4.pengurusan kewangan rbt
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENGURUSAN KEWANGAN RBTTRANSCRIPT

Selain daripada menjalankan tugas sebagai pengurus bengkel , guru juga perlu bertindak
sebagai pengurus kewangan untuk memastikan segala kemudahan pengajaran dan
pembelajaran dapat disediakan kepada semua pelajar. Di dalam bab ini anda akan didedahkan
kepada prinsip-prinsip asas pengurusan kewangan, prosedur dan borang yang perlu
digunakan untuk membuat perbelanjaan dan penyimpanan buku rekod.
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan punca kewangan pengurusan bengkel sekolah ;
2. Membincangkan sekurang-kurangnya dua tugas utama seorang guru bengkel di
sekolah ; dan
3. Menyatakan sekurang-kurangya 2 perkara penting yang perlu diambil kira di dalam
proses membuat perancangan perbelanjaan bengkel sekolah.
BAB 10 PENGURUS
AN KEWANGA
N
Pengenalan
Objektif

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda bagaimanakah pihak pengurusan sekolah
mendapatkan sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di sekolah?
Guru-guru di dalam bidang Pendidikan dan Vakasionaal harus menjadikan matlamat untuk
menyediakan kemudahan pendidikan vakasional kepada semua pelajar yang berkhalayakan
tanpa pengecualian yang berpunca dari masalah kekurangan sumber kewangan. Oleh itu,
sebelum anda membuat perancangan kewangan, anda perlu mendapatkan jawapan bagi
persoalan-persoalan berikut:
i) Apakah sumber kewangan yang digunakan di sekolah untuk membeli keperluan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.?
ii) Apakah dasar kerajaan di dalam penyediaan kemudahan kewangan bagi aktiviti
pengajaran di sekolah?
Punca kewangan sekolah boleh didapati daripada tiga sumber iaitu:
Kerajaan
Diterima daripada yuran pengajian yang dibayar oleh setiap pelajar.
Pelajar/ Ibubapa
Bantuan atau peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan seperti peruntukan berdasarkan mata
pelajaran, Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa daripada Bank /Yayasan, Yuran Peperiksaan
dan lain-lain.
Punca
kewangan

Orang awam:
Wang yang diterima daripada orang awam termasuklah derma serta pungutan yang
dibenarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk menambah tabungan sekolah.
Oleh itu, wang yang diterima oleh sekolah boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan
seperti Jadual 10.1:
Jadual 10.1 : klasifikasi punca kewangan sekolah.
Klasifikasikan Punca/Sumber
Kumpulan Wang Kerajaan Peruntukan dan bantuan daripada kerajaan.
Kumpulan Wang Suwa Derma orang ramai / penjaga, Yuran majalah
sekolah, Hasil sewa kantin dan lain-lain.
Kumpulan Wang Asrama Yuran makanan ,
Yuran Khas makanan,
Bantuan makanan dan lain-lain.
Walau bagaimana, punca utama kewangan untuk pengurusan bengkel di sekolah diperolehi
daripada peruntukan oleh kerajaan untuk setiap orang pelajar. Jumlah peruntukan per kapita
bagi program Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia ialah seperti berikut:
i) Kemahiran Hidup - RM 40.00 seorang pelajar setahun.
ii) Lukisan Kejuruteraan - RM 65.00 seorang pelajar setahun.
iii) Teknologi Kejuruteraan - RM 65.00 seorang pelajar setahun.
iv) Reka cipta - RM 65.00 seorang pelajar setahun.
v) Teknologi Maklumat - RM 65.00 seorang pelajar setahun.
vi) Sains Pertanian - RM 35.00 seorang pelajar setahun.
vii) Ekonomi Rumah Tangga - RM 35.00 seorang pelajar setahun
(Sumber :Perkeliling kewangan Bil. 3 bahagian Kewangan KPM, 1995)

Mengapakah guru-guru perlu mengetahui perancangan perbelanjaan khususnya pada
setiap awal tahun?
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam proses membuat perbelanjaan
pengurusan kewangan di sekolah. Pertama guru mesti jelas bidang tugas guru, kedua guru
mesti mengetahui dasar-dasar yang perlu diikuti dan yang ketiga guru perlu mengetahui
prosedur-prosedur yang perlu dilalui di dalam membuat bajet kewangan sekolah.
Di antara bidang tugas guru di dalam proses membuat perancangan perbelajaan termasuklah
menyelia dan mengawal rekod kewangan dengan tepat iaitu melibatkan aktiviti
mencatatkan jumlah wang masuk dan jumlah wang keluar.
Guru juga perlu menyediakan senarai keperluan untuk program pengajaran dengan
mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Sebagai contoh
keperluan jangka masa pendek tertumpu kepada keperluan semasa seperti alatan dan bahan
pengajaran. Contoh keperluan alatan ialah gerudi, tukul dan sebagainya manakala keperluan
bahan pengajaran ialah semua bahan guna habis seperti kayu, cat, kain, kabel dan sebagainya.
Keperluan jangka masa panjang mungkin diambil kira dari segi keperluan kurikulum atau
bengkel pada masa akan dating seperrti keperluan mesin atau harta tetap yang baru, perabot,
tambahan ruang dan sebagainya.
Setelah membuat catatan keperluan, guru berkenaan bertanggungjawab pula mendapatkan
kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber kewangan dan
membeli keperluan tersebut.
10.2
Membuat
Perancangan
Perbelajaan
10.2.1
Bidang
Tugas Guru

Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada guru dan pentadbir untuk digunakan
sebaik yang mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang
sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah. Ia juga perlu menjadi
panduan guru untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan kos yang meliputi
perancangan kemudahan pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang. Ini
termasuklah perancangan pembelian harta tetap, alat dan kelengkapan, penyelenggaraan,
alat bantu mengajar, bahan dan juga untuk perkembangan mata pelajaran (buku rujukan
atau kursus ) di sekolah.
Pada pendapat anda, menggapakah punca kewangan sekolah perlu diklasifikasikan
mengikut punca atau sumber perolehan?
Latihan 10.1
Cikgu Zaiton telah dilantik sebagai Ketua Panitia Pendidikan Teknikal dan Vokasional di
Sekolah Menengah Seri Mahkota. Salah satu daripada tanggungjawab yang perlu
dijalankan oleh Cikgu Zaiton ialah membuat anggaran tahunan untuk sekolah beliau.
Oleh itu, anda dikehendaki membantu Cikgu Zaiton mengenal pasti jumlah bantuan
kewangan yang akan diperolehi dari Kementerian Pendidikan untu sesi pengajaran yang
akan datang.
Kursus Bil. Pelajar Jumlah Bantuan
Kewangan
(RM)
Kemahiran Hidup 55 Orang
Lukisan Kejuruteraan 18 Orang
Teknologi Kejuruteraan 14 Orang
Reka cipta 42 Orang

