Quran yang mampu menghayati dan menghafaz al-Quran, menguasai ilmu wakie dan
Page 17
[ ] D20112052654
syarie serta memiliki sahsiah terpuji di samping mempunyai kecerdasan mental dan
fizikal.
Selain itu, kaedah bacaan dan pengajaran tahfiz al-Quran yang sistematik dan
metodologinya yang kemas adalah elemen penting dalam menjayakan usaha sekolah
memartabatkan pengajaran al-Quran pada masa kini dan membantu meningkatkan
mutu dalam bidang tahfiz dan akademik.
Keberkesanan
Mampu menyediakan peluang-peluang pengajian dalam aliran Tahfiz al-Quran dan
Sains.
Sudah pastinya akan dapat melahirkan saintis dan profesional al-Quran yang
menghafaz al-Quran dan menghayati kandungannya.
Seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Islam ia pasti melahirkan
pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai pelbagai ketrampilan dan pengetahuan
dalam globalisasi.
Justeru itu, diharapkan pendidikan Islam terus mendapat tempat di dalam jiwa anak-anak
muda masa kini dan ilmu yang diperolehi tersebut dapat dimanafaatkan untuk masyarakat,
agama, bangsa dan negara.
Bibliografi
Al Quran al Karim
Mohd Najib Fahami Yahaya, (2013) Manual Tahfiz Sains SMA Taufikiah, Alor Setar: Pustaka
Darussalam.
Norlizza Mohamed Said dan Zamro Muda ( 2012 ). HBIS 1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-
Quran, Selangor: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Ustazah Bushra Marzuki (2014 November 11), Perkembangan Maahad Tahfiz Sains Taufiqiah.
Ustaz Fauzi Salleh,(2014 November 11), Sejarah Awal Penubuhan Maahad Tahfiz Sains
Page 18
[ ] D20112052654
Taufiqiah.
Ustaz Mohd Najib Fahami Yahaya, (2014 November 11), Tokoh Pengasas Maahad Tahfiz
Sains Taufiqiah.
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Siri Pendidikan Guru : Kurikulum, Metodologi dan pedagogi
Pengajian Islam. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
www.surah.com
Page 19