Teknologi Maklumat 24 Orang
Sains Pertanian 26 Orang
Sains Pertanian 26 Orang
ERT 25 Orang
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN
BAB 1 PENGURUSAN KEWANGAN

PENGENALAN
OBJEKTIF
1.1 PUNCA KEWANGAN
1.2 MEMBUAT PERANCANGAN PERBELANJAAN
1.2.1 BIDANG TUGAS GURU

1.2.2 DASAR MEMBUAT PERANCANGAN PERBELANJAAN
a) Menyediakan Anggaran Perbelanjaan
anggaran perbelanjaan perlu dibuat dua atau tiga kali sebulan sebelum akhir
tahun pada setiap tahun. Oleh kerana peruntukkan kewangan yang
disediakan oleh Kerajaan adalah berdasarkan bilangan pelajar, guru perlu
mengambil kira bilangan pelajar semasa (enrolmen semasa) letika
membuat anggaran bilangan alatan, kelengkapan dan bahan yang diperlukan
untuk aktiviti pengajaran untuk tahun hadapan. Daripada anggaran keperluan
alatan dan bahan guru perlu membuat cadangan pembelian mengikut
spesifikasi yang telah dikenal pasti terlebih dahulu oleh guru.
b) Alat Bantu Mengajar
Sebuah bengkel yang baik juga perlu dilengkapi dengan Alat Bantu Mengajar
(ABM) yang berkualiti bagi membantu pengajaran guru. Oleh itu, pembelian
ABM ini perlu dirancang dan dimasukkan dalam senarai perancangan
perbelanjaan bengkel.
c) Rekod Penyelenggaraan
Guru juga perlu menyemak rekod servis atau penyelenggaraan di bengkel
bagi merancang keperluan penyelenggaraan terhadap mesin dan alatan pada
tahun hadapan. Keperluan bajet untuk penyelenggaraan alatan dan mesin
amat penting untuk diambil kira kerana selain daripada ia dapat membantu
memanjangkan jangka hayat mesin dan alatan ia juga dapat mengurangkan
risiko bembaziran. Oleh itu peruntukan kewangan perlu mengambil kira factor
ini agar ia dapat ditambahkan di dalam perancangan kewangan terbabit.

d) Perubahan Kurikulum
Oleh kerana kurikulum sekolah sentiasa berubah mengikut perkembangan
semasa maka perancangan perbelanjaan turut meliputi perancangan
perkembangan mata pelajaran perancangan ini meliputi perancangan
pembelian buku rujukan tambahan dan juga kursus yang diperlukan oleh guru
bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengikut keperluan semasa.
e) Rekod Inventori
Selain daripada itu guru juga perlu membuat semakan terhadap rekod
inventori dan stok yang terdapat di bengkel. Tujuan semakan ini adalah untuk
mengetahui jumlah alatan dan bahan yang belum habis digunakan dan masih
boleh digunakan untuk keperluan pengajaran untuk pada masa akan datang
maka,jumlah keperluan tadi perlu ditolak dengan jumlah alatan, kelengkapan
dan bahan yang masih boleh digunakan di dalam panel alat atau bilik stor
bagi menganggarkan jumlah peruntukan kewangan sebenar yang diperlukan.
Sekiranya dasar ini tidak diambil kira masalah yang akan timbul ialah
pembaziran dan masalah ruang untuk menyimpan alatan atau bahan yang
berlebihan.
f) Rekod Hutang
Dasar yang terakhir aialah melihat rekod-rekod hutang perbelanjaan pada
tahun semasa untuk diambil kira dan ditambah di dalam peruntukan
perbelanjaan pada tahun hadapan. Langkah ini perlu diambil kira supaya guru
tidak membuat anggaranyang belebihi peruntukan yang disediakan dan
mengelakkan masalah hutang lapuk.

Setelah perancanga perbelanjaan disediakan, ia akan diserahkan kepada
penyelaras. Penyelaras kemudiannya akan mengadakan mesyuarat dengan semua
pengurus makmal bagi menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan semua
bengkel-bengkel yang terdapat di sekolah. Langkah seterusnya penyelaras akan
menbincangkan anggaran perbelanjaan dengan Pengetua bagi mendapatkan
kelulusan. Setelah cadangan perbelanjaan diluluskan guru perlu memulakan proses
pembelian alatan.
Lampiran 1.1 adalah contoh format boring bagi membuat anggaran perbelanjaan
oleh pengurus bengkel Kemahiran Hidup. Lampiran 1.2 adalah contoh boring untuk
membuat anggaran perbelanjawan keseluruhan. Rajah 1.1 merupakan carta alir
untuk membuat perancangan perbelanjaan bengkel di sekolah.

Rajah 1.1 carta alir perancangan perbelanjaan bengkel di sekolah

LATIHAN 1.2
Anda telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga pengurusan Makmal Lukisan
Kejuruteraan dimana seramai 45 orang pelajar yang akan menggunakan makmal
tersebut pada sesi persekolahan akan datang.
1. Anggarkan jumlah peruntukan kerajaan yang akan diterima pada tahun
hadapan.
2. Daripada senarai semak yang telah dibuat didapati inventori dan stok yang
masih boleh digunakan bernilai sebanyak RM 300.00. oleh itu anda
mencadangkan pembelian alatan dan bahan dengan anggaran kos RM
1500.00 sahaja pada tahun hadapan. Selain daripada itu makmal juga
berhutang dengan beberapa oran pembekal dengan jumlah RM 445.00.
terdapat beberapa mesin yang perlu di servis dengan anggaran perbelanjaan
RM 150.00. Oleh kerana terdapat perubahan kurikulum pada tahun hadapan
anda telah memperuntukkan sebanyak RM 500.00 untuk menghantar guru-
guru menghadiri kursus dan RM 200.00 untuk membeli ABM yang baru. Anda
dikehendaki mengira jumlah anggaran perbelanjaan yang diperlukan oleh
bengkel anda pada sesi persekolahan akan datang.
3. Adakah anggaran yang anda buat melebihi peruntukan oleh kerajaan?

RUMUSAN
Di dalam bab ini, anda telah mempelajari 4 perkara utama iaitu punca kewangan,
pengurusan bengkel, bidang tugas guru bengkel dan dasar membuat perancangan
perbelanjaan. Anda seharusnya sudah memahami ;
i. Apakah punca kewangan pengurusan bengkel sekolah ;
ii. Bidang tugas guru bengkel ; dan
iii. Dasar-dasar yang perlu diikuti semasa membuat perancangan perbelanjaan
bengkel sekolah.

BAB 2 PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN-PEROLEHAN/ PEMBELIAN
PENGENALAN
Di dalam Bab 1 kita telah melihat bagaimana prosedur yang perlu diikuti oleh guru
terutamanya pengurus-pengurus bengkel semasa membuat perancangan
perbelanjaan bengkel. Setelah perancangan perbelanjaan tersebut diluluskan maka
guru perlu melakukan proses seterusnya iaitu proses perolehan bahan dan alatan.
Di dalam proses perolehan bahan dan alatan terdapat dua perkara penting yang
perlu diberi perhatian iaitu proses membuat pesanan dan proses membeli bahan
dan alatan tersebut.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini anda seharusnya dapat :
1. Mendefinisikan maksud perolehan atau pembelian ;
2. Menyatakan dasar perolehan yang perlu menjadi garis panduan pihak
pengurusan ;
3. Membezakan kaedah pembelian dengan kaedah sebut harga dan tender ;
dan
4. Menyatakan tindakan-tindakan penting yang perlu diambil semasa proses
terima barangan dan alatan.

2.1 PEROLEHAN/ PEMBELIAN
Perolehan bermaksud mendapatkan sesuatu berangan atau perkhidmatandengan
mengikuti tatacara yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan atau yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa yang dilantik mengikut syarat yang telah ditetapkan
oleh Perbendaharaan.
Manakala maksud pembelian pula ialah suatu urusan permintaan atas perolehan
bekalan atau bekalan atau perkhidmatan mengikut kehendak sesebuah agensi pada
semua kemungkinan harga, sama ada pembelian runcit melalui pesanan tempatan
atau pembelian melalui kontrak pusat.
2.1.1 DASAR PEROLEHAN/ PEMBELIAN
Dasar pentingdalam pembelian atau perolehan yang perlu diambil kira ialah :
i. Utamakan Syarikat Bumiputera ;
ii. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan ; dan
iii. Utamakan barang-barang buatan tempatan.
Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting di dalam proses pembelian ialah
memastikan pembelian yang dibuat adalah paling menguntungkan dari segi harga,
kualiti dan kegunaannya.

2.1.2 KAEDAH-KAEDAH MEMBUAT PEMBELIAN
Setelah mendapat kelulusan daripada pengetua seperti yang telah diterangkan di
dalam Bab 1, amaun pembelian hendaklah disemak untuk menentukan kaedah
pembelian dilaksanakan dengan menggunakan langkah-langkah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.1.
AMAUN PEROLEHAN TINDAKANKurang RM 100.00 Gunakan Panjar Wang Runcit (Petty
Cash).
Kurang RM 10,000.00 setahun Pembelian runcit melalui pembekal
tidak berdaftar dengan Kementerian
Kewangan.
Melebihi RM 10,000.00 dan kurang dari
RM 20,000.00 setahun
Pembelian runcit dengan pembekal
yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan.
Pembelian bernilai RM 20,000.00
hingga RM 50,000.00 setahun
Mempelawa sebut harga sekurang-
kurangnya daripada 5 pembekal
berdaftar.
Pembelian melebihi RM 50,000.00 Tender terbuka
Jadual 2.1 kaedah membuat pembelian
a) Pembelian Secara Tunai (PWR)
Pembelian menggunakan bil tunai yang tidak melebihi RM 50.00 hendaklah
dilakukan dalam sistem Panjaran Wang Runcit dan tidak memerlukan boring
Pesanan Tempatan (Local Order).

b) Pembelian Runcit Melalui Pesanan Tempatan (Local Order)
Pembelian melalui pesanan tempatan perlu melalui jawatankuasa pembelian.
Jawatankuasa pembelian terdiri daripada epgawai-pegawai yang dilantik
seperti yang ditunjuk dalam jadual 2.2
Ahli Peranan TugasPengetua Pengerusi Memberikan anggaran
peruntukan mengikut pecahan
unit
Guru Penolong
Kanan, Guru
Kanan Mata
pelajaran atau
Guru Kanan
Panitia
Ahli Jawatankuasa Mengadakan perbincangan
dengan guru-guru mata
pelajaran berkenaan
merancang pembelian alatan
dan bahan berdasarkan stok
semasa dengan menggunakan
borang di dalam lampiran 2.1
untuk diserahkan kepada
pengurusi yang akan membuat
keputusan
Jadual 2.2 Jawatankuasa pembelian melalui pesanan tempatan.
Sekiranya perancangan pembelian telah diluluskan oleh Pengetua proses yang
seterusnya adalah seperti berikut :
i. Menawarkan sebut harga kepada sekurang-kurangnya 5 pembekal
tempatan;
ii. Jawatankuasa pembelian memilih pembekal yang dipersetujui;
iii. Mengisi boring LP (rujuk Lampiran 2.2) dalam tiga salinan : 2 (asal dan
pendua) Salinan dihantar kepada JPN berserta tawaran sebut harga
yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Pembelian;

iv. Pihak jabatan akan mengembalikan borang LP yang telah diluluskan
ke sekolah; dan
v. Pihak sekolah hendaklah mengirimkan borang pesanan (Lampiran 2.3)
dalam tiga Salinan di mana: 2 (asal dan pendua) Salinan dihantar
kepada pembekal.
c) Pembelian Melalui Sebut Harga
Ahli jawatankuasa sebut harga mengandungi 3 orang: seoarnag daripadanya
adalah daripada kalangan pegawai kumplan A, 2 orang pegawai daripada
kumpulan B. Setelah mendapat kelulusan, proses seterusnya adalah seperti
berikut:
i. Sebut harga hendaklah dipelawa sekurang-kurangnya daripada 5
pembekal;
ii. Sebut harga hendaklah menggunakan borang seperti di dalam
Lampiran 2.4 dengan syarat-syarat berikut:
Pihak sekolah hendaklah memberi gambaran yang jelas kepada firma-
firma dan keutamaan pemilihan berdasarkan kualiti.
Nama dagangan atau jenama tidak boleh digunakan.
Jika kurang daripada 5 pembekal, Jawatankuasa Sebut Harga mestilah
berpuas hati dengan bilangan pembekal yang ada dan keputusan
dibuat mengikut A.P. 169.
iii. Menetapkan kaedah pemberitahuan sebut harga sama ada melalui pos
berdaftar atau serahan tangan.
Secara keseluruhannya proses perolehan/ pembelian barangan dan alatan secara
sebut harga boleh diringkaskan di dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1 Proses perolehan/ pembelian melalui sebut harga

d) Pembelian Melalui Tender
Ahli jawatankuasa tender terdiri daripada Pegawai Pendidikan Daerah/
Pengarah Pendidikan Negeri. Setelah mendapatkan kelulusan cadangan
pembelian proses yang seterusnya adalah sepeti berikut:
i. Iklan dan publisiti perlu dilakukan bagi nilai Tender RM 50,000.00
keatas.
ii. Syarat bagi wang sandaran;
Semua tender bagi bekalan dan perkhidamatan yang nilainya melebihi
RM 50,000.00 mestilah disertakan dengan wang sandaran / pertaruhan
berjumlah sebanyak 212% daripada amaun yang ditenderkan. Deposit
boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank (Banker’s
Guarantee) daripada bank yang diluluskan perniagaannya di Malaysia.
iii. Keputusan;
Dalam perlawanan tender, hendaklah dinyatakan bahawa jika
penender enggan menandatangani sesuatu kontrak selepas tendernya
dipersetujui untuk diterima atau menarik balik tendernya, deposit akan
dirampas. Deposit tender yang tidak Berjaya hendaklah dikembalikan.
2.2 TERIMAAN BEKALAN
Apabila pembekal menghantar bekalan yangyang dipesan bersama nota hantaran,
alatan tersebut tidak boleh terus disimpan di dalam stor. Guru atau pengurus
makmal bertangungjawab memeriksa dan memastikan bekalan yang dihantar
memenuhi setiap spesifikasi yang dinyatakan di dalam sebut harga seperti saiz,
bilangan, jenis, fungsi, warna dan dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya perlu,
guru boleh meminta pembekal membuat penyambungan dan demostrasi
penggunaan alatan tersebut.

Sekiranya bekalan yang dihantar tidak mengikut spesifikasi dan terdapat sebarang
masalah dari segi penggunaan dan sebagainya guru perlu memaklumkan kepada
pembekal dan dan pastikan anda tidak menandatangani invois yang dihantar
terlebih dahulu. Sekiranya guru telah menandatangani invois ini bermaksud guru
telah bersetuju untuk menerima alat yang telah dihantar oleh pembekal. Sebarang
rungutan berkenaan dengan alatan tersebut mungkin tidak akan dilayan lagi oleh
pembekal dan ini akan menimbulkan masalah pembaziran kepada pihak sekolah.
Maka pastikan guru benar-benar berpuas hati barulah anda menandatangani invois
yang dihantar oleh pembekal.
Guru atau Pengurus Bengkel bertanggungjawab juga merekodkan maklumat alatan
dan bahan yang dibeli kedalam stok dan inventori sebelum dikeluarkan untuk
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Invois yang telah ditandatangani perlu diserahkan kepada kerani kewangan yang
bertanggungjawab mencatatkan rekod kewangan sekolah.
Bagi pembelian bahan mentah untuk pengajaran, guru berkenaan
bertanggungjawab untuk merancang keperluan alatan mengikut gerak kerja amali
yang akan dilakukan. Guru berkenaan juga perlu menyemak stok bahan mentah dan
menyediakan senarai bahan sebenar yang diperlukan. Senarai bahan hendaklah
diserahkan kepada Pengurus Makmal atau Ketua Bengkel untuk dipesan mengikut
prosedur di atas.

LATIHAN 2.1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan “perolehan”?
2. Apakah dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan berkenaan dengan
perolehan alatan dan bahan yang menjadi hak milik Kerajaan.
3. Apakah perbezaan di antara perolehan yang boleh dibuat dengan sebut
harga dengan perolehah yang boleh dibuat dengan cara tender?
4. Setelah meneriam bahan dan alatan yang dipesan di hantar oleh pembekal
apakah tindakan-tindakan penting yang perlu di ambil oleh guru atau
pengurus bengkel?
RUMUSAN
Di dalam bab ini anda telah memperlajari 4 perkara utama iaitu definisi perolehan,
dasar perolehan, kaedah-kaedah perolehan dan terimaan bekalan.

BAB 3 PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN: KAEDAH KAWALAN STOK DAN INVENTORI
PENGENALAN
Kebanyakan bengkel latihan teknik dan vokasianal dilengkapi dengan pelbagai
peralatan dan bahan yang memerlukan pengurusan dan kawalan yang rapi. Sebagai
guru di dalam bidang ini anda mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
kawalan stok dan inventori di dalam bengkel. Oleh itu, bagi memastikan tugas ini
dapat dijalankan dengan baik dan dapat menjimatkan masa dan tenaga anda, satu
prosedur kawalan stok dan inventori yang sistematik perlu digunakan.
OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 4 kepentingan kawalan stok dan inventori;
2. Membezakan maksud bahan habis guna dan bahan tidak habis guna; dan
3. Menyatakan peraturan-peraturan peminjaman alatan di bengkel yang telah
digariskan oleh Kerajaan.
3.1 KEPENTINGAN KAWALAN STOK DAN INVENTORI
Sebagai guru bengkel atau Pengurus Bengkel adalah menjadi satu kewajipan untuk
anda mengetahui apakah bahan atau stok yang terdapat di dalam bengkel dan
apakah kemudahan alat dan kelengkapan yang disediakan di dalam bengkel
terbabit. Oleh itu, tujuan system inventori di makmal adalah untuk merekodkan
maklumat semasa semua peralatan dan bahan yang terdapat di dalam bengkel. Di
antara kepentingannya adalah:

i. Rekod inventori diperlukan bagi memudahkan proses penyediaan
perancangan pebelanjaan bagi tahun hadapan;
ii. Memudahkan perancangan untuk membeli alat ganti;
iii. Sebagai panduan untuk membuat perancangan bagi membeli alatan
atau bahan tambahan;
iv. Memudahkan proses bagi mengambil alihan oleh guru yang baru;
v. Rekod inventori yang baik juga dapat memudahkan guru membuat
laporan pengurusan bengkel di akhir tahun;
vi. Membantu guru untuk membuat perancangan lebih awal, oleh itu ia
dapat memastikan segala bekalan yang diperlukan dapat disediakan
apabila pelajar perlu menggunakannya;
vii. Dengan memastikan bekalan yang disediakan mencukupi, secara tidak
langsung ia dapat mengelakkan berlakunya gangguan terhadap aktiviti
pembelajaran pelajar;
viii. Sistem inventori turut merangkumi rekod penyelenggaraan. Maka
pengurusan sistem inventori yang baik turut dapat memudahkan dan
meningkatkan keberkesanan proses penyelanggaraan; dan
ix. Kesan daripada program penyelenggaraan yang baik juga akan dapat
mengurangkan risiko berlakunya kerosakan alat dan seterusnya
memanjangkan jangka hayat mesin dan alatan yang terdapat di
bengkel.
Sistem inventori yang digunakan seharusnya dapat disesuaikan dengan fungsi
sesuatu bengkel. Apa yang lebih penting di sini ialah memilih satu sistem inventori
yang mudah dan fleksibel serta dapat meminimumkan masa pengurusan guru.
3.2 KAEDAH MENGAWAL STOK DAN INVENTORI
Di antara kaedah yang sering digunakan untuk merekod maklumat stok dan inventori
ialah sistem fail, sistem buku borang khas dan kad. Walau bagaimanapun, kaedah
kad merupakan kaedah yang paling sesuai untuk keperluan semua jenis bengkel.
Kaedah ini lebih mudah dan lebih fleksibel. Lebih fleksibel disini bermaksud dengan

menggunakan kaedah kad ia lebih senang untuk dipindahkan, diganti dan diubah
mengikut keperluan.
Saiz kad yang dicadangkan ialah sama ada 3” X 5” atau 4” X 6”. Proses
menyediakan kad-kad ini merupakan proses yang lebih rumit dan memakan masa
berbanding dengan proses merekod maklumat inventori. Walau bagaimanapun, guru
mungkin boleh meminta bantuan pelajar dan usaha ini boleh dianggap berbaloi
kerana setiap kad boleh digunakan untuk beberapa tahun.
Bagi memastikan kad dapat digunakan dengan sistematik, ia perlu disusun megikut
kumpulan item. Pengelasan item dibuat berdasarkan kos sesuatu item, kegunaan
dan sifat item tersebut.
Item yang tidak tahan lama dengan nilai kosnya melebihi satu jumlah (pada
kebiasaannya ditetapkan oleh pentadbir sekolah) diklasifikasikan sebagai kumpulan
alatan. Maka semua item yang tidak tahan lama dimana kosnya adalah lebih rendah
daripada jumlah yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah, diklasifikasikan sebagai
bahan.
Bahan pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu bahan habis guna dan bahan tidak habis guna. Jika merujuk kepada kos bahan habis guna, kosnya adalah lebih
rendah daripada nilai kos minima tertentu yang ditetapkan oleh pihak pentadbir
sekolah. Item ini juga tidak boleh disimpan lama seperti cat, minyak enjin, varnish
dan lain-lain lagi. Sistem penyimpanan item sebegini perlulah dapat memudahkan
guru untuk membuat semakan dari semasa ke semasa supaya guru dapat
memastikan bekalannya adalah mencukupi.
Manakala bagi bahan tidak habi guna pula ia merujuk kepada bahan yang perlu
diganti atau ditambah disebabkan oleh rosak, hilang atau berlaku penambahan
pelajar. Maklumat yang perlu dicatatkan di dalam kad inventori item tidak habis guna
ialah nama, spesifikasi, tarikh pembelian, harga, nama pembekal dan alamat.
Inventori bagi bahan tidak habis guna hanya perlu disemak dan direkodkan pada
setiap hujung semester persekolahan.
Manakala bagi alat kelengkapan pula ia merujuk kepada kumpulan alat kekal dan
separa kekal di mana kos perolehannya lebih tinggi dari satu tahap jumlah yang
ditetapkan oleh pentadbir sekolah. Dengan kata lain, kos alat kelengkapan ini lebih

mahal dan ia bukan tergolong di dalam kumpulan alat mudah alih. Alat kelengkapan
termasuklah mesin seperti mesin pemotong kayu, mesin penggerudi, mesin
pengetam kayu dan lain-lain lagi. Kaedah merekod, menyimpan dan menyemak
inventori bagi alat kelengkapan sama seperti di dalam kumpulan di atas.
Kumpulan seterusnya ialah kumpulan perabot. Terdapat beberapa kepentingan
menyimpan rekod maklumat perabot yang terdapat di bengkel. Pada kebiasaannya
perabot yang terdapat di bengkel mungkn dipinjam oleh pelajar atau guru untuk
majlis tertentu.. oleh itu, sekiranya guru menyimpan rekod ini, ia boleh membantu
guru mencari dan menentukan lokasi di mana pergerakan perabot tersebut berada
sekiranya ia tidak dipulangkan.
Pengkelasan item yang seterusnya ialah alat kelengkapan audio-visual di mana
adakalanya ia diletakkan di bawah kumpulan kelengkapan perabot. Maklumat yang
perlu dicatatkan di dalam inventori kad ialah nama alatan, spesifikasi, nombor siri
dan penyelenggaraan.
Secara ringkasnya pengkelasan item dapat dilihat seperti berikut:
i. Bahan habis guna;
ii. Bahan tidak habis guna;
iii. Alat – separa kekal, murah dan mudah alih;
iv. Alat kelegkapan – kekal, separa kekal dan lebih mahal harganya;
v. Perabot; dan
vi. Alat audio-visual.
Contoh kad inventori boleh dirujuk di dalam Lampiran 3.1. guru digalakkan
menglibatkan pelajar di dalam menyediakan dan merekod inventori di bengkel.
Penglibatan pelajar bukan sahaja dapat membantu kerja guru tetapi juga boleh
memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat keadaan
bengkel dan mengetahui jenis item dan di mana sesuatu item disusun atau disimpan
di dalam bengkel. Secara tidak langsung ia boleh membantu guru memudahkan
kerja-kerja pengurusan makmal pada masa hadapan. Apabila sistem kad telah siap
disediakan, tambahan kad baru hanya perlu apabila terdapat item yang baru
dimasukkan ke dalam makmal.

Sekiranya terdapat item yang dilupuskan, guru mesti mencatatkan kaedah
pelupusan yang telah dijalankan dank ad tersebut perlu dipindahkan ke dalam fail
tidak aktif.
Dengan perkembangan teknologi baru pada masa kini kaedah merekodkan stok dan
inventori menjadi lebih mudah. Sistem kad yang digunakan boleh dipindahkan ke
dalam komputer atau membangunkan satu sistem yang lebih canggih di mana
sistem merekod dan menyimpan rekod menjadi lebih mudah dan tidak memakan
ruang yang banyak.
3.3 MENGAWAL PINJAMAN ALATAN DARI BENGKEL
Kelengkapan bengkel untuk tujuan latihan teknik dan vokasional biasanya boleh
menarik perhatian pelbagai pihak untuk menyimpan sama ada untuk tujan peribadi
atau aktiviti tertentu yang dijalankan di sekolah seperti gotong-royong, aktiviti
kokurikulum dan sebagainya. Oleh itu setiap pengurus bengkel atau guru bengkel
perlu jelas dengan peraturan peminjaman alat di bengkel kerana adalah menjadi
tanggungjawab mereka untuk mengawal dan menjaga sebaik mungkin segala
kemudahan yang ada untuk kepentingan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa peraturan yang jelas telah digariskan oleh Kementerian
Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Teknik. Di antara peraturan tersebut ialah:
a) Peminjaman alatan dari bengkel selain daripada untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
b) Guru-guru yang berkaitan dengan mata pelajaran yang berkenaan sahaja
yang dibenarkan meminjam kemudahan berkenaan.
c) Sebarang peminjaman alatan hendaklah melalui penyelaras makmal.
d) Penggunaan alatan tertakluk di dalam kawasan sekolah sahaja.
e) Penyelaras makmal perlu merekodkan ke dalam buku khas “rekod
peminjaman alat”.

f) Alatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab si peminjam dan
memastikan dipulangkan di dalam keadaan yang baik sebagaimana semasa
ia diambil dari bengkel.
Di antara maklumat yang perlu direkodkan dalam buku rekod peminjamanalatan
ialah:
a) Nama si peminjam
b) Tujuan peminjaman
c) Nama alat
d) Kuantiti
e) Tarikh dan masa dipinjam
f) Tarikh dan masa dipulangkan
g) Tandatangan penyelaras makmal
h) Tandatangan si peminjam
Guru atau pengurus bengkel bertanggungjawab untuk memastikan alatan yang
dipulangkan oleh si peminjam berada dalam keadaan baik dan disimpan kembali ke
tempat asalnya.

LATIHAN 3.1
1. Nyatakan empat kepentingan kawalan stok dan inventori.
2. Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk merekod maklumat stok
dan inventori?
3. Apakah perbezaan maksud bagi bahan habis guna dan bahan tidak habis
guna.
4. Masalah kehilangan alatan yang berpunca dari peminjaman oleh ahli
masyarakat sekolah perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Oleh itu satu
garis panduan tentang peraturan peminjaman telah dikeluarkan oleh
Kementerian berkenaan dengan masalah terbabit. Apakah peraturan-
peraturan tersebut?
RUMUSAN
Di dalam bab ini, anda telah mempelajari 3 perkara utama iaitu kepentingan kawalan
stok dan inventori, kaedah kawalan stok dan inventori dan peraturan peminjaman
stok dan inventori dari bengkel sekolah.

BAB 4 PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN – PELUPUSAN
PENGENALAN
Pelupusan adalah tindakan yang harus diambil ke atas barang-barang atau harta
milik kerajaan. Di antara faktor-faktor yang membolehkan proses pelupusan
dilakukan ke atas barang-barang dan alatan tersebut ialah:
i. Ia telah terlalu lama dan tidak sesuai digunakan lagi untuk tujuan latihan
kerana teknologinya telah ketinggalan zaman dan tidak lagi digunakan oleh
industri;
ii. Ia selalu rosak dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran
menyebabkan ia tidak lagi ekonomi untuk diperbaiki (kos penyelenggaraan
yang tinggi);
iii. Ia telah hilang, rosak, tidak sesuai digunakan, reput dan pecah;
iv. Tempoh penggunaannya telah melebihi standard jangka hayat yang telah
ditetapkan.
Piawai (standard) jangka hayat alatan ditetapkan berdasarkan andaian seperti
berikut:
a) Penggunaan kemudahan alatan dan bahan secara maksimum oleh pelajar;
b) Alatan dan barangan tersbut telah melalui proses penyelenggaraan mengikut
peraturan seperti yang telah ditetapkan; dan
c) Alatan dan barangan tersebut telah digunakan dengan betul mengikut
fungsinya dan kerosakannya adalah disebabkan oleh penggunaan yang
terlalu kerap oleh pelajar.
Sekiranya barangan atau alatan mepunyai ciri-ciri sebagaimana yang dicatatkan di
atas ia hendaklah diambil kira dalam tindakan pelupusan. Permohonan pelupusan
boleh dilakukan dari semasa ke semasa atau sekurang-kurangnya sekali setahun
sebelum 31 hb. Januari, tahun berkenaan.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Dapat menyatakan kategori pelupusan barang-barang dan alatan;
2. Membezakan langkah-langkah pelupusan barang-barang bag kategori 1,
kategori 2 dan katogeri 3; dan
3. Menyatakan tindakan-tindakan pelupusan yang boleh diambil terhadap
barang-barang dan harta milik kerajaan.
4.1 KATEGORI PELUPUSAN HARTA
Pelupusan alatan merupakan tindakan dambil keatas alatan atau barangan yang
tidak sesuai digunakan lagi. Dalam proses pelupusan ia dilakukan mengikut kategori
dan berasaskan nilai atau harga alatan tersebut. Terdapat tiga kategori pelupusan
dalam jabatan kerajaan.
a) KATEGORI 1: Pelupusan barang-barang kecil nilai asalnya kurang dari RM 100.00 dan tidak melebih RM 5,000.00 jumlah keseluruhan.
Langkah-langkah dalam proses pelupusan barang-barnag dan alatan di
dalam kategori ini adalah seperti berikut:
i. Sebelum permohonan pelupusan dihantar, Pengetua hendaklah
melantik Pegawai Pemeriksa terdiri daripada dua orang pegawai yang
tidak ada kaitan dengan pembelian atau pengurusan barang-barang
yang hendak dilupuskan. Pegawai pemeriksa yang telah
dipertanggungjawabkan hendaklah memeriksa serta menentukan
sama ada barang-barang tersebut masih boleh digunakan lagi atau
patut dilupuskan dengan melaporkan di dalam borang Kew 300V yang
disertakan.

ii. Pengetua bertanggungjawab menyemak laporan Pegawai Pemeriksa
untuk mengesahkan syor mereka serta menentukan sama ada berlaku
masalah kecuaian yang membawa kepada masalah kerosakan kepada
barang-barang tersebut. Laporan dalam borang Kew 300V hendaklah
disertakan dalam 5 salinan bersama-sama dengan permohonan
perlupusan untuk dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
atau Jabatan Pendidikan Teknikal.
iii. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Jabatan Pendidikan Teknikal
(JPT) perlu menyemak dan menimbangkan permohonan perlupusan
itu dan sekiranya berpuas hati, permohona tersebut akan dikemukakan
kepada Pengarah untuk kelulusan. Sekiranya permohonan diluluskan
oleh JPN atau JPT akan menghantarkan surat kelulusan kepada
Pengetua untuk tindakan pelupusan.
Rujuk rajah carta aliran di dalam Lampiran 4.1
b) KATEGORI 2: Pelupusan barang-barang bernilai tidak melebihi RM 10,000.00 tiap-tiap satu dan tidak melebihi RM 300,000.00 jumlah keseluruhan semasa perolehan.
Langkah pertama dan kedua di dalam proses pelupusan barang-barang dan
alatan di dalam kategori ini adalah sama seperti kategori 1. Walau
bagaimanapun, terdapat perbezaan tindakan oleh JPN dan JPT di dalam
langkah 3 di mana perbezaannya adalah seperti berikut:
i. JPN atau JPT setelah menerima permohonan dari sekolah-sekolah
berkenaanhendaklah menyemak butir-butir pelupusan yang dipohon
dan kemukakan permohonan kepada Bahagian Kewangan,
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam 4 salinan.
ii. Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia
menimbangkan permohonan perlupusan itu dan berpuas hati, akan
mengemukakan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk kelulusan. Berikutnya kelulusannya seperti dalam

Lampiran 4.4 akan dihantar kepada JPN atau JPT dalam 3 salinan; 2
salinan hendaklah dihantar kepada Pengetua oleh JPN atau JPT untuk
tindakan perlupusan.
Rujuk carta aliran di dalam Lampiran 4.2
c) KATEGORI 3: Pelupusan barang-barang bernilai melebihi RM 10,000.00 tiap-tiap satu dan tidak melebihi RM 300,000.00 jumlah keseluruhan semasa perolehan.
Prosedur pelupusan bagi barangan dan alatan di dalam kategori ini agak
rumit dan berbeza daripada kategori 1 dan 2 di atas. Langkah-langkah
tersebut adalah seperti di bawah:
i. Sebelum permohonan perlupusan dihantar, Pengetua hendaklah
mencadangkan sekurang-kurangnya dua orang Lembaga Pemeriksa
terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang tidak ada kaitan dengan
pembelian atau pengurusan barang-barang yang hendak dilupuskanitu
kepada Pegawai Pengawal atau Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan.
ii. Setelah Pegawai Pengawal melantik Lembaga Pemeriksa, mereka
hendaklah memeriksa serta menentukan sama ada barang-barang
tersebut boleh digunakan lagi atau patut dilupuskan dan hendaklah
membuat satu laporan dalam borang Kew 300V yang disertakan.
Sekiranya barang yang hendak dilupuskan terdiri dari mesin atau
kenderaan, salah seorang dari ahli lembaga itu hendaklah terdiri
daripada pegawai berkelayakan dan sesuai untuk memeriksa dan
membuat laporan ke atas mesin atau kenderaan yang hendak
dilupuskan. Jika sesuatu mesin atau kenderaan tersebut
diselenggarakan oleh sebuah firma atau agen pembekal, lembaga
boleh menimbang laporan firma atau agen tersebut.
iii. Lembaga Pemeriksa perlu memastikan tiada penipuan atau kecuaian
dan jika terdapat unsur penipuan atau kecuaian dan sebagainya

tindakan hendaklah diambil mengikut Tatacara Kehilangan dan Hapus
Kira.
iv. Lembaga Pemeriksa hendaklah menyediakan 5 salinan laporan (Kew
300V) untuk dihantar kepada JPN atau JPT bersama borang TED
(Tidak Ekonomi Di Baiki) melalui pengetua.
v. JPN atau JPT setelah menerima pemohonan dari Lembaga Pemeriksa
berkenaan hendaklah menyemak butir-butir pelupusan yang dipohon
itu dan mengemukakan permohon kepada Bahagian Kewangan, KPM
dalam 5 salinan;
vi. Bahagian Kewangan, KPM setelah menerima permohonan dari JPN
atau JPT hendaklah menyemak butir-butir pelupusan yang dipohon
dan mengemukakan permohonan kepada Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia; dan
vii. Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia setelah
menimbangkan permohonan pelupusan itu dan berpuas hati, akan
mengemukakan kepada Ketua Perbendaharaan Kementerian
Kewangan Malaysia untuk kelulusan. Contoh kelulusan seperti dalam
Lampiran 4.4 akan dihantar kepada Bahagian Kewangan, KPM dalam
4 salinan; 3 salinan hendaklah dihantar kepada pengetua oleh JPN
atau JPT untuk tindakan pelupusan.
Rujuk rajah carta aliran di dalam Lampiran 4.3.
TINDAKAN PELUPUSAN
Tindakan pelupusan hendaklah diselesaikan dala tempoh 3 bulan dari tarikh
kelulusan dikeluarkan. Sekiranya tidak dapat dilakukan pada tempoh yang telah
ditetapkan, satu laporan perlu dihantar kepada Bahagian Kewangan, Kementerian
Pendidikan melalui JPN atau JPT menerangkan sebab-sebab mengapa tindakan
pelupusan tidak dapat diselesaikan di dalam tempoh yang telah disyaratkan.

Terdapat beberapa cara pelupusan boleh dilakukan diantaranya ialah:
a) Dimusnahkan dengan cara tanam atau bakar;
b) Dihadiahkan; dan
c) Dijual dengan cara lelongan.
Tindakan pelupusan dengan cara memusnahkan hendaklah disaksikan oleh
Pegawai Pemeriksa (bagi kategori 1 dan 2) atau Lembaga Pemeriksa (bagi kategori
3). Setelah tindakan pelupusan dijalankan, satu laporan lengkap dalam format Kew
300V (Lampiran 4.5) hendaklah dihantarkan kepada:
a) Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan
Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal;
b) Perbendaharaan Malaysia (Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan;
c) Ketua Audit atau wakil tempatan; dan
d) Pejabat audit sekolah tempatan.
Sekiranya barang-barang berkenaan dihadiahkan, satu surat pengesahan
penerimaan dari penerima hendakalh dilampirkan bersama-sama laporan di atas.
Pengetua adalah bertanggungjawab bagi menentukan bahawa tindakan-tindakan
pelupusan tidak dilaksanakan sehingga kelulusan diterima terlebih dahulu.

LATIHAN 4.1
1. Berikan 3 kategori proses perlupusan bagi barangan dan alatan milik
kerajaan.
2. Apakah perbezaan di antara proses pelupusan bagi kategori 1 dan 2?
3. Berikan 3 cara tindakan pelupusan yang boleh diambil terhadap barang-
barang dan harta milik kerajaan.
RUMUSAN
Di dalam bab ini, anda telah mempelajari 2 perkara utama iaitu 3 kategori pelupusan
harta milik kerajaan dan tindakan untuk pelupusan. Anda seharusnya sudah
memahami:
i. 3 kategori pelupusan harta; dan
ii. Tindakan untuk pelupusan harta
Kedua-dua perkara ini adalah untuk guru-guru teknik dan vokasional kerana mereka
merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas harta benda di dalam sebuah
bengkel.

JAWAPAN
BAB 1 PENGURUSAN KEWANGAN
LATIHAN 1.1
Kursus Bil. Pelajar (orang) Jumlah Bantuan Kewangan
(RM)
Kemahiran Hidup 55 RM 40 X 55 = RM 2,200.00
Lukisan Kejuruteraan 18 RM 65 X 18 = RM 1,170.00
Teknologi Kejuruteraan 14 RM 65 X 14 = RM 910.00
Reka Cipta 42 RM 65 X 42 = RM 2,730.00
Teknologi maklumat 24 RM 65 X 24 = RM 1,560.00
Sains Pertanian 26 RM 35 X 26 = RM 910.00
ERT 25 RM 35 X 25 = RM 875.00
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN RM 10,355.00
LATIHAN 1.2
1. Peruntukan kerajaan untuk seorang pelajar : RM 65.00
Anggaran jumlah peruntukan : RM 65.00 X 45 = RM 2,925.00

2. Anggaran perbelanjaan
NAMA SEKOLAH
ANGGARAN BELANJAWAN
MATA PELAJARAN : LUKISAN KEJURUTERAAN
BAGI TAHUN 2000
Bahagian Jumlah Pelajar
(orang)
Jumlah Kos
(RM)
Jumlah Besar
Kos (RM)
TINGKATAN 4 & 5 45 ORANG RM xx
RM xx
RM xx RM 1,500.00
Hutang tertunggak RM 445.00
Penyelenggaraan RM 150.00
Alat Bantu Mengajar RM x
RM x RM 200.00
Perkembangan RM
RM RM 500.00
JUMLAH RM 2,795.00
NAMA SEKOLAH
ANGGARAN BELANAJAWAN KESELURUHAN
MATA PELAJARAN :
BAGI TAHUN 2000
Tingkata
n
Jumlah
Pelajar
Peruntukan
Per Kapita
Seorang
Pelajar
Jumlah Jumlah
Anggaran
Perbelanjaan
Baki
4 & 5 45 RM 65.00 (Nota : jumlah
pelajar X RM
65.00) =
RM 2,795.00 RM 130.00

RM 2,925.00

LATIHAN 1.2
1. Perolehan bermaksud mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan
dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan atau
yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa yang dilantik mengikut syarat yang
telah ditetapkan oleh Perbendaharaan.
2. Dasar penting dalam pembelian atau perolehan yang telah ditetapkan oleh
kerajaan dan perlu diambil kira ialah:
i. Utamakan Syarikat Bumiputra;
ii. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan; dan
iii. Utamakan barang-barang buatan tempatan.
3. Pembelian melalui sebut harga:
Melibatkan pembelian bernilai RM 20,000.00 hingga RM 50,000.00
setahun
Sekolah perlu mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya daripada
5 pembekal
Ahli Jawatankuasa sebut harga mengandungi 3 orang: seorang
daripadanya adalah dari kalangan pegawai kumpulan A, 2 orang
pegawai dari kumpulan B.
Pembelian melalui tender :
Melibatkan pembelian bernilai melebihi RM 50,000.00
Ahli Jawatankuasa tender terdiri daripada Pegawai Pendidikan Daerah/
Pengarah Pendidikan Negeri
4. Tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh guru atau pengurus bengkel ialah:
Memeriksa dan memastikan bekalan yang dihantar memenuhi setiap
spesifikasi yang dinyatakan di dalam sebut harga seperti saiz,
bilangan, jenis, fungsi, warna dan dapat berfungsi dengan baik.

Sekiranya perlu guru boleh meminta pembekal membuat
penyambungan dan demostrasi penggunaan alatan tersebut.
Menandatangani invois sebagai tanda bersetuju untuk menerima alat
yang dihantar oleh pembekal.
Merekodkan maklumat alatan dan bahan ayng dibeli ke dalam stok
inventori sebelum dikeluarkan untuk digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Menyerahkan invois yang telah ditandatangani kepada kerani
kewangan yang bertanggungjawab mencatat rekod kewangan sekolah.
BAB 2 PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN : KAEDAH KAWALAN STOK DAN INVENTORI
LATIHAN 2.1
1. Empat kepentingan kawalan stok dan inventori ialah:
Rekod inventori diperlukan bagi memudahkan proses penyediaan
perancangan pebelanjaan bagi tahun hadapan.
Memudahkan perancangan untuk membeli alat ganti.
Sebagai panduan untuk membuat perancangan bagi membeli alatan
atau bahan tambahan.
Memudahkan proses bagi mengambil alihan oleh guru yang baru.
Rekod inventori yang baik juga dapat memudahkan guru membuat
laporan pengurusan bengkel di akhir tahun.
2. Sistem fail, sistem buku, borang khas dan kad. Kaedah kad merupakan
kaedah yang paling sesuai untuk keperluan semua jenis bengkel. Kaedah ini
lebih mudah dan lebih fleksibel. Lebih fleksibel disini bermaksud dengan
menggunakan kaedah kad ini lebih senang untuk dipindahkan, diganti dan
diubah mengikut keperluan.

3. Bahan habis guna ialah bahan yang tidak boleh disimpan lama seperti cat,
minyak enjin, varnish dan lain-lain lagi
Manakala bahan tidak habis gunapula merujuk kepada bahan yang perlu
diganti atau ditambah disebabkan rosak, hilang atau berlaku penambahan
bilangan pelajar. Maklumat yang perlu dicatatkan di dalam kad inventori item
tidak habis guna ialah nama, spesifikasi, tarikh pembelian, harga, nama
pembekal dan alamat. Inventori bagi bahan tidak habis guna hanya perlu
disemak dan direkodkan pada setiap hujung semester persekolahan.
4. Peraturan-peraturan tersebut:
i. Peminjaman alatan dari bengkel selain daripada untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Guru-guru yang berkaitan dengan mata pelajaran yang berkenaan
sahaja yang dibenarkan meminjam kemudahan berkenaan.
iii. Sebarang peminjaman alatan hendaklah melalui penyelaras makmal.
iv. Penggunaan alatan tertakluk di dalam kawasan sekolah sahaja.
v. Penyelaras makmal perlu merekodkan ke dalam buku khas “rekod
peminjaman alat”.
vi. Alatan yang dipinjam adalah menjadi tanggungjawab si peminjam dan
memastikan dipulangkan di dalam keadaan yang baik sebagaimana
semasa ia diambil dari bengkel.

BAB 4 PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN – PELUPUSAN
LATIHAN 4.1
1. 3 kategori proses perlupusan bagi barangan dan alatan milik kerajaan :
Kategori 1: Pelupusan barang-barang kecil nilai asalnya kurang dari
RM 100.00 dan tidak melebih RM 5,000.00 jumlah keseluruhan.
Kategori 2: Pelupusan barang-barang bernilai tidak melebihi dari RM
10,000.00 tiap-tiap satu dan tidak melebih RM 300,000.00 jumlah
keseluruhan semasa perolehan.
Kategori 3: Pelupusan barang-barang bernilai melebihi dari RM
10,000.00 tiap-tiap satu dan tidak melebih RM 300,000.00 jumlah
keseluruhan semasa perolehan.
2. Perbezaan antara proses pelupusan kategori 1 dan 2:
Pelupusan kategori 1:
Pengetua hendaklah melantik Pegawai Pemeriksa terdiri
daripada dua orang pegawai yang tidak ada kaitan dengan
pembelian atau pengurusan barang-barang yang hendak
dilupuskan.
Permohonan pelupusan dikemukakan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal bersama 5
salinan laporan dalam borang Kew 300V.
Kelulusan hanya di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri(JPN)
atau Jabatan Pendidikan Teknikal(JPT)
Pelupusan kategori 2:
Permohonan dan laporan oleh pegawai pemeriksa yang dihantar
kepada Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Teknikal

akan dikemukakan kepada bahagian Kewangan, Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam 4 salinan
Kuasa kelulusan permohonan pelupusan adalah di bawah bahagian
kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Tiga cara pelupusan boleh dilakukan ialah:
Dimusnahkan dengan cara tanam atau bakar
Dihadiahkan
Dijual dengan cara lelongan